Ketuanan Melayu : Diantara Perlembagaan dan polisi-polisi kerajaan

225px-hisham_keris.jpg    obama-2.jpg

Artikel 153 Perlembagaan menyentuh Ketuanan Melayu (Foto Hiasan)

<Updated 20/3/2008> Sejak Barisan Rakyat menguasai banyak negeri dalam Pilihanraya ke 12 lalu, isu ketuanan Melayu cuba dibangkitkan dengan rancak seolah-oleh Melayu kini diambang bahaya. Fokus diberi kepada Pulau Pinang yang diperintah oleh Ketua Menteri dari parti DAP yang didominasi orang Cina, kekadang melupakan hakikat bahawa dizaman Barisan Nasional juga, Pulau Pinang diperintah Ketua Menteri dari parti komponen dalam Barisan Nasonal yang juga berbangsa Cina. Ketuanan Melayu dipelihara oleh Sultan-sultan Tanah Melayu di mana Hak-hak Istimewa Orang Melayu dipelihara oleh Perlembangaan Malaysia yang hanya boleh diubah oleh 2/3 undi di Parlimen. Dengan bilangan ahli Parlimen dari Barisan Nasional, Barisan Rakyat atau bangsa Cina dan India yang kurang dari 2/3 selepas Pilihanraya ini, kemungkinan untuk mengubah artikel dalam Perlembagaan tersebut oleh satu-satu pihak tanpa persetujuan pihak lain adalah lebih sukar dan bukan sebaliknya seperti yang dicanang sesetengah pihak.

keris-monument.gif kad-ic.jpg

Melaka Kurun 15 : Melayu gemilang hanya setelah datangnya Islam dan kerana Islam.

Rakyat sesebuah Negara juga harus celik dalam tatacara perjalanan dalam negaranya. Perlembagaan adalah berbeza dengan Kerajaan. Perlembagaan adalah susuk lembaga sesebuah Negara yang telah digariskan dan hanya boleh diubah dengan lebih 2/3 undi di Parlimen. Kerajaan pula adalah badan yang mesti mengeluarkan polisi-polisi dan menjalankan operasi harian mengikut Perlembagaan yang diawasi selari atau tidaknya oleh badan Kehakiman. Ini bermakna apa sahaja kerajaan samada dari Barisan Nasional, PKR, DAP, PAS atau lain-lain parti politik mestilah menjalankan operasi pemerintahan selari dengan artikel menyentuh Ketuanan Islam/Kuasa Raja-raja atau Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu. Adapun Dasar Ekonomi Bari (DEP), seperti juga dasar Pandang Ke Timur, Penduduk 70 Juta, Pimpinan Melalui Teladan dan lain-lain adalah polisi-polisi Kerajaan BN dan bukannya Perlembagaan, yang mempunyai tempoh tertentu untuk mencapai objektif tertentu. Boleh sahaja polisi tersebut tamat dan diganti dengan polisi yang lebih baik, adil dan makmur dan mesti selari dengan Perlembagaan Malaysia yang mengiktiraf Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu. Jika kerajaan dari mana-mana parti mengoperasikan perjalanannya bertentangan dengan Perlembagaan dan dibawa ke pengadilan, Kehakiman yang bertugas menjaga Perlembagaan sudah tentu berkuasa menjatuhkan hukuman atau menghalang operasi tersebut.Secara resminya dibawah Kerajaan BN juga DEB tamat pada 1991 dan sekarang diganti dengan NDP (National Development Policy). Mereka ahli politik yang gubal NDP (oleh sebuah majlis perundingan ekonomi dipengerusi Tan Sr Ghazali Shafie) mengganti DEB, dan hari ini mereka berlakun memperjuang DEB didepan para pengundi yang kurang mengetahui !

 

Melalui Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain-lain media yang berpengaruh sesetengah sedang mengambil peluang ketidakfahaman sebahagian masyarakat Malaysia tentang perjalanan Negara disegi perbezaan antara Perlembagaan dan Kerajaan untuk mengapi-apikan sentiment perkauman dengan menggunakan ungkapan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang yang baru dilantik, dalam headline Utusan sebagai “Tiada Lagi DEB” dsb. Kenyataan Lim Guan Eng ditafsirkan sebagai tamatnya Ketuanan Melayu atau Hak-hak Istimewa Orang Melayu, dan orang-orang Melayu di Malaysia atau setidak-tidaknya di Pulau Pinang mula terancam ! Ramai Melayu mungkin berjaya disinggungkan. Ini disatu aspek.

 

musnah-dokumen-sgor.jpg   dokumen-termusnah.jpg

Cara sesetengah Melayu berKetuanan menyerah kuasa setelah tewas. Dokumen negeri cuba dimusnah.

 

Diaspek yang lain pula, dengan termakubnya Hak-hak Istimewa Orang Melayu di atas kertas, ini tidak bermakna orang Melayu telah mendapat hak-hak tersebut. Allah telah mentakdirkan bahawa “Tidaklah bagi manusia itu (balasan) melainkan apa yang telah mereka usahakan” (An-Najm:39). Mereka mendapat gaji atau keuntungan hanya setelah mereka berkerja. Mereka mendapat biasiswa sekiranya mereka cemerlang dalam peperiksaan. Seorang perunding Kementerian mengeluh kepada saya kerana setelah memberi penerangan bantuan Kerajaan sebanyak RM80,000 sebagai modal membeli mesin pembungkus plastik, hanya diperlukan dari pengusaha mencari pendahuluan atau pembiayaan sebanyak RM20,000 dan membuat kertas kerja, tidak seorang pun dari lebih 100 peserta yang dikursuskan tampil selepas itu untuk memenfaatkan bantuan tersebut. Sebab utama ialah tidak mahu bertanya lanjut dan belajar cara membuat kertas kerja. Ramai bersikap menunggu bantuan tanpa kertas kerja. Kita sama maklum bahawa kertas kerja tidak lain melainkan menggalak dan memastikan penerima bantuan bersungguh dalam memahami dan menjalankan usahanya samada diaspek perancangan, pemasaran, pengurusan pekerja dan wang dan sebagainya. Berhak satu perkara, manakala berusaha mendapatkan hak adalah satu perkara yang lain pula.

 

Oleh itu ramai kita orang Melayu Islam bukan sahaja tewas dalam memahami hak kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara bahkan kita juga tidak tahu atau tidak mahu bersusah payah menggunakan hak tersebut secara optima atau sebaiknya. Yang ramai nak ialah senang-senang dalam mendapatkan hak tersebut terutama dikalangan ahli-ahli politik atasan Melayu. Berlakulah rasuah dan penyelewengan hingga berjuta-juta wang Negara. Protes yang ditunjukkan oleh pengundi dalam Pilihanraya lalu adalah kerana diantaranya Hak Istimewa Melayu dalam Perlembagaan telah banyak menjadi Hak Istimewa Orang Politik dalam pengoperasian. Ramai rakyat mula terasa menanggung bebanan kehidupan seisi rumah dan pelajaran anak-anak mereka terutama anak-anak berbakat tetapi tidak mampu menyaingi segelintir teman mereka yang cemerlang dan beroleh biasiswa. “Takutlah bala yang tidak menimpa golongan yang zalim sahaja dari kalangan kamu” (Al-Anfaal:25).

 

obama-2.jpg vote-besar.jpg

<< Foto >> Barack Obama, berkulit hitam keturunan Afrika. Bangsa seperti beliau pernah menjadi hamba abdi Amerika zaman lampau, masih mendahului pungutan suara Parti Demokrat ke Pilihanraya Presiden Amerika Nov 2008 ! Amerika berpenduduk 350 juta, 95% mat saleh berkulit putih, Kuasa Besar Dunia terkuat abad ini. Jika Obama berjaya mengalahkan Mrs.Hillary Clinton untuk menjadi calon Parti Demokrat, apatah lagi mengalahkan Mc Cain (calon Parti Republikan) dalam Pilihanraya November 2008 ini, lalu menjadi Presiden Amerika yang sudah tentu dipatuhi rakyatnya, ia adalah satu tempelak yang amat kuat untuk umat Islam Abad 21 dalam penghayatan Hadis “Dengar (arahan) dan patuhlah walau yang memimpin kamu seorang hamba Habsyi (Afrika) …”. Siapa yang menjadi contoh kepada siapa? “Demikianlah Kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi (contoh, bukti, saksi pendakwa di Akhirat dalam menjalankan ajaran Allah) ke atas manusia (lain di dunia). Dan Rasul menjadi saksi (dakwaan) ke atas kamu” (Al-Baqarah:143). Umat Islam menjadi contoh kepada rakyat Amerika atau rakyat Amerika menunjukkan contoh kepada umat Islam? Adakah Malaysia boleh menerima PM seorang Cina yang baik Islamnya ? Benarlah kata Umar Al-Khattab ra, “Kita dulu adalah umat yang hina, lalu Allah mengagungkan kita dengan Islam. Jika kita mencari keagungan dengan cara selain dari jalan yang Allah jadikan kita agung, nanti Allah akan menghina kita (kembali)”. Hari ini Eropah, Rusia dan dunia mengagung siapa dan menghina siapa? Amerika atau umat Islam? Siapa yang menghulur bantuan kepada siapa? Siapa yang tunduk kepada siapa? Siapa pemutus dan siapa kena tunduk?

 

Setelah jelas kepada kita perbezaan diantara Perlembagaan (Hak-hak Istimewa Melayu dll.), Kerajaan (DEB, NDP dll.), Kehakiman, hak tertulis, hak usaha mendapat dan sebagainya dalam perbincangan diatas, disini saya tidak membiarkan kita tercari-cari hakikat dan pandangan Islam terhadap isu Ketuanan Melayu, lalu kita terdedah dengan sentiment asabiah golongan tertentu demi kepentingan tertentu sedangkan asabiah buta sangat ditegah Islam, membantutkan Dakwah kepada bukan Islam, zalim dan sebenarnya melemahkan sesebuah umat. Diantara faktor kekuatan Islam dulu ialah kesatuan melalui hak persamaan diantara Umar ra bangsawan Quraisy dengan Bilal Ar-Rabah, hamba kulit hitam, Suhaib Ar-Rumy dari Eropah dan Salman Al-Farisi dari Parsi. Ketika artikel ini ditulis, Barrack Obama, berkulit hitam sedang mendahului pencabarnya Hillary Clinton, berkulit putih, isteri bekas Presiden untuk mewakili Parti Demokrat melawan Parti Republikan untuk kerusi Presiden bulan November ini, yang 95% penduduknya seramai 350 juta adalah berkulit putih. Demikianlah halnya keadaan mana-mana umat berstatus Kuasa Besar Dunia, dulu, kini dan selamanya, samada di zaman Islam atau kafir yang memimpin dunia. Ini sekiranya kita bercita-cita menyahut seruan Allah agar berusaha menjadi pemimpin dan pembimbing dunia. Adapun sekiranya sesebuah umat itu hanya berpada dengan cita-cita sekadar mendapat biasiwa, gaji dan subsidi, tidak lebih dari itu, maka bagi mereka tajuk tulisan yang lain. Walaubagaimanapun Islam melihat lebih jauh dari sekadar persamaan diantara warna kulit, kepada persamaan hak menikmati kemakmuran Negara, peluang berusaha, bahaya kapitalis, bahaya kemiskinan dan menganggapnya hampir kepada kekufuran, dan ancaman musuh luar, keseimbangan dalam masyarakat dan sebagainya. Sepertimana juga Islam mencela mengambil peluang keadaan dan sentimen masyarakat untuk kepentingan diri sendiri dalam menaangguk di air keruh mengaut keuntungan di atas angin sedang masyarakat bawahan memerah keringat demi menyuap nasi untuk anak-anak membesar dan dapat pergi ke sekolah. Semua faktor di atas disebut Allah dalam Al-Quran dan harus diambilkira oleh para ulamak dan kerajaan.

 

Ketuanan Melayu di Malaysia disisi Islam.

 

<bersambung di posting akan datang …>

Lampiran-lampiran :  

Lampiran 01 : Cara orang Cina tanpa berKetuanan menyerah kuasa.

Koh Tsu Koon mengaku kalah

08/03/2008 10:01pm

PULAU PINANG 8 Mac – Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengaku kalah pada pilihan raya kali ini dan berkata, beliau akan menyerahkan kuasa kepada pembangkang.

“Pada kira-kira pukul 9.30 malam, Ketua Menteri sekarang menelefon saya untuk menyatakan, beliau mahu menyerahkan kuasa,” kata Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yew. – Reuters

Lampiran 02 : 

Article 153

Main article: Article 153 of the Constitution of MalaysiaArticle 153 grants the Yang di-Pertuan Agong, or King of Malaysia, responsibility for safeguarding the rights and privileges of the Malay and other indigenous peoples of Malaysia, collectively referred to as Bumiputra. The article specifies how the federal government may protect the interest of these groups by establishing quotas for entry into the civil service, public scholarships and public education. It is often considered to be part of the social contract.Originally there was no reference made to other indigenous peoples of Malaysia (then Malaya) such as the Orang Asli, but with the union of Malaya with Singapore, Sabah and Sarawak in 1963, the Constitution was amended so as to provide similar privileges for the indigenous peoples of East Malaysia (Sabah and Sarawak), grouping them with the Malays as Bumiputra.The scope of Article 153 is limited by Article 136, which requires that civil servants be treated impartially regardless of race. Clause 5 of article 153 specifically reaffirms article 136 of the constitution which states: All persons of whatever race in the same grade in the service of the Federation shall, subject to the terms and conditions of their employment, be treated impartially.Clause 9 of article 153 states Nothing in this Article shall empower Parliament to restrict business or trade solely for the purpose of reservations for Malays.The Reid Commission suggested that these provisions would be temporary in nature and be revisited in 15 years, and that a report should be presented to the appropriate legislature (currently the Parliament of Malaysia) and that the “legislature should then determine either to retain or to reduce any quota or to discontinue it entirely.”Under Article 153, and due to the 13th May 1969 riots, the New Economic Policy was introduced. The NEP aimed to eradicate poverty irrespective of race by expanding the economic pie so that the Chinese share of the economy would not be reduced in absolute terms but only relatively. The aim was for the Malays to have a 30% equity share of the economy, as opposed to the 4% they held in 1970. Foreigners and Chinese held much of the rest.[9]The NEP appeared to be derived from Article 153 and could be viewed as being in line with its wording. Although Article 153 would have been up for review in 1972, fifteen years after Malaysia’s independence in 1957, due to the May 13 Incident it remained unreviewed. A new expiration date of 1991 for the NEP was set, twenty years after its implementation.[10]However, the NEP was said to have failed to have met its targets and was continued under a new policy called the National Development Policy. 

Full text

 Constitution of Malaysia

  1. It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this Article.
  2. Notwithstanding anything in this Constitution, but subject to the provisions of Article 40 and of this Article, the Yang di-Pertuan Agong shall exercise his functions under this Constitution and federal law in such manner as may be necessary to safeguard the special provision of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and to ensure the reservation for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of such proportion as he may deem reasonable of positions in the public service (other than the public service of a State) and of scholarships, exhibitions and other similar educational or training privileges or special facilities given or accorded by the Federal Government and, when any permit or licence for the operation of any trade or business is required by federal law, then, subject to the provisions of that law and this Article, of such permits and licences.
  3. The Yang di-Pertuan Agong may, in order to ensure in accordance with Clause (2) the reservation to Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of positions in the public service and of scholarships, exhibitions and other educational or training privileges or special facilities, give such general directions as may be required for that purpose to any Commission to which Part X applies or to any authority charged with responsibility for the grant of such scholarships, exhibitions or other educational or training privileges or special facilities; and the Commission or authority shall duly comply with the directions.
  4. In exercising his functions under this Constitution and federal law in accordance with Clauses (1) to (3) the Yang di-Pertuan Agong shall not deprive any person of any public office held by him or of the continuance of any scholarship, exhibition or other educational or training privileges or special facilities enjoyed by him.
  5. This Article does not derogate from the provisions of Article 136.
  6. Where by existing federal law a permit or licence is required for the operation of any trade or business the Yang di-Pertuan Agong may exercise his functions under that law in such manner, or give such general directions to any authority charged under that law with the grant of such permits or licences, as may be required to ensure the reservation of such proportion of such permits or licences for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak as the Yang di-Pertuan Agong may deem reasonable, and the authority shall duly comply with the directions.
  7. Nothing in this Article shall operate to deprive or authorise the deprivation of any person of any right, privilege, permit or licence accrued to or enjoyed or held by him or to authorised a refusal to renew to any person any such permit or licence or a refusal to grant to the heirs, successors or assigns of a person any permit or licence when the renewal or grant might reasonably be expected in the ordinary course of events.
  8. Notwithstanding anything in this Constitution, where by any federal law any permit or licence is required for the operation of any trade or business, that law may provide for the reservation of a proportion of such permits or licences for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak; but no such law shall for the purpose of ensuring such a reservation-
    • (a) deprive or authorise the deprivation of any person of any right, privilege, permit or licence accrued to or enjoyed or held by him;
    • (b) authorise a refusal to renew to any person any such permit or licence or a refusal to grant to the heirs, successors or assigns of any person any permit or licence when the renewal or grant might in accordance with he other provisions of the law reasonably be expected in the ordinary course of events, or prevent any person from transferring together with his business any transferable licence to operate that business; or
    • (c) where no permit or licence was previously required for the operation of the trade or business, authorise a refusal to grant a permit or licence to any person for the operation of any trade or business which immediately before the coming into force of the law he had been bona fide carrying on, or authorise a refusal subsequently to renew to any such person any permit or licence, or a refusal to grant to the heirs, successors or assigns of any such person any such permit or licence when the renewal or grant might in accordance with the other provisions of that law reasonably be expected in the ordinary course of events.

4.      (8A) Notwithstanding anything in this Constitution, where in any University, College and other educational institution providing education after Malaysian Certificate of Education or its equivalent, the number of places offered by the authority responsible for the management of the University, College or such educational institution to candidates for any course of study is less than the number of candidates qualified for such places, it shall be lawful for the Yang di-Pertuan Agong by virtue of this Article to give such directions to the authority as may be required to ensure the reservation of such proportion of such places for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak as the Yank di-Pertuan Agong may deem reasonable, and the authority shall duly comply with the directions.

  1. (9) Nothing in this Article shall empower Parliament to restrict business or trade solely for the purpose of reservations for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak.

0.      (9A) In this Article the expression “natives” in relation to the State of Sabah or Sarawak shall have the meaning assigned to it in Article 161A.

  1. The Constitution of the State of any Ruler may make provision corresponding (with the necessary modifications) to the provisions of this Article.

        

Oleh Bernama
Jumaat, 14 Mac 2008
PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta rakyat Pulau Pinang tidak mendengar khabar angin yang boleh merosakkan semangat muhibah antara kaum di negeri ini.
Beliau berkata tindakan golongan tidak bertanggungjawab yang menyebarkan pelbagai khabar angin itu boleh menjejaskan usaha kerajaan baru mewujudkan keharmonian di negeri ini.

 

“Kerajaan baru ini adalah kerajaan untuk semua rakyat Pulau Pinang tidak kira latar belakang politik, kaum dan agama. Kami memang hendak mewakili semua rakyat negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan 21 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di pejabatnya di sini hari ini.
Turut hadir pada perjumpaan itu ialah kedua-dua Timbalan Ketua Menteri I dan II iaitu Mohammad Fairus Khairuddin dan Prof Dr P.Ramasamy.
Pada pertemuan itu, Lim sekali lagi mengulangi jaminannya bahawa kerajaan gabungan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan meminggirkan orang Melayu dan penganut agama Islam.
“Kedudukan Islam tidak dipertikaikan dan semua khabar angin tentang azan tidak boleh dilaungkan adalah tidak benar, ini pertama kali saya dengar cerita seperti ini.
“Kita mahu dengar suara rakyat jadi jika suara rakyat nak didengar maka suara azan juga nak didengar,” katanya.
Pada pertemuan itu, Lim juga memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan perbincangan dengan Mohammad Fairus mengenai kedudukan orang Melayu di Tanjung Tokong.
“Tanjong Tokong adalah kawasan penempatan Melayu pertama yang saya lawati sebelum mengangkat sumpah jawatan dan saya beritahu penduduk di sana bahawa mereka ada kawan di pejabat Ketua Menteri,” katanya.
21 NGO Islam dalam pertemuan dengan Lim berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung kedudukan orang Melayu dan penganut agama Islam di negeri ini.

 

About these ads

8 Respons

  1. Artikel y byk mjelaskan kekeliruan, hrp dpt disambung scpt mgkn. Jzk

  2. Subhanallah. Baru je bersembang2 tentang topik ni, sebab sangat intrigued pasal isu hak istimewa org melayu. kalau dapat baca sambungan artikel cepat2 menarik jugak =).

    Ana sebenarnya tak faham (maafkan pengetahuan sejarah yg berkarat) apa keistimewaan org melayu yang mereka laung-laungkan sangat? Adakah kita betul2 memerlukan keistimewaan ini? Adakah selama ini hak2 org melayu benar2 terjaga?

    Yang ana nampak, sesetengah pihak sangat menginginkan perkara ini dipertahankan, utk menampakkan melayu (dan bumiputra?) special berbanding bangsa lain. (Kenapa kita perlu special tanpa perlu berusaha? )
    Yang mendapat faedah hanya sebahagian, yang miskin terus miskin. Yang malas hanya mengharapkan subsidi dan bantuan etc. kalau ada yang rajin pula tertindas dek kronisme dan korupsi; tak ke mana jugak…

    Betulkan jika ada mindset yang terpesong (atau terlalu radikal ke..?)

    wassalam wbt

  3. Asm. Isu utama sekarang pada pendapat saya, ialah bagaimana mengembalikan atau meletakkan Islam itu sebagai satu cara (sistem) hidup, “Islam as a way of life”. Tidak timbul isu ba atau br tetapi yang jelas kita sebagai ummat Islam mahukan Islam menjadi satu sistem cara hidup di dalam masyarakat. Bagaimana “menggabungkan” dua ideologi yang berbeza itu juga menjadi satu persoalan yang berat. Biasalah kita sudah tahu sesuatu masalah tapi kita anggapkan tidak ada masalah. Bila masalah dah besar baru kita hendak cari penyelesaiaannya. Sudah jelas Islam dan sekular tidak boleh bercampur. tanggungjawab ummat islam ialah memberi kefahaman kepada bukan Islam apa itu Islam yang sebenarnya. There is no compulsion in religion.

  4. Asalamualaikum.

    Media dan pemimpin UMNO harus hentikan segera putar belit mengenai ketuanan Melayu dan hak melayu..Kita tahu mengenai sandiwara UMNO untuk mendapat simpati rakyat dan ingin kekal berkuasa..Teknik menakutkan rakyat yang diamalkan BN memang telah berjaya selama 50 tahun..Rakyat diugut dengan kemungkinan kehilangan hak dan tercetusnya permusuhan antara cina,melayu dan india ..Kononnya hanya BN yang dapat memberi kemakmuran dan perpaduan kepada rakyat Malaysia..Semua ini hanyalah helah BN untuk kekal dan terus berkuasa..Kuasa yang diberi oleh rakyat setelah 50 tahun disalahgunakan untuk kepentingan diri dan kroni mereka..Buktinya lihat sahaja kekayaan yang diperolehi para pemimpin dan kroni mereka..UMNO sudah menyimpang jauh dari amanat yang telah diberikan oleh rakyat..Akibat gila kuasa rakyat dianiaya dengan ISA..Kerana tamakkan jawatan MB mereka sanggup engkar kepada titah sultan..contohnya Muhamad Taib dan yang terbaharu Sahidan kasim pula berani mengingkari kemahuan sultan Perlis..Jika PM sendiri berani mempermainkan ISLAM maka bukti apa lagi yang diperlukan untuk menolak mereka..Mungkin bangsa Cina dan India di negara ini sudah faham dengan karenah dan sikap orang melayu dan ISLAM..Mungkin mereka rasa beruntung kerana tidak mempunyai sikap dan tabiat yang bodoh seperti kita..Mereka tahu DEB hanya retorik BN untuk mendapatkan keuntungan segera..Semua bangsa didunia ini mempunyai naluri untuk membantu dan menolong orang yang sebangsa dan seagama dengan mereka..Tapi Malaysia bumi bertuah ini lain pula ceritanya..Masing-masing ingin kekal berkuasa untuk kepentingan peribadi..Jangan pedulikan kesusahan dan permintaan rakyat..Selagi rakyat susah maka lebih besar peluang BN untuk memperbodohkan mereka..Rasanya pemimpin UMNO sudah hilang keyakinan kepada pembalasan akhirat dan hukuman TUHAN.

  5. salam ziarah

    dr kami di http://at-tibyan.blogspot.com

    wassalam

  6. sy pnah bc di buku, tanpa DEB org melayu mungkin akan jadi spt aborigines di australia..

    dan sy adalah seorg yg meragui anwar ibrahim
    kenapa perlu menubuhkan parti baru (pkr).. kenapa tidak masuk PAS saja andai benar ingin memperjuangkan rakyat

  7. Apa yang saya fahami daripada tulisan ustaz adalah agar orang melayu/islam memahami dengan benar-benar apa yang termaktub di dalam perlembagaan malaysia iaitu hak-hak keistimewaan orang melayu.

    Dengan memahami perkara tersebut dapatlah dibezakan dengan dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau NDP.

    Kepentingan memahami dua perkara ini perlu agar orang melayu merasakan pihak yang ingin membuat perubahan kepada DEB bukanlah bertindak menghapuskan hak-hak keistimewaan orang melayu. Namun kita tetap mengharapkan perubahan yang akan dilakukan kelak tidak membelakangkan kepentingan orang melayu/islam.

    Oleh itu, orang melayu perlu terus yakin hak-hak keistimewaan mereka tetap terpelihara seperti yang termaktub di dalam perlembagaan walaupun DEB diubah ataupun dihapuskan sepenuhnya. Apa-apa dasar kerajaan yang ingin digubal hendaklah selari dengan perlembagaan atau ia akan disahkan terbatal dengan sendiri oleh badan Kehakiman.

    Mengenai keperluan hak keistimewaan ini tak perlulah kita mempertikaikannya. Ia adalah suatu hak yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun kerana Tanah Melayu ini adalah diwarisi daripada Kerajan Islam Melaka. Orang islam wajiblah meyakini perkara ini dan merasakan tanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan Tuan kepada Tanah Melayu kekal berada di dalam tangan orang melayu/islam. Lagipun ia telah termaktub di dalam perlembagaan. Biarlah ia disana namun ayuh terus kita menggunakan hak keistimewaan ini sebaiknya. Eksploitasikan hak keistimewaan kita untuk membina suatu bangsa melayu/islam yang kukuh boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan dasar kerajaan untuk memihak kepada kita.

    Inilah yang dirunsingkan iaitu orang melayu/islam sudah ada semua alat atau keperluan untuk membangun bangsa tetapi gagal juga sehingga selepas 50 tahun merdeka.

    Kegagalan ini berlaku adalah kerana terdapat pihak yang tamak mengambil kesempatan dari dasar kerajaan ini. DEB sangat mudah disalahguna kerana itu ia harus diubah atau diperketatkan pemantauannya dan tegas dalam menghukum pihak yang mengambil kesempatan daripada dasar ini. Atau jika ia terlalu lemah dalam mengelakkan daripada berlakunya rasuah, maka DEB harus dimansuhkan. Kewujudan golongan yang tamak ini di dalam masyarakat melayu menyebabkan matlamat murni DEB ini tidak akan dapat dicapai.

    Jangan lah kita bangsa melayu/islam yang muda2 ini mempersoalkan tentang hak ini tetapi marilah gunakan kesempatan yang ada untuk memastikan orang melayu/islam mampu berdiri bersaing sendiri dengan bangsa lain di Malaysia dan juga dunia.

    Adakah kita mahu melihat hak keistimewaan ini dilupuskan barulah mahu bangkit? mungkin ketika itu ia sudah terlewat.

    Ini hanya pandangan peribadi saya setelah membaca petikan di atas. saya orang baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

  8. Puak Melayu Sekular sibuk membicarakan Ketuanan Melayu seolah-olah esok lusa orang Melayu akan pupus. Namun tindakan bermusim mereka tersebut bukanlah diatas kesedaran dan keikhlasan, tapi lebih menjurus kepada kepentingan politik mereka yang telah terhakis.

    Pilihanraya yang lepas telah cukup memalukan Puak Melayu Sekular. Ia pengajaran yang bermakna bagi mereka yang lupa diri dan tiada harga diri.

    Penghijrahan rakyat dengan penolakan terhadap calon dari keturunan Puak Melayu Sekular telah menyebabkan 5 NEGERI bebas dari penjajahan pemimpin yang zalim.

    Maka biarlah Puak Melayu Sekular berceloteh dan melatah sehingga mereka pengsan. Yang penting rakyat terus menolak mereka sehingga pada suatu ketika kelak kita hanya akan lihat Puak Melayu Sekular di muzium atau zoo.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 289 other followers

%d bloggers like this: