Betapa Isteri di Hati Seorang Nabi

  Allah adalah tempat kecintaan mutlaq di hati seorang hamba yang berjaya mendapat Syurga Firdaus. Dan Allah swt tidak menerima sebarang sekutu (selainNya) bukan sahaja di dalam KerajaanNya (dalam membuat undang0undang yang bertentangan), maupun sekutu di dalam kecintaan. Oleh itu cinta kita kepada isteri, anak-anak dan keluarga adalah terpancar dan berdasar kecintaan kepada Allah swt. [...]

Dakwah Umum & Dakwah Khusus

Dakwah Umum ialah mengajak manusia ramai ke arah Islam dalam pegangan, ibadah, akhlak dan sistem negara mereka. Ini dilakukan melalui ucapan di khalayak ramai, media massa bercetak atau elektronik, kelas-kelas pengajian dan sebagainya. Dakwah Khusus ialah mengajak dan membentuk individu-individu dengan tekun dan berterusan sehingga mereka menjadi contoh tauladan Dakwah ini didepan orang ramai dan [...]

Arakan .. Umat Islam Yg Dilupakan

Apabila disebut Isu Palestin, ramai di kalangan masyarakat Islam, bahkan dunia amnya, mengikuti perkembangannya dari hari ke sehari. Ini adalah kerana sememangnya ALlah swt menyebutnya di dalam Al-Quran dalam Surah Bani Israel (Surah Al-Israk), kelebihan bangsa Arab yang memahami Bahasa Al-Quran dan memperjuangkan Isu ini melalui apa sahaja bentuk media, ulamak, nadwah (perkumpulan) dan sebagainya. Ini [...]

Tips Berkahwin Awal

Jodoh di tangan Tuhan. Demikian kata-kata masyhur masyarakat Melayu disegenap lapisan masyarakatnya, tua atau muda, kaya atau miskin, yang telah berkahwin atau belum. Bagi sesetengah mahasiswa/i, Allah mentakdirkan mereka berkahwin sesama mereka ketika masih di menara gading, tempatan atau di luar negara, dalam usia yang masih muda. Saya dan isteri melangsungkan perkahwinan sebelum menyambut ulangtahun ke [...]

Tarbiyah Diri … Asas Sebuah Negara

Ketika ini heboh diperktakan tentang bidang kehakiman, dan pernah juga berlaku seumpamanya pada tahun-tahun dahulu dan tidak mustahil berlaku di masa-masa akan datang. Kita sering membaca atau mendengar perhal salahlaku yang berlaku di koperasi, bank, bahkan pihak polis sekalipun, namun saya percaya apa yang terdetik dalam sanubari setiap orang yang mendengarnya akan berkata di dalam [...]

Hasan Al-Banna di Darul Ulum

  Taha Hussein lulus fakulti Bahasa Arab di Kaherah dengan cemerlang hingga ditawar menyambung peringkat tertinggi di Universiti Sorbonne di Paris. Malang selepas lama di Eropah, dia tamat dan kembali ke Mesir dengan fikiran Orientalis yang keliru terhadap Islam. Professor-professor di Mesir bukan tandingan ketokohannya dan ilmunya menyebabkan kekeliruan masyarakat Mesir terhadap Bahasa Arab, Al-Quran [...]

Pergimu Meninggalkan Jasa Jariah

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas Abang Norhaminudin dan mengurniakan kesabaran kepada isteri, Cikgu Khuzaimi serta ahli keluarganya. Bagi mereka yang berjuang di jalanNya, bergembiralah dengan janji ALlah yang akan menempatkan para Duat bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin. Mereka adalah sebaik-baik teman di Akhirat nanti. Disember 2006 yang lalu, Abang Amin menghembuskan nafasnya [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 159 other followers