Permatang Pauh, Anwar Ibrahim dan nasib UMNO

Dapatkah UMNO menyekat Anwar Ibrahim ke gerbang Parlimen melalui titian Permatang Pauh dan meluncur ke Sri Perdana? Cara apa? By hook or by crook ?

<Update 8/7/2008 Pendakwaan 377B khusus “Liwat Suka Sama Suka”, Anwar seorang shj didakwa> <Update 7/8/2008 Anwar didakwa> Dr. Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen pada 31/7/2008 lalu memberi laluan kepada suaminya, Dato Seri Anwar Ibrahim. Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihanraya 1958 menyatakan kerusi kosong itu mesti diisi dalam masa 60 hari. Kelmarin, SPR telah menetapkan 16 Ogos sebagai tarikh Penamaan Calon dan 26 Ogos sebagai tarikh Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh dengan 58,459 pengundi dan 490 undi pos.

Kerusi Permatang Pauh sejak dahulu tempat dan benteng Anwar Ibrahim. Sejak merdeka orang Permatang Pauh seperti ramai orang Pulau Pinang (negeri asal isteri saya) kuat dalam hidup beragama. Pondok Penanti dan institusi-institusi agama rakyat adalah nadi mereka. Sejak merdeka Permatang Pauh adalah kubu kuat PAS. Ketika saya di Tingkatan 5, tahun 1982, apabila Anwar membuat kejutan dengan masuk UMNO, bukan PAS seperti yang umum menyangka, Anwar berjaya menang menewaskan Haji Zabidi Ali (Ahli PAS No. 000001, jika betul yang saya dengar dalam satu ceramah) dengan majoriti besar 18,849 berbanding 4,497 !Kubu PAS runtuh di Permatang Pauh lalu runtuh di Pulau Pinang dalam Pilihanraya 29 Mac 1982. Anwar yang meruntuhkannya.

bm version permatang pauh election results 310708

Anwar terus menang setiap Pilihanraya Umum, dan naik mendadak didalam UMNO. Tahun 1982 yang sama, menewaskan Suhaimi Kamaruddin dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Anwar menjadi wakil rakyat Permatang Pauh selama 16 tahun, hingga menjadi Timbalan Perdana Menteri, sehingga beliau dipecat dan dipenjara dalam tahun 1998. Sejak itu isteri Anwar, Dr Wan Azizah mengambil tempat Anwar selama 10 tahun. Dalam PRU 1999, kerusi Permatang Pauh jatuh ketangan Dr Wan Azizah dari Parti Keadilan. Kubu UMNO pula runtuh di Permatang Pauh. Bayangan Anwar yang meruntuhkannya.

Mahathir menjemput Anwar ke dalam UMNO tahun 1982 dan memecat Anwar dari keahlian UMNO tahun 1998. Adakah ketiadaan Anwar baik atau buruk terhadap UMNO? Kini adakah UMNO boleh dipulihkan? Siapa yang akan memulihkannya?

Walaupun Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 lalu diadakan secara tergesa, hampir 40 hari sebelum iddah larangan Anwar bertanding tamat pada 15 April 2008, namun nampaknya tiada siapa yang dapat memadamkan hakikat Anwar tetap akan bertanding selepas tamat Iddahnya. Sejauh mana kes dakwaan liwat akan ke kemuncaknya, bukan sahaja rakyat Malaysia menyaksikan, bahkan seluruh dunia hari ini menyaksikan episod yang sangat menjijik dan memualkan ini, dari negara Malaysia, salah sebuah negara yang disegani Arab dan Dunia Ketiga.

Setelah berdiam diri semasa Pilihanraya Umum 2004, kemunculan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam PRU 8 Mac 2008 memberi impak besar dalam bilangan undi dan keputusan. Ramai calon yang hanya disentuh oleh beliau telah menang walaupun bertanding melawan tokoh-tokoh besar negara.

Walaupun perpecahan dan kerosakan seperti rasuah, kronisme semakin membarah dalam UMNO, ditambah dengan simpati rakyat dalam isu tuduhan Anwar liwat Azizan tahun 1998, namun langkah pembaikian kosmetik (luaran) oleh Dr Mahathir yang berpengalaman dalam politik berjaya menampakkan hasil sementara. Dr Mahathir meletak jawatan, menaikkan Abdullah Badawi atau “Mr Clean” untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO. UMNO menang besar dalam PRU 2004 kerana rakyat cuba meletakkan harapan, beri UMNO sekali lagi peluang bertaubat dan membaiki diri. Namun selepas itu rakyat yang membenci rasuah dan kronisma jelas tidak nampak Pak Lah dan UMNO mampu membenterasnya. Anwar yang disekat naik di dalam UMNO, muncul pula di luar UMNO, dalam PKR sebagai alternatif. Barisan Nasional kalah teruk dalam PRU 2008 di banyak kawasan.

 

Hari ini Dr Mahathir mencadangkan formula lalu yang sama, pembaikian kosmetik (kulitan) dengan Abdullah mesti meletak jawatan, supaya mengembalikan kepercayaan rakyat, sekurang-kurangnya harapan rakyat kepada UMNO. Belum tentu rakyat bersedia untuk dipatuk 2 kali dalam 1 lubang. Belum tentu Abdullah bersedia meletak jawatan kerana baru 5 tahun merasa memegang kuasa berbanding Dr Mahathir yang telah merasa lebih 20 tahun. Saya rasa Dr Mahathir yang telah lama berpolitik faham benar bahawa idealisma perjuangan ikhlas UMNO zaman silam semakin terhakis dalam diri ahli-ahlinya. Hanya perubahan kosmetik yang mampu ditawarkan kepada rakyat. Pertubuhan yang hilang idealisma dan ideologi perjuangan hanya boleh bertahan seketika dengan dokongan harta dan pulangan-pulangan dunia. Oleh itu kuasa adalah penting untuk mendapat projek-projek demi mencurah wang kepada parti dan ahli. Tanpa kuasa, maka tidak akan ada projek dan wang, lalu UMNO akan kering dan ranap seperti Parti Semangat 46 (UMNO 1946 slogannya). Pada Dr Mahathir, kalah UMNO dalam PRaya Umum ke 13 nanti, UMNO tidak akan dapat bangkit selama-lamanya. Dr Mahathir nampak, tapi Pak Lah belum percaya begitu nanti kesudahannya. Dr Mahathir, pengasas parti UMNO (Baru) keluar parti berkenaan, untuk meningkatkan tekanan, tetapi Pak Lah masih belum nampak dan belum tertekan. Mungkin Pak Lah tidak meyakini sekadar pembaikian kosmetik kali kedua boleh menyelamatkan keadaan. Sebagai berlatarbelakangkan Sastera, Pak Lah mungkin hendak cuba membuat pemulihan jangka yang lebih panjang dan menyeluruh. Sebagai berlatarbelakangkan doktor, Mahathir melihat mesti dilakukan CPR (pertolongan cemas) terlebih dahulu walau kosmetik, barulah selepas itu nanti hasrat memulih jangka panjang dsb akan difikirkan. Tidak ada gunanya lagi sebarang langkah pemulihan jika pesakit telah terlalu tenat atau tidak bernyawa lagi. Adakah Pak Lah bersedia dan mampu membuat pembaikian hakiki dan berakar umbi? Kalau bersedia maka diatas idealisma apa? Atas dasar Islam ? Jika diatas dasar Islam, maka kepimpinan semestinya membuat pembaikian terhadap rumahtangganya dulu, iaitu isteri dan anak-anak dibawah kekuasaannya. Ini akan dinilai masyarakat Islam secara langsung, sekurang-kurangnya hal keadaan yang zahir seperti cara berpakaian dan pergaulan. “Bekerjalah kamu, nescaya Allah, Rasul dan orang-orang beriman akan melihat amalan kamu …” (At-Taubah:105).

UMNO banyak tewas dalam PRU12 lalu tapi masih dapat berkuasa. Jika kalah dalam PRU13 tahun 2011 nanti, tanpa kuasa, projek dan wang, UMNO sukar untuk bangkit semula. Once and forever.

Generasi pemimpin baru UMNO. Adakah mereka memahami dan mewarisi perjuangan UMNO 1946 yang asal ?  atau masa dan suasana telah mewarnai dan merubah segalanya ?

Hari tu Dr Mahathir mencadangkan Najib Razak sebagai pengganti. Sesekali beliau menyebut Tengku Razaleigh. Kelmarin 4/8/2008 beliau mula menyebut nama Rais Yatim. Nampaknya, tidak mudah hari ini untuk mencari calon Presiden UMNO yang akan mampu memulihkan idealisma perjuangan UMNO 1946 yang lalu. Saya tertarik dengan seorang UMNO bertitle Datuk, kini berumur lebih 80 tahun, pernah berjuang bersama Onn Jaafar zaman lampau, kini masih berjuang dan tinggal di rancangan rumah murah. Sejak 1946 beliau adalah ketua cawangan di situ, namun setelah memimpin 60 tahun, berlaku kejutan tahun lalu dimana beliau kalah dicabar seorang koporat dalam mesyuarat cawangan tersebut yang penuh kontroversi. Ramai tokoh di cawangan dan kampung di peringkat bawahan yang mungkin ikhlas berjuang demi bangsa, agama dan negara, namun dipucuknya, pada hari ini, umum melihat agak ketandusan nama. Ramai menyebut kapal semakin karam. Karam dek nakhoda-nakhodanya. Namun pertubuhan bukan kapal. Pertubuhan ranap dek rosak ideologi perjuangannya. Malangnya, percaturan dan pembaikian kosmetik tidak mementingkan itu semua, selain memenangi Pilihanraya Umum akan datang dan terus berkuasa untuk 5 tahun berikutnya.

Sidang Pertama selepas PRU12 8 Mac 2008 lalu. Parlimen sedang menunggu takdir Ilahi samada Dato Seri Anwar Ibrahim berjaya memasuki dewan ini, menduduki kerusinya melalui para pengundi Permatang Pauh atau sebaliknya. Jika beliau berjaya menduduki dewan ini, bagaimana rupanya senerio lompat melompat parti dan kuasa yang akan berlaku ?

Anwar persoal dia sahaja dihadap ke mahkamah

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mempersoalkan mengapa hanya beliau seorang dihadapkan ke mahkamah sedangkan mengikut pertuduhan, ia dilakukan suka sama suka.

“Pendakwaan (di bawah Seksyen) 377B (Kanun Keseksaan), maknanya suka sama suka. Kalau suka sama suka, pasal apa saya seorang kena dakwa,” kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik mahkamah.

Bercakap di hadapan penyokong-penyokongnya, Anwar berkata, dia menghargai pendirian yang diambil oleh peguam bela, pihak pendakwaan dan hakim yang membenarkan dia diikat jamin RM20,000 dengan bon jaminan peribadi.

“Yang saya kesalkan ialah pendakwaan diteruskan walaupun saya yakin berdasarkan cara pendakwaan itu, pendakwa nampak dipaksa oleh parti politik, kalau tidak, mustahil pendakwaan dibuat,” katanya.

Anwar bagaimanapun menegaskan selepas ini, beliau akan memberikan tumpuan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh bagi melayakkannya menjadi Ahli Parlimen.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang genap usia 61 tahun pada Ahad ini juga melahirkan rasa gembira kerana mendapat sokongan daripada isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, keluarga, rakan-rakan dan para penyokongnya di mahkamah hari ini.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun lalu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding mahkamah, Anwar berkata, mengikut kertas pertuduhan adalah jelas Mohd. Saiful diliwat dengan kerelaannya dan pihak pendakwaan sepatutnya turut mendakwa pemuda tersebut.

Menurut Anwar, Mohd. Saiful dalam laporan doktornya mendakwa dia telah diserang tetapi sehingga kini laporan polis pemuda itu masih tidak diberikan kepada beliau.

Beliau juga menganggap tindakan mendakwanya di mahkamah hari ini adalah sebagai mainan politik.

Meskipun begitu, beliau berharap pihak pendakwaan mampu bertindak secara profesional walaupun sumber-sumber yang diperoleh menyatakan terdapat kekurangan bukti dalam kes itu.

Ditanya mengenai kesan dakwaan itu terhadap peluangnya pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, kata Anwar, beliau tidak tahu akibatnya tetapi mendakwa media tempatan akan memperbesarkannya sehingga orang ramai mampu mengingati tuduhan itu.

Anwar turut menghargai keputusan pakatan pembangkang malam tadi yang akan terus berkempen pada pilihan raya kecil itu sekalipun beliau telah dihadapkan ke mahkamah.

Anwar didakwa esok

06/08/2008 3:12pm

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Pejabat Peguam Negara akan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, esok.

Notis bertulis untuk Anwar hadir di mahkamah telah disampaikan kepada beliau tengah hari ini.

Notis bertulis itu telah diserahkan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields, Deputi Supritendan Jude Pareira kepada Anwar di kediamannya di Segambut Dalam di sini pada pukul 12.05 tengah hari ini.- Utusan.

ARKIB : 06/08/2008<!–         –>

Polis serah sapina kepada Anwar

06/08/2008 12:50pm

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields, Deputi Supritendan Jude Pareira menyerahkan sapina kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya di Segambut Dalam di sini pada pukul 12.05 tengah hari ini.

Pegawai polis berkenaan tiba di rumah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan sebuah kereta peronda dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Beliau berada di rumah Anwar selama 15 minit untuk menyerahkan sapina tersebut yang menghendaki Anwar berada di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, esok.

 

About these ads

9 Respons

  1. Saya mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia.
    Peduli lah siapa pun yang menjadi PM asalkan mendaulatkan Islam…
    Kit a minta dijauhkan si munafik, musang berbulu ayam…
    Ameen

  2. salam..
    apa-apa yang berlaku kita doakan akan keredhaan Allah yang utama..26.8.08 yang ditungguuuuu..

  3. Cuba fikirkan kenyataan Anwar semasa di Mahkamah baru baru ni, beliau menyatakan rasa kesal krn saiful tidak pulak didakwa sbgaimana beliau, krn benda sebegini tidak akan terjadi kalau bukan krn kerelaan sesama sendiri. ?

    PAS satu parti yg kini bukan lagi relevan, krn pemimpin angkatan muda terutama husam terlalu mementingkan Anwar, dan kecut berdepan DAP harbi syaitan.

    Kenapa Anwar? Anwar hanya layak dibantu oleh DAP syaitan dari PAS andaikata PAS tahu “asal usul” perjuangan asal dan PAS tak seharusnya membantu berlebih-lebihan di P44.

    Ingat, Anwar bersetuju Mengampunkan Chin Peng semasa ditanya di Thailand dalam satu forum di sana tahun lepas. Maknanya, Anwar langsung tidak peduli Kesengsaraan & Kesakitan Pahlawan-Pahlawan Melayu di Kampung-Kampung yang mati diseksa oleh Komunis ( PKM ). Inikah pembela nasib org melayu/islam?

    terkini menunjukkan DAP PKR berjaya menjadikan PAS sebuah parti yang hilang jatidiri, tidak perlu lagi Taat kepada Presiden, menjadi Pemimpin PAS bukan untuk menegakkan Negara Islam ( tidak lagi Membangun Bersama Islam ) tetapi masuk PAS nak ganti MB Kelantan, nak ganti Haji Hadi Awang, nak jadi Setiausaha Agung PAS, Nak Jadi Menteri

    Hanya ada Husam dan Kamaruddin Jaafar yang nak jadikan orang lain jadi PM.Mereka tidak lagi percaya Presiden PAS boleh jadi PM dan TPM.Dalam minda mereka Presiden PAS tidak layak jadi Perdana Menteri. Usia Penubuhan PAS lebih jauh dari usia PKR maka tentulah layak.

    Jika terus berada di dalam PR, DAP sudah memberi Syarat seperti “Negara Islam” ditukar kepada “Negara Kebajikan”, Hudud dan Qisas TIdak Boleh disebut di Negeri Perak,Exco Agana Islam di Penang Ditukar kepada Exco Antara Agama, Anwar sendiri Menolak “Negara Islam” sebaliknya menggantikannya kepada ” Islam Liberal/ Islam Amerika”, Anwar memperjuangkan Demokrasi Amerika sedangkan negara kita memperjuangkan Demokrasi Islam ( Musyawarah ).Kenapa Musyawarah=Muzakarah=Muqabalah digagalkan oleh egen-agen Anwar dalam PAS seperti Husam + Kamarudin Jaafar ( mantan Ketua IKD/ think-thank Anwar ). Jawapannya sangat mudah= jika Musyawarah ini berjaya maka Demokrasi Amerika dan Islam Amerika yang dibawa oleh Anwar akan gagal. Maka itu, Husam dan Kamarudin Jaafar menolak Penyatuan Islam/Umat Melayu.

    PILIHANRAYA Kecil Permatang Pauh akan menyaksikan bantuan-bantuan Amerika dan Yahudi kepada orang Kesayangan mereka di Asia Tenggara ( Anwar ). Sudah wujud gerakan untuk menjadikan Anwar sebagai PM dengan campurtangan seluruh orang kanan Bush seperti Cohen, J. Biden, T. Casey, Taha Jaber Al-Awwani, Wolfowitz, Condolize Rice dan terbaru Ex-PM Tony Blair yang datang ke Malaysia kelmarin melalui Blair Faith Foundation. Foundation ini bekerjasama rapat dengan Foubdation Fot Future yang Anwar pernah dilantik oleh Wolfowitz sebagai Pengerusi ( sebelum meletak jawatan kerana skandal Kekasih Wolfowitz di World bank & FFF.

    Bagi Anwar, 16 Sept adalah sesuatu yg amat penting , kerana Bush akan keluar dari white house Wolfozit begitu juga akan berangkat. Amerika begitu byk menjadi penyumbang untuk merealisasikan impian anwar, krn amerika begitu bersungguh sungguh membela amwar, krn wang sudah byk ditaburkan maka anwar amat terdesak untuk membentuk kjaan sebelum kelaur bush dari white house…

    PAS Penang mmg dan sedang memerhatikan gerak laku anwar dan byk membuat research dari dlm dan luar negara maka sebaik baiknya PAS Penag memboikot membantu Anwar yg pro-amerika dan perosak minda ahli ahli PAs dari mula melihat kepentingan wang ringgit dan darjat (rasuah) politik dari membela org melayu/islam yg diambang kehancuran akibat perbalahan sesama sendiri hanya kerana Anwar dan angguk kepala setuju dan rela apa saja DAP katakan…

  4. pengalaman baru malaysia.. tak sabar menunggu

  5. ya Allah, selamatkn negara ini…

  6. semoga anwar dpat membimbing melaysia kearah kemasyuran

  7. pentingkan bangsa melayu….

  8. Mudah-mudahan Allah selamatkan Malaysia dari pemimpin yang sebenarnya memperjuangkan kepentingan diri sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 293 other followers

%d bloggers like this: