Pandangan Islam Tuduhan Anwar Liwat

Dato’ Seri Anwar Ibrahim hampir umum bertanding tidak lama lagi dalam pilihanraya kecil untuk ke Parlimen dan pejabat Perdana Menteri Malaysia.

<Update 7.7.2008 Pandangan saya tentang Ujian DNA, CCTV dalam pertuduhan di sisi Syarak> <Al-Bayyinah ala Mudda’ie wal-Yameen ala man ankara” (Penuduh mesti mengemukakan bukti. Yang menafi mesti bersumpah) – Syarak> Ketua Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa akan menubuhkan Kerajaan Malaysia baru tidak lama lagi, selewat-lewatnya September 2008, kini sekali lagi dituduh meliwat. Pada tahun 1998 beliau dituduh meliwat Azizan. Walaupun sepanjang perbicaraan Azizan sendiri menafikan sebanyak 3 kali dia diliwat Anwar, namun Anwar akhirnya dipenjara 6 tahun (hukuman rasuah isu liwat). Setelah 6 tahun, Anwar bebas dari tuduhan meliwat dan selamat dari disambung penjara selama 9 tahun lagi (hukuman liwat). Kali ini seorang bernama Saiful pula melapurkan dia diliwat Anwar beberapa kali dan terakhir pada 26 Jun lalu. Mungkin selepas ini Anwar, Abu, Ahmad dan selain mereka pula akan dilapurkan meliwat Azizan, Saiful, Karim, Kasim dan lain-lain lalu umat Islam akan dihujani dengan tuduhan liwat meliwat yang tiada kesudahannya, tiada insan yang terselamat dari pertuduhan rambang malah suasana kehidupan umat Islam yang sepatutnya bersih, sejahtera lagi selamat, siap bagi mereka untuk berperanan menyebarkan cahaya Islam kepada umat yang lain di dunia seperti peranan yang telah dimainkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat ra, berubah menjadi suasana kotor, penuh lucah, tidak selamat dan subur dengan prasangka antara satu sama lain. Selama 5 tahun saya hidup di Australia, isu skandal seks seperti ini telah lama menjadi resam budaya di Barat dan kini penyakit ini mula menular pula ke dalam sebahagian dunia Islam di mana setakat ini Malaysia menjadi pelopornya.

Saiful menuduh Anwar meliwatnya beberapa kali dan terakhir pada 26/6/2008 yang lalu.

Dari realiti yang kita saksikan ini dan setelah meneliti hikmah Syariat Islam yang diturunkan Allah swt, tampak jelas betapa Al-Quran dan hukum hakam yang diturunkan ALlah Maha Pencipta lagi Maha Bijaksana benar-benar adalah demi maslahat manusia di muka bumi tidak mengira masa dan tempat, agama dan bangsa sehingga ke hari Kiamat.

 

Dalam kitab “Fiqh Islami wa Adillatuhu” (Fekah Islam dan dalil-dalilnya) menerangkan pandangan-pandangan ulamak Islam tentang hukum hakam liwat. Saya tidak bermaksud menghuraikannya didalam blog ini. Cukup sekadar menulis bahawa mazhab-mazhab selain Syafie membezakan sedikit sebanyak dalam hukum hakam mereka diantara zina dan liwat mengikut samada pasangan tersebut telah berkahwin atau belum dan sebagainya. Namun Mazhab Syafie menyamakan zina dengan liwat di dalam hukum hakamnya. Oleh itu saya ingin berbicara isu tuduhan Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat Azizan, Munawwar dan Saiful menerusi hikmah pengharaman pertuduhan zina terhadap seseorang.

Dalam Islam, seseorang itu dikira tidak bersalah dalam pertuduhan zina atau liwat terhadapnya melainkan melalui salah satu dari 2 cara sahaja iaitu (1) pengakuan sendiri, atau (2) pertuduhan dengan dikemukakan 4 orang saksi yang melihat jelas kejadian tersebut dengan melihat sendiri alat-alat hubungan kelamin sipelaku. Bahkan disebut didalam kitab tersebut sekiranya 4 orang membuat aduan/tuduhan zina/liwat terhadap seseorang, namun setelah diambil keterangan hanya 3 orang yang melihat dengan jelas alat-alat hubungan kelamin sipelaku manakala seorang lagi hanya mengatakan saya melihat mereka di dalam selimut, maka seorang tadi bebas tetapi 3 orang tadi disebat dengan 80 kali sebatan kerana telah menuduh/mengadu tanpa mengemukakan cukup 4 orang saksi !

<Update 7.7.2008 Pandangan saya tentang Ujian DNA, CCTV dll di sisi Syarak> Islam tidak menafikan kepentingan penemuan dan peranan Sains kepada kemaslahatan umat manusia amnya, namun Sains itu sendiri sepanjang sejarahnya sendiri, dalam mengemukakan teori yang yang hebat, masih mempunyai peratus kecil ketidaktentuan yang hanya tersingkap hakikatnya dizaman selepasnya. Contoh, Orbital Theory yang banyak memberi penjelasan dan menfaat kepada dunia sains berkurun-kurun namun pada hari ini telah diambilalih oleh Quantum Physics yang lebih tepat dalam menerangkan sifat sesebuah nukleus atom dan elektronnya. Teori “Jisim tidak boleh dicipta dan dimusnahkan” dalam Molecular Theory yang digunapakai berkurun-kurun lamanya sehingga kehari ini didalam pengajian di universiti dan industri terbukti salah apabila jisim boleh dimusnahkan menjadi tenaga dalam Nuclear Physics, diantaranya dengan formula E=mc2. Bayangkan ratusan teori sains yang lain termasuk DNA, boleh dipakai baik di zaman ini, belum tentu tepat dizaman akan datang. Oleh itu sebahagian teori sains, walau setinggi mana kehebatan, namun mempunyai peratusan ketidaktentuan. CCTV seperti termaklum boleh digubah seperti proses superimposed dsb. Dalam Syarak menyebut “Idrak hudud bisy Syubuhaat” (jangan dilaksanakan Hudud jika ada ketidaktentuan” (Hadis). Oleh itu pada pandangan saya, ujian dan bantuan Sains tidak boleh mengambil tempat 4 orang saksi yang tidak dikemukakan (bermakna hanya berpada dengan bukti DNA, tayangan CCTV dll tanpa perlu 4 orang saksi). Orang akan bertanya, kalau begitu bagaimana Islam memenfaatkan sains dalam hal ini. Jawapannya teknologi di atas sangat berguna untuk menjadikan si tertuduh akhirnya membuat pengakuan setelah kuat sokongan terhadap pendakwaan ke atasnya, seperti kes bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek, yang mengaku sendiri berzina, kerana wujudnya CCTV menyokong pertuduhan. Adapun sekiranya setelah ditunjukkan hasil ujian DNA, tayangan CCTV dll, si tertuduh masih tidak merekodkan sebarang pengakuan dengan kerelaan sendiri, malah masih bersumpah menafikan, dan si pendakwa tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi yang melihat benar alat adegan tersebut, maka tuduhan zina atau liwat jatuh akan turun tarafnya menjadi tuduhan atau sabitan Khalwat misalannya. Hukuman atas Khalwat adalah takzir (denda) yang boleh mencapai hampir hukuman Hudud sekiranya dienekmenkan sedemikian, perbahasan Takzir pula adalah panjang.

 PM dan TPM Malaysia dan isteri-isteri mereka. (Gambar Hiasan)

Jika begitu, ramai akan berkata betapa sukarnya untuk mendapatkan 4 orang saksi. Memang benar, bahkan dizaman Nabi saw, Maiz dan Ghamidiah direjam hingga mati adalah melalui pengakuan mereka sendiri telah melakukan zina dan bukan melalui pertuduhan sesiapa dengan mengemukakan 4 orang saksi. Jelas di sini dan dalam Syariat Allah swt, Islam mengetat dan menyukarkan sebarang bentuk pertuduhan zina terhadap seseorang. Bahkan dalam pengamatan saya terhadap hikmat Syariat Ilahi ini, dengan mensyaratkan 4 orang saksi, dan setiap mereka mesti melihat dengan jelas alat-alat hubungan kelamin pula, Islam hampir menutup pintu tuduh menuduh dalam perkara zina atau liwat. Adapun jika benar berlaku pezinaan atau liwat, Islam melihat ianya dalam satu bentuk tertutup dan terkawal di dunia, diserahkan azabnya kepada kekuasaan Allah di Hari Akhirat. Sebaliknya jika dibiarkan atau diringankan syarat tuduh menuduh pula, ia akan mengotorkan kehidupan masyarakat Islam, menyebarkan kelucahan, menggalakkan penindasan dan kezaliman lalu mencetuskan porak peranda dalam umat Islam seperti yang berlaku di dunia Barat.

Sekiranya Anwar meliwat Saiful dengan paksa seperti paksaan merogol, maka Islam akan mengukur tahap kemunasabahan paksaan tersebut dengan meneliti kekuatan tubuh badan Anwar berbanding Saiful, senjata yang diguna Anwar dalam membuat paksaan sehingga menyebabkan Saiful pasrah atau menyerah. Ini bergantung kepada lapuran Saiful, bahan bukti senjata yang digunakan, kesan saikologi dan fisikal selepas paksaan dan sebagainya. Bertemunya mereka berulangkali untuk Anwar meliwat Saiful berulang kali, seperti tuduhan Saiful, menafikan kesemua adegan tersebut berunsur paksa atau bersenjata. Saiful adakalanya rela, tidak lari dari ancaman kekuatan fisikal atau senjata Anwar.

Sekiranya Anwar meliwat Saiful dengan kerelaan kedua belah pihak seperti keadaan zina, maka dengan pengakuan Saiful dan penafian Anwar, Saiful yang bujang dikenakan sebat 100 kali dan Anwar bebas kecuali Saiful mengemukakan 4 saksi dalam membuat tuduhannya terhadap Anwar. Dengan kata lain, lapuran polis Saiful menuntut Saiful diadili mengikut Syariat Islam, dan bukan Anwar yang kena membela diri seperti perjalanan Mahkamah Sivil terhadap Anwar 10 tahun yang lalu. Di sini, alangkah jauhnya perbezaan diantara Syariat Islam dengan Undang-undang Sivil. Alangkah jauhnya maslahat yang dijamin oleh Sistem Islam dari Yang Maha Bijaksana berbanding Sistem Jahiliyah warisan Penjajah British.

Barisan Nasional tewas teruk di banyak kawasan dan negeri dalam PRU12, 8 Mac lalu. (foto hiasan).

Umat Islam tidak memahami hakikat dan hikmah Syariat melainkan melalui kejadian-kejadian dihadapan mata mereka seperti isu Saiful menuduh Anwar meliwatnya. Bahkan, para Sahabat ra kurang menyedari hikmah ini melainkan setelah berlakunya isu Hasan bin Tsabit, Mishtah bin Uthatah, Himnah bin Jahsy dan orang-orang Munafiq diketui Abdullah bin Ubai menuduh Aisyah ra berzina dengan Safwan bin Muattol. Setelah berlakunya peristiwa Ifk atau Pembohongan terhadap Aisyah ra, turunnya wahyu Allah, 3 sahabat diatas disebat 80 kali, barulah mereka sedar bahawa disiplin mengemukakan 4 orang saksi diringan-ringankan oleh segelintir mereka. Barulah mereka sedar isu dan pertuduan yang berlaku, mereka rasa kecil sedang disisi Allah adalah besar. Barulah mereka sedar bahawa mereka seharusnya mendahulukan bersangka baik bila kali pertama mereka mendengar sebarang pertuduhan zina atau liwat. Barulah mereka diajar jika tidak cukup 4 saksi maka mereka hanya perlu berkata “Ini berita bohong yang nyata” tanpa perlu menyangka atau menduga kot-kot ia benar-benar berlaku. Barulah mereka sedar bahawa Allah swt mahu mereka hidup di dalam Negara Islam yang bersih dari sebarang kelucahan, penindasan, fitnah dan kezaliman sambil menyerahkan urusan tersembunyi seperti zina dan liwat tersebut kepada Allah, jika Dia mahu, ditangguhkan azab di Akhirat atau jika Dia mahu digerakkan hati mereka yang terbabit ke arah membuat pengakuan.

Dr. Mahathir Mohamad (foto atas), Presiden UMNO dan PM Malaysia 1982-2003.

The Lord President of Malaysia Supreme Court, Tun Salleh Abbas (foto dalam), bekas Ketua Hakim Negara, ketika membuang undi dalam PRU12, 8 Mac lalu. Sebaik dipecat pada tahun 1988, sistem kehakiman negara dibolosi sehingga hilang keyakinan rakyat sehingga ke hari ini seperti yang diakui Menteri Kehakiman, Zaid Ibrahim selepas PRU12 lalu dan menuntut maaf.

Zaid Ibrahim, Menteri Kehakiman.

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong (terhadap Aisyah ra dan seumpamanya) itu adalah dari kalangan kamu juga. Jangan kamu menyangka peristiwa itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka (yang terlibat) mendapat balasan (hukuman) dari dosa mereka. Orang yang bersaham besar (dalam konspirasi tersebut) di kalangan mereka mendapat azab yang pedih. Kenapa tidak bila kamu mendengar berita itu, orang-orang beriman lelaki dan wanita bersangka baik sesama mereka sambil berkata “Ini cerita mengarut yang jelas” jika tidak didatangkan 4 orang saksi. Jika mereka yang menuduh tidak mendatangkan 4 orang saksi, maka mereka disisi Allah adalah orang-orang yang pendusta ! Jika tidak kerana anugerah dan rahmat Allah kepada kamu di dunia dan Akhirat, nescaya kamu diazab besar akibat sikap dan penglibatan kamu (dalam berhadapan dengan isu ini) tatkala kamu menerima isu ini dengan lidah-lidah kamu dan kamu berkata-kata dengan mulut-mulut kamu tentang sesuatu yang kamu tidak ada maklumat (tepat mengenainya). Kamu ingat ia suatu perkara yag kecil sedang disisi ALlah ia suatu yang besar. Kenapa tidak bila kamu mendengar isu ini kamu katakan saja “Tak perlu kami menyibuk-nyibuk mengenainya. Mahasuci ALlah, ini adalah konspirasi yang besar !”. Allah mengingatkan agar jangan kamu mengulangi perkara seperti ini sekali lagi selama-lamanya, jika kamu orang-orang beriman. Allah menerangkan ayat-ayatNya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan orang-orang yang suka kelucahan tersebar dikalangan orang-orang beriman bagi mereka azab di dunia dan AKhirat. Allah mengeahui sedang kamu tidak mengetahui.” (An-Nuur:11-19).

Anwar telah dibebaskan dari tuduhan liwat pertama yang lalu. Dari ayat-ayat Al-Quran diatas, bagi mereka yang terlibat menuduh perlu dihukum dengan 80 sebatan di dunia dan azab pedih di Akhirat. Balasan jauh lebih berat di dunia dan Akhirat bagi mereka yang merancang dan memutarbelit fakta, saksi dan bukti. Bagi orang-orang yang beriman yang telah bersangka jahat perlu mengambil pengajaran agar bersangka baik bila kali pertama mendengar sebarang berita skandal seks dengan berkata “Ini cerita mengarut” dan “Ini konspirasi besar” jika pertuduhan tersebut tidak didatangkan dengan 4 orang saksi. Bagi kesemua pihak perlu sedar bahawa isu seperti ini bukan isu yang kecil di sisi Allah dan Allah tidak mahu melihat orang-orang beriman dipatuk dua kali dalam satu lubang dengan mengulangi sekali lagi kesilapan lalu kerana berprasangka, berkata-kata dan tuduh menuduh.

Semoga Allah menjaga kita dan umat Islam sedunia dari kesalahan samada disedari atau tidak dan menerangi jalan untuk kita dalam menuju kepadaNya dan keredhaanNya melalui petunjuk ayat-ayatNya. Amin.

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah <www.inijalanku.wordpress.com>

About these ads

58 Respons

  1. salam,
    jawapan kepada kemelut fitnah didalam masyarakat,

  2. Tahniah Ustaz!
    Satu kupasan yang sangat perlu disebarkan kepada masyarakat. Agar masyarakat tidak turut menuduh atau agar penulis-penulis di media atau di blok-blok tidak terbawa-bawa memanjangkan tuduhan. Sesiapa yang terlibat sama dalam menuduh dia juga perlu bawa 4 saksi yang adil. kalau tidak tunggulah jilatan api neraka.

  3. Salam Ustaz,

    Mohon utk salin artikel ini.Sgt bermanfaat .JazakAllah

  4. Apa…. nak jadi skang ni…..?

  5. saya sokong anda……
    xmalukah seseorang yang telah diliwat mukanya terpampang di depan dada akhbar dalam keadaan tersenyum?
    inilah yg dikatakn manusia yg buta dgn wang ringgit,,,,

  6. Salam,

    Ustaz, mohon izin untuk salin artikel ini dan berkongsi dengan rakan2 lain yang tidak boleh akses internet di pejabat.

    Terima kasih.

    Wassalam

  7. Inilah ajaran Islam yang indah. Dicadangkan kepada semua para khatib yang membaca artikel ini supaya artikel ini dijadikan tajuk khutbah pada hari jumaat ini demi memberi kefahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat.

  8. Alhamdulillah, jadi jelas bagaimana kita harus bersikap dalam perkara yang menimpa Datuk Anwar Ibrahim. Semoga Allah menunjukan terbukanya kebenaran dan menimpakan siksa yang pedih kepada orang-orang yang berbuat fitnah di muka bumi ini.

  9. Salam Ustaz,

    Setelah membaca artikel dari Ustaz..saya berpendapat sebagai seorang Islam kita tidak boleh berburuk sangka sesama umat. Oleh itu demi kebenaran Islam kita perlu membuang segala buruk sangka samada kepada Datuk Seri Anwar mahupun Datuk Seri Najib..kerana kedua-dua kes tidak ditampilkan 4 orang saksi..wallahualam..

  10. slm..just curious…disebabkan sekarang ni kita dah ada DNA test kan. boleh tak kita gunakan 4 orang saksi utk verifykan DNA test tu sebagai bukti, sebagai qiyas kepada melihat adegan tu sendiri?….mohon pndgn..

  11. Salam Ustaz,
    Bagaimana definasi tuduhan rogol? Boleh tak disamakan tuduhan liwat? Adakah memerlukan pengakuan 4 saksi. Bagaimana pula andainya ada penggunaan cctv sebagai bukti. Terima kasih.

  12. Asm Ustaz,
    Pada zaman teknologi canggih kini aktiviti sedemikian dapat dirakam dengan video cam atau alat seumpamanya dengan begitu jelas. Perlakuan ‘seperti pedang masuk ke sarung itu’ dapat dilihat oleh semua orang kemudiannya. Bagaimana pandangan ustaz tentang bukti yang sebegini?

  13. Salam Ustaz,

    Pada pendapat saya insan yang tidak begitu arif tentang islam.. berkenaan 4 saksi diperlukan untuk tuduhan liwat..tetapi di masa ini sehingga saat saya memberi komen ini negara kita masih belum melaksanakan hukum islam..apakah kita hanya perlu membiarkan sahaja kes2 sperti zina, liwat dan rogol berleluasa (kes lain) tanpa diambil sebarang tindakan..pada saya agaklah sukar bagi mana2 pihak untuk melaksanakan hukum Islam hatta pihak PAS sekalipun..ini terbukti kerana manisfeto negara Islam telah digantikan dengan negara berkebajikan..jd kerana keadaan “darurat” sementara menantikan hukum islam diamalkan apa salahnya kita menggunakan sistem yang sedia ada walaupun tidaklah sehebat hukum Allah..semoga ustaz dapat siarkan komen saya kali ini demi kebenaran..wallahualam..

  14. Salam Ustaz,
    Daripada Ali b Abi Talib berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada quran itu kecuali hanya tulisannya. masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. dari mereka berpunca fitnah, dan kepala mereka fitnah itu akan kembali

    Penerangan Hadis:
    Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaanya tidak bergitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su’ yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

    (H.R aL-Baihaqi)

  15. syapekkkk, di Julai 3rd, 2008 pada 12:45 pm Kata:
    saya sokong anda……
    xmalukah seseorang yang telah diliwat mukanya terpampang di depan dada akhbar dalam keadaan tersenyum?
    inilah yg dikatakn manusia yg buta dgn wang ringgit,,,,

    Salam Ustaz,

    Komen sebegini disiarkan tetapi kenapa tidak disiarkan komen saya..Sedangkan komen saya tidak memaki hamun atau memfitnah sesiapa..

  16. salam ustaz,

    saya melihat perkara ini dari sudut kepentingan peribadi seseorang yang terlibat di dalam arena yang di panggil ‘politik’. Kebangkitan generasi muda yang telah membuat perubahan besar di dalam arus serta pola politik negara telah menimbulkan ancaman kepada ramai pihak yang berkepentingan. Pelbagai isu, andaian dan spekulasi dibuat mengenai arah tuju politik negara. Justeru, dek ketakutan, kebimbangan, maka ada pihak tertentu yang mampu mengalih pandangan supaya tumpuan tidak diberi kepada satu isu (perubahan politik) yang mana akhirnya telah menjadikan maruah seseorang (Dato’ Seri Anwar) tercabar (lagi). Bagi saya ini mainan politik Malaysia yang semakin kotor, tercemar, berlaku tanpa kawalan dek nafsu menguasai diri…tanpa mengikut paksi agama, menuduh dan menfitnah lagi. Saya simpati dan dalam masa yang sama, kagum dengan semangat sesetengah pemimpin yang terus berjuang mempertahankan keadilan, kesaksamaan…kepada keluarga Dato’ Seri Anwar..hanya Allah yang mampu membalas kesabaran yang anda semua miliki…

  17. Salam Ustaz & semua;

    Saya ingin mencadangkan bahawa DSAI perlu bersumpah dengan nama ALLah bahawa dia tak lakukannya kerana tindakan beliau menuduh orang itu dan ini menyebabkan kekalutan terus berlaku. Saya amat tertarik dan bersetuju dengan Mufti Perlis yang menyarankan tindakan bersumpah dengan nama Allah ataupun membuat mubahalah kerana Allah maha mengetahui dan maha adil. Lagi satu yang buat saya keliru tuduh-menuduh kini sudah masuk kearah fitnah-memfitnah sepertimana kes P. Balasubramaniam yang buat PC dengan DSAI lepas itu kelmarin keluar cerita lain pula.

  18. thanx ustaz

  19. masih dok studi kes ni

  20. askm,
    sungguh panjang lebar sekali explanation diatas.
    tapi senang cerita, ANWAR pun tak berani nak sumpah laknat – MUHABALAH
    dan sungguh menghairankan kenapa?sedangkan bagi seorang yg kononnya pemimpin pelajar islam satu ketika dulu, seharusnya tahu ini adalah cara yg paling efektif menafikan tuduhan, bersumpah dan menjujung al-quran, tetapi dia pulak semakin aktif menuduh orang lain, memperkatakan agendanya yang kabur , seolah olah tak berani nak MUHABALAH.
    hairan jugak?dalam satu hal dia fitanh orang lain bukan main lagi, siap sumpah berkanun palsu…tuduh orang sana ,tuduh orang sini, kononnya akan dibunuh?lari kekedutaan asing?menggelabah?bukan itu ke ciri ciri yg orng bersalah?kelakarnye..dan saya bkan pro mana mana pihak ,cuma menilai dari segi hukum dan keadaan secara rasional ..kebenarannya, wallauhallam

  21. Salam ustaz,

    JZKK atas penerangan. Kalau ustaz dapat beri penerangan tentang soalan oleh Ingin Tahu, di Julai 4th, 2008 pada 11:55 am (kes rogol etc) baik juga sebab Dr Asri memberi penilaian atas dasar tersebut.

  22. Salam Ustaz,

    Jutaan terimakasih saya ucapkan kerana sudi menyiarkan komen-komen saya..semoga kita termasuk didalam golongan yang memperjuangkan kebenaran tanpa taksub kemana2 kumpulan..yang benar kita perlu sokong walaupun ia dari musuh dan yang batil perlu kita tentang habis-habisan walaupun daripada sahabat kita sendiri..politik Malaysia dan juga dunia kini menuju kearah perubahan yang telah dijanjikan oleh Rasullullah..dan tanda2 kebangkitan Islam kali kedua dan terakhir sebelum Allah mengumpulkan sekalian makhluk sudah semakin jelas kelihatan..wallahualam..

  23. jaga hubungan dengan allah, allah jaga hubungan manusia

    ambil ibrah kisah ini.. untuk elak fitnah kepada kita suatu hari nanti~

  24. kes anuar tdak b’slh

  25. kpd saudara/ri KEBENARAN,
    sy just nk ckp, mse anwar difitnah bbrp thn yg lalu tu pn anwar x bsumpah atau muhabalah utk defend diri dia..
    yg mane akhirnye kite dapati…stelah 6 thn mrengkok dlm penjara, anwar didapati tidak bsalah dan tselamat dr 9 thn pnjara[tuduhan liwat]..
    myb anwar nk buat pkara yg sama…biar org sndiri tahu satu hr nt..yg dia bnr2 BERSIH dan difitnah…
    itu just sdikit idea..sbb sy rse ayat saudara/ri sgt kejam bunyinya..huhu
    bygkn anda ditempat beliau shj sudah ckup…
    amek positif…sy pn xtau sape yg bnr slagi xde bukti..:)
    wallahua’lam~

  26. cik kebenaran, nmpknye anda mmg kurang mmbaca atau hanya membaca di pihak akhbar2 milik kerajaan malaysia…cuba baca dari bnyk sumber dan buat perbandingan..sy rasa ini adalah lebih baik buat anda…sesungguhnya buruk sangka itu satu pekerjaan yg amat buruk…dari mana anda blajar berkaitan bersumpah menjunjung Quran bagai ni?dari sorg pmimpin Umno seperti mana yg anda baca dlm Utusan?

  27. kpd semua
    juz nk share
    ni sy amik dr slh satu forum yg sy msk
    maybe ni sbb anwar x sumpah lg

    Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat

    Beliau menyokong cadangan bermubahalah cuma cara bersumpah yang dianjurkan ialah bermubahalah sambil menjunjung Al Quran.

    “Bermubahalah atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.

    “Tapi kalau ada prosedur lain, lakukan dahulu yang lain itu, pihak mahkamah tentu tahu apa yang sepatutnya,” katanya.

    Mursyidul Am PAS itu berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.

    “Bersumpah atau bermubahalah merupakan langkah paling akhir yang perlu dibuat selepas proses perundangan dijalankan.

    “Tapi biarlah pihak mahkamah siasat dulu. Bersumpah adalah langkah yang terakhir,” kata Tok Guru itu.

    wallahualam…skdr share info shj…

  28. hidz: “Tapi biarlah pihak mahkamah siasat dulu. Bersumpah adalah langkah yang terakhir,” kata Tok Guru itu.

    Ulasan: Setuju dengan saudara hidz.

  29. Allah telah beri kita akal…Banyak ayat Al-Quran yang menyuruh kita berfikir….Berfikirlah secara logik…jangan berfikir secara drastik…..Dalam kes ini dimana logiknya seorang pemuda yg bertubuh kuat tidak dapat hendak melawan seorang yang sudah lebih separuh abad kekuatan tenaganya…cubalah fikir…jika seorang budak kecil sekalipun sudah pasti ada pergelutan…paling tidak menggigit mana-mana bahagian tubuh pemangsanya yang boleh meninggalkan kesan……bukan senang kerja ni…..fikirlah sedalam-dalamnya..tariklah nafas anda sepanjang-panjangnya……Allah lebih mengetahui apa yang berlaku…….afala taq qiluunnnn……

  30. kenapa tuduh saiful makan duit? dah tentu dan terbukti ke dia makan duit sebab nak mengaku DIRI DIA SENDIRI di liwat dek anwar? macam mana kalau BETUL2 budak tu kena liwat? adakah mereka yang menuduh saiful makan duit itu baru melakukan satu fitnah? bagaimana keadilan untuk diri saiful pulak? hari hari dia makan caci maki hamun. dah le kena liwat, bila buat report kena maki lagi.

    yang sebenarnya kelakuan anwar tu sendiri menunjukkan seolah olah dia macam orang bersalah. tiba2 aje lari ke kedutaan turki. tiba2 aje ada orang nak bunuh. sehari kemduian, tiba2 aje dah takde orang nak bunuh. anwar bebas buat roadshow tanpa takut kena tembak. semuanya secara TIBA2 lepas report pertama keluar!

    lani nak bagi DNA pon tak mahu, letak macam macam syarat. suruh muhabalah pon letak macam macam alasan. konon konon ulamak dalam dan luar negara nasihatkan dia jangan. pendapat ulama ada pelbagai jenis. bukannya muktamad anwar tak payah muhabalah. tapi bila kantoi anwar pergi cakap ‘oh, ulamak yang TU nasihat saya jangan mubahalah. bila mintak DNA ‘oh, peguam yang TU nasihat saya jangan bagi DNA. anwar letak beban untuk lepaskan diri dia pada orang lain, satu tindakan pengecut!

    apa yang anwar takot sangat sebenarnya? kata pejuang reformasi yang paling berani, tapi tindak tanduk sperti orang ketakutan.

    tempoh lalu anwar di bebaskan secara TEKNIKAL, 10 hakim yang bicara hanya 2 sahaja kata anwar TAK BOLEH DI SABIT dengan kesalahan liwat (bukannya kejadian liwat tu tak berlaku!). dari 10 hakim, hanya 2 kata tak boleh di sabitkan, dan di sebabkan SISTEM perundangan negara boleh appeal 1 kali setiap tahun, maka rayuan terakhir tu anwar terlepas. keputusan 2-1 yang hakim dua orang tu pon kata anwar liwat, cuma tak boleh di sabitkan kesalahan kerana mangsa (azizan) sebenarnya adalah geng SUBAHAT dalam kejadian liwat tersebut, bukannya MANGSA seperti di dakwa. adakah hakim tu cakap kejadian liwat tu TAK BERLAKU? hakim yang dua tu perpendapat ianya BERLAKU, cuma tak boleh di sabitkan. anwar cakap TERIMA KASIH kepada hakim ini. adakah anwar masih tak bersalah? tolong jangan tengok dia lepas maka dia tak buat, sila lihat dan kaji verdict teknikalnya sekali.

    kali ini anwar di bicara dalam sistem yang sama, sistem yang anwar dan isterinya dakwa lebih adil dari dahulu. dengan muka cemek dia sebelum laporan saiful tu keluar, wan azizah siap bagi standing ovation untuk pak lah semasa dinner bar council. oh, sistem kehakiman kita sudah improve. sudah berta,mbah baik, sudah semakin bebas. tapi bila laporan ini timbul, TIBA2 (lagi skali tiba2) sistem keadilan kita jadik huduh balik. dalam erti kata lain, kalau semuanya kena balik kat si anwar, semuanya tak betul, dan semuanya kena ikut kepala besar dia.

    sekian.

    • salam.sdra ikutilah perjalanan kes ni dgan cara betul,hakim kata anwar tak salah kpda kedua2 tuduhan liwat,rasuah.awak tukarlah lah hakim tu,tak kan awak tak faham bahasa malaysia, keputusan mahkahmah,anwar didapati tidak bersalah muktamad/apa ke anda faham bahasa undang2. jangan lah jadi menusia dalam kebatilan.kita tak nak penglima mangkat dijulang,,baca lah perkembangann undang2 semasa,yang awak pandai2 ckap tu dan ini apa pasal,,hakim kata anwar tak salah sudahlah..pada saya anwar adalah seorang muslim fudemental,jadi nak jatuhkan politik anwar,,ada golongan menusia luar tabihi ini terpaksa lah guna sesuatu yng ada berkait dngan agama kerana dunia islam tahu anwar pejuang islam,, dlm negara kita ni pemimpin kerajaan juga tahu anwar hanya boleh dijatuhkan dgn cara buat tuduhan yng ada hubungan dgan agama,contoh Liwat lah,harap awak jgan termasuk golongan luar tabihi ini.

  31. Saya tertanya-tanya apa pula pendirian ustaz kalau situasi yang sama berlaku pada pihak yang sebaliknya. Pengalaman hidup saya yang tak seberapa : ‘penilaian luaran tidak menggambarkan apa yang ada di dalam’.

  32. Kalau di amati dari Surah An-Nuur yang menjadi rujukan ustaz adalah merujuk kepada isteri Nabi Muhammad, Aisyah dan sudah tentu beliau seorang perempuan yang suci dan dihormati maka jika ada pertuduhan sedemikian maka fitnah namanya, begitu juga dengan isteri-isteri atau perempuan-perempuan yang yang baik-baik dituduh zina memang sewajar perlukan 4 saksi. Tetapi bagaimana dengan isteri dan perempuan atau lelaki yang memang jahat serta bagaimana nak dikaitkan dengan liwat kerana sebagai manusia biasa kita tidak maksum. Allah itu adil dalam semua keadaan dan zaman!

  33. TUDUHAN ZINA DAN LIWAT HENDAKLAH DENGAN EMPAT SAKSI YANG ADIL. HENDAKLAH SAMA ADIL ASAS TERSEBUT DIPAKAI KEPADA ORANG LAIN YANG KITA PULA MENUDUH BUKAN HANYA TERPAKAI BILA KITA DITUDUH SAHAJA

  34. Kalau orang benar-benar beriman dan berada dalam kebenaran. Bukan setakat sumpah mubahalah mati pun pasti dia tidak takut demi menegakkan kebenarannya kerana dia yakin kalau dia mati teraniaya demi menegakkan kebenarannya bidadari sedang menantinya di pintu syurga

  35. Mari lah kita mendekatkan diri kita kepada Allah s.wt. Janganlah kita bermusuhan sesama Isam demi untuk mengejar kesenangan dunia yang belum tentu memberi jaminan di akhirat kelak. Apa yang berlaku pada politik Malaysia hari ini adalah salah satu kemenangan bagi pihak kafir yang sering menginginkan kehancuran Isalm. Berjuanglah demi agama dan bukannya bangsa. Keturunan asal usul tidak memberi jaminan yang indah, bahkan kesenangan yang di miliki menyumbang kepada kehancuran. Renung-renungkanlah.

  36. Utamakan Islam itu adalah benar….. Bangsa, negara, keluarga, kampung, negeri, jiran juga Islam suruh kita pertahankan. Keadilan dalam Islam juga meliputi semua lapisan masyarakat samaada untuk sipenuduh atau yang dituduh, samaada orang besar atau orang kecil …… kita semua juga mesti adil menanti Allah tunjukkan KEBENARAN

  37. Salam SERI KEBENARAN

    pertama sekali, mohon maaf kalau soalan ini bunyinya pelik. tapi saya cuma rasa ingin tahu…

    ada x dalil yang islam suruh kita pertahankan bangsa? sebab.. sepanjang hidup saya yang baru 19 tahun ni, saya cuma pernah terbaca ayat yang Allah menjadikan pelbagai kaum supaya kita boleh salaing mengenali?

    mohon jasa baik sesiapa yang punya ilmu tentang ini.

    terima kasih

  38. Hakim…. saya tak pandai mengaji …… jika saudara hakim kaya …. kepada siapakah Islam suruh saudara dahului menolong atau bersedekah mengikut keutamaannya semestinya yang afdal dengan (dgn syarat beragama Islam dan layak sebagai penerima pertolongan & sedekah) keluarga terdekat, sebangsa, sekampung, sedaerah, senegeri, senegara dan seterusnya ……. Jika bangsa kita jauh ketinggalan dalam serba -serbi berbanding dengan bangsa lain, jika hak bangsa kita yang telah termaktub dalam perjanjian yang telah termeterai dengan penuh berlapang dada oleh pemimpin2 antara kaum dimasa lampau yang merupakan asas pembentukan negara Malaysia dicabar dan diperlekeh………….. adakah Islam melarang kita mempertahankannya ? jika bangsa kita terlalu banyak bertolak ansur dan kemudian ada diantara mereka ibarat diberi betis hendakkan peha …. adakah Islam melarang kita mempertahannya …. ? sekali lagi saya mengaku saya tak pandai mengaji (mengikut istilah orang2 tua dahulu) masihkah Islam tidak membenarkan kita mempertahankan bangsa kita jika begitu keadaannya …..?

  39. Seri Kebenaran,

    terpulang kepada pandangan saudara/i bagaimana. ingin saya tegaskan, saya cuma ingin menuntut ilmu.

    seperti yang saya katakan dalam komen pertama, saya cuma ingin tahu dalil yang mana Islam menganjur ummatnya mempertahankan bangsa, itu sahaja. mungkin saya terlepas pandang, dan sememangnya saya belum pernah tahu tentang ini.

    pada pandangan orang muda ini, hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah (dan saya sedang belajar untuk mengaplikasikannya) maka, penting untuk saya tahu tentang perkara ini.

    jika ada mana2 saudara/i yang terbaca komen ini, tolong beritahu saya. bukan niat saya untuk berhujah, tidak sama sekali. saya cuma mahu secebis ilmu yang ada di muka bumi ini.

    sekali lagi saudara/i Seri Kebenaran, saya memang tak tahu apa nak dibalas tentang komen anda di atas. kerana saya cuma membaca Al-Quran berserta Terjemahan sahaja. saya belum sampai tahap mengkaji, lalu menghayati. maaf saya ucapkan kalau bunyi soalan saya aneh (dan ternyata ya, aneh….). mungkin, jika saudara/i pernah ketemu dengan ayat2 Al-Quran, Hadith2 Nabi mahupun fatwa para Ulama’ yang menganjurkan perjuangan Bangsa, saya minta saudara/i berkongsi dengan saya, agar pemahaman yang saya faham sekarang ini tidak salah. terima kasih

  40. saudara iqbal hakim ……. sekali lagi … saya nyatakan saya tak pandai mengaji (istilah orang yang jahil bagi orang tua2 zaman dahulu) sila saudara rujuk kepada JAKIM dan mana-mana ulama yang benar-benar bebas (non partisan ) tanyalah mereka adakah ISLAM membenar ASOBIAH positif dalam masa yang sama bersikap baik dan adil pada kaum lain tanpa mengetepikan hak-hak mereka……… saya benar-benar tak pandai mengaji tetapi saya yakin prinsip KEADILAN ISLAM mencakupi segala aspek

  41. kalo jupe sorg Islam tp x sbangsa n sorg lg sbangsa tp x Islam, nk tlong yg mane ncik SERI KEBENARAN?hak3..

  42. YOSH ….. Sila baca komen 4 ogos 2008 saya ! tolong jangan keliru!

  43. saya tak membela mana-mana pihak,jika Datuk Anwar benar meliwat sila beri pengakuan dan jika Saiful memfitnah sila buat pengakuan tetapi jika Datuk Anwar tidak meliwat Saiful maka ini hanya satu fitnah yang boleh merosakkkan akidah rakyat Malaysia! Bagaimana mereka yang pernah melakukan zina lalu bertaubat? Adakah dosa mereka itu diberi pengampunan oleh Allah S.W.T???? tolong jawab ……

  44. siapakah yang telah menaburkan kekeliruan yang sebenarnya? siapakah yang benar sebenar-benarnya? …. diantara anwar dan saiful …? kalau kita mahu bersikap adil jangan terburu-buru membuat tuduhan. tunggu sehingga Allah mencerahkan keadaan. marilah kita sama-sama bersungguh-sungguh bersolat hajat bermunajat kepadaNYA yang MAHA MENGETAHUI YANG TERSEMBUNYI DAN YANG NYATA . percayalah … yang benar akan mengalah yang batil…… janganlah kita pandai-pandai menjadi hakim sedangkan pengetahuan kita terhadap perkara tersebut terlalu cetek.

  45. Allah Maha Pengampun. =)

  46. Ustaz, berdasarkan hujah dan dalil yang Ustaz beri, saya berpendapat bahawa Saiful bukan sahaja perlu dihukum kerana menuduh (qazaf) tetapi dihukum kerana membuat liwat secara suka sama suka. Baru saya nampak tujuan Syariat Islam tu untuk menjaga keharmonian masyarakat. Maknanya kalau kita betul2 berzina pun, bertaubatlah je lah sorang2 dan tak perlu buat pengakuan / tuduhan yg akan memporak perandakan masyarakat dan menimbulkan fitnah.

    Tapi saya terfikir, kalau betul la seseorang tu berzina / berliwat, lepas tu dia rasa nak bertaubat sangat sampai sanggup lapor kpd polis dan sanggup terima hukuman, maka pasangan zina / liwat dia tu tak akan dikenakan apa2 selagi tak mengaku atau takde 4 saksi?

  47. cukup susah nak tahu siapa yang salah dan siapa tak bersalah dalam kes ini. walau bagaimanapun, yang paling sedihnya bila lihat kaum melayu sendiri berpecah belah. padahal kita perlulah bersatu padu untuk menjaga maruah melayu. tapi tidak, ada parti berkata mereka buat itu untuk kepentingan agama, tapi agama tidak menyuruh kita berpecah belah! semua yang berlaku berunsur politik. manusia sanggup berlawan sesama sendiri demi harta dan kuasa.kenapa kita tak bersyukur saja dengan apa yang ada.

    cuba bayangkan bangsa lain tidak pun berpecah belah, kenapa bangsa kita? kerana agama atau kuasa? kita ni cepat saja terpedaya dengan kata-kata orang. cepat saja nak bergantung dengan orang lain. tentang kes anwar ni, kenapa kita perlu masuk campur? padahal kes ini hanya melibatkan orang-orang tertentu saja. dari sibuk2 kecoh pasal hal orang lain, baiklah kita buat hal sendiri. buat ibadah, majukan diri etc.

  48. DALAM KEKELIRUAN MENCARI KEBENARAN kita sebenarnya memerlukan pemikiran yang kritis, beranalisis, rasional, tenang, sabar dan bertawakal ke hadrat ILAHI. Jangan biarkan kefanatikan, sentimen dan emosi menembak hati sehingga mati. Yang Benar Tetap Benar walaupun dia seorang musuh Yang Salah Tetap Salah walaupun dia seorang sahabat.

    • betul. kita tidak boleh fanatik membela seseorang,kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

  49. thanks ustaz,

    kerana memberi penjelasan kepada orang yg x thu…

    orang melayu (insyaAllah) akan bersatu,sekiranya kite betul2 berpegang kepada rukun iman & islam..

    terutamanya menghayati & mengkaji kandungan Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.

    sekian..

  50. Jangan pening-pening. Banyak lagi pemimpin yang lebih baik dari bapak anwar. Kalau dah tau dia tu banyak kontroversi kenapa nak pilih. Apa ingat anwar tu malaikat ke… Lu fikir la sindili…

  51. Bunyi macam cekap agama, tapi melencong. kena kat Anwar, macam macam ayat keluar. Pergil la tolong orang yanfg kena tangkap basah dulu..

  52. wahai ustaz… sudah sudahlah tu… kenapa nak bela anwar sangat…

    • Saya cuma kemukakan isu tuduhan Anwar liwat menurut pandangan Islam, dan lebih dari itu. Jika akhbar dan sebahagian orang boleh kemukakan isu Anwar dari kacamata undang-undang sivil, tak boleh ke orang yang berlatarbelakangkan pengajian Islam seperti saya mengemukakan isu Anwar dari kacamata ilmu fiqih Islam ?

  53. Menurut laporan saiful,dia diliwat beberapa kali..mungkin sekarang ni dia baru sedar akan kesalahan dirinya dan menyalahkan orang yang meliwatnya pula. Jadi, sekiranya Saiful diliwat beberapa kali bermaknanya ini bukanlah berlaku secara paksaan,kalau betul paksaan sudah tentu selepas sekali kena dia akan buat laporan polis dan tak perlu menunggu beberapa kali diliwat. Jika liwat benar-benar berlaku secara rela, tidak payah la saiful mencari publisiti dengan membawa kes ke mahkamah dan perlu diselesaikan dengan taubat sahaja. Kes ini boleh kita katakan sbg konspirasi kerana bnyak kekeliruan dtg drp Saiful sendiri. Dan sekiranya Anwar benar-benar meliwat Saiful pun, mahkamah perlu menghukum kedua-duanya kerana dua-dua rela melakukan beberapa kali.
    Pihak media pula, kini secara terang menyokong Saiful walhal kes ini belum membuktikan Anwar bersalah. Tengoklah mahkamah di Malaysia sekarang ini banyak dipersoal tentang keadilan penghakiman. boleh dikawal oleh orang yang ada “power”.

  54. Assalamualaikum ustaz, mohon kbenaran sy ingin memetik sedikit petikan dari artikel ustaz ini..sy rasa ia ilmu yg amat berguna..terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 287 other followers

%d bloggers like this: