Karamah Mujahideen di Perang Gaza

hamas-army1

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

  1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
  2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
  3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
  4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
  5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian puti dan melemparkan pasir ke matanya.
  6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
  7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
  8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. “ (Fussilat:52).

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

About these ads

37 Respons

  1. kagum dengan rakyat palestine dan para pemimpim hamas..
    betapa janji ALLAH itu benar..
    membantu hamba2NYA yg memerlukan..
    tak pernah zalim pun pada setiap makhluknya..

    betapa lupanya pada ALLAH..
    kekasih nan abadi..

    sangat menyedarkan

  2. Ya Allah..
    Subhanallah..
    Masya Allah..

  3. Allahuakbar!
    Allahuakbar!
    Allahuakbar!

    Tiadalah yang berlaku itu melainkan bukti kebesaran Rabb seluruh alam

  4. ALLAHU AKBAR!!! Ana minta izin utk copy paste artikel ini. Jazakallah.

  5. alhamdulillah..kadang kadang doa kita dimakbulkan dalam bentuk ini. Allahu akbar..saudara kita sana bukan berperang tapi berubut untuk ke syurga..mudah mudahan kita di antaranya…

  6. Salam ziarah juga Ust.

    Lupa minta izin utk link ke blog ust ttg artikel ni.

    Jazakallah khair.

  7. Subhanallah! menitis air mata membaca artikel ini..

  8. Betapa agungNya dan kuasaMU… Allahuakbar..

  9. Semoga aku diberi peluang untuk syahid sebagaimana mereka

  10. Ustaz, berapa ramai tentera Yahudi yang dianggarkan mati sebenarnya? Saya dengar tak sampai 10 orang, betul ke?

  11. Allahuakbar!

  12. MasyaAllah.. meremang bulu roma.. kekuasaan Allah .. Badar 20th century

  13. masya Allah…..ya Allah….tunjukkan kekuasaanMu….
    bantu lah kami Ya Allah….

  14. subhanallah..tegak bulu roma.

    jazakallah khair ustaz

    mahu jadi wanita yang berani mati juge,amin

  15. Lailahaillallah.

    Suatu masa, akan tiba bala tentera dari sebelah Timur yang membawa panji-panji hitam….

    Menunggu ‘Shin Besar’ bertempik… ‘Shin Kecil’ akan menyahut….

    Kita bersiap sedialah, tunggu waktunya tiba….

  16. [...] Februari 16, 2009 Karamah Mujahideen di Perang Gaza [...]

  17. [...] Februari 16, 2009 Karamah Mujahideen di Perang Gaza [...]

  18. subhanallah…Allah sentiasa membantu tentera islam..sama mcm zaman rasulullah S.A.W dulu,,

  19. Allahu Akbar…Allahu Akbar !!!

    Maha Besar Allah dengan segala KEKUASAAN DI BUMI DAN DI LANGIT !

    FREE PALESTINE, FIGHT HARD HAMAS !!

    Allah Subhana Wa Ta’ala bersama kalian !

  20. Subhanallah! ini semua bukti nyata bahwa Allah cinta para mujahid (haya bil jihad). By KAMMI (muslim negara wan) alumni ADHA09

  21. Salam,
    sesungguhnya kemenangan itu akan berpihak kepada jalan kebenaran ( jalan Allah ).
    Berjihadlah wahai sahabatku sekalian dengan memboikot barangan Yahudi dan sentiasalah berdoa untuk mereka semua…
    Insya -Allah…

  22. sesungguhnya sesiapa yang menguasai palestin maka dia akan menguasai dunia…. solahuddin al ayyubi

    spasibo ustaz atas artikel

  23. salam..insyallah,kemenangan berpihak pada islam!!

  24. subhanallah…pertolongan Allah selalu datang pd hamba2nya yang ikhlas membela agamanya..seperti kata Al-Qassam : ” kita semua telah tahu urusan agama kita, maka berjihadlah wahai umat muslim, berjihadlah wahai kaum muslimin….”
    Marilah saudaraku, kita satukan barisan, kibarkan bendera jihad demi kebebasan Al_Aqso, junjung kembali kata2 Nabi bahwa “umat satu tubuh”. Allah sllu brsama kita…ALLAHUAKBAR !!!!!!!!!

  25. Ana minta izin print untuk disebarkan dan juga izin untuk linking ke web ini, serta guna sebahagian pic ya?

  26. [...] demi karamah kita saksikan di bumi Palestin. Jika dalam Perang Gaza baru-baru ini, kita mendengar Karamah-karamah Hissi (yang boleh digarap oleh pancaindera), semalam berlaku Karamah Maknawi (pemahaman dan pengajaran). [...]

  27. [...] swt telah memenangkan Ikhwan Muslimin Palestin (HAMAS) mengalahkan Tentera Yahudi Israel dalam Perang 22 Hari pada Januari 2009 lalu. Hakikat kemenangan Badar Kubra berulang kembali dizaman ini, bahkan di tahun [...]

  28. Apabila kita melihat kadaan di palestin hari ini, tanya diri kita apakah tugas kita untuk palestin. Tak di nafikan ramai yang simpati dengan rak yat Palestin dan ada yang menitiskan air mata melihat kesengsaraan mereka. Tapi adakan kita berdoa untuk mereka setiap hari, bangun di tengah malam menangis memohon pada Allah agar bantuan Allah turun, melakukan sembahyang hajat. Apabila gaza di serang banyak masjid melakukan solat hajat tapi sekali, soalanya ialah kalau sekali seminggu lepas itu tak buat dah kemudian tunggu palestin diserang lagi baru nak buat lagi, adakah ini kesungguhan namanya. kalau nak mengankat doa pun susah apalagi nak mengankat senjata. Doa kita, sembahyang hajat kita kena berterusan, buat setiap hari untuk palestin. semoga kesungguhan kita di pandang oleh Allah, air mata kita yang berdoa untuk palestin semoga dapat menarik rahmat Allah. Pak imam tolong pimpin jemaah, jangan asyik nak cepat balik ke rumah tengok TV. TOk siak jangan asyik nak cepat tutup pintu dan tingkap masjid sahaja. kadang kadang orang berdoa berzikir awak sibuk tutup tingkap dan pintu hingga orang nak beramal pun tak selesa, orang tak habis lagi sembahyang sunat awak dah tutup lampu, macam mana masjid nak hidup kalau macam ini sikap pentakbir masjid lama kelamaan masjid akan jadi sepi. Duit masjid yang ada berpuloh ribu sumbangkan untuk palestin, orang sedekah bukan untuk di peram tapi untuk di gunakan, jawab nanti di akhirat. Sebenarnya kalau kita nak betulkan kembali orang islam kita kena betulkan dulu peranan masjid, ikut macam mana fungsi masjid zaman nabi baru umat boleh dibetulkan. kalau rasa Tak mampu letak jawatan bagi orang lain nak buat kerja. yang tua tua tolong beri jawatan kepada orang muda supaya lebih activiti lebih banyak di jalankan.

  29. Allah sayang kita
    ingatlah..
    bukti dah di kemukakan di palestin

  30. salam….nak mintak izin copy paste buat artikel.

  31. [...] swt telah memenangkan Ikhwan Muslimin Palestin (HAMAS) mengalahkan Tentera Yahudi Israel dalam Perang 22 Hari pada Januari 2009 lalu. Hakikat kemenangan Badar Kubra berulang kembali dizaman ini, bahkan di tahun [...]

  32. [...] swt telah memenangkan Ikhwan Muslimin Palestin (HAMAS) mengalahkan Tentera Yahudi Israel dalam Perang 22 Hari pada Januari 2009 lalu. Hakikat kemenangan Badar Kubra berulang kembali dizaman ini, bahkan di tahun [...]

  33. [...] swt telah memenangkan Ikhwan Muslimin Palestin (HAMAS) mengalahkan Tentera Yahudi Israel dalam Perang 22 Hari pada Januari 2009 lalu. Hakikat kemenangan Badar Kubra berulang kembali di zaman ini, bahkan di [...]

  34. [...] swt telah memenangkan Ikhwan Muslimin Palestin (HAMAS) mengalahkan Tentera Yahudi Israel dalam Perang 22 Hari pada Januari 2009 lalu. Hakikat kemenangan Badar Kubra berulang kembali dizaman ini, bahkan di tahun [...]

  35. semoga Allah selamatkan Palestin.bersama kita berjihad kejalan Allah walaupun tidak dgn senjata.kita boikot barangan yahudi&amerika!terutama nestle,kfc,cocacola.semoga sedikit jihad kita dpt mengurangkan dana ke israil!!thanks..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 289 other followers

%d bloggers like this: