
Detik penting dalam Hijrah. “Ketika mereka dihalau orang-orang kafir, mereka berdua. Ketika mereka berdua di dalam gua. Ketika dia berkata kepada temannya ‘Jangan takut, Allah bersama kita’. Allah menurunkan ketenangan kepada mereka dan tentera yang mereka tidak melihatnya. Allah menjadikan resolusi kafir terbawah. Kalimah Allah teratas. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana”. (At-Taubah). Foto : Di depan Gua Thaur, di puncak bukit Jabal Thaur. Di sini peralihan (turning point) fasa Dakwah Nabi saw dari dihina kepada keagungan, Islam di tekan kepada Kalimah Kafir terbawah, Kalimah Allah teratas dengan berjayanya Hijrah dan tertubuhnya Negara Islam di Madinah. Allahu Akbar wa liLlahil Hamd !
<Update 2.1.2009 Ungkapan Hasan Al-Banna> Hari ini tahun baru Hijrah. Sekali lagi bahkan saban kali setiap tahun peristiwa besar ini mengingatkan umat Islam tentang kesabaran berjuang akhirnya diberi kemenangan oleh Allah swt. Walaupun malam tadi saya sediah bercampur marah melihat kematian 284 orang Palestin dibom jet pejuang Israel di Gaza, namun ia tidak sedikitpun mematah semangat tinggi yang lahir dari penubuhan Negara Islam Pertama di Madinah selepas peristiwa Hijrah yang bersejarah. (more…)
Filed under: Uncategorized | 8 Komen »





