Selamat Pengantin Baru

cimg6469

Selamat Pengantin Baru kepada anak kedua saya, Khairah Abdul Halim, 20, dan Qamarul Naim bin Mohd Faizal, 21, yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada pagi Jumaat 3/4/2009 lalu di Dewan Malaysia, Al-Abbasiah, Kaherah, Mesir. Barakallahu lakuma, wa barik alaikuma, wa jama’a bainakuma fil khair. Saya dan isteri bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada semua yang terlibat sehingga semua urusan berjalan dengan selamat dan meriah sekali.

dsc_5465

 Di surau Dewan Malaysia Al-Abbasiah, Kaherah, saya menikahkan anak saya, Khairah dengan Qamarul Naim.

dscn0514

Berfoto bersama Pengantin Baru (duduk di depan) ialah di belakang dari kiri Siti Aisyah Muhammad (anak abang saya, kini pelajar perubatan di Iskandariah), Kak Long Uswah (mendukung Ahmad Syahid, anak bongsu saya), isteri saya, saya, menantu Shuhaib Ar-rumy Selamat dan adik kembarnya Salman Al-farisy Selamat.

Ini adalah perkahwinan kedua dikalangan anak-anak saya, dimana perkahwinan pertama telah berlangsung pada Jumaat 15/2/2008 tahun lalu diantara Kak Long, Uswah Hasanah Abdul Halim dengan Shuhaib Ar-rumy bin Selamat di Masjid As-Salam, Al-Hayyu Al-Asyir, Kaherah, Mesir.

dsc_5769

Selepas Aqad Nikah, Majlis Walimah berlangsung di Dewan Malaysia Al-Abbasiah, Kaherah.

Kak Ngah Khairah kini menuntut di Kuliah Syariah, Universiti Al-Azhar, Kaherah. Beliau bersekolah rendah di Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah, Seremban, Negeri Sembilan dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Islam Hira’, Jeram, Selangor. Selepas menduduki SPM, Khairah belajar di Sekolah Menengan Islam Hidayah, Ipoh, Perak, Institiut Islam Darul Mujahideen, Telok Panglima Garang, Banting, Selangor dan menduduki peperiksaan Diploma Syariah di Kolej Ugama Darul Quran Islamiyah (KUDQI), Manir, Terengganu.

dscn0502

Qamarul Naim juga sedang menuntut di Kuliah Syariah, Universiti Al-Azhar, Kaherah. Beliau bersekolah rendah di Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Kemaman, Terengganu dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Selepas menduduki SPM, Qamarul belajar dan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Ipoh dan mendapat tempat terbaik pada tahun tersebut diperingkat kebangsaan.

dsc_5877

Saya dan isteri, Ustazah Hajjah Fariza Ibrahim. Kami pernah belajar di sini suatu masa dahulu. Ketika itu Uswah dan Khairah juga belajar di Sekolah Rendah Islam Ar-Ridwan, Al-Hayyu As-Sabiek, Kaherah sehingga darjah 3 dan 4.

Saya dan isteri turut bersyukur kepada Allah swt kerana berpeluang menghadiri majlis perkahwinan kali ini dengan dihadiri sama oleh bapa dan ibu mertua yang turut sama dalam perjalanan untuk mengerjakan Umrah.

Semoga Allah swt memberkati kedua-dua mempelai dan memberkati kesemua umat Muhammad saw yang ikhlas dan bersungguh berusaha membina rumahtangga dan keluarga Islam yang sejati. Kasih Sayang Dalam Keluarga dan Dakwah adalah asas penting dalam membina mahligai rumahtangga. Bergitu juga berkahwin dalam usia muda memerlukan sedikit sebanyak pengkongsian pengalaman atau Tips Berkahwin Awal  Tips Berkahwin Awal (2) untuk sedikit sebanyak membantu kita melayari kehidupan baru yang sudah tentu berbeza dengan alam remaja atau bujang. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina Qamarul dan Khairah akan menjadi salah sebuah rumahtangga contoh ke arah Membina Generasi Harapan, insyaAllah.

“Wahai Tuhan kami, kurniakan untuk kami dari kalangan pasangan-pasangan kami dan zuriat kami, sebagai penyejuk mata. Dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan). Ameen.

Di bawah adalah foto-foto sekitar Majlis Aqad Nikah dan Majlis Walimah (diambil dari http://raqaiq.wordpress.com/):

dsc_5274

dari pengantin lelaki

dsc_5297

dari pengantin perempuan

dsc_5289

mahar..

dsc_5400

Mendengar Khutbah Nikah ..

dsc_5465

Ust Halim meng’akad’kan menantunya

dsc_5593

selepas akad

dsc_5630

Qamarul & Khairah menuju ke dewan diiringi paluan kompang

dsc_5636

diikuti rapat Ust Siroj & Dr Nik Nabihah

dsc_5666

Ust Halim,Qamarul,Ust Siroj

dsc_5682

Dr Nik Nabihah,Khairah

dsc_5769

menjamu selera

dsc_5715

baik2 tuang air hijau tu dik.tumpah kang..

dsc_5804

memang penuh dewan.kelihatan pakcik2 dan makcik2 yang menyertai rombongan umrah Ust Halim.

dsc_5877

Ust Halim & Isteri

dsc_5748

Persembahan nasyid

dsc_5824

sedikit ole2 dari kami,ikhwah Tanta

dscn0485

“macam tak percaya je Qamarul dah kawen”

dscn0493

G7 SMIH..Mabruk la Qamarul=) macam dah bole agak je sape pulak lepas ni??hmm…

dsc0429j

Warga PaLS | Alumni SMIH JB

dscn0496

Khairah & Qamarul

dscn0502

Qamarul & Khairah

dscn0514

Foto-foto & komentar sekitar Majlis Aqad Nikah dan Majlis Walimah diatas diambil dari http://raqaiq.wordpress.com/

Sekian, terima kasih.

About these ads

43 Respons

  1. Salam..

    Wah,tak sangka ust sudi ambil gambar2 ni dari blog ana yg tak seberapa dan letak kat blog ust.

    apa2 pun,selamat pengantin baru untuk Qamarul & Khairah,dan tahniah juga untuk ust sebab dapat ahli baru dalam keluarga.

    teringat ust belanja ana minum ‘asir manggu masa on the way balik dari solat subuh,pagi walimah haritu=)

    • Wsm ww. Oh..foto2 blog akhi rupanya. Foto2 dlm digital camera ana tak boleh dikeluarkan sebab tak bawa cable USBnya. Guna memory card drive, ada masalah sikit. Tanya Shuhaib, dia cadang ambil foto dari raqaiq.wordpress.com. Jzkk. Foto2 dari blog akhi agak lengkap dan menyeluruh. – Us.Halim

  2. barakallahu lakumaa wa baarak ‘alaikuma wa jama’a bainakumaa fil khair. Alf mabruk ustadz untuk menantu baru.. juga untuk akh Qamarul Naim~Salam dari Malaysia..

  3. tahniah ustz dan keluarga..
    ana kongsi kegembiraan
    syukur Alhamdulillah..
    semoga diberkati Allah

  4. Tahniah ustaz..

  5. mabruk mabruk ust halim

  6. Tahniah ustaz dan tahniah juga kpd Qomarul Naim..:)

  7. Barakallahuakuma..Selamat Pengantin Baru

  8. tahniah dari ana dan ustaz najib.
    moga dilimpahi keberkatan sepanjang hayat…
    rasa macam baru saja kenangan ke mesir, melihat uswah dan khairah di karachi, transit ke mesir…tahun 1990…
    doakanlah untuk nabil dan adik-adiknya juga…
    dilimpahi rahmat, hidayah dan kasih sayang Allah selalu.

    assalamualaikum untuk kak za..

  9. Mabruk Ust Abdul Halim dan kak Fariza Sekeluarga. Semoga dirahmati Allah swt seluruh keturunan dunia hingga ke hari akhirat. Doakan kami agar dapat dikurniakan ALlah swt menantu-menantu dan seluruh keturunan yang menjadi pejuang Risalah Allah swt ini sebagaimana yang dikurniakan oleh ALlah swt kepada ustaz sekeluarga. Buat anakanda Khairah dan Qamarul, salam ukhuwwah, dan perjuangan serta doa dari ummi ina sekeluarga “barakallahulaka, barakallahulaki, barakallahulakuma, waja’alabainakuma fi khair”. Buat kak uswah dan suhaib, selamat mendidik cucunda Jidda Ina. Buat semua keluarga ustaz dan besan serta keturunan – Uhibbukumfillah dari kami sekeluarga.

  10. Salam..Selamat Pengantin Baru…Satu lg Kejayaan dlm mbentuk Rumah Tangga Dakwah..Moga Allah swt sentiasa mberkati serta mmudahkan pjalanan hidup di dunia dan akhirat…AMEEN

  11. Mabruk li akhuna Qamarul Naim.
    salam dari KMB

  12. Salam,
    Tahniah kepada ustaz dan isteri di atas perkahwinan anak Ustaz di Mesir. Walaupun jauh dari tanah air, tetapi nampak meriah sungguh. Semoga perkahwinan mereka sentiasa diberkati Allah swt.

    Tahniah!!!!

  13. salam. mabruk pd ustz. semoga dikurniakan generasi penyambung perjuangan yang lebih mantap! senang2 ziarah lg kami di bumi Syam ni… salam mahabbah…

  14. Assalamualaikum wbt

    Syukur alhamdulillah dan tahniah kepada ustaz dan isteri kerana mendapat menantu.

    Semoga diberkati Allah senantiasa.
    Insyallah.

    Dari Hj Rose Ady dan Hjh Salmi, Bandar Baru Bangi.

  15. Tahniah buat kedua mempelai, dan tahniah juga kepada uz Halim dan Fariza. Semoga rumahtangga yang dibina menjadi rumahtangga dakwah yang dapat menjadi qudwah buat semua anak-anak pelapis era kini.

  16. Salam.
    Tahniah dari kami sekeluarga buat ustad dan ustazah juga buat pengantin baru -‘Gokekkon Omedetou!!!’ Semoga Allah memberkati jalinan dan ikatan yang telah di Tentukan-Nya…

  17. alf mabruk..!!

  18. tahniah, kerana menerima menantu yang kedua

  19. Tahniah ustaz. mabruk…

  20. salam,,,tahniah ustaz,mabruk alaikum,,,

  21. salam ustaz…
    kami dari warga di korea selatan turut terasa bahangnya…
    tahniah dan mabruk alaikum…
    semoga kita semua tsabat dlm perjuangan utk memenangkan agama ALLAH…

  22. mabruk ya ustaz
    tahniah kat kak khairah
    moga bahagia dunia n akhirat
    smoga dpt melahirkan anak yg memperjuangkan aqidah islamiyyah..allahuakhbar
    jaga diri hiasi peribadi seperti akhlak isteri2 NABI

  23. Assalamualaikum ustaz..
    kami dari warga ums, mengucapkan selamat pengantin baru..moga bahagia..

  24. ana masih ingat main bola lepas subuh dgn qamarul naim di suk saiyarat. subhanallah! rupanya dia menantu ust yg kedua rupanya..mabruk ust!

  25. Mabruk kpd Akh Qamarul Naim dan Ukht Khairah atas pernikahan…..jangan lupa doakan kepada kami yg single lg supaya dapat pasangan yg terbaik di sisi Pencipta…..

    ALLAHummaj’alna minassholihina, waj’alna minal muqorrobina ilaika.ALLAHumma taqobal minna a’malana kulliha wa adkhilna jannataka firdausil a’la….

  26. Tahniah, semoga bahagia dunia akhirat.

  27. salam. tahniah ustaz.. dari ghazali sekeluarga, nz.

  28. barakallahu lakumaa wa baarak ‘alaikuma wa jama’a bainakumaa fil khair..Semoga bertambah kekuatan ISMA Mesir InsyaAllah..Tak sabar nak tunggu kepulangan tokoh-tokoh Mesir ni ke Malaysia suatu hari nanti. : ]

  29. betul kata ust, “mcm tak percaya qamarul dah kawin”. saya sempat bertemu beliau ketika masih bujang di kemaman beberapa tahun lepas sewaktu pulang bercuti summer. kecil juga dunia nih (in this case).

  30. mabruk ya ukhti khairah….:))

  31. Assalamualaikum wrbkth…

    Alhamdulillah saya terdampar ke blog ustaz ini dan terbaca khabar2 gembira tentang ustaz dan anak2 dan foto2 yang sangat meriah. Mungkin ustaz masih ingat pada saya dan suami. Kami pernah mengerjakan haji dalam tahun 2001 yang lalu (if I am not mistaken) dan kami terserempak dengan ustaz dan membuatkan suami saya sangat terkejut terharu dan gembira. Suami saya Ahmad Puaad pernah menjadi guru dan warden semasa ustaz belajar di MRSM kuantan dulu. Saya seronok sekali dan tumpang gembira melihat anak-anak ustaz selamat mendirikan rumah tangga semoga dirahmati dan diberkati Allah ameen. Mohon ustaz tolong doakan kebaikan untuk kami dan anak-anak kami . Alhamdulillah Kami dikurniakan empat anak perempuan dan seorang anak lelaki. Saya juga berhajat agar semua anak-anak kami dipermudahkan bertemu jodoh yang akan sama-sama saling lengkap melengkapi mencapai redha Ilahi ameen, e mel suami saya puaad@ukm.my
    Terima kasih
    Wassalam

    • Waalaikumsalam wr wb

      Kegembiraan puan saya kongsi bersama, bahkan pagi ini saya amat gembira kerana dapat berhubung semula dengan guru saya yang pernah mendidik saya semasa di MRSM Kuantan suatu masa dahulu. Apa khabar di sana? Sejak 2001, saya masih ke Mekah di Musim Haji setiap tahun sehingga ke tahun ini, alhamdulillah. Jika tidak keberatan, mohon no tel dan alamat rumah cikgu. Mudah-mudahan saya dapat membawa isteri dan anak-anak menziarahi cikgu sekeluarga di Selangor. Salam dari kami buat cikgu sekeluarga. – Us.Halim, 213 Jalan 4, Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban, NS. Tel: 019-678 0000.

      • Assalamualaikum wrtbkth….

        Sudah lama saya tidak kembali melihat blog ini.. dan tak perasan ada jawapan / balas dari ustaz kepada mesej yang saya tinggalkan tempoh hari.. Terima kasih. Nanti saya akan mesejkan nombor telefon suami saya pada ustaz, dan alamat kami.

        Kami berdua bertugas di UKM Bangi.dan tinggal di Shah Alam, suami di fakulti sains, dan saya di fakulti pendidikan. dan selalu juga ke Seremban, outstation tugas rasmi. Alhamdulillah suami saya sihat nanti saya akan beritahu dia tentang komunikasi ini.

        Dulu saya dah ceritakan tentang blog ini pada dia dan beritahu dia yg ustaz dah ada dua menantu, dan kami belum lagi setakat ini… insyaAllah mudah2an nanti… doakan lah..

        Sebenarnya saya teringatkan cerita tentang career path ustaz ini apabila saya dikehendaki buat satu kertas dasar tentang “bridging program” yang antara lain bagaimana program di universiti boleh membangu pelajar yang baik yang ingin bertukar bidang pengkhususan.. .

        Dan saya terdampar di blog ini bila saya nak hadiri konwanis 2009 baru2 ini dan saya search asal usul isma dan masuk ke blog ini. Alhamdulillah, saya doakan semuga segala usaha diberkati dan mendapat rahmat dari Ilahi untuk terus …ameen.

        rosyadah

  32. Tahniah buat Qamarul Naim….

  33. TAHNIAH ATAS PERKAHWINAN ANAK ANTA..SEMOGA BERJAYA DUNIA AKHIRAT INSYAALLAH..

  34. mabruk aleikum..

    =) moga Allah merahmati kedua mempelai dan keluarga!

  35. ustaz halim. tahniah dapat menantu ,walaupun dah terlewat. hari ini first time melawat blog ustaz , nak cari laman web umrah ,.tapi terjumpa nama ustaz . gembira melihat suasana kejayaan ustaz . tahniah ,

  36. tahniah ustaz

  37. Ustaz Halim dan Fariza .. alhamdulillah, Zaan ucapkan tahniah. Moga pasangan ini dilimpahi rahmat dan berkat berpanjangan.

  38. Tahniah!!

    Barakallahhulakum…..

  39. salam harap kamu sekeluarga berjaya di alam rumah tangga

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 284 other followers

%d bloggers like this: