Syabas Nik Nur Madihah SPM 19A1 1A2

nik-madihah

Saya terharu dan bersyukur mendapat berita Nik Madihah mendapat 19A1 & 1 A2 dalam SPM2008 lalu,  sedang tempat dia membesar dan mengulangkaji adalah di sebuah rumah dan dalam keluarga yang sangat sederhana. Ayahnya bekerja sebagai nelayan, menyewa rumah yang “sempit dan uzur” RM90.00 sebulan seperti dikatakan Utusan Online.

Nik Madihah sendiri menceritakan keadaannya … “Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis… Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik … Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng… Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 – RM700 sebulan… Saya belajar di ruang tamu. Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama… Saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami…   Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng. “

madihah2

“… Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya…” (Nik Nur Madihah)

Pengajaran-pengajaran yang boleh saya simpulkan :

  1. Umat Islam, samada lelaki maupun wanita, mempunyai potensi aqal dan semangat yang hebat ke arah membangunkan umat Islam sekali lagi di akhir zaman ini. Hanya yang tinggal ialah bagaimana mendidik potensi-potensi ini dengan Tarbiyah Islamiyah yang sejati sehingga kita dapat menghasilkan pendakwah-pendakwah yang hebat, sempurna lagi menyeluruh.
  2. Umum berpendapat bahawa anak yang tinggi IQ nya adalah lahir dari ibu bapa yang dari bidang-bidang professional. Namun hakikatnya IQ yang tinggi adalah anugerah Allah yang diberikanNya kepada siapa sahaja dari kalangan hamba-hambaNya. Anugerah IQ boleh dikira sebagai salah satu bentuk rezeki dari Allah. “Siapa yang bertaqwa kepada Allah diberinya jalan keluar. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak dia sangka-sangka. Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah mencukupkannya …” (Al-Quran).
  3. Tiga rukun tarbiyah yang terpenting ialah Mutarabbi (Nik Madihah), Manhaj (syllabus SPM) dan Murabbi (guru-gurunya). Adapun bangunan, teknologi canggih, strategik planning, SWOT analysis dll adalah alat-alat luaran yang cuba membantu pentarbiyah diri semata-mata. Tanpa kesemua alat-alat tersebut, mungkin akan berlaku kesulitan tetapi tidak mustahil tarbiyah boleh berjaya asalkan Murabbi, Manhaj dan Mutarabbi nya jelas dan hebat. Sebaliknya, tanpa murabbi yang faham dan hebat, tanpa mutarabbi yang bersungguh dan ikhlas dan tanpa manhaj yang salah, pentarbiyahan tidak akan ke mana, walaupun peralatan-peralatan sokongannya canggih dan mahal.
  4. Keberkatan dalam rezeki untuk membesarkan keluarga adalah rukun penting dalam hidup. Saya percaya seorang nelayan seperti Nik Mohd Kamal, ayah kepada Nik Nur Madihah, yang makan berlauk dihari biasa, tetapi “berlauk telur goreng di hari tengkujuh atau ketika bot rosak …” benar-benar mendapatkan rezeki keluarganya dari hasil kerja laut secara halal semata-mata, berbanding dengan banyak bidang profession dan kerja lain di zaman canggih Malaysia Boleh pada hari ini yang sukar melepaskan diri dari riba dan putar belit (gharar).

Syukur kepada Allah swt yang menganugerahkan kejayaan yang menonjol ini. Syabas kepada Nik Nur Madihah diatas anugerah Allah mendapat 19A1 1A2. Hari-hari depannya masih jauh dan mencabar. Kejayaan dalam pelajaran dan SPM bukan satu-satunya kejayaan dalam hidup. Posting saya mengenai kisah malang genius matematik, Sufiah Yusuf : Permata Yang Berkecai jangan dilupakan. Masih banyak kejayaan-kejayaan dalam kehidupan dan perjuangan ini yang mesti dicapai, terutama kejayaan Dakwah Islam, mendapat redha Ilahi dan SyurgaNya. Semoga Allah terus memberi kita kejayaan demi kejayaan untuk umat Islam ini kearah mengagung dan meninggikan KalimatNya di atas mukabumi ini. Ameen.

Ustaz Halim INIJALANKU   www.inijalanku.wordpress.com

 

INILAH RUMAH SAYA

Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari

 


  

Utusan Online 14 Mac 2009.

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

Resipi kejayaan Madihah dapat 20A

KETIKA keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam seorang pelajar, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, membuat kejutan apabila mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Wartawan Utusan Malaysia, AZRAN FITRI RAHIM dan jurugambar, HAFIZ JOHARI menemui Nik Nur Madihah di rumah keluarganya di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk mengetahui rahsia kejayaannya.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006 itu bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu menjadi tempat dia berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

UTUSAN MALAYSIA: Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?

NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.

Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.

Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?

Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.

Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.

Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?

Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini.

Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan.

Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.

Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?

Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.

Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?

Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.

Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 – RM700 sebulan.

Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?

Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.

Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?

Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.

Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.

Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?

Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.

Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.

Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?

Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal.

Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.

Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?

Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).

Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?

Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.

Apakah hobi dan cita-cita saudari?

Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.

Di mana mahu melanjutkan pelajaran?

Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah.

About these ads

29 Respons

  1. moga Nik Nur Madihah…. menjadi seorang anak yang solehah hingga akhir hayatnya,…. sesungguhnya balasan untuk orang beriman ialah kejayaan hidup dunia dan akhirat

  2. Majlis Maulid Di Pusat Pengajian Ba’alawi, Kemensah

    Majlis Maulid Di Pusat Pengajian Ba’alawi, Kemensah
    Assalamu’alaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh

    Tarikh: 21 Rabi’ul Awwal 1430H/ 18 Mac 2009 (Rabu)

    Lokasi: Pusat Pengajian Ba’alawi, No 9, Jalan UP2A, Prima Ukay, Kemensah. (belakang Zoo Negara)

    Tetamu Khas: Habib Kazim as-Seggaf (dari Tarim, Hadramaut), Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid dan Tuan Guru Baba Abdul Aziz

    Aturcara:

    Sholat Maghrib berjemaah
    Bacaan Ratib al-Haddad
    Bacaan Maulid – Diyaul Lami’
    Ceramah oleh Habib Kazim
    Qasidah
    Ucapan oleh Tuan Guru Baba Abdul Aziz
    Ijazah Bacaan Dhiya ul Lame’ oleh Habib Kazim
    Tertib al-Fatihah oleh Habib ‘ali Zainal ‘Abidin al-Hamid
    Sholat Isya’
    Jamuan

    Muslimin dan Muslimat di jemput hadir. Dan sila panjangkan jemputan ini kepada kenalan tuan-tuan/puan-puan.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  3. Assalammualaikum..
    Tahniah & syukur pada Allah yang mengurniakan kehebatan aqal pada manusia beriman. Setelah kejayaan di buktikan, banyak tawaran di hamburkan & pelbagai kata manis di limpahkan..
    Nasihat saya, pegang pada pendirian dan teruskan cita-cita ke Mesir. Jangan sesekali tukar tujuan ke negara lain terutamanya negara yang bersengkokol dengan Yahudi. Jangan terima tawaran ke London. Dunia hanya sementara, akhirat kekal selamanya.. Jangan terpengaruh dengan pujukan pendidikan sekular. Tetap bersam Islam. Allah Akbar..

    • putera jihad,apa sala ngan london,ustaz mohd asri mufti perlis tu pun sambung belajar di london,Tidak tahukah anda Mesir ini juga negara yang bersekongkol dengan yahudi .jordan mesir lagi hampir dengan israel .biarlah si madihah tu buat keputusan sendiri wahai putera jahad.

  4. pendidikan boleh sekular, terpulang kpd pelajarnya utk mensyumulkan diri. Bukan salah pada tmpt. Tiada salahnya dgn London. Di mana2 pun bumi Allah jua

    • Saya setuju dengan awak org melb.tiada salah dengan tempat.Tiada salah dengan london.Kalau hanya nak belajar di mesir dan takut untuk meneroka tempat lain bukan jihad namanya tu

  5. Assalamualaikum..
    Nyata sekali kuasa Allah utk memberikan kita suatu pemikiran baru, membuat penilaian diri. Satu je yg perlu difikirkan…. Tiadakah sebarang biasiswa/pinjaman utk beliau.. Setahu saya, YIK ada mengeluarkan biasiswanya sendiri di sekolah biasa. Mengapa terkecuali utk beliau?

  6. salam. terharu dan saya mendoakan adik ni terus berjaya. jadi muslim yang hebat dan ikutan adik2 sekolah yang lain. InsyaAllah jika negara ini dikuasai dengan orang yang berilmu, shohih ibadahnya dan hebat mental dan fizikal, nescaya hebatlah orang2 islam dan mampu menguasai dunia. pada ustaz halim, datanglah sabah lagi.harul.

  7. Salam ustaz,
    Htar akhawat g tajmik. : ]

    Semoga Allah menjaga ukhti Nik agar menjadi tokoh dakwah Islam di masa hadapan. InsyaAllah

  8. huhu ana dapat rasakan banyak pihak yang telah atau akan berlumba-lumba memberinya ‘tawaran’, cabaran apabila potensi seseorang itu diketahui umum, dia akan menghadapi ujian banyaknya tawaran yang datang, moga Allah memimpinnya dengan taufiq dan hidayahNya yang tidak pernah salah, sungguh segala nikmat yang telah kita kecapi atau orang lain kecapi semuanya hanya datang daripada Allah yang Maha Esa yang sekali-kali tiada sekutu bagiNya.

  9. tahniah kepado oghe kelate…hehe

    alhamdulillah, subhanallah…

    sy tak sangka hidup best student kite tahun nie sesusah nih…

  10. [...] Pengajaran dari kejayaan Nur Madihah oleh Ustaz Halim ISMA di sini. [...]

  11. Salam
    Nme adk Hamizah..
    Dok kat Bandar Baru Bangi,SelangOr
    UmO 15..[PMR Candidate]
    Email-Leo_princess94@yahoo.com

    ….Kak Madihah…
    Adk respect sngt2 kat akk..
    Akk nk tawu x…
    Akk skang nieyh da jdik idOla nO. 2 adk..
    Thanx ea coz akk bg tips2 tOk b’jaya…
    InsyaALLAH..Adk akn cOntOhi..
    Erm..
    TahOn nie adk PMR..
    So..Arap akk dOakn adk dpt 9A ea..
    Amiiinnn…
    (:

    p/s : Adk harap adk dpt b’jaya cam akk n if ALLAH allows it..adk nk jumpe akk stu ari nnti..Amiiinnn…

    SmOga akk dpt :
    ~m’bhagiakn parents akk..
    ~m’capai kejayaan dunia akhirat..
    ~m’capai cita2 n impian akk…
    Amiiinn…

  12. “Nikma Ajrul Amilin” , man jadda wajada waman zara’a hasoda.Pesanan untk adk madihah jgn lupa sujud syukur kepada Allah yg masih mmberi peluang kpd adk hidup hgga ke ahri ini.semoga dgn kejayaan ini adk dapt memartabatkan Islam di mata dunia. amin.. Sekiranya Rasulullah masih hidup, pasti beliau bangga kerana mempunyai umat seperti adik.terus berjuang mempertahankan Islam yg kian tenggelam di bumi kini.”Badaal Islamu Ghariban wasauyudu kama badaa fatu bal ghuraba.ilalliqa’ ma’assalamh.

  13. Tahniah atas kecemerlangan. Teruskan perjuanganmu di atas jalan Allah. Cekalkan hatimu menghadapi hidup dan ketentuan yang telah ditetapkan.

  14. tahniah
    syukur kpd ALLAH yg mmberi kejayaan 2

  15. tahniah….diatas kjayaan saudari..tp ingat,kejayan dunia hanya sementara tp kejayaan akhirat selamanya.kejayaan manusia sebenarnya bile mana dpt masuk syurga Allah swt.awas,jangn tertipu dgn kesengan dunia tipu daya dan sementara..yg penting bawak iman dan amal sempurna pd Allah

  16. tahniah kepada kedua ibu bapa beliau krn membesarkn anugerah kurniaan tuhan dgn baik…mungkin berkat dari rezeki yg halal memberikan nikmat yang setimpal kepada anda sekeluarga…sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah…

  17. tahniah buat adik madihah..my junior..bangga dpt jd exstudent Maahad Muhammadi Lilbanat..semoga barakah yang menyinari bumi kelahiran ulama’ ini akan terus bercahaya terang menghiasi segenap ruang hati masyarakat dengan dakwah fi sabilillah..

    Far away,Cairo

  18. Alhamdulillah..saya ucapkan tahniah kepada akak nik madihah di tas kejayaannya… Saya berbangga dengan pencapaian akak..Saya berharap dapat menjadi seperti NIK MADIHAH.Saya ingin berjumpa kak madihah pada suatu hari nanti .Insyaallah…. nabila.zailan@yahoo.com.my KUANTAN PAHANG

  19. TAHNIAH ATAS KEJAYAAN AKAK.DOAKAN SYA D’SINI .AMIN

  20. Saya ada terbaca tentang beliau yang amat minat membaca hinggakan selepas exam pun beliau masih ke perpustakaan untuk membaca.

    Keikhlasan beliau terhadap ilmu dan buku amat terserlah dan bukan hanya untuk peperiksaan sahaja.

    Tahniah.
    Dari saya…

  21. (essalam)

    mm..dahulu sekolah kami taklah terkenal sampai ke peringkat kebangsaan.Di Kelantan sendiri pun,ketika batch saya mencapai 98 orang yang mendapat 9A dalam PMR,hanya terkenal di peringkat sekolah2 Yayasan Islam Kelantan sahaja.
    Agaknya budak2 sekolah ni dah biasa keep low-profile.

    Di maahad,persaingan memang banyak.Komunitinya datang dari segenap pelusuk Malaysia ..Full scorer dalam setiap peperiksaan besar dari tingkatan 2 ke tingkatan 5 biasanya ramai,dan tidaklah glamour sangat di sekolah.Yang membuatkan seseorang student itu lebih dikenali ialah bile menguasai ujian hafazan al-Quran,atau pidato,atau kuiz kebangsaan,atau projek2 sains.

    Dan budak2 maahad ini sudah terbiasa dengan latihan memori.Ada yang memasuki kelas menghafal al-Quran.Yang tak masuk kelas itu pula asyik menghafal pelajaran2 agama yang terlalu banyak.
    Ada juga pelajar2 yang memang susah untuk catch up dengan hafal menghafal ni dan diawal2 nya agak tertekan kerana orang lain lebih advance.tapi lama kelamaan skill nya datang dengan sendiri.Apa tidaknya,hampir 19 jam berkepit dengan kertas nota yang hampir nak lebur.

    Yang paling penting,dalam masa mempelajari ilmu2 akademik,ilmu agama juga dibawa bersama.Ada fun juga disebalik method yang sebegitu…dulu memanglah asyik mengeluh dengan 24 subjek di tingkatan 4,tetapi bile semuanya selesai..barulah terasa yang semua yang dilalui sebelum ni membantu hingga sampai ke tahap kini.

    Pemandangan di maahad yang agak unik ialah ketika budak2 sekolah di waktu petang dalam pukul 5-6 sehingga waktu maghrib duduk2 di padang,di pondok2,ada yang di kelas2,menghafal al-Quran atau pelajaran.Mereka terpaksa berkejar dengan masa dan target.
    Hasilnya,saya mapu menghafal 1 mukasurat al-Quran dalam masa 10-15 minit sahaja (kini malangnya agak slow sedikit kerana kerap mengulangnya).Saya yakin bukan saya seorang sahaja yang boleh berbuat begitu.

    keluar rumah pukul 8.00,balik semula pukul 10.30 malam……adalah rutin yang tidak asing bagi sesetengah pelajar maahad.pagi belajar akademik,malam pula belajar al-Quran di sekolah.Ketika saya dalam interview untuk biasiswa pengajian saya dahulu,orangyang bertanya itu mengajukan soalan tentang hectic nya kehidupan seorang yang akan bekerja dalam bidang yang diambil,dengan tanggungjawab tambahan oleh penaja..teringat saya akan masa2 saya pulang ke rumah pukul 10,30 malam tu…

    maaflah jika bahasa saya agak tak tersusun…sudah lupa untuk bertutur dengan normal …jika pulang ke malaysia perlu berfikir 2 3 kali sebelum berkata2.

  22. engkau secekal sumaiyah,
    pemikiran mu sebijak rabiyatul addawiyah,
    kau adalah kurnian ilahi yang x ternilai,
    tapi ku barharap kau x lupe asal diri mu,
    kerana mengejar kemewahan dunia,
    bangga kan lah negara mu wahai madihah,
    banggakan lah ibu bapa mu wahai madihah,

  23. SY BNGGA DGN KPANDAIAN SUFIAH,TETAPI SY X BANGGA DGN PRUBHAN SKAP SUFIAH….BIAR KTE X PNDAI ASALKAN PNDAI MNJGA DIRI APTAH LAGI DI TMPAT ORG…SAYA SBAGAI UMAT ISLAM AKN SNTIASA BRDOA KJAYAAN MUSLMIN DAN MUSLIMAT DI DNIA DAN DI AKHIRT….AMIN

  24. salam kak,sya sngt bngga akak excellnt ngan cmrlng . . .smoga akak berjaya dunia akhirat . . .amiNNN . . .

  25. Masya Allah, may Allah S.W.T. reward her!
    I would like to know if there is anyway to contact her?
    (e-mail, address)
    May Allah S.W.T. help us become successful like her,
    I am taking my final exams this year insyaAllah, and I hope to surprise my parents with excellent results too, and become a doctor soon insyaAllah

  26. [...] Nik NuMadihah SPM 19A1 1A2 Share | [...]

  27. sya sngt sdh ktika mmbca ttg khidupn yg dijalni olh kakak nik madihah…sya rsa sgt trharu…saya doakn smoga kakak nik madihah dpt mnjdi orgyg solehah dn dihormti olh kalayak ramai…AMIN.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 287 other followers

%d bloggers like this: