Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog INIJALANKU. Dihari kemenangan dan kegembiraan ini marilah kita saling berkenalan, bermaafan dan istiqamah dalam perjuangan. Sempena Aidil Fitri ini marilah kita melihat kembali beberapa petunjuk Seerah mengenainya. Setelah Nabi saw berhijrah ke Madinah, Baginda saw mendapati penduduknya menjadikan 2 hari tertentu sebagai hari kebesaran, lalu bertanya, “Hari apa ini?”. Mereka menjawab, “Kami bergembira di dalamnya sejak zaman Jahiliyah lagi”. Lalu Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya Allah telah mengantikan 2 hari tersebut bagi kamu dengan 2 hari yang lebih baik iaitu Hari (Raya Aidil) Adha dan Hari (Raya Aidil) Fitri” (riwayat Abu Daud). Di Hari Raya, Nabi saw pergi ke tempat solat melalui satu jalan dan kembali dengan melalui jalan yang lain (riwayat Abu Daud dari Ibnu Umar). Berkata Ummu Atiyah ra bermaksud, “Rasulullah saw mengarahkan kami (para wanita) agar mengajak keluar (bersama ke tempat solat Raya) para wanita yang haid agar menyaksikan kebaikan (pada hari tersebut) dan doa orang-orang Islam”“wanita yang haid berada di tempat yang berasingan dari tempat solat” (riwayat Abu Daud). Ada wanita yang mengadu tidak memiliki pakaian yang sempurna, lalu Ummu Atiyah meminta dikalangan adik beradiknya agar membantu meminjamkan pakaian. Semua wanita diminta keluar tanpa alasan. Oleh itu membancuh sirap, memasang langsir, menyusun juadah dsb di pagi Raya janganlah sehingga seseorang wanita itu tidak ke tempat solat Hari Raya dan menikmati kelebihan-kelebihannya.

Solat Hari Raya Rasulullah saw dan para Sahabat ra adalah merupakan perhimpunan agung tahunan yang mengumpulkan semua penduduk termasuk semua wanita dan kanak-kanak tanpa kecuali. Ia hari kegembiraan bersama. Wanita haid juga diminta ke tempat perhimpunan. Jika saiz masjid terhad, maka dibuat di padang yang lapang, seperti di zaman Nabi saw. Dengan ini kesemua mereka dapat menyaksikan kebesaran Dakwah ini dan kebaikan untuk penganutnya. Doa diaminkan bersama oleh semua. Abu Hurairah ra ada meriwayatkan bahawa pernah berlaku hujan, maka Nabi saw dan para Sahabat ra bersolat Raya di dalam masjid (riwayat Abu Daud).

Malam Raya dan siangnya dihiasi dengan Takbir seperti athar yang berbunyi, “Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir (Allahu Akbar)” …dalam lafaz yang lain “dengan Takbir, Tasbih (subhanallah) dan Tahmid (alhamdulillah)“. DIsunatkan menghidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah-ibdah khusus seperti solat, zikir, tilawah dsb.

Dipagi hari Raya Aidil Fitri, sunat menjamah makanan sebelum ke tempat solat Raya Aidil Fitri, manakala sunat menjamah makanan selepas solat Raya Aidil Adha. Nabi saw bersolat Raya tanpa azan, qamat, sunnah qabliah maupun sunnah bakdiah. Baginda saw bertakbir sebanyak 7 kali di rakaat pertama dan 5 kali di rakaat kedua dalam solat Aidil Fitri. Abu Waqid Al-Laithy ra berkata, “Nabi saw membaca  Qaaf Wal Quranum Majid dan Iqtarabatis sa’ah wan Syaqqal Qamar“.

Oleh kerana ia suatu perhimpunan tahunan terbesar, suara Nabi saw terhad, maka selepas berkhutbah Nabi saw mengajak Bilal bin Rabah pergi ketempat kaum Muslimat dan memberikan kata-kata nasihat kepada mereka pula. Diakhirnya Nabi saw mengajak kaum wanita bersedekah sempena Hari Raya, lalu mereka berlumba-lumba bersedekah dengan wang dan perhiasan yang dipakai dengan diletakkan di kain yang dihampar oleh Bilal. Kemudian sedeqah tersebut dibahagikan kepada faqir miskin di situ. Alangkah gembiranya mereka dapat bersedeqah di hadapan Rasulullah di hari Raya. Alangkah gembiranya faqir miskin di situ yang menerimanya untuk dibawa pulang seperti kanak-kanak Malaysia mendapat Duit Raya.

“Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin” dari saya, isteri dan anak-anak sekeluarga kepada semua pembaca blog INIJALANKU. (foto: Berhari raya di kampung).

Fenomena positif Hari Raya di Malaysia diantaranya ialah ziarah menziarahi dan maaf bermaafan sesama sanak saudara dan masyarakat. Anak-anak pulang kekampung menziarahi ibu bapa dan saudara mara mengeratkan lagi Silaturahim. Menziarahi tanah perkuburan, asalkan dengan cara yang makthur (adab yag ditunjukkan oleh Rasulullah saw) mengingatkan kita kefanaan dunia dan kepalsuan godaannya. Menghiasi rumah dengan sederhana, membuat rumah terbuka, mencari dan menghubungi waris, sahabat handai dan teman lama dan apa sahaja yang boleh mengeratkan Ukhuwwah Islamiah (kasih sayang sesama Islam) ketika dan menjelang Hari Raya adalah sangat dialukan. Bagi pelajar dan mereka yang berada di luar negara, menziarahi dan berkenalan dengan saudara seIslam dari bangsa-bangsa yang lain seperti Arab, Indo-Paki, Bosnia dsb merupakan salah satu hikmah Hari Raya yang utama.

Fenomena negatif di Malaysia yang boleh diperbaiki lagi termasuk sebahagian rancangan tv, samada nyanyian artis, tarian atau drama oleh mereka yang mendedahkan aurat, bergaul bebas apatah lagi ditontoni ramai, pembaziran dalam membuat persiapan terlalu berlebihan dalam membakar bunga api, membeli pakaian, perhiasan dsb dengan mencurahkan wang bukan kepada umat Islam. Syawal datang selepas Ramadan. Matlamat Ramadan adalah taqwa (surah Al-Baqarah). Adapun melabuhkan tirai Ramadan dengan Syawal bersama-sama bentuk-bentuk yang bertentangan dengan taqwa, jelas mensia-siakan hikmah puasa, tarawih dan tilawah sepanjang Ramadan. Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril datang kepada aku dan berkata (berdoa), jauhlah (dari rahmat Allah) orang yang sempat beramal di bulan Ramadan, tetapi dosanya tidak diampunkan. Aku (Nabi saw) berkata Ameen (perkenankanlah)” (Hadis).

Semoga Allah swt menanam ketaqwaan dan kegembiraan kepada kita dan umat Islam sempena Aidil Fitri ini dan menunjukkan jalan PetunjukNya. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Ustaz Halim INIJALANKU  www.inijalanku.wordpress.com

About these ads

8 Respons

  1. Salam Ustaz,
    Saya sekeluarga juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf di pinta jika ada tutur kata, perbuatan dan penulisan yang menyinggung perasaan. Didoakan perjuangan ustaz terus disambut dan dituruti oleh masyarakat dimana-mana jua.

  2. Assalamua’laikum Ustaz,

    Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin untuk Ustaz dan keluarga.

  3. Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril datang kepada aku dan berkata (berdoa), jauhlah (dari rahmat Allah) orang yang sempat beramal di bulan Ramadan, tetapi dosanya tidak diampunkan. Aku (Nabi saw) berkata Ameen (perkenankanlah)” (Hadis).

    Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang dosanya tidak diampunkan ini..

  4. smile and sweet family…selamat hari raya kpd ust & keluarga

  5. betulkan yang biasa..kemudian..biasakan yang betul..jzkk ustaz!

  6. Assalamu’alaikum wbt,

    Selamat Hari Raya Eidul Fitr untuk ustaz sekeluarga. TaqabballAhu minna wa minkum! Insya Allah, jika ada kesempatan, saya akan menziarahi ustaz lagi.

    Salam hormat

  7. Selamat Hari Raya Idul Fitri
    1 Syawal 1430 H

    Taqobbalallahu minna wa minkum
    Taqoballah ya karim
    Minal aidzin wal faizin
    Mohon Maaf Lahir Batin

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 286 other followers

%d bloggers like this: