PU2008 : Rakyat Seperti Mengharap Anwar

kem08_manifesto_thumbnail.jpgjalan-anwar-ke-putrajaya.jpg

<Updated 12/3/2008> Keputusan Pilihanraya ke 12 telah keluar. BN masih dapat membentuk Kerajaan Pusat tetapi dalam suasana muram dan penuh defensif. Tanggapan umum di jalanraya-jalanraya Malaysia hari ini, BA memenangi Pilihanraya ke 12, masih dipertengahan jalan kearah memenangkan BA sepenuhnya dalam dalam Pilihanraya XIII akan datang. Kalau dibanding peperangan, BA memecah bolos satu demi satu dinding kubu lawan memaksa BN berundur jauh ke belakang hingga terpaksa berlindung di belakang benteng yang terakhir iaitu Melaka, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah, mengikut tertib. Hari ini, SPR mengumumkan BN menang membentuk Kerajaan Pusat tetapi tiada sambutan guruh gemuruh seperti Penggal-penggal lalu.

Isu kenaikan petrol dan harga barang, pembaziran projek-projek mega, rasuah, penyelewengan demi penyelewengan berbillion wang rakyat, pembunuhan terancang termasuk Altantuya Sharibuu, komplot tersusun perlantikan hakim-hakim, kelesuan pimpinan Abdullah Badawi dan lain-lain kali ini benar-benar merimas dan merisaukan jutaan pengundi akan masadepan negara dan anak-anak mereka.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, 5 negeri dan Kuala Lumpur jatuh ke tangan BA, penafian 2/3 kerusi di Parlimen dan DUN Negeri Sembilan, PAS masuk ke Negeri Sembilan dan Pahang, PKR muncul sebagai sebuah parti yang berpengaruh di Malaysia.

 pak-lah-tidur.gif

Keputusan setakat tadi 505 DUN = 304 BN + 196 BA + 4?. dan 222 Parlimen = 137 (62% < 2/3) BN + 82 BA + 3?. Pilihanraya 8 Mac diadakan sebaik sebelum Anwar tamat tempoh iddah Larangan Berpolitik yang diputus Mahkamah. Wan Azizah ada berkata minggu lalu sekiranya dia menang, dia mungkin akan menarik diri bagi membuka ruang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan untuk Anwar bertanding dan menjadi Ahli Parlimen.

Dengan keputusan Pilihanraya hari ini, Anwar layak mejadi Ketua Pembangkang di Parlimen … tapi sekiranya umat Islam Pulau Pinang tidak dikejutkan besar dengan natijah DAP yang akhirnya menguasai Pulau Pinang dengan UMNO mengocak isu perkauman seperti kebiasaannya yang sudah-sudah.

najib-abdullah.jpg  jeanne-rosmah.jpg

Untuk generasi muda khususnya, dan untuk rakyat umunya, secara ringkas senerio politik adalah seperti berikut :

Tahun 1970an – pengaruh gerakan-gerakan Islam di Malaysia meningkat berdepan Barisan Nasional yang lebih sekular. Fenomena wanita-wanita memakai tudung bermula dan menular ke sekolah-sekolah menangah, IPT dan pejabat-pejabat. Tokoh-tokoh pemimpin pertubuhan Dakwah ketika itu Anwar Ibrahim (ABIM), Ustaz Abdul Hadi Awang (Pas), Ustaz Ashaari Muhammad (Arqam) dan lain-lain.

1981 – Mahathir menggantikan Hussein Onn memimpin UMNO dan BN. Cara terbaik berdepan dengan fenomena kebangkitan penghayatan Islam dan membaiki kemerosotan pengaruh UMNO ialah memikat Anwar Ibrahim masuk UMNO. Akhirnya, Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM dan masuk UMNO, melawan keputusan Syura ABIM.

1980an & 1990an – Kehadiran Anwar memberi imej Islam kepada UMNO, kedudukan Dr. Mahathir sebagai PM stabil. UMNO menang besar setiap pilihanraya, nampak Islamik kepada orang Islam lalu mengalahkan Pas, sekular kepada bukan Islam lalu mengalahkan DAP. Tetapi Anwar naik mendadak di dalam UMNO dan Kerajaan lalu mengancam kedudukan Mahathir dari dalam. Mahathir berhati-hati, terus memegang dan tidak melepaskan jawatan Kementerian Dalam Negeri yangmengawasi setiap langkah lawan (hanya dilepaskan sebaik Anwar dipecat tahun 1998).

1994 – AGM UMNO : Anwar dihidu akan memecah budaya UMNO yang tidak mempertandingkan 2 jawatan tertinggi iaitu jawatan Presiden (disandang Mahathir) dan Timbalan Presiden (disandang Ghafar Baba). Anwar menafikan ia akan mencabar Ghafar Baba. Tiba-tiba beberapa hari sebelum hari pencalunan, Anwar dengan disokong kebanyakan menteri2 dan pimpinan UMNO muncul di akhbar membuat surprise mengumumkan akan bertanding melawan Ghafar. Lebih seratus bahagian mencalunkan Anwar berbanding hanya beberapa kawasan mencalunkan Ghafar. Ghafar terpaksa menarik diri di luar gelanggang. Anwar jadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, berusaha membenteras rasuah, penyelewengan wang rakyat, meneruskan “islamisasi”, menyelar nepotisme, kroni, dll. Mahathir semakin berjaga-jaga terhadap kemaraan Anwar menaiki singgahsana UMNO, BN dan Kerajaan.

1996 – AGM UMNO. Pemuda UMNO yang ghairah Anwar mengkritik Mahathir terang-terangan dan mahukan pembersihan dalaman UMNO dan Kerajaan dari semua aspek yang diperjuang Anwar. Mahathir menganggap semboyan mencabar kerusi Presiden UMNO telah dibunyikan.

1998 – Menjelang AGM & Pemilihan UMNO 1998, Mahathir memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sehari selepas itu Mahathir mempengerusi Majlis Tertinggi UMNO memecat Anwar dari keahlian UMNO lalu Anwar tidak boleh bertanding kerusi Presiden UMNO. Anwar menjelajah seluruh negara. Rakyat semakin bangkit di sana sini. Kementerian Dalam Negeri menahan Anwar dengan ISA. Esoknya di depan media Anwar dibawa ke Mahkamah dengan mata kanan lebam. Jualan akhbar Harakah naik dari 40,000 kepada 400,000 tiap keluaran. PAS mendapat 300,000 ahli baru di tahun pertama pemecatan Anwar. Gelombang Reformasi melanda BN.

Pilihanraya X 1999 – Tsunami Pilihanraya Pertama. Pas Kelantan menang besar. Terengganu jatuh ke tangan PAS. Majoriti undi Melayu ke Pembangkang. Kebencian terhadap Mahathir semakin meluap-luap dan berpanjangan. Mahathir terpaksa melepas jawatan kepada Abdullah Badawi, lulusan Pengajian Islam, keturunan ulamak Kepala Batas, Asy-Syeikh Abdullah Fahim, untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Mahathir terselamat dari Anwar di dalam UMNO, tetapi tidak selamat dari Rakyat di luar UMNO. Akhinya Mahathir undur jua.

Pilihanraya XI 2004 – Dengan kejatuhan Mahathir, rakyat kembali lega dengan menaruh penuh harapan kepada Abdullah, pencanang “Islam Hadhari”. BN menang besar dan kembali menguasai Terengganu. PAS Kelantan menang tipis 23-22. DAP banyak kecundang kepada MCA/Gerakan dibanyak kubu kuatnya. Anwar keluar dari penjara, bebas dari tuduhan tetapi masih berdiam diri sambil membaca senerio politik Malaysia setelah 6 tahun merengkok dalam penjara. Anwar saman Mahathir RM100 juta atas tuduhan memfitnah dirinya yang bersih. Rakyat tertanya-tertanya pendirian Anwar, adakah kembali ke UMNO atau ke Pembangkang?

2004 – 2008 : Sangkaan dan harapan penuh rakyat terhadap Abdullah amat meleset. Masalah negara dan penyelewengan dibiar berterusan bahkan semakin teruk, halatuju negara tidak menentu, ditambah Abdullah lemah peribadi dan pentadbiran, tidak seperti Mahathir yang disanjung antarabangsa dan pembangun infrastruktur (sahaja?) negara Malaysia. Anwar muncul di tengah-tengah rakyat melalui PKR dan bukan UMNO dalam ucapan dan jelajahnya keseluruh negara. Kini rakyat tahu di mana Anwar. Kini rakyat tahu dimana undian mereka.

Pilihanraya XII 2008 – Tsunami Pilihanraya Kedua. BN jatuh di 5 negeri dan Kuala Lumpur. BN hilang 2/3 penguasaan di Parlimen. PKR dan PAS menembusi banyak negeri-negeri baru. Anwar menyaman Chandra Muzaffar RM10 juta dan Khairy Jamaluddin RM100 juta melalui peguam SM Nair kerana memfitnah dirinya yang bersih.

Senerio di depan adalah :

(1) Abdullah akan melepaskan jawatan Presiden UMNO seperti yang dilakukan oleh Mahathir atau terus menggenggam kuasa dan membuat langkah-langkah drastik kearah menyelamatkan UMNO dan BN dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

(2) Adakah DAP yang memerintah Pulau Pinang akan tunduk di bawah agenda BA, setelah menang melalui pakatan BA dan imej Anwar, atau mengambil jalan sendiri mencengkam Pulau Pinang terutama umat Melayu dengan agenda Malaysian Malaysia-nya (semua warganegara adalah samarata tanpa keistimewaan). Jika Melayu rasa terancam, seluruh Malaysia akan menilai padah dari pakatan ini (walaupun dengan parti Gerakan memerintah Pulau Pinang sebelum ini, Melayu juga ada yang terpinggir).

(3) Adakah BN akan menyekat hak wang Pusat dari mengalir ke negeri-negeri yang dikuasai BA seperti yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Terengganu apabila PAS menang dulu. Jika berlaku sekatan, adakah PKR, PAS dan DAP dapat menunaikan manifesto mereka seperti gaji minima RM1500, penghapusan tol dll. Rakyat akan menagih dan menilai janji ini.

Artikel ini bertujuan memberi tafsiran kepada arus perubahan undi yang berlaku dalam Pilihanraya XIII 2008. Ia bukan bertujuan memberi gambaran cara perubahan terbaik yang dikehendakki Islam di Malaysia.

Diaspek para pengundi, pada saya contoh undi dan dokongan yang diberikan oleh warganegara Palestin kepada calun HAMAS dalam Pilihanraya II 2006 adalah yang terbaik dalam sejarah moden ketika ini, dimana rakyat memahami ideologi atau fikrah yang dibawa HAMAS, mereka bersedia bukan sahaja mengundi tetapi mendokong dan menghadapi dugaan atas pilihan atau undi yang mereka telah berikan. Dalam Pilihanraya Umum 25/1/2006, HAMAS menang hampir 70%. Kakitangan kerajaan di Palestin terus menyokong HAMAS walaupun mereka tidak mendapat gaji berbulan-bulan kerana sekatan ekonomi dan kewangan oleh angkara Barat dan Arab terhadap Kerajaan HAMAS. Pilihanraya Persatuan Jururawat Palestin 8 bulan selepas sekatan setelah mereka tidak mendapat gaji selama itu, namun yang menghairankan ramai penganalisa politik dunia ialah dunia sekali lagi menyaksikan calun-calun jururawat HAMAS menang lagi dengan mendapat 73% kerusi, lebih banyak dari sebelum ditimpa sekatan !

Sekiranya kemenangan BA disebabkan semata-mata kenaikan harga petrol, beras, tepung, barang, belanja pengajian anak-anak, maka ia akan berakhir apabila harga mula turun atau stabil atau gaji dinaikkan berkali lipat. Jika BA menang semata-mata kerana fenomena Anwar, maka umur beliau hanya tinggal beberapa dekad atau lebih singkat dari itu. Mungkin sahaja usaha BN melakukan personality assassination (membunuh maruah seseorang) terhadap Anwar akan berjaya dalam masa terdekat. Lihat sahaja nasib Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Johor, Chua Soi Lek yang terkubur karier politiknya dan padah yang diterima MCA setelah adegan lucahnya disiar kepada para pengundi Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia kita boleh menjawab ketika ini adakah rata-rata masyarakat kita bersedia mengikat perut, dikenakan sekatan ekonomi dan gaji berbulan-bulan hanya kerana menanggung risiko disebabkan mereka memilih Islam (akhlak luhur, keadilan kebebasan, kasih sayang, kekayaan negara dan umat, perlaksanaan hukum hakam Allah, syura, membenteras maksiat, kelucahan, penyelewengan, membebaskan bumi Islam yang dijajah, menyebarkan Dakwah Islam kenegara jiran dan serata pelusuk dunia dll) di dalam Pilihanraya? seperti Para Sahabat mengikat perut 3 tahun di perkampungan Bani Abdul Manaf di Mekah? seperti pengundi Palestin yang mengikat perut sejak 25/1/2006 hingga ke hari ini? atau kita hanya berpada dengan masyarakat yang mengundi dan memilih berdasarkan parti mana yang boleh membuat tawaran harga petrol dan barangan yang lebih baik? Kalau begitu, di mana sebenar ideologi dan agenda Islam umat kita ini?

Malaysia Baru? Isu membenteras rasuah, penyelewengan wang rakyat dsb mudah ditutur tetapi masih perlu dibuktikan keikhlasan. Muhajirin meninggalkan harta yang mereka miliki di Mekah demi berhijrah ke Madinah bagi membina sebuah negara Islam. Ansar membahagi dan memberi harta mereka kepada Muhajirin kerana sama-sama ingin membentuk Negara Islam anugerah Allah. Allah swt hanya memberi kepimpinan negara dan Dunia kepada pejuang Islam hanya setelah mereka membuktikan bahawa mereka menolak habuan dunia demi mendapat Akhirat yang lebih kekal dan abadi. Begitu juga mereka yang mahu menjadi pejuang membenteras rasuah, penyelewengan wang berbillion ringgit, kronisme, nepotisma, kelucahan, pelacuran, hiburan bebas dan sebagainya harus membuktikannya terlebih dahulu bahawa mereka zuhud dari semua habuan dunia tersebut demi Akhirat. “Bekerjalah kami, nanti Allah, Rasul dan orang-orang beriman melihat amalan kamu” (Al-Quran). Ahli-ahli BA masih perlu dilihat oleh pengundi dalam membuktikan hakikat ini.

jalan-anwar-ke-putrajaya.jpg

Anwar : Gagal ke Seri Perdana setelah 16 tahun (1982-1998) melalui Barisan Nasional. Adakah berjaya melalui Barisan Rakyat ?

Pakatan BA & Ketuanan Melayu/Islam : Saya melihat dipeti kaca televisyen, dimalam pengundian, Ketua Menteri Pulau Pinang mengumumkan kekalahan parti Gerakan/MCA ditangan DAP dan beliau telah menghubungi Ketua DAP untuk menyerah kuasa. Menyerah kuasa sebelum DAP berbincang dengan PKR/PAS sebagai gabungan dalam BA? Sedang sehingga ke hari ini 12/3/2008, 4 hari selepas keputusan Pilihanraya, Selangor dan Perak belum memutuskan siapa bakal Menteri Besar kerana perlu bermuafakat terlebih dahulu. Yang memilukan lagi ialah 3 calun dari setiap parti PKR, PAS dan DAP dikemukakan kepada Sultan untuk dipilih/diperkenan, sedang sebelum ini hanya Menteri Besar beragama Islam sahaja yang bertahta. Kenapa BA perlu mengemukakan calun dari bukan Islam juga? Adakah memang tuntutan ideologi DAP (semua warga adalah sama rata), atau kerusi DUN yang dimenangi adalah terbanyak atau sekadar untuk mengambil hati dan kepercayaan masyarakat Cina. Bukan isu bilangan kerusi sahaja yang patut dikira sedang isu ketuanan Islam hendak dipinggir dan dilupa. Jika masyarakat Melayu Islam mengundi BA kerana mungkin mahu Anwar menyelamatkan mereka dan Malaysia dari kerakusan BN, masyarakat Cina mengundi BA/Anwar dan BA kerana mungkin sudah percaya bahawa MCA/Gerakan yang tunduk dibawah ketuanan Melayu/UMNO tidak mungkin lagi dapat diharapkan memperjuang hak samarata antara kaum di Semenanjung Tanah Melayu ini. Undi sama, agenda mungkin berbeza.

Kelmarin rakyat mengharap Abdullah yang menggantikan Mahathir, namun hampa. Hari ini rakyat mengharapkan pula Anwar. Bagaimana esok?

Perjuangan Islam, menjayakan Manhaj Taghyir (proses perubahan negara) dan Siyasah Syariyyah berbeda dengan percaturan politik kepartaian samada disegi objektif maupun wasilah (cara). Namun begitu menjayakan Manhaj Taghyir melalui proses Demokrasi Terkawal adalah salah satu cara zaman kini yang boleh digunapakai untuk mencapai pengertian dan penghayatan syura, kebebasan, pertanggungjawaban, innovasi, kebajikan dan lain-lain yang diperjuangkan oleh Islam.

Kita menyeru kepada semua parti agar kembali menyemak dan menilai prestasi masing-masing dan kesan-kesan langsung dan tidak langsung dari keputusan Pilihanraya XII 2008 kali ini. Apapun kesudahan, hasil yang diinginkan ialah kesejahteraan rakyat di Malaysia dalam semua segi ruh, fizikal dan mental serta aqidah, ibadah dan akhlak serta penghayatan dan perlaksanaan Syariat Islam yang merupakan satu-satunya yang boleh menjamin terlaksana dan berterusannya semua aspek kesejahteraan di atas. “Katakanlah miliklah Kerajaan. Dia memberikan kerajaan kepada siapa yang dikehendakkiNya. Dia mencabut kerajaan dari siapa yang dikehendakkiNya. Dia mengangungkan siapa yang dikehendakkiNya (dengan diberi kuasa). Dia menghinakan siapa yang dikehendakkiNya (dengan dicabut kuasa). PadaMu kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap sesuatu” (Al-Quran).

About these ads

18 Respons

  1. Kita mendoakan yang terbaik buat pimpinan BN supaya bangkit dari lena.
    Kita mendoakan yang terbaik buat pimpinan BA di 5 negeri dengan Harapan Baru kepada Rakyat.

    http://penamaya.wordpress.com

  2. saya rasa kalau dikatakan PRU 12 ini rakyat mengharap anwar ibrahim, itu kurang tepat. sebenarnya pilihanraya kali ini merupakan satu protes dari kebanyakan rakyat tentang keadaan yang menimpa mereka iaitu peningkatan sara hidup yang membebankan dengan pelbagai kenaikan harga barangan. ia lebih kepada faktor ekonomi rakyat sebenarnya. rakyat mahu kerajaan mengambil berat dan mengutamakan kepentingan rakyat. bukannya gah dengan projek2 yang tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat secara merata.

    itu pendapat saya jer. tentu banyak lagi pendapat lain yg lebih betul dan bagus.

  3. benarkah apa yang saudara tulis diatas satu kebenaran???benarkah anwar seorng wira rakyat atau cuma seorng manusia yang opurtunis yang menunggu peluang terbaik untuk kepentingan beliau..benarkah barisan nasional benar2 membawa kebajikan??benarkah Pak Lah itu benar2 Islamik??benarkah Barisan Alternatif yang dikatakan barisan rakyat ini benar2 untuk rakyat??saudara,pada siapa saudara patut letakkan kepercayaan pada politik saudara??sebab lagi sekali saya ingin katakan,benarkah Anwar ini benar2 pejuang atau cuma seorng yang menanti peluang??saudara fikirkanlah..sebab kemajuan yang Barisan Nasional bawakan kepada negara ini,mungkin bukan sekali satu kemajuan.atau mungkin sekali ya..serta mungkin sekali janji Anwar untuk kita ini cuma alat beliau sahaja,atau mungkin skali tidak…jadi,siapa yang harus kita percaya????SIAPA YANG BENAR,SIAPA YANG KHILAF??

  4. sanggup ka kita orang Melayu Islam dengan manifesto DAP tuhhh

  5. benarkah apa yang saudara tulis tu. Yang penting kalau la pemerintahan bertukar, minta negeri sabah dan sarawak jangan diabaikan. Kalau la berlaku..manala tau kan..kami akan mengundur diri dari Malaysia…

  6. Kami rakyat Malaysia yang cintakan negara..Kami enggankan pepecahan..Selama 50 thn kemerdekaan kami dpt merasakan apa itu kemajuan.. . Sebagai rakyat Malaysia kita harus bersatu untuk mencapai wawasan 2020…Kami Sarawakian masih hauskan pemerintahan adil BN..Kami hanya inginkan keadilan dan pembangunan y berterusan dari pemerintah..tak kira la future n t governmnt akan btkr tapi y penting “dont neglect Sabah & Sarawak”……

  7. Tepuk dada tanya selera. Tengok apa jadi dalam masa 4 tahun.Semuanya ahli politik.Semua pandai bermain kata-kata. Peluang telah diberi oleh rakyat.Kotakan atau akan berkubur……

  8. inilah kita sebagai manusia…bak kata perpatah habis madu sepah dibuang. dulu kita membenci Tun Dr Mahathir tapi kini menyanjungnya, dulu kita menyanjung pak Lah tapi kini membencinya… dan kini kita semakin terhimpit dengan pelbagai masalah… cuba fikirkan kembali… buat sesuatu tu biarlah diambil dari aspek positif dan negatif…

    sekadar bingkisan idea yang tidak seberapa….

  9. Garapan menarik. Politik itu kotor. Biasa la.. Huhu.

  10. mgkn siapa yg tidak ada friendster, tidak tahu betapa remaja khususnya ramai yang menyokong anwar. dilihat dari segi komen2 mereka, ramai yg mengucapkan tahniah kepada beliau. itu dari segi remaja, dan awal dewasa.

    jika dilihat dari segi peringkat 25 tahun ke atas, mungkin ramai yang menganggap anwar tidak relevan. namun begitu, beliau juga yg telah membuat road tour, membangkitkan smgt cina dan india.

    dalam beberapa blog yg saya baca dan tinjau, non muslim takutkan Islam, kerana UMNO juga yg telah memperburukkan hukum hudud dengan memotong tgn.

    padahal kalau dilihat, jika anak sendiri yg dirogol, mesti mereka akan gunakan hudud. harta mereka dicuri, mesti mereka mahukan hukuman hudud. namun begitu, hal ini tidak berlaku kepada mereka.

    jadi, salah siapa di sini? Tun Dr Mahathir bg saya, hanya cakap sebegitu, namun dia juga tidak relevan. bila ada kuasa, cakap lain. bila dibelakangkan oleh kwn2 dulu yang pandai mengampu, dibilang lain juga.

    bukakan minda. tinjau-tinjau juga bingkisan dari mereka yang mengundi..

  11. terteraik dgn perbandingan yg saudara buat berkenaan dgn HAMAS.Pada hemat saya yg berhingus ini,pemilihan rakyat palestine memilih HAMMAS memang jelas membuktikan mereka menyokong seratus peratus ideologi yg dibawakan HAMMAS.Perjuangan menuntut kebebasan palestine yg kita sedia maklum bahawa HAMMAS la satu-satunya organisasi yg benar2 menuntut keadilan itu disamping pembawakan islam yg jelas dan terlihat dalam organisasinya.faktor2 ini mungkin membuatkan rakyat palestine memlih HAMMAS dalam pilihanraya itu.Terlahirnya kekuatan memilih itu atas desakan hebat israel yg zalim memusnahkan kediaman mereka,merampas rumah2 dan tanah2 mereka.Jelas disitu pengundi palestine nmpak apa yg HAMMAS ingin bawakan.

    Berbalik pula pada senario negara kita,agak setuju dgn pandangan saudara yg memperkatakan mengenai kemungkinan-kemungkinan pengundi malaysia ini mengundi BA atas isu hangat seperti minyak naik/harga barang naik dan sebagainya.Isu2 ini mungkin menenggelamkan ideologi NEGARA ISLAM yg menjadi tunjang utama PAS semenjak ia ditubuhkan.Wallahu a’lam..bg saya tidak salah sekiranya dgn cara mndat ini lebih mudah PAS membawakan idealoginya.Mungkin atas faktor isu2 panas inilah yg memberi ruang kepada PAS utk cuba menerapkan apa itu ISLAM sebenarnya dan secara perlahan-perlahan mengajar rakyat ape itu sebenarnya islam melalui pentadbiran yg ditunjukkan dan melalui isu2 panas yg terbentang .Nah,jika benar peluang sebegini dimiliki dan dijalankan mengikut landasan yg betul,tidak mustahil masyarakat dimalaysia akan mmbuka mata dan melihat cantiknya ISLAM dan seterusnya terus menyokong idealogi DAULAH ISLAMIYYAH yg dibawakn.Bila ini sudah dimiliki,bukankah sama nanti seperti mana rakyat palestine yg menyokong HAMMAS atas sbb “manisfesto” utama HAMMAS..;)..cuma perlu masa yg pnjang..

    Masyarakat hari ini bukanlah satu masyarakat yg bilamana anda meyentuh soal agama akan berduyun-duyun mereka hadir.Masyarakat kita hari ini juga bukanlah sejenis masyarakat yg suka menghadirkan diri ke masjid@kuliah2 agama bahkan untuk ke laman2 blog sebegini..:)
    perlu PAS,anda dan org2 yg memiliki kesedaran untuk sama memikirkan satu bentuk jalan.jalan baru yg x lari dari matlamat asalnya.

    wallahu a’alam.

    dari saya yg tidak boleh mengundi.

  12. bacalah dengan nama TuhanMu yang Menciptakan..dengan penguasaan barisan pembangkang di beberapa negeri saya mempunyai harapan semoga laluan untuk gerakan dakwah dan kebangkitan penghayatan Islam sebagai cara dan sistem hidup yang lengkap akan menjadi lebih mudah, aman, dan bebas selepas ini..sekurang-kurangnya kita berharap Allah mengatur pemerintahan baru yang memudahkan kita dalam menggiatkan lebih banyak usaha dan kerja keras di peringkat bawahan supaya setiap lapisan masyarakat dapat kembali memahami, menerima dan melaksanakan islam..hukum Allah tidak dapat dikuatkuasakan secara kaffah jika masyarakat atau rakyat belum bersedia untuk menerima reformasi ‘back to basic (islam)’..ya cabarannya ialah sejauhmana kita dapat menangani konflik yang timbul akibat perbezaan kepentingan kaum dan pertembungan prinsip dengan bijak..namun ‘perbezaan’ bukannya punca masalah tetapi merupakan satu unsur yang boleh dihalakan ke arah positif dan memberi 1001 rahmat jika ‘disinergikan’ dengan benar, insya Allah

  13. Bagus….komen bijak

  14. x payah nak risau….just bg peluang BA utk penggal ni…klu x boleh jugak undi lah BN balik pd penggal akn datang….yg penting BA tau aper yg perlu dorang buat….yakin boleh Malaysia pun boleh

  15. ya saya setuju dgn dean,kita kena pro dlm berpolitik ni,apa salah nya jika beri peluang pada BA pula…dan banding kan dgn BN yang tak pernah jadi pembangkang di Msia hingga kini.

  16. saya sebenarnya confused.. sebenarnya bagaimanakah cara dan menerusi sistem apakah islam akan kembali berkuasa di masa hadapan? adakah menerusi demokrasi? atau ketenteraan dan cara-cara lain lagi? saya melihat politik melalui sistem demokrasi) ini sebagai suatu yang penuh kekotoran dan kelemahan yang menyebabkn saya merasakan bukan cara ini (demokrasi) islam akan kembali.. cthnya kita lihat sahaja di Hamas, walaupun kemenangan berpihak kepada mereka langsung mereka ditekan oleh pihak-pihak musuh.. seolah-olah demokrasi langsung tidak membenarkan mereka berkuasa sepenuhnya… begitu juga senario politik di Malaysia..’menurut pendapat saya’, ada parti yang kadang-kadang sangat dinamik dlm pendirian dan manifesto mereka demi mendapatkan undi rakyat..

  17. tentang masa hadapan sebaiknya kita serahkan saja kepada pengaturan Allah yang terbaik..sebaiknya kita fikirkan dan lakukan apa yang sebaiknya kita lakukan pada waktu sekarang mengikut waqi’..wallahualam

  18. Terdapat byk pandangan yg telah dilontarkan…..tapi, sebahagiannya hanya sekadar dapat dibaca sahaja dan tidak boleh diterima. kupasan ustaz mengenai hal ini amat baik terutamanya dalam memberi ‘point of view’ yg berbeza. Mungkin ramai pihak melihat perkara ini dari pelbagai perspektif,tetapi yang saya ingin tegaskan di sini bhw agenda utama yg perlu diberi perhatian bagi setiap individu-individu yg bergelar muslim adalah memartabatkan Islam,sekaligus mengaplikasikan islam dlm kehidupan masing-masing…Semoga kita dapat menilai dan muhasabah kembali diri kita yang serba kerdil & serba kekurangan……

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 286 other followers

%d bloggers like this: