Politik Perak : Kemelut berjuang tanpa manhaj

politik-perak1 Sebelum 16/9/2008 (Hari Malaysia) lalu, DS Anwar Ibrahim (PKR) cuba melompatkan wakil-wakil rakyat BN ke PR. Hari ini DS Najib Razak (UMNO) berjaya melompatkan wakil-wakil rakyat PR ke BN. Hasrat dan keputusan majoriti rakyat di kawasan pilihanraya berkenaan diketepikan, bahkan dihampakan.

Bila kita menyebut pentingnya Tarbiyah (mendidik) diri, keluarga dan masyarakat terlebih dahulu (lihat Amal 7), mendahului penglibatan politik kepartaian, ramai yang menyanggah dengan berbagai hujah seperti lambat, realiti Malaysia berbeza, keadaan dah mendesak dsb. Tidak kurang yang menyerang dengan kata-kata kolot, tidak pandai selok belok pengurusan dan strategi, sufi dll.

Lompat melompat dan usaha-usaha melompatkan orang adalah senerio politik kepartaian yang agak menghampakan saya. Bukan hampa kerana PR jatuh, BN naik atau sebaliknya, tetapi hampa kerana setelah hak rakyat memilih wakil mereka di DUN dan Parlimen dijanjikan dalam Perlembagaan, kini keputusan dan hasrat mereka dihampakan oleh senerio Lompat Melompat, sedang Syarak menyebut “Al-Mukmin ala syurutihi” bermaksud seorang beriman itu dipegang pada syarat-syarat (janji-janjinya). Kenapa tidak. Rakyat sebagai hakim dalam Pilihanraya telah memutuskan pilihan mereka. Petugas-petugas Pilihanraya telah bertungkus lumus berkempen siang malam dari rumah ke rumah, berkorban masa, tenaga, wang ringgit demi memenangkan calon bukan pilihan mereka, tetapi pilihan pimpinan parti mereka, tiba-tiba setelah menang, wakil tersebut mencurahkan baktinya kepada parti lain, yang majoriti rakyat di kawasan telah menolak parti tersebut semasa Pilihanraya. Jika saya di Seremban terasa hampa, bagaimana rakyat dan petugas di kawasan-kawasan DUN di Perak yang terbabit?  Bagaimana mereka di kawasan lain yang bakal menyaksikan aksi lompat melompat selepas ini, jika ada. Secara logiknya, terutama di negeri yang dimenangi oleh majoriti tipis, sesiapa sahaja boleh melompat dengan lompatan pertama, atau boleh melompat semula dengan lompatan kedua, lalu memindahkan kuasa kepada parti tertentu. Apatah lagi jika ada habuan wang ringgit ribuan dan jutaan. Dimanakah prinsip perjuangan? Dimanakah amanah parti dan pengundi yang dipikulkan ke atas bahu seorang wakil rakyat ? Lebih asas lagi, dimanakah keikhlasan, keyakinan dan akhlak ? Lebih awal lagi, dimanakah Tarbiyah yang menyediakan ahli dan pimpinan ke arah memiliki prinsip Perjuangan, sifat amanah dengan Mandat, ikhlas, keyakinan terhadap Manhaj dan berakhlak dengan akhlak Mukmin sejati ? Malangnya bahasa seperti ini tidak difahami oleh mereka yang samada tidak ikhlas dan berkepentingan atau yang ikhlas tetapi gopoh untuk cepat menang melalui jalan yang nampaknya seperti pendik dan mudah.

Perlu diingatkan di sini bahawa Posting ini ditulis sempena senerio Lompat Melompat yang berlaku dan tidak sekali-kali bertujuan untuk mempersoalkan keikhlasan atau jasa perjuangan mana-mana badan atau pun parti. Kita berdoa semoga Allah swt memberikan taufiqNya kepada semua mereka yang berjuang dengan ikhlas dan kesungguhan.

jamaludin-osman-hee-yit-foong1

Mereka dipilih oleh majoriti pengundi di kawasan masing-masing, kini berkhidmat kepada minoriti pengundi kawasan tersebut, melawan pengundi dan petugas yang bertungkus lumus memenang dan menaikkan mereka semasa Pilihanraya. Ini menghampakan hati pemerhati, apatah lagi hati-hati pengundi dan petugas. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dikebanyakan negara umat Islam, percaturan kepartaian tanpa manhaj perjuangan yang jelas adalah senerio biasa dan melata. Rakyat dan pengundi sering hilang tempat pergantungan dan harapan masadepan. Kini harapan umat tinggal kepada mereka yang ikhlas berjuang dengan Manhaj yang sahih semata-mata.

Menggariskan matlamat perjuangan organisasi adalah satu perkara, dan ianya mudah, namun mendidiktarbiyah dan menyediakan ahli dan pendokong serta menggariskan cara-cara untuk mencapai matlamat tersebut adalah suatu perkara yang lain pula. Kesemua di atas dinamakan Manhaj. Ia tidak semudah yang disangka oleh sesiapa yang ingin menjadi pejuang atau pemimpin ummah. Ia tidak semudah untuk diterima oleh orang yang gopoh untuk menang cepat. Ia tidak mudah diperjuang dan dipertahankan oleh orang yang tidak ditarbiyah dengan baik. 

Bagi Islam, Allah swt menggariskan Perjuangan dijalanNya melalui Al-Quran. Ia adalah laluan yang diambil Rasulullah saw mengikuti apa yang telah digariskan Al-Quran yang ditafsir Baginda saw dengan Hadis dan ditunjukkan melalui Seerah yang suci.

ir-nizar

Rentetan senario Lompat Melompat: Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat, Ir Nizar mempertahankan jawatannya dalam satu sidang akhbar. Di kanan beliau DS Anwar Ibrahim, ketua PR. Menyelesaikan kemelut ini, PR mengharapkan undi majoriti rakyat dalam pilihanraya kecil. BN mengharapkan undi majoriti wakil-wakil rakyat dalam DUN. Sultan Perak tidak berkenan membubarkan DUN, oleh itu tiada Pilihanraya Kecil. Mahkamah belum memutuskan samada berpihak kepada PR (jika menerima Surat Letak Jawatan yang ditandatangani awal & diletak tarikhnya kemudian di ruang kosong) atau Sultan+BN (jika menerima secara lisan wakil yang mengatakan mereka tidak meletakkan jawatan). Hari-hari ini menyaksikan negeri Perak dan rakyatnya mempunyai 2 ketua tertinggi, suatu yang menyedihkan, bahkan membahayakan jika berlarutan.

Mereka yang memahami Manhaj Perjuangan akan mendapati bahawa “beribadah kepada Tuhan, berjihad demi meneguhkan (tamkin) Agama, memperkasakan Syariat adalah tugas asasi kita didalam hidup ini” ….. “Membentuk umat, mendidik masyarakat, mencapai Cita-cita yang digariskan, memenangkan Prinsip-prinsip memerlukan kepada umat atau organisasi sekurang-kurangnya kekuatan jiwa yang hebat bercirikan (i) kemahuan yang kuat tidak diresapi lemah semangat, (ii) kesetiaan yang teguh yang tidak diubah oleh sikap acuh tak acuh dan pengkhianatan, (iii) pengorbanan yang besar yang tidak dihalang oleh sifat tamak atau bakhil dan (iv) mengenali, meyakini dan menghormati Prinsip yang boleh memeliharanya dari kesilapan, menyeleweng, bertolak ansur atau tertipu oleh orang lain”. [Hasan Al-Banna]

Kesemua di atas tidak mungkin dicapai di dalam diri ahli dan pimpinan dalam satu-satu organisasi atau parti melainkan dengan jalan Tarbiyah yang membersihkan jiwa pejuang-pejuang Kebenaran.

“Sesungguhnya parti-parti ini tidak menggariskan program dan Manhajnya sehingga kini. Kesemua mereka mendakwa bekerja untuk kepentingan umat di setiap aspek usaha ke arah kebaikan. Akan tetapi apakah perincian kerja-kerja ini? Apakah cara-cara yang disediakan ke arah itu ? Apakah halangan-halangan yang menanti perlaksanaannya ? Apakah persediaan untuk menghadapai halangan-halangan tersebut ? Tiada jawapan yang jelas bagi persoalan-persoalan tersebut pada ketua dan pimpinan parti-parti berkenaan. Mereka sepakat dalam tiada jawapan konkrit kepada persoalan-persoalan di atas. Begitu juga mereka sepakat dalam satu perkara lagi iaitu dalam cantas mencantas demi mendapat kuasa, menggerakkan segala kempen kepartaian, menggunakan semua cara bersih dan kotor dalam mencapai kuasa tersebut, mencalar maruah lawan dari parti lain. Oleh yang demikian kita percaya parti-parti ini telah merosakkan setiap bidang kehidupan manusia, membantutkan kepentingan mereka, merosakkan akhlak mereka, menghancurkan ikatan sesama mereka, memberikan kesan buruk kepada kehidupan mereka dimata umum atau diperingkat khusus” [Hasan Al-Banna]

gaza

Parti HAMAS menang 63% dalam Pilihanraya Umum Palestin II pada 25/1/2006. Sejak itu rakyat dan para pengundi Palestin disekat bantuan kewangan dan makanan, diboikot politik, diserang dari udara, laut dan darat mengorbankan ribuan umatnya. Kini masuk tahun ke 3. Namun wakil-wakil rakyat, para pengundi dan rakyatnya tidak berganjak dari pilihan mereka. HAMAS yang ditawar Bush USD3bilion  jika mengiktiraf “Israel” dan melucutkan senjata tidak berganjak dari prinsip mereka dengan kata PM Ismail Haniyeh, “Lan naktarif bi Israel” (kita tidak akan mengiktiraf “‘I.s.r.a.e.l’ “.  “Putuskan apa yang engkau hendak buat keputusan (kami akan menanggungnya dengan sabar). Sesungguhnya engkau membuat keputusan hanya di dalam kehidupan di dunia ini sahaja. Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, agar Dia mengampunkan dosa-dosa kami (kami tidak akan berganjak)…” (Taha:72). Begini hasilnya jika parti, pemimpin dan ahlinya, serta rakyat ditarbiyah dengan bersungguh-sungguh dan sabar di atas Manhaj yang sahih.

“Penyakit umat ini ialah lemah akhlak, hilang idola hakiki, mengutamakan kepentingan peribadi melebihi kepentingan awam atau umat, pengecut dalam berhadapan dengan realiti, lari dari tugas-tugas mengubati penyakit masyarakat dan perpecahan yang dibenci Allah. Adapun ubatnya pula ialah mengubati jiwa-jiwa dan membangunkan akhlak orang ramai. Firman Allah swt bermaksud, “Berjayalah orang yang membersihkannya (jiwa) dan sungguh binasalah orang yang mengotorinya” (Surah Asy-Syams)” [Hasan Al-Banna]

hasan-al-banna

“Jika kamu merujuk kepada sejarah kebangkitan berbagai umat di Barat dan di Timur, dulu dan kini, kamu akan melihat mereka yang berjuang disetiap kebangkitan yang berjaya dan berhasil ,adalah kerana mereka mereka mempunyai Manhaj yang digariskan yang di atasnya mereka berjuang. Mereka mempunyai hadaf (objektif-objektif) yang kearahnya mereka tuju … tanpa bosan dan futur. … Aku percaya wahai saudara, setiap putaran sejarah dan semua kebangkitan dalam sesebuah ummah berjalan diatas Undang-undang Alam ini, termasuk kebangkitan-kebangkitan agama yang dipimpin oleh para Nabi dan Rasul as. … Aku dapati sifat gopoh tertanam kukuh didalam peribadi kita, cepat terkesan, gelora perasaan dan sebagainya, menjadikan kebangkitan kita sekadar lonjakan perasaan , didesak oleh faktor yang sementara sifatnya, kemudian menyejuk dan padam seolah-olah macam tiada apa-apa berlaku … Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang diantara kamu. Dengar dariku  kalimat yang tinggi berkumandang dari atas minbar di Muktamar ini. Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa dikalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain. Sesiapa yang bersabar bersama aku sehingga benih tumbuh, pokok menghijau, buah meranum dan tiba hari memetiknya, maka pahala bagi dia ada disisi Allah. Tidak akan terlepas dari kita dan dia pahala dari 2 kebaikan samada Kemenangan dan Kepimpinan atau Syahid dan Kebahagiaan”.  [Hasan Al-Banna]

Sesungguhnya Agama ini telah tegak hasil jerih payah generasi-generasi terdahulu diatas tunggak-tunggak yang kukuh iaitu Iman kepada Allah, Zuhud dari keseronokan kehidupan yang fana ini dan mengutamakan Negeri yang kekal abadi, pengorbanan dengan darah, ruh, harta dijalan memenangkan Kebenaran, cinta mati di jalan Allah dan kesemua itu melalui petunjuk Al-Quran Al-Kareem. Maka oleh itu, di atas asas-asas ini jugalah kamu mesti mengasaskan kebangkitan kamu. Perbaikilah jiwa-jiwa kamu, fokus betul-betul terhadap Dakwah kamu, pimpinlah umat ke arah Kebaikan. Allah bersama kamu dan sekali-kali Dia tidak mensia-siakan amal kamu.”  [Hasan Al-Banna]

Ustaz Halim INIJALANKU  www.inijalanku.wordpress.com

About these ads

55 Respons

  1. jazakallah,ust…

  2. Berjuanglah berkorbanlah moga amal diterima Allah…. :D salam perjuangan…

  3. Assalamualaikum,
    Tulisan ini banyak menyedarkan saya.
    Benar, benih-benih ini perlu diberi masa untuk berakar, untuk berkayu, supaya pabila tiba masanya nanti, hatta ditolak ribut menggila pun tidak tumbang.

    Salam ukhwah dari saya dari Taman Desa Beringin.
    (Kini menuntut di Jepun-insyaAllah pulang bercuti Mac nanti).

  4. salam ustaz..
    minta izin copy paste artikel dari blog ustaz ya..
    ana link kan sumbernya..shukran jiddan

  5. Moga ummat ini menyedari hakikat dakwah yang sebenar. Ana teringat sirah takkala rasulullah di ‘offer’ 3 ta. tahta, wanita dan harta. Lalu baginda menolak ketiga2 tawaran itu. Perjuangan yang penuh berliku menjadi pilihan. Andaikata tahta yang di offer itu boleh menjadi shortcut kepada kemenangan Islam (penubuhan negara Islam) nescaya Rasulullah telah menerima tawaran itu dari awal lagi. sama2 kita fikir2kan.

    Mabruk ustaz. Penulisan yang amat kritis.

    • salam wbt.

      “sirah takkala rasulullah di ‘offer’ 3 ta. tahta, wanita dan harta. Lalu baginda menolak ketiga2 tawaran itu. Perjuangan yang penuh berliku menjadi pilihan. Andaikata tahta yang di offer itu boleh menjadi shortcut kepada kemenangan Islam (penubuhan negara Islam) nescaya Rasulullah telah menerima tawaran itu dari awal lagi.”

      anta/anti jgn tersilap baca sejarah. kenapa rasulullah saw x mahu menerima tawaran trsebut? kerana mereka ingin mnjadikan Rasulullah saw sbg boneka sahaja (walaupun dpt takhta, tapi dakwah x boleh diteruskan). Maka sbb itu Rasulullah saw menolak tawaran ini, bukan sbb kelemahan tarbiyah atau sbgnya, tapi sbb Islam itu sndiri yg tak dpt disampaikan. (Tawaran itu bukanlah peluang, tapi hanyalah wadah supaya Rasulullah berhenti brcakap tntang Islam.)

      Rasulullah saw juga ialah Politician yg terhebat. Kita? Kata nk ikut sunnah Rasulullah..

      sama2 kita ambil iktibar. jzkk

      wallahu’alam

  6. Memang menantikan ulasan ustaz ..

    Jazakillah khayr

  7. Syukran ya Ustaz..
    Article yang sangat bernas..
    sepatutnya article ni ustaz pos kan kepada pemimpin parti di Malaysia ..dengan harapan dpt memberi benih2 kesedaran dalam hati mereka..jgn kerana wang..pangkat kita nk bermegah..dunia ni pinjaman kan ustaz ..contohilah POLITIK PARTI HAMAS..tu dinamakan politik berlandaskan manhaj y telus kerana ALLAH semata2..syukran ustaz halim

  8. salam ana ibnu rushdan..

    memang tertunggu2 artikel dari ustaz terima kasih atas pencerahan..
    wassalm

  9. Hamas tidak tumbang di Gaza, tetapi PR yg jatuh di Perak. Banyak pelajaran yg boleh kita ambil drp perbandingan ini.

    Pada pendapat saya, hamas mempunyai suatu “kekuatan” yg telah dibina, lama sebelum mereka menang pilihanraya. Justeru, apabila diuji dgn begitu dahsyat selepas menang, mereka mampu bertahan. Rakyat tetap bersama mereka. Pemimpinnya pula sanggup mati demi perjuangan. “Kekuatan” ini tidak dalam lahir sehari dua, tetapi melalui proses tarbiyah yg panjang.

    Amat malang, jika pemimpin sendiri yang membelot. Itu tandanya sesebuah organisasi tidak melakukan tarbiyah, atau mungkin tarbiyah pada nama shj.

  10. Assalammualaikum… Salam ukhwah buat masyiral mukminin… Ustaz Halim dan semua pembaca…. Rasulullah pernah berpesan “katakanlah yang benar biarpun ianya pahit”. Kemelut ini mesti dijadikan iktibar buat semua yang bergelar pemimpin… Betulkan niat dan jangan mengejar nafsu yang hanya fatamorgana dunia… Sesungguhnya artikel -Bejuang tanpa Manhaj- yang ditulis ini seharusnya direnungkan oleh semua umat melayu… sedarlah wahai sekalian manusia sesungguhnya dunia ini hanya pinjaman… manusia sebagai khalifah Allah perlu menjalankan amanah yang diberikan… Kembalilah semula ke jalan Allah, sesungguhnya Allah adalah tempat kembali yang amat benar…. “Berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah, dan janganlah kamu berpecah belah”. Wasalam.

  11. 5 Sebab Hukuman Hudud perlu ada di Malaysia !!! Nak tahu?….. layari….www.taufiksm.blogspot.com untuk komen anda akan isu ini di blog saya…..

  12. moga mendapat petunjuk dan Nur dr ALLAH S.W.T

  13. [...] Politik perak : kemelut yang berpanjangan [...]

  14. Assalamualaikum ustaz,

    bBenar sekali pendapat ustaz. Perjuangan tanpa manhaj hanya satu perjuangan yang sia-sia. Moga kita mendapat pengajaran daripada teguhnya HAMAS dan tumbangnya PR Perak..

  15. askm ustaz

    saya setuju dan juga tak setuju dengan pandangan ustaz
    setuju denagn perlunya iktibar di ambil dari kes di Perak. kenyataan menyatakan bahwa “berjuang tanpa manhaj” ni tak berapa tepat kerana sukar untuk di percayai sekitranya PAS, PKR hatta DAP sendiri pun tidak mempunyai manhaj tersendiri, yang boleh dieertikan sebagai jalan untuk mencapai sesuatu, dalam kes DAP dan PKR sudah tentu objektifnya berbeza dari PAS tetapi ada kesamaan
    Saya agak risau kalau kita rasa lebih berpengalaman dari PAS dalam sepak terajang poliitik yang sebanarnya satu kancah dakwah yang bersifat daruri setelah mereka terjun ke dalam arena politik puluhan tahun lamanya
    Memang menjadi lumrah dalam kerja2 dakwah ni, muka2 baru akan selalu mengutarakan sesuatu yang lebih baik dari mereka yang telah lama berjuang di jalan ini, mungkin dalam bentuk kritikan atau pun satu saranan yang bersifat teori retorik, tetapi apabila muka2 baru ni pulak berpeluang melakukan pekara yang sama, maka keadaannya akan menjadi SAMA atau LEBIH TERUK lagi, sekiranya muka2 baru ini enggan bersama bergandingan dengan golongan lama yang lebih berpengalaman
    Saya ingin bertanya, gagalkah Ikhwan di Mesir setelah sekian lama berjuang tanpa sebarang hasil? Di Jordan? Keadaan di palestin kita sedia maklum dengan jihad yang sedang berlaku.
    Realiti sesuatu keadaan atau penglibatan itu kadangkala menjadi petunjuk yang baik dan ajaran kepada muka2 baru dalam dakwah
    sekadar pandangan untuk renungan

  16. salam wbt,

    ana sangat-sangat setuju sebenarnya dengan pendapat kizar di atas.. bila berkata “Realiti di Malaysia berbeza” – bukanlah bermaksud bahawa yang berkata itu lebih mengetahui atau cuba merendahkan pihak yang satu lagi… tetapi, itu adalah satu hakikat yang perlu kite hadam dan perhati.. ia adalah satu KENYATAAN yang sedar tak sedar, punya peranan yang cukup BESAR dalam menentukan gerak kerja kita..

    bagi ana cukup mudah. kita punya Al-Qur’an dan Sunnah, yang sudah menggariskan dengan lengkap panduan SEPANJANG ZAMAN.. cumanya, bagaimana mahu pastikan kita tak lari dari 2 sumber tersebut dalam menghadapi keadaan HARI INI yang nyata berbeza corak masyarakat, sosial, politik dan ekonominya? dalil kita adalah 2 sumber tersebut secara MUTLAK.. bukannya berdasarkan kisah sirah semata.. [bukan merendahkan sirah Nabawiyyah ye.. sirah sarat dengan pengajaran untuk renungan kita.. tetapi masih bukan dalil, setaraf dengan Al-Qur'an dan Al-Hadith]

    di sinilah peranannya, ketaatan kita kepada para ‘alim ulama’ masa kini. tak mampu rasanya kita yang belajar Perubatan selama 5 tahun misalnya untuk menyaingi kepandaian para ‘alim ulama’ ini untuk memberi hujah..

    mungkin terkadang, perlu untuk kita merendahkan diri kita dan mengakui keterbatasan kita dan memberi ketaatan kepada yang selayaknya selepas ALlah SWT dan RasulNya?

    Allahua’lam.. sekadar perkongsian dari hambaNya yang dhaif

  17. uhuk uhuk…
    salam ustaz, saya nak tanya la…MANHAJ tu apa maknanya? err..saya tak faham la. bole tlg terangkan sket?
    terima kasih

  18. JazakAllah Ust!

  19. Assalamualaikum
    Boleh saya minta pandangan Ustaz berkenaan sistem demokrasi berpilihanraya yang diamalkan di Malaysia? Adakah ianya selari dengan sunnah Rasul dan pra sahabat dalam melantik kepimpinan, terutamanya pembinaan Daulah Islamiyah. Syukran jazilah.

    • Demokrasi ialah satu istilah yang penggunaannya berbagai di pelbagai negara, ie tiada satu definasi yang menepati semua negara.

      Jika satu aspek dlm Demokrasi ialah wakil2 rakyat boleh membuat apa sahaja hukum asalkan mendapat 2/3 undi dalam Parlimen, maka aspek Demokrasi ini tertolak. Hukum Hudud dan hukum2 Qat’iyy (putus & jelas) tidak boleh berubah walaupun mndapat 2/3 undi.

      Jika aspek cara pemilihan orang yang terbaik yang akan menerajui negara, ialah mengikut sistem undi wakil, kemudian wakil2 ini memilih ketua negeri atau negara, maka Islam tidak menghalang cara sedemikian. Setiap zaman, setiap tempat dan stiap keadaan mempunyai caranya tersendiri memilih kepimpinan dan Islam melihat ini hikmah kejadian aqal manusia dalam memilih.

      Dalam susuan bayi, Allah secara putus mengatakan tempoh 2 tahun ialah yang paling ideal. FirmanNya bermaksud, “Dan ibu-ibu yang melahirkan, menyusu anak2 mereka 2 tahun penuh, bagi mereka yang hendak agar sususan itu sempurna ..”. Ini penjelasan sangat detail…2 tahun, walau ribuan tahun akan berlalu nanti, manusia, zaman, keadaan, teknologi berubah, namun susuan yang sempurna ialah 2 tahun.

      Dalam politik, khusus cara memilih pimpinan, Allah tidak menjelaskan secara terperinci !!! Hanya disebut prinsip iaitu bermesyuaratlah. FirmanNya bermaksud, “Dan urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat bersama mereka …”. Bermesyuarat ertinya berhujah, berkenal, dll dan akhirnya memilih yang terbaik. Walaupun isu kepimpinan ialah salah isu terpenting dalam negara Islam (sempurna dulu pemilihan Abu Bakar ra jadi Khalifah, sebelum sempurna urusan jenazah Rasulullah saw), namun Rasulullah saw tidak menunjukkan secara putus cara memilih Khalifah selepas Baginda saw. Jika ada ditunjuk, para Sahabat ra tidak berhujah di Thiqafah Bani Saadah (Parlimen Madinah) untuk memilih calun itu dan calun ini, berkahir dengan peemilihan Abu Bakar ra.

      Ya, Al-Quran dan As-Sunnah tidak menunjukkan dengan putus cara memilih Khalifah. Ini hikmah Allah yang maha hebat, kerana ilmuNya cara pemilihan akan berbeza2 mengikut zaman, tempat dan keadaan. Bukan sehaja setelah beribu tahun, malah pemilihan Abu Bakar ra sendiri berbeza dengan cara pemilihan Umar Al-Khattab. Cara Umar dipilih berbeza dengan cara Uthman dipilih ….

      Oleh itu, sebagai jawapan kepada soalan saudara, cara pemilihan seperti yang diamalkan di Malaysia, ia boleh berubah jika 2/3 inginkan bentuk cara yang lebih baik, tetapi untuk setakat ini, cara ber Pilihanraya Umum yang sedang diamalkan di Malaysia saya boleh diterima.

      Masalah nya bukan pada cara Pilihanraya tersebut. masalahnya ialah cara bersyura dalam masyarakat moden. Mesyuarat dalam bilik mesyuarat, semua faham caranya. Tapi bermesyuarat dalam masyarakat ialah melalui talivisyen, akhbar, ceramah, perjumpaan, pembentangan Manifesto dll. Alat2 mesyuarat ini malangnya disalahgunakan di banyak negara2 umat Islam, tetapi dinikmati ramai di Negara-negara Barat. Hasilnya masyarakat (Hakim dalam Pilihanraya) hanya mendengar dari Peguam Bela (Pemerintah) tanpa mendengar hujah Peguamcara (Pembangkang), lalu membuat keputusan yang tidak masak.

      Kesimpulan, sistem pemilihan ok, tetapi alat dan kemudahan Syura dalam masyarakat diselewengkan. Tiada kebebasan, tiada ketelusan, tiada pertanggungjawaban … Lihat posting saya bertajuk Tazkirah Pilihanraya Australia dan Tazkirah Pilihanraya Jordan. Terima kasih.

  20. terima kasih ustaz

  21. Salam~
    Ini adalah pengajaran utk semua…

  22. >Biasa je
    Sirah adalah al-Quran dan sunnah. Cuba fikirkan. Dan dalam bentuk praktis/tatbiq. Jika kita tidak kaji sirah, bagaimana nak faham al-Quran dan Sunnah secara betul seperti mana Generasi Pertama faham dan praktis?

    Cuba fikirkan adakah kefahaman teori membangunan umat yang kita fahami sekarang menepati Al-Quran dan As-Sunnah? Cuba banding kefahaman kita dan generasi pertama.

    >Kizar
    Manhaj disini Manhaj Islam yg sohih. Cubalah kaji manhaj yang kita faham sekarang dengan kefahaman Islam yang sohih. Cuba kaji adakah kefahahaman kita sama dengan kefahaman Gerakan Islam di tempat lain? Ataupun kita buat anggapan ‘kita faham macam mereka faham’ tanpa mengkaji persamaan secara ilmiah melalui buku-buku dan tokoh-tokoh mereka?

    Sekadar berkongsi pendapat ana. Maaf jika tidak kena tempat. Jika tidak sesuai didelete sahaja.

  23. Saya menghormati pandangan ustaz.. Tetapi maaf, saya mengambil pendekatan untuk tidak bersetuju dengan beberapa pandangan ustaz.

    Bagi saya, ia hanya pandangan dari luar bukan dari dalam. Kurangnya insight akan hal ini. Dalam maksud, ustaz bukanlah orang yang terlibat dengan politik ini secara langsung. Maka adalah tidak adil untuk menghakimi hal ini.

    Ya, kita boleh kata itu dan ini. Memang sangat cantik dan ideal. Tetapi realitinya, bagaimana?

    Tidak keterlaluan jika saya katakan kerajaan Pas di Kelantan adalah mirip kerajaan Hamas di Palestin. Lihatlah, bagaimana pada sesi yang lalu hanya bertahan dengan satu kerusi dun sahaja. Walaupun, adun-adun disogok dengan cara yang sama. Pada masa yang sama ditekan dari semua arah seperti peruntukan tidak sampai dsb.

    Jadi, bolehkah kita katakan mereka sudah mencapai tahap tarbiyah yang dimahukan? Sesungguhnya tiada kayu ukur yang pasti disitu.

    Adalah tidak adil juga untuk kita menidakkan usaha ulama-ulama yang terlebih dahulu berjuang menyambung rantaian ini dari dahulu lagi sehingga ke hari ini.

    Rantaian itu tidak pernah putus, dari nabi Muhammad saw hinggalah ke tok janggut, dr burhanudin al helmi, ust haji fadzil noor dan seterusnya.

    Lihatlah sejarah Islam di tanah melayu sendiri, ada yang kita boleh ambil ibrah selain sejarah yang ada diluar sana.

    Justeru, sama2lah kita doakan agar Islam akan terus ditegakkan di bumi ini. Zaman bercakap sudah berlalu, kini kita meniti zaman praktikal, kita kata, komen, dan kita buktikan dengan perbuatan kita. Ummat manusia mahu melihat yang itu.

    Mohon maaf atas kekasaran bahasa dan salah silap. Wallahua’lam. sekiranya komen ini tidak wajar saya mohon ampunan dr Allah dan moderator wajar delete.

  24. pencintasirah – ana juga pencinta sirah=) kita sekapal rupanya hehe

    tentang apa yang ana quote berkaitan sirah Nabawiyyah bukan dalil dalam menetapkan sesuatu fatwa/hukum, mungkin kita perlu lihat kepada definisi sirah terlebih dahulu? sirah = perjalanan hidup Rasulullah SAW.. [ini mungkin definisi yang ringkas yang sy kongsi.. tapi secara simplistiknya, pada pengetahuan ana, inilah maksudnya..]

    ana bukanlah pelajar agama dan mengkaji kitab-kitab yang terdahulu. maka, hujah ana mungkin lebih kepada logik akal yang bebas untuk diterima dan ditolak. cuma harapan ana agar apa yang ana fikirkan ini, tak bertentangan dengan agamaNya.

    sunnah pula dari sudut syara’ definisinya boleh dilihat di sini – http://www.freelists.org/post/salafy/Istilahistilah-penting-Definisi-As-Sunnah..

    sunnah seperti definisi di atas inilah pada pendapat ana, yang menjadi pengangan kita inshaALlah dalam menetapkan sesuatu..

    untuk sirah pula, suka ana memberi contoh.. jika sirah secara total menjadi penentu kepada perbuatan kita pada hari ini, adakah bermaksud kita juga perlu menggunakan unta misalnya sebagai mode of transport kita pada hari ini? [ana tahu ini contoh yang selalu sangat kita dengar tapi paling mudah huu] apa reason anda untuk menggunakan kereta dan segala advancement yang ada pada hari ni sebagai alternative kepada unta/kuda yang digunakan Rasulullah SAW suatu ketika dahulu? kerana faktor zaman yang sudah berubah dah faktor lokaliti yang berbeza bukan?

    inilah yang ana maksudkan bezanya sunnah dan sirah.. sirah adalah kisah perjalanan Rasulullah SAW dari baginda dilahirkan sehinggalah Baginda SAW wafat.. sudah tentu di dalam sirah itu, terdapat sunnah Rasulullah SAW yang telah didokumenkan di dalam buku Hadith oleh Imam Bukhari dan Muslim misalnya.. dan inilah pada ana Sunnah yang perlu kita berpegang dengan, selepas Al-Qur’an.. [tahu hadith sahaja pun tak cukup.. kena punye ilmu dan sifat peribadi yang sesuai untuk mengeluarkan hukum hakam huu]

    di dalam sirah terdapat khilaf juga terhadap satu-satu peristiwa sedangkan dalam sunnah telah disusun mengikut kesahihannya – hadith sahih, dhaif etc.. sirah Rasulullah SAW sangat banyak membira kita semangat dan seribu satu hikmah terhadap perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam.. dan ia jugalah yang wajar menjadi motivasi terhadap kita semua.. untuk Sirah menjadi seakan ‘dalil’ kepada diri kita sendiri mungkin tiada masalah inshaALlah tetapi untuk menetapkan kepada orang lain juga, tanpa kita punye pengetahuan yang cukup mungkin mengundang masalah..

    ana pernah diberitahu sahabat bahawa Dr Yusut Al-Qaradhawi pernah memberi hujjah tentang hal ini, dan artikel tersebut boleh didapati di laman web beliau.. huu tetapi ianya di dalam bahasa Arab.. ALhamdulillah ana berkesempatan untuk memahami kandungannya dengan bantuan sahabat ana yang pandai berbahasa Arab.. mungkin boleh bermula dari situ?=)

    Wallahua’alm.. ana doakan semoga ALlah SWT memunjukkan kita kepada jalan yang Lurus.. biiznillah..

  25. Saya melihatnya begini,
    Calon2 PKR dlm p/raya ke12 dulu memang main tangkap muat aje….sebab masa tu tak berapa yakin utk menang…alih2 rakyat bagi kepercayaan dgn kemenangan yg tak disangka2 sehingga berjaya memerintah 5 negeri. Calon2 tangkap muat ni tau sajalah.. drp kualitinya x seperti yg diharapkan, bila ditimpa ujian sikit dah kecundang… even PKR sendiri dari segi jentera p/raya pun tak berapa mantap.. kempen2 byk diterajui oleh PAS…
    4 org yg terlibat yg menyebabkan jatuhnya kerajaan PR adalah 2 drp PKR dan masing2 seorg drp UMNO dan DAP…. saya kurang faham dgn tulisan Ustaz…. adakah yg dimaksudkan oleh ustaz ialah PKR & DAP tidak mempunyai manhaj yg jelas dlm perjuangan dan tidak menitik beratkan tarbiyyah ahli2 nya? Kalau itu yg dimaksudkan mmg saya setuju kerana manhaj islamiyyah & tarbiyyah islamiyyah tidak wujud dlm kedua2 parti ini kerana mereka bukan parti or gerakan Islam.
    Kalau yg dimaksudkan oleh ustaz adalah parti PAS dan gerakan2 Islam yg terlibat dlm membantu kerajaan PR sebagai tidak menitikberatkan manhaj & tarbiyyah … then saya rasa ustaz perlu berfikir dua kali… cuba lihat Kelantan sudah lebih 18 tahun PAS memerintah masih belum tumbang lagi… penggal yg lalu PAS menang majoriti cuma 1 atau 2 kerusi tapi sehingga akhir penggal tidak ada adun lompat parti dan PAS terus memerintah dan menang lebih besar di P/raya ke 12.
    Saya rasa adalah lebih baik bagi kita meraikan usaha2 sahabat2 kita yg terlibat dlm politik dan kita beri peluang dan doakan kejayaan mereka, drp kita mengatakan itu ini yg tak sedap didengar semata2 kerana mereka tidak sehaluan dgn kita dari segi cara dan pendekatan dlm mencapai matlamat pejuangan Islam ini. Cuba bayangkan jika waktu ini tidak ada seorg pun sahabat2 yg terlibat dlm politik kerana semuanya masih menjalankan kerja2 mentarbiyah ahli2 supaya jadi ‘perfect ‘ sebelum terjun dlm politik. Tidak ada wakil drp kalangan org2 yg faham Islam di Parlimen & DUN negeri2… adakah ini lebih ustaz sukai?

  26. Diskusi Buku
    “Bid’ah Satu Perbincangan Rapi”
    Muslimin Muslimat dijemput hadir ke majlis ini pada:

    Tarikh :
    21 Februari 2009 (Sabtu)
    Masa :
    Lepas Solat Maghrib
    Tempat :
    Masjid Asy-Syakirin KLCC

    Pendiskusi:
    Ustaz Mahfuz Mohammad)
    (Pendakwah Bebas)

    http://pondokhabib.wordpress.com

  27. salam mungkin yang tidak nampak keseluruhan yg ingin disampaikan akan membuat andaian yg x menyerluruh tapi ana rasa ana faham ape yg cuba ustaz sampaikan…
    jazakallah

  28. kenapa dulu masa DS Anwar Ibrahim laung2kan lompat melompat ini isu ttg perjuangan ini tidak ditimbulkan? kembalilah kepada kebenaran..

  29. usahlah kepartian yang diperjuangkan wahai saudara2ku sekalian..

  30. saya bersetju dgn pandangan proreform, perlu ada di kalangan para daie yang sama-sama berjang amar makruf nahi munkar dalam parlimen. bukan perkara yang menghairankan ikhwan pun dah mula masuk parlimn dan cegah kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan. kita tidak boleh berbangga dengan tarbiyah yang hebat sedangkan diri kita tidak pernah dicuba dgn berbagai cubaan sebagaimana yang telah dialami oleh gerakan islam yang terlibat dgn politik di malaysia.

  31. Agak lucu jg rmai yg cb tegakkn benang yg basah, cb menutup lubang yg makin jelas terbuka. cb fahami dgn mata hati yg ikhlas apa yg ust cb sampaikn. itu bkn teori tetapi LEBIH PRAKTIKAL walaupun tarbiyah akan ambil masa yg pjg tetapi hasilnya terjamin. nantikan perubahan di malaysia plh krg, 20 thn akn dtg. hasil bsabar ats jln Tarbiyah. NANtI kan, ameen. teruskan amal wahai ikhwan, pinggirkan propaganda berlebihan. wallahu a’lam.

  32. Tarbiyyah lebih penting drpd politik kepartaian..

    Ana melihat, inilah manhaj yg telah dtinggalkn Assyahid Imam Hassan al-Banna.. Ana percaya, insyaAllah manhaj ini akn mncapai kejayaan =)

  33. satu kan lah hati2 kami ya Allah, lapangkan lah dada kami ya Allah, hindarkan lah kami dari fitnah ya Allah, jgn lah kau hukum kami kerana kelupaan kami ya Allah, berikan lah kesabaran kepada kami spt kesabaran yg kau berikan kepada nuh ya Allah… ttpkan lah hati kami dalam kesabaran dan tarbiah mu ya Allah…. ameen…

  34. Sekali lagi saya tidak bersetuju dengan 1 jalan dan beberapa kawan2 lain. cuba beri jawapan kepada saya, apakah kayu ukur yang terbaik untuk tarbiyah itu.

    20 tahun?

    Adakah selepas 20 tahun tarbiyah itu telah tamat/sempurna?

    Saya tak pasti bagaimanalah keadaan ummah yang sangat memerlukan bantuan sekarang jika kita asyik sibuk mentarbiyah tanpa memikirkan soal yang lain..

    Dan urusan politik? kita serah pada org bukan muslim? ingatlah serangan pada umat Islam pada hari ini melangkaui sempadan.

    Satu perkara lagi, adakah politik bukan sebahagian dari Islam? menguruskan kehidupan manusia berlandaskan Islam itulah politik.

    akhirnya, saya merasakan kepentingan tarbiyah dan juga memerintah. ia sepatutnya berjalan selari. kerana tarbiyah itu adalah suatu proses yang tiada penghujungnya.

    lihatlah praktikalnya, adakah kita mengatakan TG nik aziz masih tidak cukup tarbiyah? tahukah anda, beliau masih mempunyai usrah dan kuliah dsb disamping urusan memerintah.

    banyakkan pembacaan, rujuklah seberapa banyak sirah nabi dan sahabat2, kurangkan taksub, kurangkan retorik.

    Semoga Allah swt memberi pencerahan kepada antum semua. Mohon maaf atas terkasar bahasa. Adat kita berbincang. Kita ambillah yang terbaik. Jangan kita pertahankan benang yang basah.

    Wallahua’lam

    Wassalam

  35. wa lan ta jida li sunnatullahi tabdila…

    sirah, mungkin “hanya” kisah perjalanan hidup Rasulullah, “hanya” contoh tauladan dari makhluk ciptaan Allah yang paling baik di muka bumi, “hanya” satu formula yang telah men-tamkinkan islam di muka bumi ini selama 500 tahun setelah 23 tahun sahaja berdakwah..

    wallahua’lam.. tapi mungkin “hanya” kerana sebab2 inilah, kita semestinya kembali kepada sirah nabawiyyah sebagai formula berkesannya gerak langkah yang kita orak..

  36. salam wbt

    hmm kadang-kadang ana akui, sesak nafas juga membaca tulisan-tulisan yang mempunyai percanggahan pendapat tentang jemaah ini.. di tambah dengan keadaan yang memang dah extra sesak di Msia.. kalau tak kuat, memang boleh rasa hopeless ni.. tapi ALhamdulillah kita ada Allah SWT yang akan memenangkan AdDeen ini suatu hari nanti inshaALlah..

    sebab itu ana rasa, kita hormati lah apa yang dilakukan oleh jemaah masing-masing. ana yakin PAS sendiri, selaku jemaah yang tertua di Msia, dan yang paling lama berkecimpung dalam medan luas dakwah ini juga mempunyai pegangan begini.. cuma ana tak pasti bagaimana dengan jemaah-jemaah lain.. tak mahulah menikam ‘abang tertua’ dari belakang.. kalaupun kita tak masuk politik kerana reason yang tersendiri, sekurang-kurangnya hormatilah mereka yang bersungguh-sungguh menggunakan politik sebagai medan dakwah.. doakan mereka supaya terus cekal dan tabah menghadapi sepak terajang ‘musuh’ KITA yang sebenarnya..

    masuk politik bukanlah jalan singkat untuk mencapai ustziyatul ‘alam.. untuk mencapai apa yang PAS ada sekarang pun makan masa lebih 50 tahun.. tu baru dapat berapa negeri sahaja.. dan kalau tak bersungguh-sungguh menjalankan amanah ini, ada kemungkinan boleh jatuh ke tangan ‘musuh’ kembali.. maka, apa yang perlu kita lakukan ialah berusaha bersungguh-sungguh menyebarkan fikrah islamiyah kepada lebih ramai orang melalui medan ini.. inilah tarbiyah namanya.. bukan tinggalkan tarbiyah.. berusaha sehingga ke satu peringkat yang mana ALlah SWT memberikan kerajaan itu kepada kita kerana layaknya kita, kerana keimanan kita dan kerana kemampuan kita untuk memimpin sebuah kerajaan.. bolehkah kalau tiba-tiba ‘kita rasa sudah ramai individu Muslim’ di Msia, dan selepas itu baru terjun ke medan politik dan mengharapkan peroleh kerajaan secara automatik tanpa mengetahui selok belok memimpin sebuah negara? huhu.. ni benda yang praktikal yang perlu difikirkan.. PRAKTIKAL.. ingat Islam itu CARA HIDUP..

    kalau anda mahu tarbiyah, maka tafadhal.. tak ada halangan di situ [malah kalau dekat kerajaan pimpinan PR, banyak program tarbiyah boleh dilakukan tanpa halangan huhu].. cumanya, kalau tak sokong masuk politik sekalipun, janganlah kita ‘menembak’ mereka dari belakang..

    ana ada ramai kenalan di bumi kangaroo dan ana harus admit, ana sedih mendengar banyak kisah di sini.. wallahua’lam

  37. Salam ukhuwwah,
    Berbincanglah.. selagi perbincangan ini untuk kebaikan akan ada hikmahnya… jgn kita prejudis dgn menghalusi niat org yg memberi komen… ini counter productive, ia tak akan menambahbaik keadaan kita sekarang… kalau kita ada masalah percanggahan pendapat yg menjadi penghalang utk kita bersatu sila luahkan pendapat saudara dan hujah2 yg menyokongnya…. hujah2 ini yg kita nak dengar … Dengan menganggap kita tiada masalah atau lari drp masalah bukan jalan penyelesaiannya… lambat laun ia akan meletup juga.
    Tulisan ini bukan ditujukan kepada sesiapa… cuma terasa nak ingatkan… terimakasih kepada pembahas2, saya seronok membaca hujah2 anda.
    Semoga Allah merahmati saudara2 dan diberi ganjaran atas kerja-kerja dakwah saudara2.
    Wassallam.

  38. Salam,
    Our ‘PM to be’ nampaknya sedang mengganas….belum lagi jadi PM satu persatu alat & agensi kerajaan diperkudakan utk mencapai matlamatnya… Polis, SPRM & mahkamah digunakan utk menjatuhkan kerajaan PR dgn rakusnya…. nampaknya M’sia akan kembali ke ‘dark age’ era DrM setelah sedikit reform dibawa oleh PM AAB(mmglah tak cukup tapi kita dah boleh nampak akhbar2 Harakah, siasah, suara keadilan di kedai2 surat khabar)…. so para daie sekelian apa yg perlu kita buat? Tunggu dan lihat saja sambil meneruskan program2 usrah sebab kita belum bersedia lagi, tarbiyyah belum mantap. Adakah itu jawapan kita?
    Ataupun kita akan lawan…. tapi nak lawan pun kena ada cara dan salurannya … takkan nak buat demo jer dijalan2 raya, letih juga kena siram dgn air asid….. cara paling sesuai ialah melalui dewan legislative.. cuba bayangkan kalau tak ada wakil kita di parlimen & DUN… harapkan DAP jer. Sapa nak suarakan pandangan Islam keatas kezaliman yg dilakukan?
    You get my point.

  39. proreform..
    salam..
    tapi di awal penubuhan hamas bukankah mereka dikenali sebagai golongan pendakwah yang lambat dan asyik sibuk dengan tarbiyyah…?
    kemudian pabila tiba menuai hasil tarbiyyah..
    mereka dapat memenangi pilihan raya dengan mudah dan terus berpengaruh sehinnga hari ini..

    bukankah begitu juga keadaan permulaan islam..?
    tika seorang sahabat mengadu kepada rasullulah tentang keperitan mereka tika itu juga cerita tentang kisah seorang sahabat yg menangis tika pmbukaaan kota mekah disebabkan tidak yakin dengan awal penyebaran islam yang bole pergi sejauh hari tersebut…
    kerana sbelum itu beliau telah diajak untuk masuk islam namun menolak kerana tidak yakin…

    begitu juga dengan tarbiyyah yg diberi oleh rasul kepada sahabatnya d rumah abi arqam.. bahkan yg menguasAi mekah tika itu adalah kafir quraisy bukan kafir DAP…heheh
    sekadar pandangan..

    salam

  40. 1) sbnr nya bahan bacaan yg kita baca lh yg mencorak pemikiran kita. tentu lah kta mmbaca, mngkaji, baru kta mmmahami, mnghayati, beramal, bgerak & bpegang dgn nya dgn teguh. (bdsarkn alQuran, Sunnah, sirah salafussoleh)
    2) ssiapa yg mmegang bhw jln tarbiyah yg tbaik, bkn bmaksud mrk mnolak polittik, tidak sama skali! tetapi keadaan ummat masa kini mnyimpulkan ubat plg efektif bg mrk adalah tarbiyah, spt yg dimulai oleh Rasulullah. kemudian apabila cukup kekuatan, daulah dbina & marhalah2 seterusnya. politik pastinya dlm concern, tetapi dgn konteks yg lbh luas, cara tsendiri & apabila tiba masanya, ia akan dbukti kan, inAllah.
    3)sesiapa yg bgerak di dlm politik skrg ni, terus kn lah bkerja. kta complement each other. tidak dinafikn sumbangan anda kpd Islam. anda tumpukn lah kerja anda & kami tumpukn kerja kami utk mncapai matlamat dlm keadaan blpg dada. msg2 akan mnerima ganjaran drpd Allah bdasarkn amalan msg2. action speaks louder than words. mnerima kritikan membina adalh ciri daie yg baik.
    P/s : Prestasi Hamas hari ini bmula dgn jalan tarbiyah slama 20 thn =) kayu ukur kejayaan tarbiyah? tanya lah kpd mrk2 yg berada di dlm jln itu.. yg pastinya, IMAN adalah syarat kmenangan. w. A’lam.

  41. wks

    terima kasih atas komen yang pelbagai
    yang penting sekali janganlah berpendapat jalan KITA SAHAJALAH yang penting, yang seerah, yang asli, yang betul dengan menidakkan usaha orang lain, atau cubaan memalsukan fikrah orang lain, ini sikap yang salah

    memang benar saudara mestilah tajjarud (komited) dengan fikrah saudara tetapi pegangan saudara tidak sekali-kali melebihi perasaan hormat dan kerjasama dengan jamaah2 Islam yang lain

    sejarah dah berulang kali menunjukan bagaimana mereka yang dahulunya berkobar2 dengan retorik dan idealisma teoretikal tetapi akhirnya akur kepada realiti yang sebenar yang telah di tempuhi oleh mereak2 yang lebih awal dalam dakwah

    tiada siapa yang boleh menganggap dialah monopoli kepada fikrah Islam ini, hatta Hassan Al Banna sendiri yang selalu disebut2, dan juga jalan kepada perlaksanaan Islam, kesemuanya ialah milik Allah SWT jua, sebab itulah kita lihat pelbagai uslub dan wasilah yang telah dilakukan oleh umat Islam di semua tempat walaupun pada hakikatnya kesemuanya berlandaskan kepada Quran dan Sunnah

    Allah Maha Mengetahui

  42. Saya tak faham apa yang hangpa semua duk gaduhkan.

    Sepatutnya kita kena diskus merujuk kepada persoalan yg diutarakan.

    Malangnya kita menafsirkan apa yang diutarakan mengikut persepsi kita yg tdk dinyatakan pun dlm tulisan ustaz.

    Ustaz tulis tentang peri pentingnya berjuang atas prinsip & manhaj yg perlu digilap melalui tarbiyah. Ini dgn beriktibarkan krisis yg berlaku di perak yg melibatkan calon2 DAP dan PKR yg mengkhianati perjuangan.

    Kat mana pula ada isu menembak dari belakang kat jamaah2 Islam yg terlibat dlm politik?

    Kat mana pula ustaz tulis politik tak boleh terlibat, kena tarbiyah sampai 20 tahun, baru boleh terlibat?

    Kat mana pula dlm tulisan ustaz sebut tuan guru nik abdul aziz tak cukup tarbiyah? atau pejuang islam yg terlibat dlm politik tak cukup tarbiyah?

    Bagi saya tulisan ustaz adalah sebagai tazkirah utk kita kuat berpegang prinsip dan manhaj dgn bersungguh2 didik diri. Jangan tergadai prinsip dan manhaj krn ia adalah intipati dan tonggak kpd mana2 perjuangan.

    Penekanan juga perlu dibuat kepada masyarakat tentang prinsip dan manhaj. Agar mrk menjadi pendokong kpd prinsip dan manhaj.

    Mrklah yang akan mendokong dan memilih pemimpin berdasarkan prinsip dan manhaj.

    Jadi tulisan ustaz tak timbul soal cukup tarbiyah atau tak cukup. Ukur dan nilai pada badan sendiri. Kalau cukup, itu adalah kurniaan Allah. Jika rasa tak mantap, perkemaskanlah. Tak kiralah kita berjuang line politik ke atau apa ke.

    Bila kita kata kita kena berlapang dada sesama gerakan islam, dalam perbincangan, kita kena berbincang dgn objektif (tepat dgn persoalan yg diutarakan) dan tdk dipengaruhi perasaan. Jangan biarkan latar belakang kita mempengaruhi perbincangan kita.

    Salam ukhuwwah utk semua. Selamat berbincang.

  43. Saudara Umar,
    Perenggan pertama tulisan Ustaz membuatkan pembaca2 interpret sedemikian… cuba saudara baca lagi sekali perenggan pertama tu. Saya rasa para pengkritik tidak jauh drp memahami apa yg tersirat dgn membaca apa yg tersurat. Dengan tidak menafikan ada pembaca yg mengutarakan komen berdasar persepsi & pengalaman sendiri dan ada yg syok sendiri menegakkan prinsip perjuangannya … tak apalah memang adat perbincangan lebih2 lagi perbincangan dunia cyber ni…. otherwise tak byk komen kat blog ustaz ni atau cuma dipenuhi dgn komen yg monotonous jer .. mcm ‘t’kasih ustz atas ulasan yg bernas’, ‘satu ulasan cukup mantap menambahkan faham ana..’ , ‘teruskan ustaz menulis’ dlll…. hehhe… teruskan teruskan memberi komen… biar artikel ustaz mencecah 500 komen seperti blog Tun M.
    wassallam.

  44. wks

    bukan gaduh cuma berbincang
    tak ada isu sebenarnya ikut manhaj atau tak ikut manhaj sebab yang melompat tu ialah bukan NGO atau parti atau jemaah Islam, memang sahlah mereka ni tak de manhaj
    jadi kalau nak balik pada tajuk asal, tajuk ni pun tak payah bincang sebab tak sesuai, menyatakan sesuatu yang terang dan nyata, yang lompat ialah PKR dan DAP, sudah tentu depa ni tak de apa2 manhaj
    kemelut di Perak ialah sepak terajang politik yang terpaksa di tempuh bagi sesiapa atau mana2 pertubuhan yang terlibat dengan politik di Malaysia
    tak payah cerita pasal tarbiyah depa ni mesti tak dak tarbiyah
    yang kita dok bincang ni pasal ditekankan perihal tarbiyah, ni yang di jadikan bahan perbincangan
    apa dia tarbiyah ni? bukankan perjuangan itu adalah medan tarbiyah dan perjuangan itu merupakan tarbiyah yang sebenar?

  45. - Interpretation yg baik boleh dinamakan husn zon (sangka baik). Interpretation buruk boleh dinamakan suk zon (sangka buruk). Oleh itu, perlu lebih berhati2 dalam melakukan interpretation ini agar tidak terjebak dalam sangkaan2 membuahkan dosa apatah lagi mengeruhkan hubungan sesama kita.

    – perlu atau tak perlu bincang satu2 topik agak nisbi. Si pulan A anggap tak perlu. Si pulan B rasa perlu.

    – bagus kalau nak jadikan perbincangan berkisar isu tarbiyah. Cuma sekali lagi jgn terlalu kerap masukkan isu2 sampingan agar perbincangan lebih terarah.

    – berdasarkan faham saya yang cetek ini, tarbiyah adalah “pengalaman yg membentuk tingkahlaku (sama ada tingkah laku akal, jiwa, emosi atau perbuatan)”.

    So perjuangan adalah medan tarbiyah. Kerana pengalaman perjuangan boleh membentuk keimanan, cara fikir, emosi dan tindakan. Tapi ia bukannya satu-satunya medan tarbiyah.

    Pengalaman dalam tarbiyah ditafsirkan dgn huraian yang lebih syumul termasuk pembelajaran, latihan, pembacaan, pengalaman peribadi & orang lain, pergaulan, perlaksanaan tugas dsb.

    Apa yang agak penting ialah sejauh mana pengalaman tarbiyah ini menuju kpd objektif yg dikehendaki.

    Kalau dlm gerakan Islam; objektifnya mungkin membtk generasi & masyarakat yg menjadi tonggak Islam dan negaranya. Gambaran ringkasnya bolehlah kita rumuskan sbgmana ayat surah al-hajj: 41 dgn huraiannya yang luas.

    Wallahua’lam.

  46. JazakAllahu khaeran jaza’…………

  47. Salam. hehe, ramai yang nak sembang kedai kopi kat sini. Terkadang lari dari topik sebab nak tegakkan benang yang basah, dan terus melarut :) . Moga2 usaha kita semua ini tidak berakhir dengan kata2 dalam blog je, tetapi diterjemahkan dalam amal kehidupan seharian kita, juga bukan Islam bermusim :) Talk the talk and walk the walk. Moga kita terus beramal dan kurangkan berkata2. Salam perjuangan, Wassalam

  48. wks

    saya kurang setuju kalau intepretasi diistilahkan sebagai dzon yang baik atau buruk, ini perbincangan alam maya yang berdasarkan tulisan seorang ustaz yang ustaz itu sendiri pun tak mahu memberi penjelasan atau tidak mampu memberi respon kepada setiap penulisan kerana terlalu banyak

    untuk saudara umar mengatakan ini atau itu ialah satu dzon yang buruk merupakan dzon juga kepada penulis yang memberi intepretasi yang berbeza, saya katakan saudara umar juga boleh diistilahkan memberi dzon yang buruk

    cara terbaik ialah kalau seseorang mengutarakan sesuatu yang tidak tepat, betulkan dia, tak perlu istilahkan sebagai dzon itu atau ini, kalau nak bincang biar bincang, tak perlu terlalu beralas dan berlapik sehingga maksud tak sampai unless sepenulis di kenali oleh ustaz halim sendiri dan takut disalah anggap

    maaf lari sikit dari tarbiyah, isu ni yang paling hangat sebab terlalu mudah untuk orang2 mengaku dialah jaguh tarbiyah, pada hakikatnya mana hasil tarbiyah tersebut? hanya terpancar didalam lingkungan usrah, inilah satu fenomena yang amat malang yang mungkin melanda umat islam, sekiranya tidak berhati-hati, ramainya yang mengaku jaguh dalam tarbiyah atau mantap hasil tarbiyah tetapi mereka ni jaguh di kampung dan umat, masyrakat dan negara di perjuangkan oleh orang lain
    takut2 pada hakikatnya mereka ini tidak lain dan tidak bukan tapi hanya berkemungkinan kusyuk dalam alam tarbiyah sendiri

    saya tidak berniat untuk mengutuk sesiapa tetapi sekadar renungan di malam jumaat yang mulia ini

    salam

  49. assalamualaikum. pendekatan mungkin berbeza namun cita-cita kita kan sama?

    ada yang memilih untuk menempuh jalan membina dari bawah, penuh kesabaran, peringkat demi peringkat sehingga tercapainya ustaziyatul aalam. walaupun hasilnya tidak cepat, namun terjamin insyaallah.

    ada pula yang memilih untuk berjuang dari dua sisi, tarbiyah dari bawah dalam masa yang sama menempatkan kader-kader yang sudah disiapkan bagi menyertai pilihanraya untuk menyuarakan dan melaksanakan islam di peringkat lebih tinggi, sekadar termampu.

    tidakkah anda melihat, bahawa sebenarnya kedua-duanya bersifat takamul (saling melengkapi) antara satu sama lain?

    marilah kita ingat bahawa perbezaan pandangan sesama kumpulan islam samalah seperti perbezaan sesama mazhab fiqh dalam islam
    (rujuk min fiqhiddaulah, Dr Yusuf Al-Qaradhawi)

    marilah berjalan seiring, lebih kuat, lebih mantap.

    wallahua’lam.

  50. Apa nak jadi dengan politik Malaysia hari ini. Puak tu nampak macam tidak sabar sangat. Kemenangan itu hanya sementara menunggu PRU13. Dan puak BN akan terkubur jadi di arkib sejarah

  51. nak ulas sikit, kita membicarakan masalah tarbiyah, memanglah apa yang berlaku di perak hasil daripada mereka yang langsung tak terlibat dgn tarbiyah. mana ada PKR dan DAP bicara tentang tarbiyah dan depa la yang buat masalah di Perak sekarang ni. PAS tetap istiqamah so pembaca blok jgn kaitkan PAS dalam isu di Perak dan ustazpun tak sentuh lansung PAS kenapa kita merapu tak tentu pasal ?

  52. ana setuju 100% dgn Umar & Abu Maswah. hati-hati usah terperangkap dgn emosi.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 285 other followers

%d bloggers like this: