Peranan ulamak Msia dlm isu Tuduh Anwar Liwat

Masyarakat Islam masih mengharap dan menunggu dari para ulamak, cendikiawan dan pegawai Islam di Malaysia garis panduan cara bersikap dalam isu Saiful tuduh Dato’ Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Mereka memerlukan panduan dari Syarak, bukan omongan warung di jalanan. (foto Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir).

Ketika posting ini ditulis, isu Saiful menuduh Anwar meliwat beliau beberapa kali, kali terkhir pada 26 Jun 2008 telah 3 hari berlalu. Siasatan polis telah bermula. Penafian Anwar telah direkodkan dan saman terhadap Saiful telah dikeluarkan. Semua pihak termasuk polis, orang politik, masyarakat bandar dan desa sudah mula bersuara dan mencari sikap. Yang belum kedengaran jelas adalah kenyataan resmi dan meluas para ulamak, cendikiawan dan pegawai hal ehwal Islam. Masyarakat di Malaysia dan dunia amnya sekali lagi uji Allah swt seperti mana para Sahabat ra diuji dengan isu seakan Hadith Ifk (Kisah Pembohongan terhadap Aisyah ra). Saya kira gong-gong telah mula berbunyi dari hampir semua pihak di Malaysia, berdasar ilmu masing-masing, tanpa panduan Syarak yang jelas, tanpa petunjuk Ilahi bagaimana mereka harus bersikap secara Islam. Kini hanya gong dari pihak ulamak yang masih belum kedengaran jelas, sedang kitab-kitab Fiqh Islami di tangan mereka, tersusun berjilid-jilid di rak-rak almari di pejabat dan rumah mereka, Al-Quran dan As-Sunnah rujukan mereka dalam menyiapkan pengajian dan thesis ketika di universiti dulu. Ramai dari mereka berkursus kesana ke mari, menghadiri persidangan ilmuan di dalam dan luar negara dan tidak kurang mereka yanvg membuat pembentangan kertas hasil penyelidikan ilmu-ilmu Islam.

Saiful (foto bawah) menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim melakukan perbuatan terkutuk kaum Lut terhadapnya beberapa kali, kali terakhir pada 26 Jun 2008 lalu kira-kira 100 hari selepas kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU12, 8 Mac 2008 lalu.

Mungkin banyak isu-isu Islam seperti ekonomi (seperti pelaburan, saham dll), sains (hukum hakam penemuan-penemuan baru), sosial (hak dan kewajipan minoriti Islam di Barat dll) dan hubungan dunia (isu Palestin, hak-hak minoriti Islam di Barat dll), para Ulamak negara-negara Arab lebih terkedepan dalam mengeluarkan ijtihad dan penulisan. Ini sedia dimaklumi oleh mahasiswa/i agama seperti saya lantaran ketokohan, tahap keilmuan dan Bahasa Arab mereka yang tinggi disamping penguasaan mereka menghafal dan memahami ummahatul kutub (Kitab-kitab asli karangan para Salaf ra). Namun dalam isu pertuduhan liwat amnya dan pertuduhan Saiful terhadap Anwar meliwatnya khasnya harus dikaji dan disiarkan hasilnya oleh para ulamak di Malaysia kerana beberapa faktor, diantaranya :

  1. Kes ini berlaku di Malaysia maka bahan-bahan siasatan lebih mudah diperolehi oleh ulamak di Malaysia seperti isi kandung perbicaraan, bahan bukti unsur paksaan atau kerelaan, premis/tempat kejadian, tarikh dan sebagainya.
  2. “Daghinah” atau hasrat tersirat dan “adah” atau resam kebiasaan dalam sesebuah masyarakat mempunyai kesannya dalam menilai kes oleh Syariat Islam. Dalam kes Saiful vs Anwar ia berlaku di Malaysia, melibatkan orang-orang Malaysia didalam senerio kehidupan sosial dan politik di Malaysia, maka para ulamak di Malaysia lebih dekat menggarap aspek penting ini berbanding ulamak luar.
  3. Malaysia, setakat ini, di era masyarakat Islam moden, menjadi pelopor isu orang Islam menuduh orang Islam lain meliwat, mendapat publisiti meluas, melalui proses mahkamah panjang dan belum pernah kedengaran secara meluas berlaku di negara-negara Islam yang lain. Mungkin pernah berlaku di kurun-kurun lalu, namun era moden mempunyai realiti tersendiri yang memberi kesan kepada kes seperti kecanggihan premis, ujian sains, tempoh pergerakan dan perhubungan digital yang lebih pantas dan sebagainya. Oleh itu kes pertuduhan liwat di Malaysia boleh dijadikan “precedence case” (kes sulung contoh) kepada negara-negara Islam yang lain dan bahan kajian penyelidikan jenayah Islam di kuliah pengajian Islam di universiti-universiti seluruh dunia.

Masyarakat Islam masih mengharap dan menunggu garis panduan cara bersikap dari para ulamak, cendikiawan dan pegawai Islam di Malaysia dalam isu Saiful tuduh Dato’ Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Mereka memerlukan panduan dari Syarak, bukan omongan warung di jalanan. Adakah ijazah hanya untuk makan gaji atau ia demi memperjuangkan Risalah para Rasul-rasul demi kebenaran dan kebahgiaan manusia di dunia dan Akhirat ?

Oleh itu berdasarkan faktor-faktor di atas, para ulamak di Malaysia semestinya tampil dari hari pertama isu ini bangkit dalam mengenengahkan polisi Islam di segi sikap masyarakat, pengendalian kes, pemeliharaan suasana kesucian am, garis panduan media dan sebagainya. Para ulamak di Malaysia yang seharusnya lebih berperanan ialah :

  1. Professor dan pensyarah di fakulti Islam di universiti-universiti di Malaysia sebagai tokoh ilmuan Islam yang mendidik dan mengeluarkan para ulamak baru.
  2. Pengarah, mufti dan pegawai di jabatan-jabatan agama sebagai mereka yang mempunyai ilmu dan kuasa dalam urusan hal ehwal agama Islam.
  3. Imam dan katib solat Jumaat di masjid-masjid sebagai mereka yang berhubung langsung dengan masyarakat dan menyampaikan polisi semasa setiap minggu.

Esok akan masuk hari keempat isu Saiful menuduh Anwar meliwat beliau, dan begitulah seterusnya. Masyarakat saban hari menunggu dan menunggu para cendikiawan agama, pegawai agama dan khatib Jumaat untuk membimbing dan menunjukkan mereka tentang apakah pandangan Islam terhadap tuduhan Saiful bahawa Anwar meliwatnya beberapa kali, kali terakhirnya pada 26 Jun 2008 lalu. Jika telah ada kajian Islam yang tulin dan sahih dibuat 10 tahun lalu dalam kes Azizan menuduh Anwar meliwatnya, maka kesemua pihak boleh refresh (mengemukakannya kembali) untuk tatapan dan panduan awam masyarakat Islam. Jika belum ada, maka hari ini, Islam menuntut amanah ilmu yang ada pada golongan ilmuan Islam, pegawai agama dan khatib Jumaat. “Jangan kamu menyembunyikan persaksian (maklumat, ilmu dsb.). Sesiapa yang menyembunyikannya maka hatinya berdosa” (Al-Baqarah:283).

Haji Abdul Halim Abdullah, B.E. (Queensland), B.A. (Al-Azhar), G.D. (Cairo)

About these ads

5 Respons

  1. superb ustaz!

  2. assalamualaykum ust

    ana sokong pandangan ust. sbb rakyat diluar kebanyakannnya tunggu ulamak2 untuk memberikan pandangan mereka.

  3. Apa pendirian umum ISMA terhadap isu ini selain
    daripada pendirian seseorang atau ulama tertentu yang mungkin ada sebab masing-masing.

    Bukankah telah sampai masanya ISMA mengeluarkan kenyataan rasmi di akhbar contohnya?

  4. Yang berani menanggung risiko untuk menyatakan kebenaran ialah Raja Petra.

    Mana dia para ulama?

  5. Hang pekak cikgurahim kesni bukan boleh main-main macam raja petra. Hang ingat raja petra cakap semua betui ka . Inilah melayu ‘malai koi ‘. Lebih baik ulama fikir masalah lain,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 289 other followers

%d bloggers like this: