“PM” angkat sumpah depan Presiden-tamat-tempoh

“Perdana Menteri” dan “Menteri-menteri Kabinet” dari parti-parti selain HAMAS (sedang HAMAS yang menang Pilihanraya Umum 25.1.2006) mengangkat sumpah di hadapan “Presiden” yang dah tamat tempoh kuasanya. Begitulah yang berlaku semalam di Tebing Barat, Palestin. Hasbunallah wa nikmal Wakeel (Cukuplah Allah pada kami. Dialah sebaik-baik tempat mengadu).

Ikhwan hadir pengkebumian cucu Presiden Mesir

Alak (kanan) dan Jamal Mubarak (kiri) sedang mengusung jenazah anak Alak, cucu Presiden Husni Mubarak. Turut hadir ialah beberapa orang pimpinan tertinggi Ikhwan Muslimin.Kini, Jamal fokus untuk mengganti ayahnya menjadi Presiden Mesir. Alak fokus bidang koporat. Beberapa pimpinan Ikhwah Muslimin turut hadir dalam pengkebumian cucu Presiden Mesir yang meninggal dunia, Muhammad bin Alak bin Husni [...]

Isteri Us.Dahlan ke rahmatullah

<Update 22/5/2009 Foto-foto Ummi> Pada petang Khamis 14/5/2009 minggu lalu, isteri kepada Us.Dahlan, Al-Marhumah Ummi menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah menjalani kehidupan penuh perjuangan disamping suaminya yang dikasihi selama lebih 40 tahun.

60+1 tahun Palestin dijajah (15/5/1948-(2008+1))

Pelarian Palestin 1948. Hari ini kanak-kanak di atas telah berumur 70-an di kem pelarian luar Palestin atau telah meninggal dunia tanpa sempat pulang ke kampung halaman mereka yang asal. Bagi kebanyakan mereka tiada harapan melainkan kepada Allah dan Gerakan HAMAS (Ikhwan Muslimin cawangan Palestin) untuk mereka pulang. Adapun kebanyakan pemimpin dan umat Islam lain di dunia, mereka [...]

Jihad Ummu Haram ra. dari Madinah ke Pulau Cyprus

Kejayaan mentarbiyah masyarakat bukan sahaja menjadikan lelaki mereka para Mujahideen demi Agama yang ingin dimenangkan ini, bahkan ia juga termasuk merubah wanita mereka hingga mencintai Jihad dan Syahid dijalanNya. Kejayaan Rasulullah saw bersama Ummu Haram diaspek ini akhirnya bukan sahaja dapat mengasaskan sekadar sebuah Negara Islam di Madinah tetapi juga meneguhkan sebuah Empayar dan Tamaddun [...]

Mengembali maruah umat ini

Netanyahu (kiri) dan Mubarak (kanan) di pusat peranginan Sharm Asy-Syeikh, Mesir. Begitu lemahnya keadaan umat Islam di abad ini, hinggakan salah seorang pemimpin mereka, Presiden Mesir, Hosni Mubarak, terpaksa menerima hormat kunjungan ketua Yahudi terbaru, Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu, semalam Isnin 11/5/2009 di Sharm Asy-Syeikh, Mesir. Ia berlangsung sedang baru 4 bulan lalu mereka [...]

Jemputan ke SKBA 22-24/5/2009

Kesemua pelajar-pelajar lepasan SPM dan STAM yang akan menyambung pengajian mereka ke Timur Tengah seperti Mesir, Jordan, Yaman, Morokko dan lain-lain negara adalah dijemput ke program tahunan SKBA (Selangkah Ke Bumi Anbiyak) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pada 22-24/5/2009 di Kolej UNITI, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Jadilah hamba sebelum ketua

Senerio politik dunia dan negara kita sendiri, sering menarik perhatian kita yang cintakan kebaikan dan kemakmuran sejati. Namun silih berganti pemimpin dan parti di banyak negara umat Islam, seperti Khalida dan Hassina di Bangladesh, diantara Musharraf dan Zardari di Pakistan, diantara Mujahideen dan Taliban di Afghanistan, ia sering diikuti dengan kekecewaan

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) 9/5/2009

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 159 other followers