UMAT PALESTIN vs ANNAPOLIS2007

Baki 14 bulan terakhir Presiden Bush   “Sidang Damai” isu Palestin di Annapolis sedang berjalan sekarang. Israel melalui Gerakan Zionis Antarabangsa menguasai ekonomi, politik dan ketenteraan dunia termasuk Amerika, Eropah, Rusia dan banyak negara-negara lain. Israel dan Amerika yang telah sampai ke tahap tersebut boleh memeteri apa sahaja perjanjian-perjanjian tetapi tidak perlu atau tidak boleh dipaksa [...]

Tazkirah Pilihanraya Australia 24 Nov

  Pilihanraya Australia 2007 berjalan dengan tenang Sabtu semalam, tenang seperti yang saya kenang dalam artikel Piliranraya : Antara Payung dan Kotak yang lalu. Hari ini Ahad, keluar keputusan Pilihanraya dengan tenang juga. Parti Liberal pimpinan Perdana Menteri 4 Penggal, John Howard tewas di tangan Parti Buruh pimpinan Kevin Rudd. Semasa saya hidup di Australia [...]

Umat Iraq : Diantara Amerika dan Syiah

Umat Iraq pada hari ini menanggung keperitan dari Penjajahan Amerika di satu pihak, dan dari kekejaman Kerajaan dibawah pimpinan Nuri Al-Maliki, seorang Syiah di satu pihak yang lain. Belum padam api penderitaan yang dialami semasa di bawah pemerintahan diktator Presiden Saddam Hussein yang berakhir tahun 2003 lalu, kini mereka terpaksa berhadapan dengan perlaksanaan perancangan jahat [...]

Tazkirah Pilihanraya Jordan 20 Nov

 Pembangkang menolak keputusan Pilihanraya Umum Jordan yang diadakan pada hari Selasa 20 November lepas dan menganggap Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan penipuan supaya keputusannya nanti dapat memberi gambaran kepada kerajaan dan rakyat Amerika bahawa populariti Gerakan Islam di Jordan telah mula menurun. Seorang pemantau, Amir Abu Hasan berkata dia mengira jumlah pengundi adalah seramai 280 orang tetapi [...]

Pilihanraya : Kisah Payung & Kotak

(sila click pada gambar utk lihat size penuh) Sehingga ke hari ini, sering aku teringat kepada sekaki payung besar yang terpacak di tepi jalan. Di bawahnya ada sebuah kotak di atas meja. Ia terletak di luar pagar Ironside State (Primary) School, St Lucia, Brisbane, Australia, di tepi jalan laluan seharian aku dari rumah ke kuliah di University [...]

Dakwah Umum & Dakwah Khusus (02)

   “Mestilah melalui jalan Pembentukan selepas Peringatan …” (Majmu’ah Rasail). Melihat ungkapan di atas, mereka yang bekerja di Jalan Dakwah akan segera memahami bahawa “Pembentukan” yang dimaksudkan itu adalah Dakwah Khusus manakala “Peringatan” adalah Dakwah Umum. Apabila melihat masyarakat di sekeliling, maka perancangan Dakwah kita mestilah ke arah Dakwah Umum iaitu bagaimana menyampaikan Fikrah Islam [...]

Antara Politik dan Kepartaian

  Perhimpunan Bersih 10 Nov telah berlangsung. Pelbagai reaksi masyarakat telah dapat kita saksikan, samada melalui perbualan maupun internet. Ada yang takut berbicara atau minta jangan dibicara soal Perhimpunan Bersih dalam internet kerana takut terseret dalam isu politik atau tak mahu isu dipolitikkan atau atau ..Yang pasti buat saya, setiap perkara atau kejadian yang membawa [...]

Tips Berkahwin Awal (02)

Akan berterusan seorang mukmin dan mukminah itu dipegang pada niatnya dalam setiap rancangan dan tindakan, walau berlalu masa yang panjang, tahun demi tahun, dekad demi dekad. “Seorang mukmin dipegang pada syarat-syarat (yang dibuat diawal)nya“. “Hanyasanya amalan-amalan itu dengan niat-niat..” (Hadis). Seperti peguam menjaga perjanjian antara dua orang, syarikat atau pihak, di dalam surat yang disimpan [...]

Kisah Kopi Cengkudu

  Suatu hari saya mendapat panggilan telefon dari seorang yang pernah saya kenali suatu masa dahulu, sejak lebih setahun. Dia hendak berjumpa saya waktu itu juga samada di rumah atau di mana-mana sahaja yang saya putuskan. “Oh.. Azlan (bukan nama sebenar)! Apa khabar? Lama tak dengar berita. Jemput datang. Cuma sekarang dah dekat Maghrib, saya [...]

Syeikh Hasan Elyan Dalam Kenangan

  Di akhir zaman, Allah tidak mengangkat Al-Quran dengan menghilangkan tulisan dan kitab, tetapi Dia mengangkatnya dengan mematikan para Huffaz (orang-orang Hafiz AL-Quran) dan para Ulamak. Perginya Syeikh Hasan Elyan bagaikan baru semalam tetapi hakikatnya dia telah pergi mendapatkan Kekasihnya lebih 10 tahun yang lalu. Di pentas antarabangsa, beliau kurang dikenali, tetapi di alam tajmik, [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 159 other followers