Pengasas HALUAN, Ustaz Dahlan ke rahmatullah

Saya dan Ustaz Dahlan ketika menyampaikan takziah kepadanya dihari pemergian isterinya ke rahmatullah tahun lalu.

Pada jam 9.55 am Sabtu 18 Sept 2010 semalam, pengasas jemaah HALUAN, Ustaz Dahlan Mohd Zain (gelaran Dato’ Kaya Bakti) kembali ke rahmatullah setelah lebih 40 tahun didalam jihad dan dakwah di Malaysia. Al-Marhum meninggal dunia setelah 491 hari (1 tahun 4 bulan 4 hari) isterinya yang dikasihi, Datin Halimaton binti Hussein pulang ke rahmatullah pada 14 Mei 2009. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.

Kubur Al-Marhum Ustaz Dahlan. Moga Allah merahmati beliau, mengampuni dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga bersama para Anbiyak, Siddiqeen, Syuhadak dan Solihin. Merekalah sebaik-baik teman di Akhirat kelak.

“Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan untuk saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan Iman …”(Al-Quran). Saya membawa isteri dan semua anak-anak saya ke Perlis pada hari itu supaya mereka mengenali lebih dekat tokoh-tokoh dakwah di Malaysia dan mengambil teladan dari mereka. “Barang siapa yang hendak mencontohi, maka ambillah contoh dari orang yang telah mati. Kerana orang yang masih hidup masih belum selamat dari fitnah (dugaan)”.

Ustaz Dahlan beroleh ijazah didalam bidang syariah dari Universiti Baghdad, Iraq. Beliau kembali ke tanahair dan mula aktif dilapangan Dakwah sejak diakhir tahun 1960an khususnya di dalam ABIM (ditubuhkan tahun 1972).

MRSM Kuantan pada tahun 1980an. Di sini saya mula mengenali banyak gerakan Islam yaang berjuang di Malaysia termasuk fikrah yang dibawa oleh Al-Marhum Ustaz Dahlan.

Mengimbau kembali zaman Kebangkitan Islam Haraki yang pertama pada tahun-tahun 1980an dahulu, saya mula mengenali dakwah yang dibawa Al-Marhum sejak tahun 1981 ketika di tingkatan 4 di MRSM Kuantan, iaitu kira-kira 30 tahun lalu. Manhaj amal Al-Marhum menekankan persoalan dan pembentukan Akidah pada diri para pendakwah berupa pembersihan jiwa, penumpuan terhadap Aqidah seperti di fasa Makkiyah dan penolakan total terhadap segala bentuk Jahiliyah zaman moden ini begitu menonjol terutama tahun-tahun 1980an dahulu sedikit sebanyak mengesani jiwa dan pemikiran saya sehingga ke hari ini. Minat dan ketekunan saya membaca risalah-risalah “Fikratuna” di Jalan Kent pada tahun 1980an adalah lantaran banyak berkisar kepada penekanan topik-topik di atas. Apabila kali pertama saya menaiki pesawat untuk melanjutkan pelajaran ke Australia pada tahun 1983, diantara bahan-bahan Islam yang saya bawa bersama ialah kaset-kaset ceramah beliau diantaranya bertajuk ‘Tasawwur Aqidah“. Dizaman tersebut yang belum ada internet, kaset-kaset ceramah merupakan salah satu bekalan ilmu, ruh dan semangat yang sangat penting.

Saya (berbaju batik corak biru) menyampaikan takziah dan berbual dengan Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin b. Abd Rahman (berdiri depan saya) di MATRI, selepas pengkebumian Ustaz Dahlan.

Tahun 2010 ini sahaja menyaksikan pemergian ke rahmatullah dua pengasas jemaah dakwah di Malaysia iaitu Ustaz Ashari Muhammad (pengasas jemaah Global Ikhwan) dan Ustaz Dahlan Mohd Zain sendiri (pengasas jemaah Haluan). Pengerusi penaja yang menubuhkan jemaah ABIM pada 6 Ogos 1971, Ustaz Abdul Wahab Abdullah telah kembali ke rahmatullah lebih awal lagi. Oleh itu dekad-dekad di hadapan menyaksikan perjalanan jemaah-jemaah Islam di Malaysia tanpa pengasasnya, tetapi sejauh atau sedekat mana jemaah itu bergerak diatas manhaj, ideologi atau fikrah yang diasaskan oleh pengasas itu sendiri.

Saya (kiri) bersama anak bongsu Al-Marhum (tengah) dan Ir. Zaizul Azizi, Presiden PEMBINA ketika menziarahi para waris Al-Marhum di rumah mereka. Mereka masih belum hilang kepenatan menguruskan pengkebumian dari rumah sejak pagi tadi ehingga ke tanah perkuburan petang tadi.

Al-Marhum dimasukkan ke hospital pada 8 Ogos lalu, 2 hari sebelum bermula bulan puasa Ramadan kerana sesak nafas dipercayai kerana paru-paru berair. Al-Marhum sempat menjalani dialisis sebanyak 3 kali sebelum keadaan beliau merosot diikuti kegagalan buah pinggang, paru-paru berair dengan beberapa serangan jantung dan stroke  sebelum pihak keluarga mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah pada pagi Sabtu 18 Sept semalam. Kira-kira jam 9.55 pagi pada hari yang sama, Ustaz Dahlan menghembuskan nafasnya yang terakhir meninggalkan keluarga dan para pendakwah HALUAN yang giat bekerja demi Islam serta masyarakat yang dibimbing olehnya, khususnya melalui pusat pendidikan Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI), Tunjung, Perlis yang diasaskan beliau bersama sahabat-sahabat seperjuangannya.

Diakhir hayatnya, Ustaz Dahlan adalah Mudir (Pengetua) Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI).

Ini foto terakhir saya bersama Al-Marhum Al-Akh Al-Mujahid Ustaz Dahlan Mohd Zain. Moga kami bertemu kembali di Syurga Firdaus kelak bersama para Nabi-nabi, Siddiqeen, Syuhadak dan Solihin, merekalah sebaik-baik teman di Akhirat nanti.

Ucapan saya kepada ahli-ahli waris Al-Marhum dan kepada ikhwah di dalam Haluan adalah apa yang diajar oleh Allah swt melalui RasulNya di dalam Hadis, “Inna lillahi ma akhaz, wa lahu ma a’tho. Wa kullu syai’in indahu bi ajalim musamma. Fasbir wala tahtasib” (Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu punya tempoh tertentu disisiNya. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah atas kesabaranmu itu” (Hadis Takziah). “Al-Baqa’ lillah” (Sesungguhnya kekal itu hanyalah Allah swt semata-mata). Rujukan : Majmu’ah Ar-Rasail Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna.

Tulisan-tulisan berkaitan :

Teman Hasan Al-Banna, Farrag Naggar ke rahmatullah.

Teman Hasan Al-Banna, Asy-Syeikh Hasan Elyan dalam kenangan.

Naib Mursyid Am, Dr Hasan Al-Huwaidy ke rahmatullah.

Pengasas Ikhwan Muslimin Syria, Ustaz Mustafa Sibaie dalam kenangan.

Mencari Ulamak Dakwah yang hakiki.

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wordpress.com

About these ads

6 Respons

  1. Ust Dahlan mudir Maahad At-Tarbiyah Al-Islamiyah kembali ke rahmatullah…

    Moga Allah SWT mnempatkan Allahyarham Ust Dahlan d ikalangan hamba2Nya yg beriman..

  2. [...] kami doakan ketenangan di alam kekal buat allahyarham. yang kekal hanyalah Allah. [...]

  3. moga roh beliau di cucuri rahmat

  4. alfatihah

  5. takziah dan al-Fatihah

  6. haluan adalah badan NGO, bukan jemaah :)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 286 other followers

%d bloggers like this: