Pulau Batu Putih! Ku Tangisi Perpisahan Ini!

Pulau Batu Putih, Johor, Semenanjung Tanah Melayu. Ku tangisi perpisahan ini ! Ku kesali ketundukan dan penghinaan ini !

Hasbunallah wa nikmal wakeel ! Cukuplah Allah sebagai tempat mengadu. Dialah sebaik-baik Pelindung dan Pemenang Kebenaran ! Keputusan Mahkamah Antarabangsa ICJ sebentar tadi [petang 23.5.2008] berpihak kepada Singapura dalam tuntutan bertindih olehnya dan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih. Selamat tinggal pulauku, yang dulunya kau milik negara dan umat Islam. Walau apapun keputusan apa sahaja badan di dunia ini, ia sekali-kali tidak akan merubah status tanah yang pernah diperintah dibawah Islam bahawa ia adalah milik umat dan negara Islam dari segi hukum Syarak.

Mungkin segelintir orang Islam akan terlintas berkata, “Apa ada di pulau kecil lagi setongkol tersebut untuk direbutkan?”. Qiasnya ialah mereka boleh berkata, “Apa ada pada si polan yang murtad, sedangkan dia hanya seorang dari jutaan umat Islam yang lain yang ramai bilangan dan lebih hebat kualitinya?”. Hakikatnya ia bukan sahaja isu maruah Islam dan umatnya yang tercabar, malah ia menunjukkan tahap kekuatan dan keagungan kita di zaman ini yang kian merudum, jauh ketinggalan kebelakang berbanding zaman lain dalam sejarah umat yang panjang. Ia isu umat dan perjuangan Aqidah mereka, bukan sekadar isu tanah dan batu.

Hakim, Awn Shawkat Al-Khasawneh.

Apabila berlaku tuntutan bertindih oleh Turki (Islam) dan Greek (Kristian) terhadap pulau Cyprus yang terletak di Laut Medditerranean, Najmuddin Erbakan terus menggerakkan tentera Turki ke pulau tersebut dan mendudukinya. Hari ini Turki berdaulat di sebahagian utara pulau tersebut diwilayah yang dipanggil hari ini sebagai Turkish Cyprus. Apabila berlaku pertindihan tuntutan diantara Yaman (Islam) dan Eriteria (Kristian) terhadap pulau Hunaisyh di Laut Merah, Presiden Ali Abdullah Salleh segera menggerakkan tenteranya dan menduduki pulau tersebut lalu menjadikan pulau tersebut terus berdaulat dibawah Yaman sehingga ke hari ini.

Rumah api di Pulau Batu Putih dan kedudukannya di Laut Cina Selatan. Jaraknya ke Singapura adalah 5 kali ganda jaraknya ke Johor ! Kesemua pulau-pulau termasuk Temasek (Singapura) dahulunya adalah milik Semenanjung Tanah Melayu !

Bukan kita bermaksud untuk mengajak perang dan menganggap perang adalah satu-satunya jalan penyelesaian dalam mana-mana konflik. Kisah Yaman dan Turki di atas pun tidak berlaku perang dalam ertikata sebenarnya. Namun usaha-usaha diplomatik yang disulami dengan unsur berbentuk pembangunan, kekuatan dan kedaulatan seharusnya turut diberi peranan sewajarnya. Kesibukan dalam menangani isu-isu lain dalam negara tidak seharusnya menjadikan kita lalai terhadap aspek-aspek lain dalam negara yang tidak kurang pentingnya, sedang pihak-pihak lain sentiasa mencari ruang dan peluang dari kelalaian kita.

ICJ di The Hague. Islam menuntut kita memboikot Mahkamah bukan-Islam.

Mahkamah ICJ pada tahun lalu pernah mengendalikan kes pembunuhan ratusan ribu umat Islam Bosnia oleh tentera negara jiran Serbia diketuai General Ratko Mladic tahun-tahun 1992-1995. Ketika itu masyarakat berbangsa Serbia (beragama Kristian Ortodoks) dalam negara Bosnia sendiri turut membantu tentera lengkap negara Serbia membunuh jiran-jiran mereka orang-orang Islam Bosnia. Tahun lalu Mahkamah ICJ memutuskan bahawa isu pembunuhan ratusan ribu umat Islam Bosnia hanyalah urusan hal ehwal dalam negara Bosnia dan membebaskan negara Serbia dari sebarang tuduhan dan penglibatan !! General Ratko Mladic dipanggil untuk dihakimkan tetapi tidak pernah dihakimi sehingga beliau dikatakan telah mati atau menghilangkan diri.

Pulai Pisang, Pontian, Malaysia dekat Singapura. Ia terletak di perairan Johor, kira-kira 20 kilometer dari Pontian. Bulatan menunjukkan rumah api yang diurus oleh Singapura sebagaimana di Batu Putih. Kejahilan dan kelalaian yang berterusan akan menyebabkan kita akan kehilangan lebih banyak pulau dan tanah jajahan.

Kita menegaskan tidak menerima keputusan Mahkamah ICJ yang memberi hak milik Pulau Batu Putih kepada Singapura dan tidak akan menerima apa sahaja bentuk dan keputusan yang mengurangkan kedaulatan Islam walau seinci dari sebarang buminya. Umat Islam di Malaysia, khususnya dan rantau ini amnya bersedia berkorban menuntut hak mereka kembali walau betapa panjang masa berlalu dan zaman berganti zaman. Pihak-pihak yang terlibat dalam akhirnya meletakkan nasib milik umat Islam kepada ICJ adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerugian, kehinaan dan malapetaka besar ini.

Dan Kami (Allah) telah menetapkan di dalam kitab Zabur, selepas Taurat bahawa bumi ini diwarisi oleh hamba-hambaKu yang saleh. ” (Al-Anbiyak:21).

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wp.com

(Ini dikira diantara artikel yang terawal ditulis sebaik pengumuman keputusan Mahkamah ICJ, The Hague dibuat. Ia ditulis sebaik pengumuman sebaik saya mendengar keputusan tersebut. Saya mengikuti kisah Pulau Batu Pustih sejak saya dibangku sekolah lagi hingga kini. – Ustaz Halim 30.1.2011).

LAMPIRAN

Terima keputusan ICJ walau berat – Muhyiddin

23/05/2008 8:14pm

KUALA LUMPUR 23 Mei – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap rakyat menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ke atas Pulau Batu Putih yang memihak kepada Singapura walaupun ia agak mengecewakan.

“Sebagai rakyat Johor, saya juga sedih kerana walau apa juga asas undang-undang antarabangsa yang digunakan ICJ, dari segi nilai sejarah, kedaulatan dan moralnya kita sudah kehilangan sebahagian wilayah kita,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas keputusan ICJ di The Hague, Belanda hari ini yang memutuskan kedaulatan Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.

Kedaulatan Middle Rocks pula diputuskan menjadi milik Malaysia sementara South Ledge menjadi milik negara di mana terletaknya kawasan perairan pulau tersebut.

“Keputusan ICJ mengenai Middle Rocks itu bagaimanapun, menghilangkan sedikit kekecewaan kita.

“Apa pun kita harus terima keputusan itu dengan hati yang berat,” katanya. – Utusan.

Batu Putih hak Singapura – ICJ juga putuskan Middle Rocks kepunyaan Malaysia

 

MILIK SINGAPURA… Pemandangan dari udara, Pulau Batu Putih yang kedaulatannya diserahkan oleh ICJ kepada Singapura semalam. Pulau itu yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Branca terletak 7.7 batu nautika dari Johor dan 25 batu nautika dari Singapura. – Reuters

 

THE HAGUE, Belanda 23 Mei – Pertikaian mengenai status Pulau Batu Putih yang berlarutan selama 28 tahun akhirnya diputuskan hari ini oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini dengan menyerahkan kedaulatan pulau tersebut kepada Singapura.

Dalam penghakiman kira-kira sejam 45 minit itu, ICJ turut memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Pulau Batu Putih menjadi milik Malaysia manakala status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak.

Pemangku Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh ketika membaca keputusan kes tuntutan bertindih itu berkata, status mengenai kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih diputuskan oleh majoriti 12-4 hakim, manakala majoriti 15-1 hakim pula bersetuju berhubung kedudukan Middle Rocks dan South Ledge.

Penyerahan kedaulatan Pulau Batu Putih yang dari sudut sejarahnya adalah milik Kesultanan Johor diputuskan oleh ICJ berdasarkan kepada surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pedra Branca, iaitu nama dalam bahasa Portugis bagi Pulau Batu Putih.

“Jawapan balas itu adalah berkaitan dengan pulau tersebut secara keseluruhannya dan bukan semata-mata rumah api.

“Apabila surat itu dibaca dalam konteks permintaan oleh Singapura mengenai maklumat status Pulau Batu Putih, adalah menjadi bukti bahawa surat berkenaan menyentuh isu kedaulatan pulau tersebut.

“Oleh itu mahkamah menyimpulkan bahawa surat jawapan itu jelas menunjukkan bahawa mulai tahun 1953, Johor maklum ia tidak lagi mempunyai kedaulatan ke atas Pedra Branca/Pulau Batu Putih,” kata Shawkat yang mempengerusikan persidangan ICJ bagi memutuskan tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge.

Beliau bersidang bersama 15 orang hakim lain.

Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980 apabila Singapura mengemukakan nota bantahan kepada Malaysia menuntut pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayah berdaulatnya.

Tuntutan Singapura ke atas Middle Rocks dan South Ledge pula hanya timbul pada 6 Februari 1993 ketika berlangsungnya perbincangan dua hala di antara kedua-dua negara berhubung pertikaian Pulau Batu Putih.

Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tiada mekanisme rayuan bagi keputusan ICJ yang merupakan badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Malaysia dan Singapura melalui satu perjanjian yang dimeterai di Putrajaya pada 6 Februari 2003 bersetuju untuk merujuk pertikaian sempadan berhubung Pulau Batu Putih kepada ICJ.

Perjanjian yang ditandatangani pada 9 Februari 2003 dan berkuat kuasa pada 9 Mei tahun sama itu antara lain berbunyi, “Melalui Perjanjian Khas, kedua-dua pihak memohon kepada ICJ untuk menentukan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge milik Malaysia atau Singapura. Kedua-dua negara akan menerima keputusan mahkamah sebagai muktamad dan mengikat kedua-dua pihak.”

Selepas menghantar memorial (hujah bertulis), kedua-dua negara memulakan hujah lisan pada 6 hingga 23 November lalu.

Memetik penghakiman kes tersebut secara lebih terperinci, Shawkat berkata, fakta kes menunjukkan bahawa sebaik sahaja menerima surat balasan dari Johor, Setiausaha Koloni Singapura telah menghantar satu memorandum dalaman kepada Peguam Negara yang menyebut bahawa beliau berpendapat “berdasarkan kekuatan surat jawapan itu, kita boleh menuntut Pedra Branca.”

Selain surat dari Johor pada 1953, mahkamah turut berpandukan kepada fakta kes berhubung tindak tanduk United Kingdom dan Singapura di Pulau Batu Putih yang menurut ICJ tidak terbatas kepada penyelenggara rumah api semata-mata.

Shawkat berkata, mahkamah berpendapat bahawa tindakan-tindakan Singapura termasuk menyiasat kemalangan marin di perairan pulau tersebut, kawalan mereka terhadap siri lawatan, pemasangan peralatan komunikasi kapal dan pelan penambakan lautnya jelas menunjukkan wujud a titre de souverain (tindak tanduk yang menunjukkan ia mempunyai kedaulatan) terutama selepas tahun 1953.

Malaysia, katanya, tidak menunjukkan tindak balas dalam bentuk apa sekali pun terhadap kegiatan-kegiatan Singapura malah pihak berkuasa Johor gagal melakukan sebarang tindakan ke atas Pulau Batu Putih bermula dari Jun 1850.

Lebih daripada itu, jelas beliau, keputusan mahkamah memihak kepada Singapura didorong oleh fakta republik itu bertindak mengeluarkan kebenaran kepada pegawai-pegawai dari Malaysia yang datang ke pulau berkenaan pada tahun 1978 bagi menjalankan kajian perairan di sekeliling Pulau Batu Putih.

Tuntutan

“Tindak tanduk itu dilihat menunjukkan wujudnya kedaulatan dan memberi sokongan yang amat penting kepada tuntutan Singapura terhadap kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih,” kata Shawkat.

Shawkat yang mengetuai kumpulan 16 hakim termasuk dua hakim ad hoc yang masing-masing dilantik oleh Malaysia dan Singapura turut menarik perhatian mahkamah mengenai kegagalan Malaysia membantah pengibaran panji-panji British dan Singapura di Rumah Api Horsburgh di pulau itu yang turut memberi kesan kepada kes tuntutan bertindih itu.

Selain itu, enam peta yang dikeluarkan oleh Malaysia antara tahun 1962 dan 1975 yang dipertikaikan oleh Singapura kerana tertera perkataan ‘Lighthouse, P. Batu Puteh, (Horsburgh) (SINGAPORE) atau (SINGAPURA)’ di Pulau Batu Putih turut menjadi rujukan ICJ yang disifatkan oleh barisan hakim sebagai mengesahkan bahawa Malaysia menganggap pulau itu adalah di bawah kedaulatan republik berkenaan.

“Mahkamah membuat kesimpulan berdasarkan titre de souverain Singapura, selain tindak-tanduk Malaysia termasuk kegagalannya untuk bertindak balas terhadap tindakan-tindakan republik itu, bahawa pada 1980 kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih telah diserahkan kepada Singapura,” katanya.

Mengenai Middle Rocks, Shawkat berkata, bentuk maritim itu mempunyai status undang-undang yang sama dengan Pulau Batu Putih dari sudut sejarahnya iaitu kedaulatannya adalah di bawah kesultanan Johor.

Katanya, mengambil kira fakta tersebut, penyerahan Pulau Batu Putih kepada Singapura yang didorong oleh surat pada 1953 dan kegagalan Malaysia bertindak balas terhadap tindak tanduk republik itu tidak memberi kesan kepada Middle Rocks.

Oleh itu, jelas Shawkat, hak milik asal Middle Rocks kekal kepada Malaysia yang mewarisi kesultanan Johor, kecuali terbukti sebaliknya di mana mahkamah mendapati Singapura tidak mengemukakan sebarang bukti yang bertentangan.

Dalam keputusan mengenai hak milik South Ledge pula, kata Shawkat, mahkamah berpendapat bentuk maritim itu berada di perairan bertindih antara Pulau Batu Putih yang kini menjadi milik Singapura dan Middle Rocks yang kekal bersama Malaysia.

“Mahkamah hanya diminta untuk memutuskan kedaulatan ketiga-tiga bentuk maritim itu secara berasingan dan pada masa yang sama mahkamah tidak diberi kuasa untuk menetapkan garis persempadanan wilayah perairan Malaysia dan Singapura.

“Dalam hal ini, mahkamah merumuskan kedaulatan South Ledge adalah milik negara yang perairannya terletak bentuk maritim itu,” kata beliau.

Delegasi Malaysia ke ICJ hari ini diketuai oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Ejen Malaysia dan Duta Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad; Ejen Bersama, Datuk Noor Farida Ariffin; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd. Isa; dan Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri Johor.

Barisan peguam antarabangsa yang mewakili Malaysia pula terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht, James Crawford, Nicolaas Jan Schrijver, Marcelo G. Kohen, dan Penelope Nevill. Lauterpacht bagaimanapun tidak hadir hari ini.

Singapura pula diwakili antara lain oleh Timbalan Perdana Menteri, S. Jayakumar; Ketua Hakim, Chan Sek Keong; Duta Kembara, Tommy Koh; dan Duta Anil Kumar Nayar.

– Utusan

LAMPIRAN

Dari Blog PAS Wilayah h Persekutuan

Bukti Kerajaan Umno Johor Serah Pulau Batu Putih Pada Singapura pada 1953 lagi

Bodoh yang kekal bodoh

Oleh Radenjowo

 Surat dari Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang dikeluarkan pada tahun 1953 telah cukup menimbulkan keraguan [Rujuk SINI]. Ianya kerana surat tersebut boleh diterima sebagai bukti sedangkan Jawatan tersebut tidak layak untuk berbicara tentang soal hak tanah dan negara. Kecualilah ianya datang dari Kesultanan Melayu dan Pemimpin Negara.

Namun selepas itu ada pula cerita baru tentang kehilangan surat asal pemilikan Pulau Batu Puteh, yang kononnya menjadi harapan untuk memiliki pulau itu. [Rujuk SINI]. Tiba tiba dan hilang dan sekarang ianya sudah lenyap.
Kita disedapkan hati oleh media media untuk menerima keputusan ICJ dengan harapan tiada timbul rasa tidak puas hati rakyat terhadap keputusan yang bakal di perolehi. Tetapi sesungguhnya semakin kita membaca, maka timbul curiga samaada Kehilangan Pulau Batu Puteh dari Peta Malaysia adalah kerana keputusan Mahkamah Keadilan Dunia (ICJ) semata mata atau ada pihak yang sememangnya menjual harta kepada negara asing.

 

Keputusan yang diperolehi seperti tidak cuba di bantah oleh sebarang pihak kecuali rakyat. Sedangkan membantah keputusan mahkamah, bukan lah kesalahan kalau dibuat secara betul dan pengikut prosidur. Semuanya seperti angguk dan terima apa sahaja keputusan. Bertawakkal kononnya.

 

Malah ….. beberapa hari sebelum keputusan di keluarkan, banyak berita di dalam akhbar media perdana, meminta agar rakyat Malaysia menerima apa jua keputusan yang bakal di beritahu. Tidak langsung menyatakan tentang harapan untuk memiliki Pulau tersebut. Bagaikan keputusan tersebut sudah diketahui sebelum di canangkan. Selepas keputusan di keluarkan pula, pemimpin meminta agar rakyat menerima. Kononnya ‘win-win situation’.
Secara logiknya, Tanah Singapura adalah sebahagian kepada Tanah Melayu. Itu sah terdapat di dalam sejarah. Di pisahkan berdasarkan desakan Pemimpin Singapura untuk merdeka pada 9 Ogos 1965. Kalau Batu Puteh termasuk di dalam peta Singapura, sudah pasti persempadanan Singapura dan Malaysia sudah pun ujud sejak dulu dan ianya tidak langsung menjadi pertikaian seperti sekarang. Umpama kita akui Singapura bukan lagi hak kita begitu juga Pattani di utara negara.

Tetapi hanya bermula pada tahun 1980, baru Singapura membantah hak Pulau tersebut kerana berpunca dari kenyataan dan peta yang di keluarkan di Malaysia dengan memasuki Pulau tersebut di dalam peta negara. Manakala antara alasan Singapura, pulau itu sudah diusahakan sejak 130 tahun dahulu.

Adakah mereka sudah tahu Pulau Batu Puteh adalah hak mereka dan ianya disenyapkan sehingga pada tahun 1980 seperti yang dinyatakan. Dan ketika itu … mereka berani berkata, memang itu hak mereka dan membawanya ke ICJ.

Sebelum ini, perjanjian membekal air, kemudian isu penjualan Pasir ke Singapura yang dibuat tanpa pengetahun rakyat Malaysia. Sekarang isu Pulau Batu puteh dan selepas ini adakah Wilayah Pembangunan Iskandar [WPI] pula? Jangan terkejut kerana Singapura berpisah dengan Malaysia, tiada siapa yang bantah. Membekal air ke Singapura pun tiada siapa yang halang dan kalau Wilayah Perdagangan Iskandar kita terus senyap, kemelut yang sama akan berulang, kemudian hari.

Kalau ianya berulang, siapakah yang kita perlu persalahkan? Atau sememangnya kita bodoh untuk menerima sahaja semua tindakan pemimpin? Sesungguhnya , tidak mustahil, dengan kebodohan di tahap yang seperti ini, kita akan tinggalkan bala kepada anak cucu kita.

Siapa tahu? Mungkin juga surat surat rasmi yang kita tidak tahu selama ini, tiba tiba muncul menjadi bahan bukti seperti surat yang ditulis oleh Pemangku SUK itu? Dan tidak mustahil juga, adanya dokumen yang tiba tiba hilang bila ianya di bawa ke mahkamah.

Perah kepala otak sikit … cuba selesaikan teka teki ini, samada semua ini dirancang, atau memang ianya cuba untuk disembunyikan? Siapa kah petualang diantara kita yang cuba memutarbelitkan fakta sejarah dan menjual hak kepada orang asing? Rakyat semakin bijak. Tapi kita buat buat tak tahu kerana kita tidak tahu, tidak di beritahu atau tidak minat untuk tahu. Sampai masa di satu hari nanti…kita semua melatah seperti sekarang. Semuanya kerana kita tidak ambil berat dan kita ghairah di perbodohkan oleh pangkhianat negara.

The International Court of Justice (known colloquially as the World Court or ICJ; French: Cour internationale de Justice) is the primary judicial organ of the United Nations. It is based in the Peace Palace in The Hague, Netherlands, sharing the building with the Hague Academy of International Law, a private centre for the study of international law. Several of the Court’s current judges are either alumni or former faculty members of the Academy.

Established in 1945 by the UN Charter, the Court began work in 1946 as the successor to the Permanent Court of International Justice. The Statute of the International Court of Justice, similar to that of its predecessor, is the main constitutional document constituting and regulating the Court.[1] The ICJ should not be confused with the International Criminal Court, which also potentially has “global” jurisdiction.

English and French are its two official languages.

The Court’s workload is characterised by a wide range of judicial activity. Its main functions are to settle legal disputes submitted to it by member states and to give advisory opinions on legal questions submitted to it by duly authorized international organs, agencies and the UN General Assembly. The ICJ has dealt with relatively few cases in its history, but there has clearly been an increased willingness to use the Court since the 1980s, especially among developing countries. The United States withdrew from compulsory jurisdiction in 1986, and so accepts the court’s jurisdiction only on a case-to-case basis. Chapter XIV of the United Nations Charter authorizes the UN Security Council to enforce World Court rulings, but this is subject to the veto of the permanent five members of the Council. Presently there are twelve cases on the World Court’s docket.

LAMPIRAN

Ratko Mladić (Cyrillic: Ратко Младић, pronounced ['ratkɔ ˈmlaːditɕ]) (born March 12, 1943) was the Chief of Staff of the Army of the Republika Srpska (VRS) (the Bosnian Serb Army) during the 1992-95 war in Bosnia.

Ratko Mladic di Sarajevo Airport, Bosnia tahun 1994, tatkala dikemuncak penyembelihan umat Islam yang mencecah 300,000 orang mengikut angka resmi yang dilapurkan.

Mladić was indicted on charges of genocide, war crimes and crimes against humanity by the International Criminal Tribunal for the former Yugoslavia in The Hague in connection with the 1992-1995 siege of Sarajevo and the massacre of around 8,300 Bosniak Muslim men and boys on July 11, 1995 at Srebrenica.[1]

There is currently an outstanding international arrest warrant against Mladić following the Rule 61 of ICTY which concluded that there are reasonable grounds for believing that the accused has committed the crimes in question including genocide.[2] The United States government has since offered a $5 million reward for his and Radovan Karadžić‘s arrests.[3] On October 11th 2007, the government of Serbia announced that €1 million would be rewarded for information which would lead to the capture and arrest of Ratko Mladić.[4]

His whereabouts are currently unknown.

Mladić is married to Bosa Mladić, who has born him two children; son Darko and daughter Ana Mladić. Darko Mladić married Aida, who gave birth on March 2, 2006 to a boy, the first grandchild of Mladić. The child has been named after the saint St. Stefan, the protector of Republika Srpska.

In March 1994, Mladić’s 23-year-old daughter Ana committed suicide by shooting herself in the head with her father’s favourite pistol during her senior year studying medicine at the University of Belgrade. It has been speculated that the reason for her suicide lay in intense criticism of Mladić in the Serbian media at the time. She is buried in Topčider; it is believed that for some time Mladić came regularly to see the grave.

LAMPIRAN

Bangunkan P. Pisang – Bagi menjamin status kedaulatan pulau milik Malaysia

 

Pemandangan Pulau Pisang dari udara, terletak di perairan Johor, kira-kira 20 kilometer dari Pontian. Bulatan menunjukkan rumah api yang diurus oleh Singapura sebagaimana di Batu Putih. – Gambar FAIL

 

PONTIAN 25 Mei – Kerajaan perlu segera merangka program untuk membangunkan Pulau Pisang bagi menjamin status kedaulatan negara ke atas pulau tersebut berkekalan, selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut diminta mengkaji untuk mengambil alih pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura.

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan berkata, langkah itu penting kerana pulau tersebut mempunyai persamaan dari segi sejarah dengan Batu Putih.

Katanya, jika ia dibiarkan tanpa sebarang pembangunan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan atau negeri, ia dibimbangi boleh membawa kepada satu lagi tuntutan bertindih.

“Ini kerana Pulau Pisang kini menempatkan rumah api yang diuruskan oleh pemerintah Singapura seperti mana yang mereka jalankan ke atas Batu Putih sejak sekian lama,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perkumpulan Wanita (WI) Johor, di sini, semalam.

Oleh itu katanya, Kerajaan Pusat atau negeri perlu merangka pembangunan di Pulau Pisang sebagai mengambil iktibar daripada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Batu Putih yang kini menjadi milik republik itu.

“Cukuplah Singapura mempunyai hak ke atas Batu Putih dan menyerahkan sepenuhnya operasi rumah api di Pulau Pisang kepada Kerajaan Malaysia,” tegasnya.

Menurut beliau, Pulau Pisang yang mengandungi empat buah pulau kecil dengan keluasan 178.4 hektar jauh lebih besar daripada Batu Putih yang saiznya hanya 0.1 hektar.

“Mengambil pengalaman pahit orang Johor apabila Batu Putih menjadi milik mutlak Singapura, Pulau Pisang tidak sewajarnya menerima nasib yang sama apabila berlaku tuntutan pada suatu masa nanti.

“Justeru Kerajaan Pusat dan negeri perlu mencari jalan untuk membangunkannya supaya tiada lagi sebarang dakwaan mengenai pemilikannya pada masa depan,” katanya.

Tambah Ahmad, sebagai pulau yang terletak di kawasan Parlimen Pontian, banyak perkara yang boleh dilakukan supaya pulau tersebut ‘diaktifkan’ dan tidak hanya berfungsi sebagai rumah api seperti sekarang.

“Antaranya ialah pembinaan jeti yang dimiliki sepenuhnya oleh Malaysia bagi memudahkan pelawat mendarat pada waktu surut serta bekalan elektrik dan air bersih,” ujarnya.

Sekarang ini hanya terdapat satu jeti di pulau itu yang dikendalikan oleh pihak Singapura untuk tujuan pengurusan rumah api tersebut.

Selain itu kata Ahmad, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) boleh mencadangkan Pulau Pisang sebagai Taman Negara seperti Taman Negara Tanjung Piai dan Taman Negara Pulau Kukup.

Katanya, Pulau Pisang juga sesuai dijadikan tapak perkhemahan dengan syarat kemudahan awam seperti surau, tandas, bilik air dan sebagainya disediakan terlebih dahulu.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya amat pedih apabila keputusan ICJ mengenai Batu Putih banyak mengkhususkan kepada pemilikan rumah api.

“Bagi mengelakkan perkara seperti itu tidak berulang lagi, Pulau Pisang sewajarnya tidak dibiarkan tanpa ada satu program pembangunan yang menguntungkan Malaysia dan negeri Johor,” jelasnya.

Tambahnya, beliau juga telah melawat Pulau Pisang baru-baru ini dan sebelum itu, Pegawai Daerah Pontian, Mislan Karmani pernah melawat pulau tersebut bersama-sama ketua-ketua jabatan peringkat daerah.

Katanya, segala aspek pembangunan yang dicadang akan dikaji supaya mesra alam dan kepada nelayan yang berteduh daripada cuaca buruk dan sebagainya.

Jelas beliau, Pulau Pisang juga boleh dijadikan destinasi pelancongan bagi Pontian dengan adanya aktiviti serta kegiatan yang ditawarkan kepada orang ramai.

“Tetapi yang penting ialah soal pemilikannya kepada Malaysia dan negeri Johor, walaupun rumah api itu diuruskan oleh Singapura disebabkan faktor sejarah lampau,” jelas Ahmad.

About these ads

12 Respons

  1. Tanah air kaum Muslimin yg pernah suatu ketika melebar luas dari Andalus hingga ke Papua kini kian mengecil. Lebih malang lagi apabila umat Islam sendiri turut mengecilkan wilayah mereka dlm minda, dengan menganggap negara mereka cuma Malaysia, ataupun Arab Saudi.–>nasionalism.

    Pemerintah umat Islam pula tidak lagi ber”izzah” dgn agama dan tanah air, sebaliknya bertawakal kpd musuh2 Islam.

    Semalam kita kehilangan Batu Putih. Tahun 2003 yg lalu, kita hilang Iraq, 2001 pula Afghanistan terlepas.
    Tahun 1965 kita hilang Singapura.1948 hilang Palestin.
    Bgmana pula wilayah Fathoni?, Pulau Mindanao? Timur Leste?

    Belumkah umat islam sedar nasib yg menimpa mereka?

  2. Sebaiknya yang merasa negara dan umat muslim harus bersatu untuk memerangi kebiadaban kaum non muslim. bukan mendukung atas nama demokrasi yang diagungkan kaum ‘penjajah”. apalagi kaum mudanya yang harus lebih bersatu untuk membela agama kita.

  3. Assalamualaikum,

    saya sendiri kurang pasti di mana harus saya letakkan nota ucapan ini. Saya sedang mencari artikel agama tentang larangan takut menyatakan kebenaran dan jangan berlaku zalim. Namun masih belum menjumpainya lagi.

    jadi, saya ingin bertanya pada ustaz sama ada ustaz ada artikel mengenainya?

    saya akhiri dengan
    jazakallahu khairan kathira

  4. kupasan yang menarik,

    Oleh sebab itu juga kita kena bangun berjuang dalam segenap segi dalam Islam. Dan di ruangan ini adalah ruangan siasah (politik), kita juga tak terkecuali. Inilah yang terjadi apabila pemimpin politik (baca negara) adalah orang yang kurang fikrah Islam, maka membuat kerja dgn meninggalkan Nilai-nilai Islam, maka yang tergadai bukan sahaja maruah negara, tapi yang lebih menyedihkan agama!

    Masalah dan penyakit ummah sekarang adalah kita banyak mengeji tanpa memberikan atau bangun bersama memberikan resolusi. Semoga Allah memberikan kita kudrat utk membangunkan negara kita di bawah pemimpin2 yg berjiwa dan berfikrah Islam.

  5. [...] keIslaman dalam diri saudara Muslim (isu kejatuhan moral) mahupun kedaulatan jazirah Islamiyah (sila kaji kes Batu Putih) dilucutkan satu persatu, umat Islam masih bersantai leka. Dimanakah perasaan risau kita pada [...]

  6. salam perjuangan…

    pemimpin kita diharap supaya jangan hanya pandai berkata2, menyuruh rakyat bersabar atas kehilangan hak kita…

    daripada penelitian ana yang daif ini, mereka terlalu selesa dengan hujah bahawa pulau batu puteh mengikut sejarah adalah milik malaysia, sedangkan singapura pula diam2 membuat kerja…

    Words, without power, is mere philosophy.

    -Muhammad Iqbal-

  7. Kelalaian dan kesilapan kita, melesapkan warisan nusa. Sejarah cuma peristiwa yang menyayati hati generasi demi generasi.

  8. [...] Setelah umat Melayu kehilangan Temasik pada tahun 9.81965, pulau Timur Timor pada 20.5.2002 dan pulau Batu Putih, Johor 23.5.2008, mereka akan kehilangan Tanjong Pagar pada 1.7.2011 [...]

  9. [...] Setelah umat Melayu kehilangan Temasik pada tahun 9.81965, pulau Timur Timor pada 20.5.2002 dan pulau Batu Putih, Johor 23.5.2008, mereka akan kehilangan Tanjong Pagar pada 1.7.2011 [...]

  10. [...] Rantau Arab Islam oleh penjajah yang sama. Selepas tanahair Temasik, Tanah Melayu kehilangan Pulau Batu Putih, Tanjong Pagar dan lain-lain yang belum diketahui oleh umum tetapi boleh terdapat dalam senarai [...]

  11. [...] Rantau Arab Islam oleh penjajah yang sama. Selepas tanahair Temasik, Tanah Melayu kehilangan Pulau Batu Putih, Tanjong Pagar dan lain-lain yang belum diketahui oleh umum tetapi boleh terdapat dalam senarai [...]

  12. [...] Rantau Arab Islam oleh penjajah yang sama. Selepas tanahair Temasik, Tanah Melayu kehilangan Pulau Batu Putih, Tanjong Pagar dan lain-lain yang belum diketahui oleh umum tetapi boleh terdapat dalam senarai [...]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 278 other followers

%d bloggers like this: