Kelahiran anak saya, Fatimah Abdul Halim

Fatimah bt. Abdul Halim

Pada 26 Julai 2010 yang lalu, isteri saya melahirkan anak kami yang ke 14, Fatimah Abdul Halim. Bayi seberat 3.8 kg dilahirkan di Asia Columbia Hospital, Seremban dibawah seliaan doktor wanita pakar sakit puan sama sesekolah menengah saya di MRSM Kuantan suatu ketika dahulu. Kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan sihat walafiat, alhamdulillah.

Sehari sebelum itu, pada 25 Julai 2010, saya dan isteri menyambut ulangtahun perkahwinan ke 25, Jubli Perak. Kami diijabkabulkan pada 25.7.1985 di Masjid Brisbane, Queensland, Australia ketika kami dialam pengajian disana dan walimah (kenduri kahwin) diadakan serentak pada majlis dan malam yang sama.

Brisbane Mosque, tempat kami diijabkabulkan pada 25.7.1985

Sehari selepas kelahiran Fatimah, pada 27 Julai 2010, buat kali pertamanya, surau taman perumahan kami yang baru siap telah mengadakan solat pertamanya pada waktu Maghrib dan Isyak, menandakan bertambahnya lagi rumah ibadat Allah swt didalamnya disebut nama Allah sebanyak-banyaknya. Ia terletak betul-betul di hadapan rumah kediaman kami. Bahkan kerana tapak surau tersebutlah, saya mengambil keputusan memilih untuk membeli rumah di situ berbanding rumah di kawasan projek perumahan yang banyak di sekitar daerah Seremban. Ini agar memudahkan saya, isteri dan anak-anak cucu untuk beribadat di rumah Allah, dan dalam masa yang sama untuk kami sama-sama menjayakan kerja-kerja Dakwah kepada masyarakat setempat.

Surau di awal pembinaannya. Di belakang papan tanda sumbangan adalah rumah saya.

Surau ketika di dalam pembinaan beberapa bulan lalu. Kesemua wang adalah dari sumbangan orang ramai. Ada seorang dermawan memberi cek RM40,000 kepada saya untuk pembangunan surau ini. Pada 27.7.2010 yang lalu, ia telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi sebaik sebelum bulan Ramadan bermula baru-baru ini.


Alhamdulillah !! Surau telah siap dan tersergam indah di depan rumah saya. Foto ini diambil langsung dari bilik saya di tingkat atas. Insan yang kelihatan di foto ialah ayahanda saya, Haji Abdullah Haji Hassan, 85 tahun (kini tinggal bersama saya) berdiri bangga dapat beribadat di surau dengan mudah kerana hampir dan dengan jarak hanya sepelaung sahaja dari rumah kami.


Para pembaca INIJALANKU sekelian adalah dinasihatkan untuk membeli rumah yang bersebelahan dengan mana-mana surau atau masjid.

Ketiga-tiga peristiwa di atas yang berlaku hampir serentak saya sambut dengan penuh syukur kepada Allah swt di atas segala nikmatNya yang tidak terhingga, bersama-sama dengan nikmat-nikmatNya yang lain. “Jika kamu hitung nikmat ALlah, nescaya kamu tidak akan dapat menjumlahkannya” (Al-Quran). Sememangnya perkahwinan, kelahiran dan mendirikan rumah ibadat adalah tanda-tanda penting dalam perjalanan setiap duat di Jalan Allah. Apabila kesemuanya berlaku serentak, ia adalah nikmat di atas nikmat, kekadang kita tidak tahu yang mana satu yang menyebabkan kita gembira. Ini mengingatkan kita kegembiraan Rasulullah saw yang teramat sangat apabila kubu kuat Yahudi di bandar Khaibar ditawan oleh umat Islam dan dalam masa yang sama sepupunya, Jaafar bin Abi Talib ra bersama rombongan Hijrahnya ke Habsyah lebih 10 tahun lamanya telah kembali menyertai kaum muslimin di Negara Islam Madinah. Sabda Rasulullah saw, “La adri bi ayyihima afrah, bi fath Khaibar, am bi qudumi Ja’far (Aku tak tahu disebabkan mana satu aku gembira, adakah kerana Pembukaan Khaibar atau kerana kepulangan Jaafar)” (Hadis).

Moga Allah memperkenankan doa yang selalu kita baca, “Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrata akyun waj’alna lil muttaqina imama (Ya ALlah, kurniakan untuk kami dari kalangan isteri-isteri kami dan zuriat kami, sebagai penyejuk mata. Dan jadikanlah kami Imam bagi orang-orang bertaqwa” (Surah Al-Furqan). Moga tiga peristiwa serentak di atas, perkahwinan, kelahiran dan siapnya surau merupakan salah satu perkenan Allah swt terhadap doa tersebut. Ameen.

Ustaz Halim  www.inijalanku.wordpress.com

About these ads

7 Respons

  1. Assalamualaikumwrt, sebak juga membaca kisah Ustaz ni, alhamdullillah rumah yang saya duduki sekarang tidaklah sehampir rumah Ustaz dengan surau, tapi laungan azannya cukup sampai ke anak telinga setiap waktu i.e. cukup kuat (150 meter). Saya belum sampai lagi ke rumah Ustaz yang ini, insyaAllah suatu hari nanti.

  2. tahniah akhi dapat anak lagi. apa petuanya……

  3. Mabruk wa Alfun Mabruk alaykuma wa ala mauludin jadid ya Syeikh….

  4. mabrook ustz, nnti bawa anak ke Dunedin NZ hehe :D

  5. Tahniah

  6. Tahniah ustaz..rasa sangat nak mencontohi family ustz

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 287 other followers

%d bloggers like this: