Karamah Maknawi di bumi Palestin

unrwa

Kelmarin 25.3.2009, HAMAS menang 17 dari 27 kerusi Pilihanraya UNRWA.

Subhanallah !! Karamah demi karamah kita saksikan di bumi Palestin. Jika dalam Perang Gaza baru-baru ini, kita mendengar Karamah-karamah Hissi (yang boleh digarap oleh pancaindera), semalam berlaku Karamah Maknawi (pemahaman dan pengajaran). Selepas 3 tahun sekatan makanan dan ubat, 1544 syahid Perang Gaza, ribuan cedera dan cacat, ribuan bangunan rumah, sekolah, masjid, hospital ranap kerana rakyat Palestin mengundi HAMAS dalam PRU 25.1.2006, kelmarin HAMAS menang lagi, kali ini dalam Pilihanraya UNRWA 25.3.2009 !! Jelas umat yang ditarbiyah sama sekali tidak diganggu gugat oleh kelaparan, peluru, bom, pembunuhan maupun godaan billion dollar !! Jelas pimpinan yang suci Manhajnya didokong rakyat, diwaktu senang maupun susah !! Rakyat Akhirat !! Pimpinan Akhirat !!

Sebahagian pembaca mungkin belum mengenali UNRWA. Dari official websitenya ” … UNRWA (the United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East) is a relief and human development agency, providing education, healthcare, social services and emergency aid to over 4.6 million refugees living in the Gaza Strip, the West Bank, Jordan, Lebanon and the Syrian Arab Republic. UNRWA is by far the largest UN operation in the Middle East, with over 29,000 staff, almost all of them refugees themselves, working directly to benefit their communities – as teachers, doctors, nurses or social workers.”

HAMAS memenangi 17 dari 27 kerusi AJK UNRWA yang dipertandingkan. Baki 8 kerusi dimenangi oleh kumpulan-kumpulan di dalam PLO (Palestinian Liberation Organisation) dan 2 kerusi jatuh ke tangan calon bebas. Bilangan pengundi melebihi 10,000 orang. Sebaik kemenangan diumumkan, HAMAS mengeluarkan kenyataan umum bahawa keputusan dan kemenangan besar tersebut adalah satu tamparan ke muka musuh-musuh Islam, Yahudi, Barat dan seluruhnya, yang menganggap bahawa umat Islam boleh diperkotak katikkan dan boleh dijinakkan dari bangkit membuat penentangan terhadap Penjajahan. Anggapan mereka jelas meleset.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Demi untuk umat Islam, kerana Palestin adalah hak umat Islam. Palestin dan Masjidil Aqsa yang sedang dijajah mesti dibebaskan. Di sini kami membantu kamu membebaskan rumah suci kamu. Di mana pula kamu dalam membantu kami ??!!

Hak Pilihanraya dan menyuarakan pendapat adalah hak semua insan yang diperakui Syarak. Hak ini hendaklah diberikan terus menerus kepada umat Palestin untuk memilih wakil-wakil mereka dan mempertahankan hak-hak mereka. HAMAS seterunya menyeru semua agar menghormati pilihan para pengundi, tidak mencuri hak-hak mereka, menyediakan suasana yang sesuai untuk Pilihanraya Parlimen dan Presiden yang akan datang. HAMAS menyeru agar PLO diperbaiki agar ia tidak disalahgunakan untuk kepentingan sempit “parti tertentu” (FATAH) dengan menggadaikan matlamat suci umat dan tanahair (menegakkan agama dan menamatkan penjajahan). HAMAS meminta Pemerintah (FATAH) yang menguasai Tebing Barat agar membebaskan aktivis-aktivis yang sedang dipenjara, agar mereka dapat terus berperanan kepada masyarakat.

Rasulullah saw diutuskan Allah dengan membawa keterangan dan Agama yang benar. Bersama Baginda saw, Allah sertakan mukjizat hissi dan maknawi. Mukjizat Hissi ialah keterangan-keterangan yang nampak dengan pancaindera seperti Baginda saw membelah bulan, air terpancar dari jari-jarinya dan sebagainya. Mukjizat Maknawi pula adalah keterangan yang hanya boleh digarap oleh ilmu, hati dan jiwa melalui pengertian dan makna yang terkandung di dalamnya, contohnya Al-Quran. Jika diperhatikan pada zahirnya, bentuknya hanya seperti buku-buku yang lain, tetapi isikandung, ruh dan petunjuk didalamnya mampu menghidupkaan jiwa seseorang dan umat, menghidupkan bangsa Arab dari kaum nomad kepada Empayar dan Tamaddun Umaiyah dan Abbasiah, bangsa Melayu yang kurafat Hindu kepada Empayar Kesultanan Melaka dan Nusantara.

Photobucket

Karamah hissi di Palestin seperti roket dilancar tiba-tiba dan membunuh musuh, sedang roket tersebut masih ada dikelonsong pelancarnya, jasad syuhadak yang masih kekal dan segar walau telah dikebumi bertahun lamanya dsb telah membangkit keimanan ramai umat. Semalam, Karamah lain pula memberi pengajaran kepada umat sejagat. Mereka adalah umat berpegang kuat kepada agama, kepada prinsip dan keyakinan terhadap Akhirat. Walaupun balasan yang mereka terima kerana memilih HAMAS dalam PRUII 25.1.2006 lalu adalah sekatan makanan, ubat dan wang, Perang Gaza yang mengorbankan anak dan keluarga yang mereka sayangi, namun pada mereka Islam mewajibkan mereka membebaskan Palestin dan sebarang tanah Islam dari Penjajahan Yahudi dan Barat. Islam mewajibkan  mereka bangkit dengan Jihad terhadap musuh yang tidak memahami bahasa perdamaian dan perjanjian. Allah menjanjikan kemenangan kepada hanba-hanbaNya yang bertaqwa dan berpegang kepada prinsip dan tidak mengiktiraf “I.s.r.a.e.l”, satu bentuk Penjajahan. Mereka tidak melihat selain HAMAS yang masih berpegang dengan prinsip-prinsip di atas. Mereka sekali lagi memilih HAMAS kelmarin dalam Pilihanraya UNRWA 25.3.2009. Mereka tahu risikonya tetapi tetap akan bersedia menghadapinya, walau dengan nyawa mereka sendiri dan nyawa ahli keluarga mereka sendiri.  Ini sungguh suatu yang ajaib. Inilah Karamah Maknawi di bumi Palestin.

hamasrallyimage4

Ucapan termasyhur Asy-Syahid Dr Abd Aziz Ar-Rantisy sebaik ditabal menjadi Ketua Umum HAMAS, menggantikan Ustaz Ahmad Yasin, dihadapan ratusan ribu hadirin, sambil menjulang senapang dia berkata, “HAZA HUWAT TOREEQ” (Inilah Jalannya !!)”.

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus satu golongan dari umatku, terang-terangan di atas Kebenaran. Musuh dan mereka yang tidak memperdulikan mereka sama sekali tidak akan memudaratkan mereka, sehingga datang ketentuan Allah, sedang mereka terus begitu keadaannya”. Para Sahabat bertanya, ‘Dimanakah mereka ya Rasulullah?”. nabi saw menjawab, ‘Di Baitul Maqdis (Jerusalem) dan disekeliling Baitul Maqdis (Palestin dan Syam)”. (Hadis).

Ustaz Halim INIJALANKU  www.inijalanku.wwordpress.com

About these ads

8 Respons

  1. Subhanallah!!

  2. Allahu akbar!!!

    moga kita tergolong sebaris bersama mereka

    ameen

  3. Allahu akbar!
    Semoga kita bersama mereka, insyaAllah.

  4. Semakin lama semakin byk perkara yg tak pernah berlaku dahulu terjadi..karamah-karamah ini…

    Umat Islam juga gerakan Islam dari seluruh dunia perlu sedar akan tanda-tanda ini..dan kaitannya dengan perjalanan masa depan agama ini di muka bumi Allah ini.

    Soalan untuk mereka dan kita : what’s next?
    (kalau ust boleh kupas pun menarik juga..)

  5. Allahu akbar!!!

  6. ALL;AHUAKBAR..

  7. Allahuakhbar.semoga diri ku,ahli keluargaku n umat Islam tergolong dlm glgn syahid di bumi Palestin.Allahuakhbar…………Allahuakhbar…….Allahuakhbar……….

  8. ya allah lindungilah mereka ..
    sesunguhnya kami lemah dan hina

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 293 other followers

%d bloggers like this: