Perang Badar Pengajaran Abad 21

Tauladan Perang Badar kekal sehingga Hari Kiamat.

Setelah menyambut ulangtahun ke 1398 penurunan Al-Quran kepada Nabi saw (Nuzul Quran) pada malam 17 Ramadan lalu, siang esoknya kita menyambut pula ulangtahun ke 1384 kemenangan Islam dalam Perang Badar (2 Hijrah). Jauh lebih bermenfaat dari sekadar menyambut ialah kita mengambil pengajaran dan panduan dari peristiwa tersebut, guna dipakai di Abad 21 ini hingga ke Hari Kiamat.

Allah swt berfirman bermaksud, “Sesungguhnya Allah telah memenangkan kamu di dalam Perang Badar sedangkan kamu serba kekurangan. Bertakwalah kamu kepada Allah, moga kamu bersyukur. Ketika kamu berkata kepada kaum Mukminin, ‘tidakkah cukup Allah mendokong kamu dengan menurunkan 3000 Malaikat. Bahkan sekiranya kamu bersabar dan bertakwa, mereka menyerang kamu dengan pantas, Tuhan kamu akan mendokong kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda” (Ali Imran:123-126).

“Sekiranya kamu sakit, maka sesungguhnya mereka juga sakit seperti mana kamu sakit, (namun tetapi) kamu berharap dari Allah apa yang mereka tidak harapkan..” (Al-Quran). (Foto tentera Amerika di Iraq).

Dokongan Tuhan dalah suatu yang pasti, namun didahului dengan syarat agar kita bersabar dan bertaqwa. Bersabar dalam membuat persiapan tarbiyah diri, kesatuan, kasih sayang dan kelengkapan disamping mendengar dan menanggung kekalahan umat Islam di sana sini di Abad 21 ini. Syarat taqwa pula adalah kerana Allah swt hanya mendokong hamba-hambaNya dan bukan penentangNya, melakukan masiat dan yang tewas dengan godaan dunia yang fana.

Datang menceroboh negara Islam (Iraq) dengan angkuh dan alasan palsu (memiliki nuklear). Pulang di dalam keranda dibaluti bendera hina.

Ulangtahun Perang Badar tahun ini menyaksikan beberapa medan dimana umat Islam sedang bangkit menentang musuh-musuhnya, Somalia menentang Ethopia, Mindanao menentang Filipina, Iraq melawan Amerika, Palestin melawan Yahudi, Kashmir menentang India, Arakan melawan Burma, Afghanistan melawan Amerika, Sudan melawan Amerika, Kosova melawan Serbia, Chechnya melawan Rusia dan lain-lain sempadan Dunia Islam.

“Orang-orang kafir saling menolong antara satu sama lain. Jika kamu tidak berbuat (demikian – tolong menolong sesama kamu) akan terjadi bencana besar di bumi dan kerosakan yang besar” (Al-Quran)

Sehingga ke Hari Kiamat, musuh-musuh Islam akan terus menyerang dan membunuh dengan matlamat terakhir ialah untuk memesongkan umat Islam dari Aqidah Islam mereka yang suci, merosakkan usul kehidupan dan akhlak, lalu menjadi kafir seperti mereka. “Mereka akan terus memerangi kamu (hingga ke Hari Kiamat) sehingga mereka dapat memurtadkan kamu sekiranya mereka mampu” (Al-Quran).

Setelah menjatuhkan Kesultanan Islam di Melaka pada 1511, Portugis menumbangkan Kesultanan Islam Solo, Bowen dan Amanillah (bermakna “Keamanan dari Allah” kini mereka sebut “Manila”), menukar nama wilayah-wilayah tersebut kepada Philipines, mengambil nama raja mereka ketika itu, King Philip. Yang masih bertahan ke hari ini ialah Kesultanan Islam Mindanao. Kelmarin, Arroyo menawan kem Lanao, Mindanao.

Jihad Mujahideen Islam Mindanao masih utuh berjuang sejak kejatuhan Melaka 1511 hingga ke hari ini. Selamat bin Hasim, lulusan Al-Azhar, Mesir (meninggal dunia 2005) mengasaskan perjuangan Islam MILF (Moro Islamic Liberation Front) menggantikan perjuangan nasionalis perkauman MNLF (diketuai Nur Misuari, kini dinaungi Kerajaan Kristian Filipina).

Allah dan RasulNya menjanjikan balasan lumayan kepada mereka yang berjihad ditambah lagi mereka yang mati syahid. “Jangan kamu menyangka orang yang mati dijalan Allah itu sebagai mayat-mayat. Bahkan mereka hidup mendapat rezeki disisi Tuhan mereka..” (Al-Quran). “Demi nyawaku di tanganNya, aku sangat ingin dibunuh dijalan Allah kemudian dihidupkan semula, kemudian dibunuh, kemudian dihidupkan semula, kemudian dibunuh, kemudian dihidupkan semula, kemudian dibunuh” (Hadis). “Diwajibkan kamu berperang sedangkan kamu tidak menyukainya. Mungkin kamu tidak suka sesuatu sedang ia baik bagi kamu. Mungkin kamu suka sesuatu sedang ia tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui, kamu tidak mengetahui” (Al-Quran).

Semoga Allah memenangkan umat Islam dan para Mujahideen sempena bulan Ramadan dan ulangtahun Perang Badar ini. Allah swt telah berjanji dan Dia berkuasa memenangkan hamba-hambaNya yang bertaqwa. Ameen.

About these ads

2 Respons

  1. Yg benar tetap benar….
    Yg bermula pasti berakhir…
    semuanya adalah atas janji Allah….

  2. sabar & taqwa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 293 other followers

%d bloggers like this: