Karamah Ir. Ismail Abu Syanab HAMAS di Gaza

ismail

Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab

Pada 27/12/2008 lalu penduduk Gaza menyebut tentang karamah salah seorang pemimpin HAMAS, Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Shanab. Peristiwa tersebut berlaku dihari pengebumikan anaknya, Hasan yang syahid dihari pertama serangan Israel ke atas Gaza baru-baru ini. Beliau dan 2 pengawalnya dibunuh Yahudi yang menembak 5 buah peluru berpandu dari pesawat pada pukul 1.15pm hari Khamis 21/8/2003 di Jalan Muhafazah, Gaza. Kereta yang dinaiki jenis Volkwagen berwarna putih bertukar menjadi bola api dengan mengeluarkan serpihan-serpihan besi. Petugas ambulan kemudiannya berjaya mengeluarkan 3 mayat dari kereta tersebut.

 

Isteri beliau menceritakan kepada media Batalion Al-Qassam bahawa ketika mereka hendak mengebumikan anaknya di Tanah Perkuburan Asy-Syeikh Ridwan, mereka tidak mendapati tempat untuk jenazahnya, lalu merancang mengebumikannya di tanah perkuburan yang lain. Si ibu tidak bersetuju lalu meminta mereka mengebumikannya di liang lahad ayahnya sendiri, Ismail yang telah syahid 5 tahun lalu. Mereka tidak membuka kubur Ismail semuanya. Hanya sebahagian liang sahaja dibuka. Apabila salah seorang pemuda turun ke liang untuk mengebumikan anaknya Hasan, dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia mendapati jasad Asy-Syahid adalah seperti baru, kain kafannya masih putih bersih dan tiada tanda perubahan walau telah berlalu masa 5 tahun. Darah di kain kafannya seperti seolah-olah baru keluar pada saat itu juga.

 

ir-ismail-abu-shanab1

 Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab, ayah kepada Asy-Syahid Hasan Ismail Abu Syanab

 

Isteri beliau juga menambah bahawa bendera yang membaluti jasad Asy-Syahid Ir. Ismail dihari jenazahnya diarak orang ramai 5 tahun lalu sehingga ke hari ini masih berbau kasturi yang keluar dari tubuh Asy-Syahid ketika itu.

 

Ir. Ismail Hasan Abu Syanab adalah salah seorang pemimpin tertinggi HAMAS. Beliau dilahirkan di Gaza dalam tahun 1950. Keturunan beliau berasal dari kampung Jaurah Al-Majdal, dalam kawasan Palestin 1948 (yang sedang dijajah sepenuhnya sejak 1948). Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Al-Mansurah, Mesir dan ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam dari universiti di Amerika Syarikat. Beliau bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Islam Gaza dan sebagai dekan Fakulti Sosial dan Pendidikan di universiti yang sama.

 

Beliau juga adalah salah seorang pengasas gerakan HAMAS bersama Asy-Syahid Ahmad Yaasin dan pernah dipenjara selama 10 tahun atas tuduhan memimpin HAMAS di sepanjang Intifadhah Pertama. Sesetengah orang menganggap beliau adalah orang nombor dua dalam susunan kepimpinan HAMAS ketika itu. Beliau juga adalah pengarah Institiut Kajian Masadepan di Gaza. Beliau menonjol dalam persatuan professional dan mewakili HAMAS dalam beberapa biro yang lain.

 

“Jangan kamu mengira orang yang dibunuh dijalan Allah itu sebagai orang-orang mati. Bahkan mereka orang-orang hidup, diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka gembira dengan apa yang beri Allah dari kurniaanNya dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum menyertai mereka (syahid dengan kata-kata) ‘Jangan kamu takut kepada mereka (musuh-musuh) dan mereka tidak bersedih hati”. (Ali Imran:168-169).

 

Adapun karamah-karamah lain disepanjang Perang Gaza, lihat laman Karamah Mujahideen di Perang Gaza.

 

 

TEMURAMAH BEBERAPA JAM SEBELUM SYAHID

 

Ini sebahagian dari isi temuramah Asy-Syahid sebelum beliau dibunuh syahid oleh pesawat Israel.

 

Soalan : Apakah pendirian HAMAS tentang permintaan Israel dan Barat agar HAMAS melucutkan senjata seperti yang digariskan oleh “Road Map” tajaan Amerika ?

 

Ismail Abu Syanab : Tajuk melucutkan senjata adalah permintaan yang tidak berasas sama sekali kerana selagi mana umat Palestin berhadapan dengan pencerobohan, kereta-kereta kebal dan penjajahan Israel di bumi Palestin maka adalah menjadi hak umat kami untuk memiliki cara-cara mempertahankan diri. Mempertahankan diri ini adalah diperakui oleh semua undang-undang dan badan-badan antarabangsa. Di aspek dalaman, disana ada persefahaman agar dielakkan pertembungan sesama sendiri dalam usaha kami berjuang ke arah mencapai hak-hak Palestin dan bukan bermatlamat memberi jaminan keamanan kepada Israel.

 

http://www.inijalanku.wordpress.com

 

Sumber : Ikhwanonline.

16 Respons

  1. […] Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Ismail Abu Syanab di Gaza. […]

  2. […] keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin […]

  3. […] keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin […]

  4. SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD{ Februari 3, 2009 @ 12:02 pm } · { Majlis Ilmu }
    { Tags: SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD }

    ANJURAN BERSAMA UIA (MAHALLAH REPRESENTATIVE COMMITTEE(MRC)ALL MAHALLAH IN PETALING JAYA AND NILAI CAMPUS AND FOUNDATION STUDENTS COORDINATION COUNCIL – FSCC), JAKIM, JAWI DAN YAYASAN SOFA
    TARIKH: 11 SHAFAR 1430H / 7 FEBRUARI 2009M (SABTU)
    MASA: 8.00 PAGI – 11.45 MALAM
    TEMPAT: DEWAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA.

    ATURCARA:
    7.30 pagi : Ketibaan para peserta
    7.45 pagi : Ketibaaan tetamu khas dan juga para penceramah. Tetamu kehormat: Dato’ Pengarah JAKIM, Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan dan Penaung Yayasan Sofa

    8.15 pagi : Majlis Perasmian Seminar dan ucapan para tetamu kehormat.

    9.15 pagi : Minum pagi

    9.45 pagi : Ceramah 1 oleh al-Fadhil Ustaz Zamihan bin Haji Mat Zin, Pen. Pengarah Pusat Pengajian al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
    Tajuk ceramah: Peranan Mahasiswa Dalam Memahami Serta Membenteras Penyelewengan Agama Dan Gejala Murtad

    10.45 pagi : Rehat

    11.00 pagi : Ceramah 2 oleh al-Fadhil Ustaz Haji Mahfuz bin Muhammad al-Khalil, Pendakwah Bebas.
    Tajuk ceramah: Kesamaran yang Perlu Dijelaskan dalam Memahami Agama

    12.45 t’hari : Makan tengahari dan shalat zohor

    2.00 petang : Ceramah 3 oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim bin Haji Muhammad Alwi, Pen. Pengarah Institut Pengajian Darul Hijrah, Pahang.
    Tajuk ceramah: Pegangan Jitu Seorang Muslim

    3.15 petang : Rehat

    4.30 petang : Suai kenal bersama Ulama. Tausiyah oleh al-Mukarram Syaikh ‘Afeefuddin al-Jailani; Tausiyah oleh al-Habib ‘Ali Zaenal Abidin al-Hamid dan persembahan Qasidah oleh Yayasan al-Jenderami.

    *************
    Ceramah Khas – مفاهيم يجب أن تصحح (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan)

    7.45 malam: Ketibaan Tetamu Kehormat, penceramah dan para peserta seminar

    8.15 malam: Majlis bermula – bacaan al-Quran, bacaan Ratib al-Hadddad, Ceramah oleh Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, Soal-Jawab

    11.15 malam: Bacaan Maulid Daiba’ie, Qasidah Nabawiyah oleh Kumpulan as-Sofa

    11.45 malam: Jamuan ringan dan bersurai.

    Untuk keterangan lanju, sila hubungi:
    Syed Muhd Saufi: 013-628 0251
    Ustaz Muhadir: 012 – 697 3893

    http://pondokhabib.wordpress.com

  5. Subhanallah. Bahagianya as syahid sekarang tgh menikmati rezeki2 dan nikmat2 dari syurga

  6. syahid fi sabilillah….amin

  7. Subhanallah!!

  8. […] keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin […]

  9. […] keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS. “Kami akan memperlihatkan kepada mereka […]

  10. syahid jihad fisabilillah…amiin…beruntung lah mereka yang berjuang kerana Allah…Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

  11. YA ALLAH YA TUHAN KU, LINDUNGI LAH SELURUH UMAT ISLAM DI GAZA… AMIN…

  12. Terkeluar air mataku pabila membaca cerita di atas..Allahuakbar..

  13. ALLAHUAKBAR

  14. […] seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin […]

  15. […] keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS. “Kami akan memperlihatkan kepada mereka […]

  16. semuga semua musuh islam akan kalah termasuk umno bn yang menolak hudud dan menentang ulamak

Tinggalkan Jawapan kepada hazzan Batal balasan