Posted on 2 November 2009 by Ustaz Halim
Posted on 2 November 2009 by Ustaz Halim

Ramai yang berkata bahawa “Ijazah adalah penting untuk kehidupan, namun ia bukan satu-satunya faktor kejayaan dalam kehidupan dan usaha mencari nafkah”. (Foto hiasan)
Isu penangkapan Dr Asri atas alasan mengajar tanpa Tauliah menarik pemerhatian saya yang sejak dari dulu mengamati persoalan diantara Ijazah dan Tauliah, dan perbandingannya diantara pengkhususan teknologi berbanding dengan agama. Baca lagi »
Difailkan dalam: Uncategorized | 4 Komen »
Posted on 29 Oktober 2009 by Ustaz Halim

Setakat ini krisis pimpinan MCA berakhir dengan beberapa resolusi persefahaman diantara 2 tokoh teratas Kee Tiat dan Soi Lek. Ini dicapai melalui syura EGM mereka. Krisis Mahathir-Anwar berakhir dengan lebam, penjara, pengaiban, roadshow, kebangkitan rakyat dan Mahathir terpaksa melepas jawatan PM.
Krisis dikalangan kepimpinan merupakan suatu yang agak lumrah, bukan sahaja pada musim ini di Malaysia dalam parti-parti dan NGO-NGO, malah ia adalah fenomena banyak negara dan empayar sepanjang zaman. Baca lagi »
Difailkan dalam: Fikrah & Dakwah | 2 Komen »
Posted on 25 Oktober 2009 by Ustaz Halim

Indonesia dibawah pimpinan Presiden Susilo yang baru dipilih semula, sekali lagi memilih Kerajaan Perpaduan sebagai kenderaan negara dalam membina tamaddun bagi umat Islam di sana. Baca lagi »
Difailkan dalam: Uncategorized | 3 Komen »
Posted on 20 Oktober 2009 by Ustaz Halim

Sebahagian anggota Maktab Irsyad (Jawatankuasa Pusat) Ikhwan Muslimin, pagi semalam Isnin 19/10/2009 di Kaherah, Mesir.
Khabar media massa di Mesir yang mengatakan Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Al-Ustaz Mahdi Akef, meletakkan jawatan ternyata khabar angin yang sengaja dilakukan untuk memberi gambaran buruk kepada orang ramai terhadap keutuhan organisasi berkenaan. Baca lagi »
Difailkan dalam: Uncategorized | 8 Komen »
Posted on 7 Oktober 2009 by Ustaz Halim

Dari kes yang dianggap “peribadi” oleh sesetengah orang, menjadi isu kebangsaan dan dunia. Hukuman ke atas Kartika (foto di atas) bakal meletakkan peminum-peminum arak di kalangan umat Islam di Malaysia dalam keadaan berjaga-jaga, bersembunyi atau meninggalkan terus minuman najis tersebut.
Isu Kartika minum arak dan hukuman denda RM5000 dan 6 sebatan rotan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20/7/2009 menyingkap beberapa hakikat dalam perjuangan mengembalikan Islam di Malaysia. Baca lagi »
Difailkan dalam: Uncategorized | 9 Komen »
Posted on 16 September 2009 by Ustaz Halim

Lagenda Ath-Tsabat di Jalan Dakwah, Al-Marhum Farag Naggar (1923-2009), teman setia Hasan Al-Banna, memegang amanah dakwah Ikhwan Muslimin dari berumur 15 tahun sehingga ke akhir hayatnya ketika berumur 86 tahun, melalui tahun-tahun pelarian di dalam negara sendiri selama 22 tahun. “Sesungguhnya orang-orang yang berkata ‘Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka istiqamah, mereka tidak perlu takut dan bersedih hati” (maksud Al-Quran dalam foto di atas).
Pagi itu saya melihat berita-berita perkahwinan, majlis dan sebagainya yang sengaja memilih tarikh 9.9.09 kerana keunikan tarikh tersebut. Saya tidak menyangka bahawa di tarikh itu juga, saya dan Dakwah ini menangisi dan mengucapkan selamat tinggal kepada salah seorang idola perjuangan Islam Abad 21, Ustaz Farag Naggar yang kembali ke rahmatullah. Sungguh berat saya menerima berita dan hakikat ini. Baca lagi »
Difailkan dalam: Idola Ku | 18 Komen »
Posted on 13 September 2009 by Ustaz Halim

Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog INIJALANKU. Dihari kemenangan dan kegembiraan ini marilah kita saling berkenalan, bermaafan dan istiqamah dalam perjuangan. Baca lagi »
Difailkan dalam: Fikrah & Dakwah | 8 Komen »
Posted on 9 September 2009 by Ustaz Halim

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar. Malam lailatul Qadar lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dari setiap perkara. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar” (Surah Al-Qadr).
Malam Lailatul Qadar disebut didalam ayat Al-Quran dan banyak Hadis Rasulullah saw. Beribadah pada malam itu lebih baik dari beribadah 1000 bulan atau 83 tahun, menyamai umur panjang seorang insan. Baca lagi »
Difailkan dalam: Uncategorized | 3 Komen »
Posted on 4 September 2009 by Ustaz Halim

Kubur Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib, penghulu para Syuhadak, Singa Allah dan Singa RasulNya. Beliau berjaya membunuh beberapa saudara mara lelaki Hindun, isteri Abu Sufian didalam Perang Badar. (Foto: Bukit Pemanah, Uhud, Madinah).
Tanggal 17 Ramadan 624M, Allah swt mengatur kemenangan umat Islam Generasi Pertama mengalahkan tentera kafir di pekan Badar, 150 km dari Madinah. Ia bukan sahaja salah satu kisah perjuangan Rasulullah saw Baca lagi »
Difailkan dalam: Fikrah & Dakwah | 6 Komen »