Israk Mikraj (bulan Rejab) Penguat Iman

Katakan (kepada mereka), ‘Kamu lihatlah apa yang terdapat di langit dan di bumi’..”(Surah Yunus:101). Dari 2 butir pasir di bumi hingga apa sahaja termasuk planet saling menarik antara satu sama lain dengan nilai tetap yang sama di mana-mana alam ini, G=6.67428x10E(-11)m3kg-1s-2 dalam formula F=Gm1m2/r(2) !! Subhanallah !! – Kenangan subjek Physics masa Matriculation 1983 di Australia. (Foto oleh NASA).

Pada hari Jumaat 4.7.2008 (1 Rejab) yang lalu, kita memasuki bulan Rejab yang didalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Peristiwa tersebut bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah swt di atas sekelian makhluqNya dan benarnya kenabian Muhammad saw, bahkan ianya juga membuka ufuk pemikiran dan cita-cita manusia sejagat dari hanya sekadar terhad kepada muka bumi ini semata-mata kepada cakerawala ciptaan Allah swt yang amat luas dan jauh, siap untuk diamati untuk lebih kita mengenali Tuhan Pencipta Agung, siap untuk diterokai agar manusia memperlengkap dan meninggikan kualiti ilmu pengetahuan demi memenuhi cita-cita tersebut.

Setelah kewafatan Khadijah ra, pendokong moral dan material perjuangan Baginda saw dan kewafatan Abu Talib, pelindung Baginda saw dari ancaman fisikal oleh kafir Quraisy pada Tahun Kesedihan, Dakwah Islam berada diposisi paling tenat disegi saikologi Nabi saw dan para Sahabat ra sendiri, maupun disegi tiadanya kemasukan baru ke dalam agama Islam dari kalangan penduduk Mekah. Dengan azam tidak menyerah kepada keadaan, Baginda saw mencuba nasib, mencari peluang baru untuk Dakwah ini di Taif, 80 km dari Mekah, namun harapan dan sangkaan Baginda saw meleset. Di Taif, Dakwah tidak diterima, Pendakwah dihina dengan dibaling batu oleh penduduknya. Pintu Dakwah ditahun ini hampir tertutup. Namun Allah swt melalui Surah Huud, mengarahkan Nabi saw terus beristiqamah menjalankan amal Dakwah ini meredah fasa-fasa gelap yang sedang menyelubunginya, tanpa isteri yang mendorong dan tanpa bapa saudara yang melindung. “Shayyabatni Huud” (Surah Huud telah mengubankan rambutku !!). 

MasyaAllah !! Setelah 9 bulan perjalanan, Amerika menjejakkan alatnya di planet Marikh pada 25.6.2008 lalu dan hari ini menunjukkan fotonya kepada umat manusia di bumi. Tanah Marikh diambil dan dianalisa. Foto ini boleh tiba ke bumi dengan pantasnya, melalui perantaraan apa? Orang kafir sibuk meneroka alam baru sedang umat Islam pula sibuk melayan tuntutan Kuasa-kuasa Besar Dunia dan bercakaran sesama sendiri.

Allah swt tidak membiarkan Rasul Akhir Zaman berpanjangan dalam kemuraman seperti itu. Dakwah ini harus dipacu hingga berjaya bukan sahaja di Mekah, tetapi ke seluruh dunia, merangkumi sekelian jin dan manusia. Pada malam 27 Rejab ~620M, Jibril mengejutkan Rasulullah saw dari lamunan malam dan mengisyaratkan kepada Baginda saw bahawa kenderaan Buraq telah siap di luar sana untuk membawanya ke Masjidil Aqsa di Palestin, naik meredah 7 petala langit, ke Sidradul Muntaha melalui Baitul Makmur, memenuhi undangan Allah swt. Di Masjidil Aqsa Baginda bersolat mengimami kesemua para rasul, melihat bandar Baitul Maqdis, memilih susu dan menolak arak. Di langit, Baginda bertemu sebahagian para rasul, diperlihatkan gelagat penghuni-penghuni Syurga dan Neraka serta tanda-tanda kebesaran Allah swt yang lain. Di Sidratul Muntaha, Baginda diwahyukan Allah swt apa yang hendak diwahyukan olehNya, termasuk kewajipan Solat, ibadah yang paling utama.

Tidak seperti roket yang hanya dipakai buang sekali sahaja disetiap pelancaran dan operasi, “space shuttle” berjaya dicipta Amerika bertindak seperti teksi antara langit dan bumi, boleh diguna berulangkali. Setakat ini 4 buah space shuttle iaitu Columbia (dilancarkan pada 12.4.1981, tepat 20 tahun selepas Yuri Gagarin, manusia pertama ke angkasalepas), Challenger, Endeavour dan Atlantis telah dihasilkan. Tiap satu memakan belanja setahun budget seluruh negara sedang membangun di dunia.

Sekembalinya Nabi saw ke Mekah dari langit, kekuatan Baginda saw untuk berdakwah lebih kental. Segelintir orang Islam murtad kerana tidak dapat menerima hakikat boleh berlakunya peristiwa Muhammad saw pergi ke Palestin dan langit serta kembali semula dalam malam yang sama. Para Sahabat ra yang lain bertambah keyakinan dan kekaguman mereka kepada Nabi tercinta. Bagi Nabi saw pula, melihat sendiri kesudahan manusia di Syurga dan Neraka sudah cukup memberi motovasi penuh untuk menyelamatkan mereka didunia lagi, sebelum mereka menempuh alam Pengadilan dan Pembalasan, belum lagi berpeluang menerima wahyu langsung dari Allah swt di Sidratul Muntaha. Tiga tahun selepas itu, keimanan baru, lebih tinggi dan teruji inilah yang menjadi asas kepada Hijrah dan penegakkan Negara Islam di Madinah.

Ini foto bersejarah kerana kali pertama foto bumi diambil dari angkasalepas (pada ketinggian 300 kilometer). Foto ini diambil oleh Yuri Gagarin, angkasawan Rusia dan manusia ketiga ke angkasalepas pada 12.4.1961, selepas Nabi Isa as (selepas percubaan membunuhnya) dan Rasulullah saw (dalam peristiwa Israk Mikraj).

Dari sinopsis ringkas peristiwa Israk Mikraj, dapat disimpulkan sebahagian pengajaran berguna untuk umat selepasnya dan kita seperti berikut :

  1. Kehebatan dokongan isteri, kerukunan rumahtangga adalah salah satu asas kejayaan dalam diri Pendakwah dan Dakwah itu sendiri.
  2. Perlindungan seperti yang diberi oleh sesiapa contohnya Abu Talib, biar pun dia bukan seorang Islam, adalah penting dalam memastikan Islam berkembang tanpa gangguan terutamanya di fasa awalnya.
  3. Kepentingan Masjidil Aqsa dan Palestin di dalam perjuangan Uslam dan umat.
  4. Dengan Nabi saw menjadi imam semua para Rasul yang lain di Masjidil Aqsa, hari ini dan selepas ini, umat Islam mestilah menjadi imam (pemimpin dan pembimbing) kepada umat-umat yang lain, dan bukan sebaliknya seperti yang berlaku hari ini. Umat Islam mesti bekerja ke arah itu.
  5. Solat adalah ibadah terpenting dalam Islam. Di Hari Kiamat, tidak dinilai amalan-amalan lain jika solatnya dinilai sebagai gagal.
  6. Iman pendokong-pendokong perjuangan Islam, termasuk para Sahabat ra akan terus menerus melalui proses penapisan, untuk membeza dan mengasingkan permata dari kaca.
  7. Negara Islam tertegak bila ada jemaah manusia yang bersedia memikul tanggungjawab tersebut dengan keimanan yang telah teruji seperti para Sahabat ra.
  8. Umat Islam dituntut melihat cakerawala dan kehebatan penciptaannya, bukan terhad atau terkongkong kepada apa yang ada di bumi sahaja.

Masjid Kubah Batu (Pelancaran), di tengah-tengah Masjidil Aqsa, Palestin. Di sini tempat pelancaran kenderaan Buraq membawa Rasulullah saw ke Sidratul Muntaha, menembusi 7 petala langit dan Baitul Makmur. Hari ini ia ditawan oleh Yahudi yang dilaknat Allah swt. Pembebasannya sebelum Hari Kiamat dijamin Allah swt. Bila ? Siapa pembebasnya ? Apa ciri-ciri mereka ? Bagaimana mereka dididik (dihasilkan) ?

Marilah kita sama-sama merai dan memperingati peristiwa bersejarah dan besar ini, dengan mengatur atau menghadiri ceramah mengenainya. Jauh lebih itu ialah mencedok pengajaran-pengajaran darinya untuk kehidupan berkeluarga bersama anak isteri dan perjuangan bersama-sama teman-teman yang beriman. Sekian.

About these ads

45 Respons

  1. Tazkirah mengesan. Ringkas dan mantop. Mohon untuk diposkan dalam IsmaPj.com. Jazakalah.

  2. I really love those photos. It reminds me how hard the physicists and astrophysicist are working hard to unlock the truth, to understand the universe and to accept the beauty God put in that. Among His signs is that the beauty He has put into the nature. I think this is how Gary Miller found Islam. The Jewish Nobel Laureates, Feynman found this but could not accept it hence then he became and atheist.

  3. Subhanallah…
    Laillaha ilallah hul malikul haqul mubin…
    muhammadur rasulullah sodiqul wadul amin…
    salam ziarah….

  4. subhanallah…

  5. Benar itu Ustadz. Alhamdulillah.. semoga umat Islam sentiasa bergerak lebih maju ke hadapan menembusi dan menguasai bidang2 Ilmu Qalam.

    Hakikatnya, Umat Islam sendiri kadang2 tertipu dengan nafsu sendiri yang menjadikan mereka tidak kenal akan anugerah paling hebat pada mereka. Iaitulah ISLAM dan IMAN.

    Penerokaan angkasa lepas, teknologi2 yang kita lihat pada mata kasar ini hanyalah Ilmu Qalam (sepertimana yang tercatat dalam Surah Al-‘Alaq). Kita masih perlu mengatasi kekuatan Ilmu Qalam ini dengan mempelajari Ilmu Ghaib dan Ilmu Syuhadah. Dan tahap tertinggi ilmu sesorang insan itu adalah penguasaan Ilmu Syuhadah ini jua adanya. Itulah yang kita, sebagai Umat Islam telah ada. Kita mampu kuasai Ilmu Ghaib dan Ilmu Syuhadah ini.

    Dari situ maka tertampillah akhlak terpuji, ilmu yang tinggi dan iman yang kental akan kekuasaan Allah Azzawajalla. InsyaAllah…

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  6. menarik, yuri gagarin sepatutnya adalah orang yg ketiga ke angakasa lepas setelah Nabi Muhammad dan Nabi Isa..=P Subhanallah!!!

  7. Salam ust. saya nak minta permission nak post di dalam blog saya juga. buat tatapan saya dan rakan2. thnx ust. :)

  8. salam ustaz, minta keizinan untuk artikel ini diguna dalam artikel sempena isra mikraj, boleh ya ustaz…jazakallah.

  9. Tazkirah yg bagus.Mohon utk copy ustaz.Jazakallah

  10. pengisian yang sangat sesuai ketika mana negara sedang mengagungkan kejayaan ke angkasa lepas.
    nah, inilah yang sepatutnya dipelajari.

  11. salam…
    Nak mintak izin untuk copy artikel nih…nak kongsi dengan teman² ana….bolehkan? :-) syukran….

  12. Sy pon nak minta izin copy and paste artikel ustaz ni dalam blog sy. Boleh ke?

  13. [...] bawah ini disertakan artikel yang dipetik melalui laman web Ini Jalan Ku oleh Ustaz Fauzi. Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan pengajaran untuk kita [...]

  14. salam ustaz..mohon izin tuk jadikan tulisan ustaz ni sbg perkongsian dalam blog kami..jzkk

    http://iniceritakita.wordpress.com

  15. salam, ustaz, saya mohon artikel israk mikraj ini utk di masukkan dalam blog saya ustaz. terima kasih ustaz.

  16. salam ustaz, minta keizinan untuk copy artikel ini dlm blog saya, sempena isra mikraj, boleh ya ustaz…
    Terima kasih Ustaz.

  17. salam ustaz…..saya jugak mohon keizinan untuk kongsi artikel ini di blog saye ye…jazakallah ustaz^_^

  18. Subhanallah izinkan saya copy untuk di muatkan ke dalam groups…syukran……

  19. Salam, ust… mohon rjuk entry ni ntuk tzkirah isra’ mikraj

  20. Salam, Ustaz;
    Nampaknya tahun ni belum rezeki kami untuk mendengar nasihat dan pandangan ustaz berkenaan Israk Mikraj. Saya berdoa tahun depan ustaz ada kelapangan untuk melawat kami lagi di Subang Jaya.
    Kuatagh88

    • Wsm ww

      Oh gitu ke. Tak dapat saya berceramah di sana pada Israk Mikraj tahun ini. Ketika ini saya di Australia hingga 23/7/2009. Saya akan ke Umrah pada 19/8/2009. Jika ada ruang diantara 2 tarikh berkenaan, insyaallah, saya cuba ke Mesiniaga. Salam saya kepada AJK badan Islam di sana.

      Us.Halim,
      Sydney.

  21. salam,
    minta uzun guna artikel untuk program tazkirah sempena israk mikraj

  22. Assalamualaikum ustaz. Saya minta kebenaran ustaz untuk rujuk dan lampirkan artikel ustaz di webpage pelajar postgrad Malaysia Western Australia. Moga ustaz benarkan. Syukran ustaz..

  23. Assalamualaikum ust, mohon izin copy utk pengisian ilmu keluarga. terima kasih

  24. Assalamualaikum ustaz…. menarik betul ape yang ustaz tulis …. saya ingin memohon kebenaran dr ustaz untuk copy pengisian ini dalam facebook saya… terima kasih

  25. salam dari semum

  26. assalamualaikum ustaz mohan doa kepada budak upsr.

  27. salam dari mira good luky

  28. mohon izin semoga berjaya dalam upsr.

  29. salam dari semua budak tahun 6 dari sekolah kebangsaan sebatu.

  30. semoga berjaya kepada semua budak tahun 6 di sekolah.

  31. mintak izin copy yer usataz….maaf~

  32. Peace be upon you,

    I’ve been thinking, how far we’ve been left behind, and how heavy the responsibility to catch up. But nothing is impossible, not for Allah’s will (SWT).

    The shuttle on the launch pad (first picture) belongs to America, quite a trademark for the Americans while in the second picture (small picture), it’s a piggy-ride, belongs to the Russians. They call it ‘Buran’.

  33. mta keizinan ustz utk copy dis artikel…time kasih..

  34. askm ustz saya nak mintak izin copy artikel ni…syukran

  35. aslm ustaz, ana minta izin untuk gunakan bahan anta ni untuk perkembangan dakwah di perak.

    jazakallah

  36. Sangat bertepatan firman Allah swt “wahai golongan jin dan manusia!Jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka tembuslah. kamu tidak akan mampu menembusnya kecuali dengan kekuatan (dari Allah)” Ar Rahman :33

  37. ** Salamun’alaik..

    Maaf mencelah..

    Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..

    Ramai sgt yg sebar gambar palsu mengenai batu terapung dlm peristiwa israk mikraj.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..

    [GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..?

    Sila ke;

    http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/

    Syukran.. **

  38. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu…
    Mohon izin ustaz mengambil dan meng’copy’ cerita ini. Terima kasih

  39. salam ustaz. sy suke dpt bc artikel ustaz. sy minta izin utk bkongsi dgn shbt2 sy.TQ

  40. assalamualaikum ustaz….sy mohon izin tuk copy artikel ni ke dlm blog sy…syukran…

  41. Sy mahu bertanya tentang hadis2 semasa israk mikraj..
    apa yg nabi nampak sepanjang perjalanan

  42. assalamualaikum ustaz…
    mohon izin ustaz untuk print artikel ni untuk dkongsi smpena israk mikraj tahun ni blh ye ustaz…
    tq

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 286 other followers

%d bloggers like this: