Dikirim pada 27 Disember 2007 oleh inijalanku
Bersama rombongan di maqam Khadijah ra (tingkap hijau).
Menziarahi Khadijah ra membangkitkan perasaan dan semangat perjuangan yang luar biasa. Dia lambang kasih isteri yang sejati terhadap suami. Dia lambang tekun ibu dalam mendidik anak-anak mewarisi ibu bapa dalam perjuangan silih berganti generasi. (lagi…)
Difailkan dalam: Kenangan Haji 2007M/1428H | 6 Komen »
Dikirim pada 24 Disember 2007 oleh inijalanku
Buat ahli AUSIS (Alumni Australia+NZ) yang telah/akan melangsungkan perkahwinan Dis07/Jan08 ini: Aizat+Amalia, Muadz+Ulfa, Umar Hakim+Jamaliah, Ihsan+Muna, Aiman+Sarah, Rozanizam+Suzeana, Syed Faiz+Nurtinee, Hanan+Marcitah, Majid+Anisah dll. (lagi…)
Difailkan dalam: Berita Terkini, Kenangan Haji 2007M/1428H | Tiada Komen »
Dikirim pada 24 Disember 2007 oleh inijalanku
Bersama rombongan selepas melontar Jamrah Aqabah 10 Zulhijjah 1428H
Semalam Jemaah Haji meninggalkan bumi Mina dan kembali ke Mekah. Di Mina mereka bermalam 2 (Nafar Awal) atau 3 malam (Nafar Thani) berturut-turut. Cuaca pada tahun ini tidak sesejuk tahun lalu kecuali pada malam terakhir. (lagi…)
Difailkan dalam: Kenangan Haji 2007M/1428H | 4 Komen »
Dikirim pada 3 Disember 2007 oleh inijalanku
Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda (lagi…)
Difailkan dalam: Fikrah & Dakwah | 6 Komen »
Dikirim pada 3 Disember 2007 oleh inijalanku
Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan Haji, ia juga mencatatkan beberapa peristiwa di dalam diari sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhuwwah ummat di dalam meneruskan perjuangan Baginda s.a.w. (lagi…)
Difailkan dalam: Fikrah & Dakwah | 2 Komen »
Dikirim pada 3 Disember 2007 oleh inijalanku
Hanya parti yang bengkrap ideologi perjuangan, tak tahu kemana nak dipimpin dan dibawa umatnya, melainkan kepentingan partinya sendiri, apabila ia kalah akan menghukum rakyat yang mengundi. Ini yang dilakukan oleh Parti Fatah apabila tewas ditangan Parti Hamas. (lagi…)
Difailkan dalam: Berita Terkini, Palestin | 3 Komen »
Dikirim pada 1 Disember 2007 oleh inijalanku
Rupanya bukan Raja Munirah sahaja yang menjadi mangsa sindiket ekspot dadah antarabangsa. Ada 30 orang lagi yang sama nasib dimana diperalatkan tolong membawa beg tapi sebenarnya berisi dadah, kemudian terpaksa merengkok didalam penjara kerana tertangkap di airport. Buat saudara, khususnya saudari, berhati-hati memilih teman, apatah lagi yang baru dikenali tanpa jelas latarbelakangnya. (lagi…)
Difailkan dalam: Berita Terkini, Perantauan | 2 Komen »
Dikirim pada 1 Disember 2007 oleh inijalanku
Dalam banyak perkara, keputusan diambil berdasar suara terbanyak. Ini termasuk di PBB sendiri. Kita sering saksikan undian dibuat di Majlis Keselamatan dan lain-lain agensi dunia yang kemudiannya jatuh wajib dipatuhi oleh sesebuah negara. Namun khusus bagi Amerika, perkara adalah berbeza dalam PBB. Terserahlah kepada Amerika untuk buat keputusan sendiri. (lagi…)
Difailkan dalam: Berita Terkini | Tiada Komen »
Dikirim pada 1 Disember 2007 oleh inijalanku
Sebaik memenangi Pilihanraya lalu dan menjadi Perdama Menteri baru, Kevin Rudd akan menunaikan janjinya dalam kempen iaitu menarik pulang tenteranya dari Iraq. Ini sudah tentu bertentangan dengan hasrat, bahkan menjatuhkan maruah Amerika, sebuah Kuasa Besar pada hari ini. Namun rakyat memilihnya berdasarkan janji dan manifesto beliau. Hakikatnya di sini ialah, kelantangan rakyat yang peka adalah [...]
Difailkan dalam: Berita Terkini | Tiada Komen »
Dikirim pada 1 Disember 2007 oleh inijalanku
Pada 20.11.2007 yang lepas, genap 72 tahun Syeikh Izzuddin Al-Qassam syahid dalam Pertempuran Yakbad, Palestin ditangan Penjajah Inggeris dan Yahudi. Beliau adalah seorang pemimpin mujahideen terulung yang menentang penghijrahan terancang Yahudi ke Palestin yang dilakukan oleh Penjajah British di awal Abad 20 dalam strategi menubuhan negara haram “Israel” pada tahun 1947. Syeikh Izzuddin dilahirkan pada tahun [...]
Difailkan dalam: Idola Ku, Palestin | 3 Komen »