
Pada Sabtu 1/8/2009, ISMA Seremban, Negeri Sembilan akan menganjurkan Malam Aspirasi Seni : Bersamamu Palestin di Dewan Utama, Pusat Dakwah Islamiyah, Seremban, Negeri Sembilan. Semua muslimin muslimat dijemput hadir. Seperti program seumpamanya yang diadakan hampir setiap tahun, kehadiran dijangkakan seramai 2000 orang. Majlis dimeriahkan dengan persembahan oleh penasyid Muaz, pemidato isu Palestin, Prof. Madya Dr. Zainurrashid dan ucapan Pengerusi Aman Palestin yang juga Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.
Difailkan dalam: Berita Terkini



insya allah…
Assalamualaikum
Moga Allah permudahkan urusan
salam alaika ya ustaz..
ana nak tau kalau2 isma ada nak wat program2 ke arah perpaduan di malaysia dalam jangka masa panjang atau pendek kerana keadaan politik hari ini bole dikatakan kritikal..
kedudukan melayu islam harini pun dah dipertikai.. ambil pengajaran dari tradegi umat islam di urumqi,xinjiang
walaupun penduduk asal namun dilayan seperti bangsa asing.. memang sudah diketahui isma ke arah itu tapi hanya nampak dari tulisan dalam blog sahaja..
harap2 isma menjadi peneraju dalam menyatukan umat islam di malaysia harini hingga bila2 takut terlalu sibuk dengan isu palestin(juga isu yg penting) sampai terlupa pada negara sendiri…
keamanan yang dicapai harini mesti dijaga dan dipertahankan harap2 isma dapat wat satu program kesedaran.. macam KBAZ haritu.
yang berharap..(comment ana ni sekadar cadangan x perlu disiarkan pun rasanya..)
buraidah al-aslami.