Darah syuhadak menghidup umat

cimg5497

Kini isu Palestin bukan sahaja ditangani oleh para Ulamak, ahli politik dan badan-badan Islam di Malaysia, malah ia ditangani juga oleh Mat-mat Motor. Kelihatan mereka memakai t-shirt merah berbendera Palestin.

<Update 5/3/2009 Foto-foto> Pada pagi Khamis lalu, suatu yang menggembirakan saya telah saya lihat. Sekumpulan mat motor singgah di stesen bas Terminal 1 Seremban, tempat pertama dalam siri jelajah Malaysia mengutip derma “Selamatkan Gaza”. Saya berhenti sebentar di situ untuk melihat lebih dekat, memberi dorongan kepada mereka dan memetik beberapa foto untuk dikongsi dengan pelawat-pelawat INIJALANKU. Alhamdulillah, darah Syuhadak yang mengalir di bumi Gaza rupa-rupanya menyirami semangat setiap lapisan masyarakat dunia dan Malaysia, dari golongan ulamaknya sehingga golongan mat-mat motor.

cimg5493

Setelah kempen dan perarakan kereta berpelekat SAVE GAZA dari Stadium Melawati, Shah Alam lalu, kini jaulah (pengembaraan) bermotor pula. Kelihatan ketua kumpulan bermotor sedang ditemuramah oleh RTM1. Beliau menyatakan bahawa Seremban adalah tempat singgah yang pertama dalam siri jelajah Malaysia.

Saya teringat di tahun 1997, bila saya mula pulang ke tanahair setelah tamat pengajian di Mesir. Di Mesir, semangat membebaskan Palestin sangat membara dan melata dikalangan segenap masyarakatnya. Saya dapat rasakannya sepanjang 8 tahun hidup di sana. Adapun di Tanahair ketika saya kembali, keadaannya tidak sehebat Mesir. Bahkan ketika itu walaupun saya banyak memberikan kuliah berkenaan isu Palestin, tetapi dihati saya masih gusar sekiranya Kerajaan Malaysia bertindak mengiktiraf kewujudan negara haram bernama “I.s.r.a.e.l”, umum rakyat Malaysia tidak akan bangkit menentang kecuali beberapa badan Islam sahaja. Memang ramai rakyat Malaysia punya sentimen terhadap Yahudi tetapi asas sentimen tersebut tidak semantap dan seilmiah yang sepatutnya. Memang Kerajaan Malaysia belum mengiktiraf “Israel”. Ini tertera dalam pasport Malaysia yang membenarkan paspot itu diguna di setiap negara didunia kecuali “Israel”. Namun jika tekanan memuncak dari Barat khususnya, sedang rakyat pula leka, saya tidak menolak kemungkinan mana-mana kerajaan pun akan tunduk kepada tekanan luar, apatah lagi jika disertai dengan ancaman ekonomi dan politik. Sebaliknya jika rakyat sedar, sedang mereka pula adalah para pengundi, kerajaan dalam sistem demokrasi sering tunduk kepada pendirian para pengundi ramai.

cimg5486

Jika kebiasaannya,mereka yang menyumbang ke tabung Palestin adalah mereka yang menghadiri perhimpunan, majlis ceramah dan seumpamanya, kini mereka yang sedang berada di warung juga dapat menyumbang hasil keghairahan Kumpulan Bermotor mendapatkan simpati mereka.

Dalam memenangkan Dakwah Islam ini, kita di dalam gerakan Dakwah tidak dituntut untuk bergerak berhadapan dengan Jahiliyah secara bersendirian. Sebenarnya di dalam masyarakat yang berbagai lapisan itu sebenarnya tersimpan potensi-potensi yang sekiranya disedarkan dan dipandu, ia boleh membantu ke arah mencapai apa yang dicita-citakan oleh Islam dalam sesebuah negara dan dunia.

cimg5487

Sebahagian masyarakat yang tidak tercapai oleh Pendakwah, boleh dicapai oleh pendokong-pendokong yang lain. Apa yang dituntut dari Pendakwah ialah membangkit dan memimpin simpati masyarakat seramai mungkin dan menala tenaga mereka ke arah apa yang bermenfaat untuk Perjuangan Islam.

cimg5498Sumbangan untuk umat Islam tertindas di Palestin dari kedai-kedai dan masyarakat yang berbagai. Ini juga dalam jangkauan Kumpulan Bermotor.

Apa yang saya lihat di pagi Khamis lalu mengenai usaha ikhlas dan bersungguh mat-mat motor tersebut membuktikan hakikat ini. Jika pada tahun-ahun 1990an lalu saya agar risau Malaysia akan diheret kepada mengiktiraf kewujudan negara yang diberi nama “I.s.r.a.e.l”┬ákerana ramai rakyatnya leka, namun selepas Perang Gaza baru-baru ini, saya agak tenang kerana dengan kesedaran isu Palestin kini, sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun akan datang Malaysia tidak mungkin mengiktiraf negara haram tersebut. Semoga Dakwah ini akan terus membimbing dan memimpin segenap lapisan masyarakat menuju keredhaanNya, menyelesaikan permasalahan umat dan bergerak menuju keagungan yang diimpikan. Ameen.

cimg5488

“Sesiapa yang beramal baik seperti seberat zarah akan diperlihatkan (di Hari Pembalasan). Dan siapa yang beramal jahat seperti seberat zarah (juga) akan diperlihatkan” (maksud Al-Quran).

Ustaz Halim INIJALANKU http://www.inijalanku.wordpress.com

About these ads

13 Respons

  1. Salam.. Alhamdulillah, golongan2 ini insyaAllah akn mnjadi perintis dkwah kpd rakan2 mreka lainnya.. Dakwah kita perlu smpai kepada mereka2 ini..

    “They are still subjected to Allah’s guidance”

    Jgn memandang rendah golongan2 ini, kmungkinan kita yg ditakdirkn Allah utk mgejut mereka..

  2. alhamdulillah…. sesungguhny jalan2 untuk membina kebaikan terbentang luas… maka tugas itu sudah pasti akan dipikul oleh semua manusia mengikut kemampuan dan kemahiran masing2… sungguh mengembirakan bila alunan2 jihad berkumandang di ikim kerana kemahiran mereka, sungguh mengharukan apabila umat berlumba2 dalam membina kebaikan2 mengikut kemampuan masing2…. teruskan usaha yang pelbagai kerana persiapan untuk bertemu Allah itu bukan dgn satu cara sahaja… wallahu a’lam

  3. Jiddiyyah begini yang kita harapkan dapat mengalir dalam darah pemuda sekarang…

  4. Alhamdulilah, moga kesedaran itu terus bersinar. Kadang2 persepsi kita sering memandang serong pada mat-mat motor ni tapi mgkn skrg kita boleh lihat mereka sbg future mad’u kita…..
    Allahua’lam

  5. Alhamdulillah.. semoga lebih ramai dari kita yg menyedari tentang hal ini.

    kadang2 ada yg mengatakan untuk apa kita berdemonstrasi untuk rakyat gaza?

    sebenarnya demonstrasi2 kita dilihat mereka melalui kaca2 media di sana dan inilah yg membangkitkan semangat mereka, seperti yg dikatakan seorang mujahidin di sana.

    Ya Allah.. bantulah saudara2 kami di Gaza. menangkanlah mereka.

  6. GAZA = Kesatuan !
    GAZA = Kesedaran !
    GAZA = suatu tarbiyah kepada ummah semuanya untuk kembali bangkit !

  7. tentera muslim
    mane hilangnya nya tentera nih..
    xnampakah saudara kita dibunuh dgn kejamnya di gaza..
    tegakkan daulah khilafah kembali wahai saudara2ku..

  8. subhanallah .. betapa hebat percaturan Yang Esa… sendiri hampir menitis air mata kesyukuran.. semoga semangat jihad yang kembali menyubur ini akan terus berkembang… dan semoga Allah memilih tangan2 kita yg akan terus menyuburkannya….

  9. Alhamdulillah…

    Nasib baiklah kerajaan Malaysia tidak bersikap mengiktiraf Israel dan bersekutu dengan negara haram itu serta menidakkan pencabulan Israel ke atas Palestin kan? kalau tak mungkin mat-mat motor ni pun tak berani nak kutip-kutip derma camtu kan?

    Btw, antara point yang ana nampak kat tulisan ustaz ni ialah lebih baik berusaha menyedarkan masyarakat tentang Islam atau isu-isu tertentu yang merupakan penentu kepada sesebuah kerajaan yang akan memerintah negara berbanding bermati-matian menentang kerajaan dengan jalan politik.

    Dengan masyarakat berkesedaran sesebuah kerajaan tidak boleh menentukan dasarnya sesuka hati sebaliknya akan condong kepada masyarakat terbanyak yang merupakan pengundi-pengundi yang mengangkat mereka. Betul ke ustaz?

    • Amal Islami ialah berusaha menyedar dan mendidik individu, keluarga dan masyarakat tentang Islam dan menghayati Islam dalam jiwa, hati, aqal, fikiran seterusnya akhlak dan kehidupan seharian adalah tugas asasi kita. Dari Masyarakat Islam lahirnya Kerajaan dan Negara Islam. Dari masyarakat yang jahil lahirnya kerajaan yang jahil. Adapun “membangkang kerajaan” melalui jalan Politik, ia adalah sebahagiaan dari tugas-tugas menyeluruh Amal Islami, dan bukan keseluruhan tugas Amal Islami dan termasuk dalam aspek Amar Makruf Nahi Munkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran). “Masyarakat Berkesedaran” saudara adalah satu istilah baru yang baik. Masyarakat seperti itu tidak boleh dipermainkan oleh kerajaan mereka. Sebaliknya “Masyarakat Tak Sedar-sedar” ialah masyarakat yang bergelumang dengan dosa (fasik) dan mudah diperbodohkan oleh kerajaan mereka. Firman Allah swt bermaksud, “Maka Fir’aun memperbodohkan kaumnya lalu mereka mentaati dia. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik(Az-Zukhruf:54).

  10. [...] p/s: Post ini dibuat sebagai response kepada masalah Mat Rempit yang semakin menjadi-jadi. Namun penulis sangat yakin bahawa ada nilai perubahan terhadap mereka yang bergelar REMPIT ini. Buktinya disini. [...]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 287 other followers

%d bloggers like this: