SAVE GAZA di Shah Alam mengharukan

cimg4931

Pagi Sabtu 10/1/2009 yang lalu, saya, isteri dan anak-anak ke rapat umum SAVE GAZA di Stadium Melawati, Shah Alam, anjuran Aman Palestin Berhad dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Setelah berada di Negara Barat dan Timur Tengah (Arab) berbelas tahun dan melihat semangat mereka menyuarakan perasaan dan bantahan, ada sekelumit persepsi pada saya bahawa orang Malaysia, disebabkan tabiat dan tekanan, sukar menyaingi semangat tunjuk perasaan seperti masyarakat di Barat dan  Arab. Namun setelah menyaksikan apa yang ditunjukkan di dalam Stadium Melawati pada pagi itu, persepsi saya itu akan boleh berubah selepas ini. SAVE GAZA pada pagi Sabtu lalu adalah saksi bahawa mana-mana umat di dunia itu boleh dididik, disedar, dibangkitkan semangat mereka dan dipimpin ke arah kebaikan. Moga Allah swt memberkati usaha dan kepimpinan Presiden ISMA yang juga Pengerus Eksekutif AMAN PALESTIN, Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman, para Urusetia SAVE GAZA yang bertungkus lumus menjayakan rapat umum tersebut dalam masa hanya 5 hari, para Tetamu yang diundang dan sekelian muslimin dan muslimat yang hadir memberikan sokongan moral dan material kepada umat dan perjuangan di Palestin.

Wahai umat Islam di Palestin, saudara kita seIslam ! Kamu tidak bersendirian dalam berdepan dengan tentera Yahudi yang dilaknat Allah swt. Kami di Malaysia akan sentiasa bersama mu membantu apa yang mampu ke arah membebaskan bumi Palestin dari Penjajahan Israel yang didokong Negara-negara Barat dan Timur. “Mereka tidak akan memudharatkan kamu melainkan (menimpa sedikit sebanyak) kesakitan. Jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpatah ke belakang, kemudian mereka tidak akan dimenangkan” (Al-Quran).

Disini saya perturunkan foto-foto di hari tersebut, buat tatapan terutama mereka yang tidak dapat hadir dan mereka yng tinggal berjauhan di seberang laut, dengan doa moga iany bermenfaat buat semua.

 

cimg4905

Ke tempat letak kereta Stadium Melawati, Shah Alam.

cimg4899

Kami sekeluarga tiba di Stadium. Anak-anak telah bersiap sedia dari rumah lagi dengan spanduk mini luahan perasaan masing-masing yang dilukis sendiri. Empat orang anak tidak dapat bersama menunjukkan perasaan di sini. Dua orang sedang berada di Mesir dan dua orang lagi di sekolah asrama.

cimg4900

Aman Palestin dan ISMA mencetak 10,000 pelekat kereta “‘SAVE GAZA”. Jika dalam bulan pertama purata 100 orang melihat 1 pelekat yang terpampang bermakna 10,000 x 100 = 1 juta masyarakat Malaysia boleh diajak bersimpati dengan isu umat Islam terpenting ini.

cimg4917

Bersama dengan sebahagian petugas lelaki SAVE GAZA di perkarangan Stadium.

cimg4913

Petugas wanita “SAVE GAZA” di perkarangan Stadium.

cimg4918

Selamat datang kepada para hadirin hadirat. “Sila ikut laluan ini” untuk masuk ke dalam Stadium.

cimg4930

Perhimpunan dihadiri kira-kira 8000 orang, kata seorang teman saya yang cuba mengira pada pagi itu.

cimg4978

Mengharukan. Saya tak menyangka foto seoraang yang telah dibom oleh Yahudi, Asy-Syahid Dr Abd Aziz Rantisi, Ketua Umum HAMAS, yang telah dikebumikan, dijulang di Malaysia pagi itu. “Jangan kamu menyangka orang yang dibunuh dijalan Allah itu sebagai mati. Bahkan mereka hidup diberi rezeki disisi Tuhan mereka …” (Al-Quran). Bahkan mereka terus hidup di hati umat Islam di seluruh dunia. Bahkan syahidnya mereka menghidupkan lebih ramai jiwa-jiwa yang sebelum itu leka dan lena.

cimg4955

Syabas. Saya kira pengerusi Rapat Umum pada pagi itu sangat berjaya mengendalikan perjalanan program dan menaikkan semangat para hadirin dari awal hingga ke akhirnya. Pilihan yang tepat. Beliau graduan jurusan undang-undang.

cimg4998

cimg4958

cimg4976

cimg4984

Penasyid Dakwah, Saudara Muadz bin Zulkefly, memeriahkan suasana sambil menyampaikan mesej melalui nyanyian.

cimg50012

Salah seorang dari para hadirin berperanan dengan apa sahaja yang beliau boleh lakukan.

cimg4987

Imam Masjid Negeri Shah Alam menangis berdoa sambil diaminkan oleh para hadirin.

cimg4986

Isu Palestin berjaya menghimpunkan semua parti politik Islam dan NGO Islam dan mengenepikan perbezaan diantara mereka berdepan dengan musuh yang satu, Yahudi, Kuasa-kuasa besar Dunia dan kuncu-kuncu mereka. Kelihatan wakil Palestin, Naji Al-Sarhi, dari Hayyu Zaitun, Khan Yunis, Gaza, Palestin.

cimg4965

cimg4974

Diakhir perhimpunan, Pengerusi Eksekutif AMAN PALESTIN merangkap Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman membaca 12 Resolusi Perhimpunan SAVE GAZA.

cimg4939

Ustaz Abdullah Zaik sedang ditemuramah oleh RTM1.

Ustaz Abdul Halim Abdullah www.inijalanku.wordpress.com

Naib Presiden 01 ISMA Pusat.

LAMPIRAN:

ARKIB : 10/01/2009<!–         –>

Wakil Gaza bangga masih ada saudara seagama yang pertahan warga Palestin

10/01/2009 5:57pm

SHAH ALAM, 10 Jan. — Sejumlah besar di kalangan 1.5 juta warga Palestin di Gaza yang sedang dikepung oleh kereta-kereta kebal dan dibedil jet-jet pejuang serta helikopter tempur rejim Zionis, masih kental dengan semangat juang dan sanggup mati syahid menentang kekejaman Yahudi.

Ini ditegaskan oleh Wakil Gaza, Naji Z.A.Alsarhi yang hadir pada Rapat Umum Selamatkan Gaza anjuran Aman Palestin di Stadium Malawati di sini hari ini.

Dalam ucapannya dalam bahasa Arab dengan dibantu penterjemah ke bahasa Melayu, beliau melahirkan rasa bangga bahawa masih ada saudara seagama yang sanggup bangun mempertahankan nasib warga Palestin di Gaza itu.

 

Beliau turut mengingatkan golongan warga Palestin yang bersekongkol dengan Israel bahawa kegiatan mereka yang belot kepada bangsa sendiri untuk menghancurkan umat Islam di Palestin telah diketahui dan ada antara mereka telah dikenalpasti.

 

Naji juga berkata, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tidak amanah dalam memelihara hak rakyat Palestin dan membiarkan Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya bagi menidakkan sebarang resolusi yang dicapai di badan dunia itu bagi mengecam kekejaman Israel ke atas warga Palestin.

Beliau berkata, negara-negara Arab perlu bersatu dan jangan biarkan Gaza mati. – Bernama

About these ads

37 Respons

  1. Tahniah pada semua yang berjaya merealisasikan Save Gaza. Moga mendung di Gaza akan berakhir dengan kehadiran matahari.

    Tahniah sekali lagi

  2. tk ustaz dgn paparan ini.
    saya tidak berkesempatan atas urusan2 kerja tapi hati dan jiwa tetap utuh bersama saudara Islam lain utk terus memerangi Zionis dgn apa cara termampu. Amin

  3. Alhamdulillah…jzkk ustaz atas entry dan foto2..ana tertanya2 juga bagaimana sambutan dan pelaksanaan SAVE GAZA di Shah Alam…semoga dapat menyemarakkan lagi semangat dan kesedaran masyarakat khususnya di Malaysia..huhu, terharu…

  4. seseorang yg sy kenali ada memberitahu kepada saya tentang sepucuk surat yang ditulis oleh rakyat palestin..suratnya berbunyi lebih kurang macam ni la..
    pergilah kamu balik ke negeri kamu biarlah kami yang berjuang mempertahankan negara palestin ini selagi kami hidup,kamu(umat islam) didiklah anak kamu dan generasi selepas kamu tentang islam(faham islam yg sebenar) supaya nanti selepas kami mati anak2 kamu pula yang akan mempertahankan negara palestin ini setelah ketiadaan kami.
    pap pendapat ustaz??

  5. “wah… hebat… terharu..”

  6. Salam ustaz..terharunya,,rasa mcm nak menangis..akhirnya rakyat Malaysia tidak lagi memandang sepi isu Palestin,.akhirnya,ramai yang terpanggil untuk membantu mereka..segalanya kerana Alaah jua..Ya Allah,rahmatilah mereka di sana dan kami di sini.ameen

  7. Kerana Allah juga,,maaf tersalah taip

  8. tahniah kepada ISMA dan syabas rakyat Malaysia…

  9. MasyaAllah. Saat mengharukan… tahniah kepada yang terlibat dalam penganjuran.

  10. Jzk atas gambar yg diupload..mengubat hati yang terlalu rindu untuk bersama

  11. Tahniah ISMA dan ikhwah2 Malaysia kerana menganjurkan prog ini. Semoga Allah merahmati kita semua. Salam perjuangan dari ikhwah Mesir.

  12. Salam ustaz, terima kasih menziarahi blog saya. Amat harapkan tunjuk ajar dari ustaz yang lebih berpengalaman. Moga Allah SWT menerima usaha kita…insya Allah. Amin.

  13. mana nak dapat poster ni ye?

  14. thanks for the info.i cannot make it coz have work to do…insyaAllah I will do my best to help palestine.. BOYCOTT ISRAEL!

  15. Hidup Islam

  16. masyaAllah…terharunya melihat gambar2 itu.terasa ingin bersama2 saudara2 seakidah yang lain di malaysia untuk turut serta dalam rapat umum itu.namun,perjuangan di bumi sakura ini perlu diteruskan.sambutlah doa daripada kami,para pejuang Islam masa hadapan dari bumi sakura buat semua umat Islam di dunia terutama di Palestin.
    semoga tamadun Islam akan naik semula di mukabumi ini insyaAllah…

  17. Allahuakbar,selamatkan palestin YaAllah..hancurkan israel….

  18. stadium ini pernah menjadi venue utk Akademi Fantasi.. dahulu kala..

    Alhamdulillah~ dan sekarang!

    Malaysia perlu sedikit masa saja lagi.. utk mengecapi nikmat kegemilangan islam. Insyaallah.

    (saya vote gambar pakcik tua itu 10 undi!)

  19. Terima kasih Aman Palestin kerana utus surat ke Sek Men Islam Al-Amin Gombak…Alhamdulillah ramai pelajar yang nak tahu tentang rapat umum ini drpd kawan-kawan yang hadir…

  20. Tahniah buat ikhwah dan akhawat di Malaysia..sangat bersemangat bile kami di Mesir ni lihat gambar2 yg diupload..salam dari Mesir!!

  21. sangat berminat dengan pelekat “SAVE GAZA”..
    mungkin boleh dikirim juge ke sini?

  22. salam wbt.
    alhamdulillah.ana berkesempatan utk join skali save gaza di shah alam tu.sememangnya ramai yg prihatin dgn isu palestin.sm0ga kita semua terus bersama2 membantu saudara2 kita di sana.sedaya mampu kita.insyaAllah

  23. ana sungguh terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia. sayangnya kami Bumi Anbiyaa ini tak dapat nak bersama-sama memeriahkan majlis. namun begitu kami di sentiasa memberi sokongan kepada anda semua. moga Allah memberi ganjaran kepada setiap umat Islam yang bersungguh-sungguh dalam membantu Palestin tidak kira diri,kewangan,harta benda,atau doa. teruskan usaha anda!!

    KAMI PEDULI PALESTIN

    Jazakallahu khairan kathira buat ustaz abdul halim kerana sudi ziarah blog ana yang tak seberapa. ana baru lagi nak menapak ke dunia blog dan banyak yang ana tak tahu seok beloknya..kalau ada salah dan silap harap tegur n perbetulkan.

    sampaikan salam buat keluarga.

  24. Alamak..gambar ana tak de ke?

  25. salam perjuangan dari bumi komunis russia

    terharu membacanya…
    Malaysia sudah banyak berubah :)

    Allahuakbar!

  26. Jangan lupa, disamping mendoakan kehancuran bagi Israel dan konco2nya, bantuan Allah dan kemenangan buat Mujahidin kita di sana, pastikan kita turut mendoakan agar saudara2 seaqidah kita makin kuat semangat juang mereka dan makin teguh iman mereka menghadapi ujian yang cukup hebat ini. Kesengsaraan mereka terlalu perit, hanya Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengasih yang mampu menguatkan mereka….

  27. ” Kulluna Falatiniy !!! ”

    ” kita semua warga Palestin !!! ”

    Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!

  28. salam ziarah. terharunya apabila melihat event begini di tempat ana membesar. sangat2x terharu.

    Ana kini di tanta, Mesir, baru sampai bulan Disember tahun lepas. Walaupun tak dapat lihat secara live, tatapan gambar membuatkan ana gembira. Stadium yang dahulunya disalahgunakan kini dapat dimanfaatkan sepenuhnya…

    Hidup Palestine!

  29. khaibar!khaibar! YA YAHUDI
    HANCUR-HANCUR YA YAHUDI!!!!!!!!!

  30. semoga semangat di stadium tidak berkubur pada hari itu sahaja….

  31. Allahuakbar! Hapuskan Yahudi Laknatullah!

  32. Moga Allah segera datangkan pemimpin lantikanNYA yg sbnrnya ditunggu2 oleh seluruh dunia utk menyelamatkan dunia yang hari ini islam kian terhina….amiin..

  33. asm wrm
    saya dri kuching,sarawak mengucapkan syabas kpd rakyat malaysia dan penganjur SAVE GAZA… sorry xdpt dtg..xde cuti dan xde tiket flight…kami d sini sedaya upaya membantu saudara kita d palestin

  34. Tahniah! Semoga Allah SWT memberkati usaha ini.
    “Birruh Biddam Naqdika Palestin” Seeru ‘ala barokatillah.

  35. assalamualaikum semua..
    harap2 dapat menyertai lagi program sebegini..
    SAVE GAZA!!!
    HIDUP ISLAM!!! :)

  36. Birruh biddam mafdiika ya falestinn. Khaibar-khaibar ya yahud, jaishu muhamad saufa ya`uud. Teringat nasyid titisan darah (sinaran al-azhar) satu ketika dahulu:

    hai pengkhianat umat yang menyembah diri kepada yahudi
    mengapa kamu sanggup membunuh jiwa insan yang tiada berdosa
    apakah penyembelihan dan keganasan kemanisan bagimu
    ……. (tak berapa ingat dah)

    Ruh Intafadhah ini takkan pupus, ia membenihkan baja subur dalam hati seluruh mukmin. Erdogan telah membangkitkan semangat dan harapan baru kini. Smoga gaza kembali hijau.

    Semuga seluruh wadah bersatu sebagaimana bersatunya kamu pada hari tersebut. Buang yang keruh ambil yang jernih dan kembali ke landasan taat. Takbir.

  37. [...] kempen dan perarakan kereta berpelekat SAVE GAZA dari Stadium Melawati, Shah Alam lalu, kini jaulah (pengembaraan) bermotor pula. Kelihatan ketua kumpulan bermotor sedang ditemuramah [...]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 289 other followers

%d bloggers like this: