Ahmad Yasin HAMAS dlm kenangan

ahmad-yasin-05

 

sayap-kiri-perjuangan

Ustaz Syeikh Ahmad Yasin (1937-2004), pengasas gerakan HAMAS, Palestin. Dibedil syahid pada 22/3/2004. Pengganti beliau, Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisy 1947-2004 (foto di bawah Ustaz), doktor pakar kanak-kanak (pediatrik) juga dibedil syahid pada 17/4/2004, kurang sebulan selepas mengambilalih tugas dari Ustaz Ahmad Yasin.

Kelmarin, 22/3/2009, genap 5 tahun perginya Ustaz Ahmad Yaasin, pengasas HAMAS di Palestin yang syahid bila kereta yang dinaikinya semasa pulang dari solat di masjid dibedil dengan peluru berpandu Israel dari helicopter Apache buatan Amerika. Musuh menyangka HAMAS hidup kerana kewujudan tubuh badannya, tetapi hakikatnya HAMAS terus hidup dengan Manhaj yang ditanam olehnya kedalam jiwa umat dan disuburi pula oleh darah syahidnya yang mengalir suci.

 

Ahmad Yasin dilahirkan di Askalan, Palestin tahun 1937, menjadi pelarian tahun 1948 di Gaza selepas pengisytiharan Negara haran “I.s.r.a.e.l” ketika pembunuhan dan pengusiran beramai-ramai. Beliau lumpuh ketika berumur 12 tahun dalam kemalangan ketika bermain dan hidup diatas kerusi roda sepanjang hayatnya selepas itu. Ketika belajar di Universiti Al-Azhar, Kaherah, beliau menganggotai gerakan Ikhwan Muslimin. Sekembali ke Gaza, beliau mengasaskan Pusat Islam pada tahun 1973 yang kemudiannya banyak mempengaruhi institusi-institusi pendidikan lain di Gaza. Pernah dihukum penjara 13 tahun mulai 1984 atas tuduhan memiliki senjata, mengasaskan gerakan penentangan terhadap Israel, namun beliau dibebaskan pada tahun berikutnya atas pertukaran banduan.

 

ahmad-yasin-02

 

 

yasin005

yasin007

 

Pada tahun 1987, bersama dengan beberapa tokoh, Ustaz Ahmad Yasin mengasaskan gerakan HAMAS bermisikan tarbiyah umat dan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Barat.

 

Setiap hari beliau mempunyai jadual yang berbeza akan tetapi ada jadual yang tetap iaitu bangun sejam sebelum azan Subuh untuk membaca Al-Quran dan solat sehingga azan. Selepas solat Subuh, beliau menyambung membaca Al-Quran dan berehat seketika kerana beliau hanya tidur selama 2 jam diwaktu malamnya. Ini adalah kerana, para tetamu selalunya selesai dilayan kesemuanya sehingga jam 1 atau 2 selepas tengah malam. Beliau bangun jam 9 atau 10 pagi., bersaparan dan pergi ke pejabatnya iaitu sebuah bilik di rumahnya sendiri. Dikala itu, keadaan di Gaza tidak seperti sebuah negara seperti hari ini. Pejabatnya yang berupa sebuah bilik di rumahnya itulah seperti kerajaan, bahkan negara dengan segala agensi-agensinya. Di situ berlaku perjumpaan politik, temubual wartawan, kuliah agama dan pentadbiran gerakan. Di situ juga zakat dan derma dikumpulkan dan diagihkan. Di situ perbalahan dalam masyarakat dihakimi dan dileraikan, permasalahan keluarga diselesaikan dan apa sahaja isu yang tergambar difikiran seseorang. Di situ juga tempat orang datang meminta pertolongan mencari pekerjaan, jodoh pasangan atau mencari penyelesaian melanjutkan pelajaran.

 

Isteri beliau, Hajjah Halimah Yaasin atau dipanggil Ummu Muhammad berkata, “Ustaz seorang yang hebat jiwanya, memiliki kesemua pengertian kemanusiaan. Beliau sentiasa redha terhadaap kami, senyuman jarang terpisah dari bibirnya. Kam benar-benar kehilangannya namun beliaau telah mendapat apa yang dicita-citakannya (syahid).

 

“Syahid adalah cita-cita beliau yang tertinggi. Itulah doa beliau yang sering dilafazjkan dihari-harinya yang terakhir. Beliau telah lama merinduinya. Alhamdulillah, beliau mendapat syahid ketika dia amat memerlukannya iaitu ketika penyakit-penyakit yang beliau hadapi sudah sampai ke peringkat kronik.  Kehidupannya teratur. Masanya dibahagikan kepada ibadah, amal siyasi dan kemasyarakatan. Adakalanya beliau mengambil kesempatan membimbing keluarganya dan  memberi kasih sayangkepada cucu-cucunya.

 

Beliau bangun sejam sebelum subuh, berwudhuk, bersiap untuk solat di Masjid Al-Mujammak Al-Islamy yang terletak di Hayyu Faisaly. Selepas solat subuh beliau menyampaikan kuliah kepada jemaaah surau dan kemudian ke pejabatnya untk meneliti surat-surat yang tiba. Selepas itu beliau membuka Pejabatnya kepada sesiapa yang datang berurusan, mendengar permasalahan mereka dengan teliti dan menghulurkan bantuan di nama yang termampu.

 

Beliau sentiasa memastikan dirinya menjadi contoh tauladan dalam semua aspek hidup dan perjuangan. Walaupun dalam keadaan sakit, kemahuannya yang kuat sering mengalahkan semangat orang-orang lain yang sihat, terutama dalam berkhidmat kepada masyarakat sekelilingnya.

 

ahmad-yasin-07

 

ahmad-yasin-06

 

Seorang  anak perempuan Ustaz Ahmad Yasiin bernama Maryam berkata, “Dia adalah seorang ayah yang penyayang yang telah menganugerahkan kepada kami kasih saying yang tiada hadnya. Sungguh kehilangannya bukan sahaja kehilangan buat kami, malah kehilangan buat umat ini. Beliau sangat tersusun dalam urusannya, seimbang dalam tiap aspek, untuk keluarganya, untuk Dakwahnya, tidak lupa bersama kami dalam memberikan kasih saying. Beliau adalah murabbi, sangat menepati sebarang temujanji, tidak mengeluh walaupun sakit kerana lumpuhnya memuncak, sebaliknya sentiasa bermanis muka sambil memuji Allah swt. Beliau sangat tawadhuk, tidak pernah menolak makanan yang dihidang, menyukai kanak-kanak, gembira bila melihat mereka bersuka ria. Yang paling meyempitkan jiwanya ialah bila mendengar mereka menangis. Beliau mempunyai 3 anak lelaki, 8 anak perempuan dan 40 cucu. Dia tidak bertangguh dalam membantu saya walaupun jika terpaksa menggunakan dulu wang perbelanjaan rumah.

 

albanna

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna (1906-1949), pengasas Ikhwan Muslimin (1928), fikrah atau ideologi yang membawa tertubuhnya HAMAS oleh Asy-Syahid Ahmad Yaasin (1937-2004) pada tahun 1987 menggantikan ideologi dan perjuangan FATAH (1964) yang telah banyak terhakis.

Anak lelaki Ustaz Ahmad Yasin bernama Abdul Hamid berkata, “Lima tahun selepas kesyahidannya, setelah beliau menanam benih kabaikan ke dalam umat Palestin sejak tahun 1950an lagi, hari ini kita dapat menyaksikan buah hasil dari usaha dan darah ayah dan sahabat-sahabatnya dalam gerakan HAMAS. Yang turut menyerlah ialah kemenangan HAMAS dalam Pilihanraya Parlimen 2006 dan membentuk Kerajaan Palestin.

 

“Dengan anugerah Allah, HAMAS terus berkembang dan maju hingga kita saksikan gagalnya Israel dalam serangan terakhir ke atas Gaza dalam berdfepan dengan Mujahideen Al-Qassam”. 

“Beliau ada kebolehan menarik manusia, meyakinkan mereka terhadap Fikrah dan hujahnya, baik dalam pergaulan, tinggi akhlak, bercampur dengan semu alapisan masyarakat, kaya dan miskin, sering didatangi ramai manusia.

 

Seorang lagi anak perempuan Asy-Syahid, Khadijah berkata, “Pernah satu syarikat menderma sejumlah kain mahal bermutu tinggi lalu abang kami mencadangkan supaya syarikat tersebut menukarkan jenis kain kepada mutu yang lebih rendah agar jumlah kain tersebut menjadi lebih banyak dan dapat dimiliki oleh orang miskin yang lebih ramai bilangannya. Ayah tidak bersetuju dengan pandangan kami, sebaliknya beranggapan bahawa orang miskin juga berhak memakai pakaian yang baik mutu kainnya.

 

Salah seorang pemimpin HAMAS di Gaza Utara, Ibrahim Solah berkata, “Kami sentiasa mengenang Ustaz Ahmad Yasin bilamana kami berjaya memenangi Pilihanraya, memasuki Parlimen, memimpin Perang Gaza dan mengalahkan musuh. Kami mengenang pengasas kepada usaha-usaha ini terutama Ustaz Ahmad Yasin yang memimpin HAMAS sehingga berjaya sampai ke tahap ini. Kami akan sentiasa terus berada di atas Jalan dan Manhaj ini walau betapa hebat tekanan yang datang. Pengorbanan yang dicurahkan tidak akan berhenti dan berakhir”.

 

Seorang mujahid Batalion Al-Qassam (sayap jihad HAMAS) berkata, “Pernah kami kagum dalam perbincangan dengan Ustaz Ahmad Yasin secara terperinci tentang taktik peperangan. Ia bukan sekadar perbincangan semangat tetapi perincian operasi. Kami menggunakannya di dalam operasi kami di medan diantaranya ialah cara memilih jalan-jalan yang akan ditanam periuk api untuk membinasakan kereta-kereta kebal musuh, cara dan alat-alat yang akan diagih-agihkan oleh mujahideen di medan di sekitar Gaza, jalan-jalan yang akan digunakan oleh Yahudi untuk memasuki Gaza dan lain-lain lagi.

 

yasin009

 

Berkata seorang wartawan yang menziarahi beliau, Wisam Afifah, “Ustaz Ahmad Yasin sangat memberikan kepentingan kepada aspek Media. Ramai wartawan datang menemui beliau untuk mendapatkan komentar beliau terhadap isu-isu semasa. Belia adalah contoh unik kepada seorang yang berjaya mengatasi kecacatannya, salah seorang symbol bagi Palestin dan kemuliaan Arab dan Islam, meyakini perlunya tarbiyah, pembinaan syahsiyah, jihad dan bekerja tanpa mengenal penat dan bosan sehingga datang ketentuan Allah swt. Beliau juga contoh teladan kepada seorang yang berjuang demi Prinsip dan Fikrah. Bila kamu disibukkan oleh dunia atau mula leka dari menghulurkan pengorbanan dan sumbangan, maka ingatlah perjuangan dan pengorbanan yang dicurahkan oleh Ustaz Ahmad Yasin.

 

Pada 6/9/2003 beliau terselamat dari cubaan bunuh oleh Israel apabila pejabat HAMAS dibom oleh jet pejuang Israel. Pada 22/3/2004 beliau syahid apabila kereta dinaikinya dibedil peluru berpandu dari helikopter Apache ketika pualng dari solat di masjid. Moga Allah swt menerima amalan dan jihad beliau, menggolong Asy-Syahid bersama para Anbiyak, Siddiqiin, Syuhadak dan Solihin di Syurga nanti dan menjadi teladan kepada kita semua dalam mencari redha Ilahi. Ameen.

 

‘Dikalangan orang-orang beriman, ada mereka yang benar dengan apa yang mereka janjikan kepada Allah. Sebahagian mereka telah syahid, sebahagian lagi sedang menunggu dan mereka tidak mengubah sedikitpun janji mereka” (Al-Quran).

 

 

Ustaz Halim INIJALANKU  www.inijalanku.wordpress.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

About these ads

6 Respons

  1. syukran ustaz atas post yang sgt mantap….

    termenung sendirian memikirkan ape pula sumbangan yang kita telah buat untuk umat ini…..

  2. Jazakallah di atas perkongsian

  3. post yg menyentuh hati..

    jzkk..

  4. jazakallah atas perkongsian yang membina semangat dan memberi inspirasi..moga Allah golongkan kita semua di kalangan para anbiya’,syuhada dan solihin..

  5. [...] cerita penuh mengenai ‘pakcik’ ini di sini. [...]

  6. subhanallah…scinya prjuangan yg dlakukannya.moga ia mnjd tauladan buat yg lain agr x trus hnyut dgn duniawi semata-mata

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 287 other followers

%d bloggers like this: