Bapa Kebangkitan Islam Turki, Prof. Erbakan ke rahmatullah

Prof. Dr. Najmuddin Erbakan, Bapa Kebangkitan Islam Turki Moden.

Kelmarin, Prof Erbakan, 85 tahun, kembali ke rahmatullah setelah puluhan tahun berjuang mengembalikan kegemilangan Islam di Turki, pusat Empayar Uthmaniah lalu. Jenazah beliau disolatkan semalam hari Selasa di Masjid Al-Fateh, Istanbul. Semasa saya mula terlibat dalam gerakan Islam ketika di sekolah menengah (1981-1982), nama beliau telah mula kedengaran pada kami, bahkan satu-satunya ketika itu yang kedengaran di Malaysia dikalangan ahli-ahli gerakan atau harakah Islam. Ketika itu Tayyib Ergodan baru berumur sekitar 27 tahun dan belum terserlah di dunia Islam.

Bandaraya Istanbul, pernah menjadi ibu negara dunia di zaman Khilafah Islam Uthmaniah. Erbakan mencurahkan segala jiwa raganya berusaha mengembalikan kegemilangan tersebut sekali lagi.

Najmuddin Erbakan dilahirkan pada 29.10 1926, dua tahun selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniah yang terakhir, Sultan Abdul Hamid II. Al-Marhum beroleh ijazah kejuruteraan mekanikal pada tahun 1948 di Turki dan menamatkan Ph.D dibidang kejuruteraan engin di University of Ukhon, Germany pada tahun 1956. Beliau pernah menjadi ketua jurutera-jurutera penyelidik di kilang engin Clovez. Di situ beliau berjaya merekacipta kereta kebal yang boleh bergerak dengan menggunakan apa sahaja jenis bahanapi. Pihak di German cuba agar beliau terus menetap di sana kerana kepintarannya, namun beliau tetap mengambil keputusan untuk pulang berkhidmat di negara asalnya lalu mengajar sebagai pensyarah di Universiti Istanbul. Beliau menjadi Professor Madya ketika berumur 27 tahun dan Professor ketika berumur 29 tahun dan merupakan professor yang termuda di Turki ketika itu. Beliau juga mengasaskan kilang engin diesel bersama dengan 300 orang kenalannya. Kilang tersebut masih beroperasi hingga ke hari ini dan mengeluarkan kira-kira 30,000 engin diesel setiap tahun. Dalam satu projek yang lain beliau bersama dengan 22 orang jurutera kenalannya berjaya membuat kereta nasional pertama bagi Turki.

Rakyat Turki membantah pengharaman hijab di premis-presmi kerajaan dan universiti di Turki, berdasarkan Perlembagaan Sekular Turki peninggalan Kamal Ataturk yang dijaga oleh Tentera Turki dokongan Amerika dan Eropah.

Datuknya seorang yang rapat dengan Sultan Abdul Hamid II, khalifah terakhir umat Islam yang digulingkan oleh Kamal Ataturk, boneka Barat dan Yahudi bertopeng warga Turki. Ayahnya adalah seorang pensyarah dibidang Syariah dan Undang-undang.

Kesan pembaratan yang dilakukan oleh Kamal Ataturk sangatlah besar. Lahir dari serangan tersebut generasi demi generasi Turki yang sekular dan jauh dari Islam. Kisah masyhur yang biasa kita dengar seperti azan dilaungkan dalam bahasa Turki d zaman Ataturk adalah kisah dari Turki yang tidak asing lagi. Antara kisah yang memilukan hati sesiapa yang mendengar nya ialah pada suatu hari seorang asing lalu  sebuah kampung di Turki. Bila masuk waktu solat, dia ke sebuah surau kosong di situ lalu melaungkan azan. Setelah azan dia mendapati seorang tua datang dan berkata bahawa dia pernah mendengar azan seperti itu ketika di zaman kecilnya dulu, sebab itu dia datang ke surau untuk melihat sendiri siapa yang melaungkan azan dalam bahasa Arab tersebut. Dikatakan saluran televisyen Turki adalah seteruk saluran Barat dalam merosakkan akhlak dan menyimpang dari norma-norma Timur apatah lagi Islam.

Kamal Ataturk (1881-1938). Beliau bertanggungjawab menamatkan era Khilafah Islam selama 1,292 tahun yang dibina oleh Rasulullah saw dari tahun kewafatan Rasulullah saw dan perlantikan Abu Bakar As-Siddiq pada 632M hingga perlucutan jawatan khalifah Sultan Abdul Hamid II pada 1924M.

Dengan berkembangnya sekular di Turki dan mendapat dokongan Barat, kini tentera Turki sendiri mempunyai kepimpinannya sendiri dan tunduk kepada agenda dan arahan Barat. Tentera Turki melindungi Agenda Barat dengan menggunakan ungkapan “Sistem Sekular Turki peninggalan Kamal Ataturk, pengasas Turki Moden”. Ini bermakna Tentera Turki tidak tunduk kepada Kementerian Pertahanan Turki seperti negara-negara lain. Setiap kali usaha kerajaan Turki yang pernah dipegang oleh Erbakan atau Erdogan (kini) yang menampakkan warna Islam akan dicantas oleh pihak Tentera dengan alasan bertentangan dengan Perlembagaan Sekular Turki yang diasaskan oleh Kamal Ataturk.

Pada tahun 1970 beliau mengasaskan Parti Badan Nasional. Ia adalah parti bercorak Islam yang pertama di zaman Turki moden sejak runtuhnya Khilafah Uthmaniah yang berpusat di Turki. Beliau menggariskan objektif partinya dengan jelas dalam kata-katanya seperti berikut, “Umat kita adalah umat Iman dan Islam. Freemason dan Komunis berusaha terus menerus untuk merosakkan umat ini dan telah mencapai banyak kejayaan. Kuasa, media, perniagaan dan ekonomi berada di tangan mereka. Dalam berhadapan dengan taufan yang dahsyat ini, kita tidak mempunyai pilihan selain bekerja keras dengan satu hati dan satu barisan, sehingga kita dapat mengembalikan Turki kepada sejarahnya yang pertama dahulu, dan kita dapat menghubungkan sejarah kita yang gilang gemilang dengan Turki hari ini yang berpotensi tinggi”. Sesungguhnya ia adalah kalimat-kalimat seolah-olah mencampakkan batu ke air yang tenang, membakar semangat belia Turki untuk bekerja memenangkan Islam dan Agendanya berhadapan dengan Agenda Barat dokongan golongan sekular dan tentera di Turki. Setelah 9 bulan beroperasi, parti tersebut diharamkan oleh mahkamah Keselamatan Dalam Negeri setelah amaran dikeluarkan oleh Ketua Tentera, Hussein Batur, manakalan harta bendanya dirampas atas dakwaan menjalankan aktiviti bertentangan dengan Perlembagaan Sekular, berusaha membenteras sekular, mendirikan sebuah kerajaan Islam di Turki dan menentang Prinsip-prinsip Ataturk.

Pada tahun 1973 beliau diberikan “keampunan” lalu menubuhkan Parti Salamah Nasional, menyertai Pilihanraya Umum Turki dan memenangi 48 kerusi, satu bilangan yang cukup untuk membentuk kerajaan campuran dengan Parti Republik Rakyat yang diasaskan oleh Kamal Ataturk. Parti Salamah mendapat 7 kementerian dimana beliau sendiri memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ketika itu beliau membentangkan beberapa langkah seperti mengharamkan Freemason di Turki, mengeratkan ikatan dan hubungan Turki dengan negara-negara umat Islam, memberikan sokongan padu kepada umat Palestin dalam menentang Zionis dan merik kepercayaan Parlimen terhadap Menteri Luar Negeri ketika itu, Khairuddin Urkman yang terang-terang menyokong Israel. Namun selepas 9 bulan kerajaan campuran tersebut beroperasi, ia terpaksa dibubarkan beberapa ketika kerana tekanan dari golongan sekular. Selepas itu kerajaan campuran dibentuk semula diantara Parti Salamah dengan Parti Keadilan Turki pimpinan Sulaiman Damiral, yang disebut umum sebagai salah seorang tokoh Freemason juga. Pada tahun 1974, ketika Perdana Menteri Turki berada diluar negara, Timbalan Perdana Menteri, Professor Erbakan menghantar Tentera Turki bagi mengembalikan Pulau Cyprus, yang terletak dilautan Medditerranean di selatan Turki, ke tangan Turki. Pulau Cyprus dibuka oleh Ummu Haram ra dan para Sahabat Nabi saw di zaman Khalifah Uthman bin Affan. Ketika Khilafah Uthmaniah semakin melemah, Yunan (Greek) berjaya menjajahnya dengan dokongan Barat dan Eropah. Namun kesan dari keputusan Erbakan yang menghantar Tentera Turki ke sana, hari ini Turki berjaya mengekalkan pemerintahannya di wilayah seluas satu pertiga dari keseluruhan Pulau Cyprus.

Pada 6.9.1980 Erbakan melancarkan demonstrasi di bandar Konia mengutuk penjajahan Yahudi keatas bumi Palestin. Ia adalah anjuran Parti Salamah Nasional dan dihadiri lebih setengah juta orang. Sehari selepas itu Tentera Turki membuat rampasan kuasa dibawah pimpinan General Kan’an Efren dengan alasan membendung “arus Islam”, “semangat taasub Islam yang ditunjukkan di Konia” serta memenjara Erbakan dan teman-temannya dengan dakwaan “bekerja kearah mengubah undang-undang sekular kepada prinsip-prinsip Islam”.

Selepas 3 tahun dipenjara, Erbakan dibebaskan dan mengasaskan Parti Rafah Nasional dengan mengambil kesempatan beberapa perubahan yang berlaku didalam Perlembagaan. Rakyat Turki menggelarnya “Bapa Tujuh Ruh” (hidup semula setelah mati 7 kali) kerana banyaknya beliau keluar masuk mahkamah dan penjara. Sebaik keluar penjara dan mengasaskan Parti Rafah, pihak Mahkamah dan Tentera memberikan tekanan yang kuat kepada beliau untuk menggagalkan dakwahnya sampai kepada masyarakat Turki, apatah lagi tahun 1983 tersebut adalah tahun Pilihanraya Umum Turki. Akibatnya Parti Raah hanya memenangi 1.5% dari kerusi yang dipertandingkan. Namun Erbakan tidak berputus asas dan dengan kegigihan beliau dalam Pilihanraya Umum 1996, Parti Rafah memenangi sebanyak 185 kerusi menjadikannya parti yang terbesar di dalam Parlimen. Kali ini Erbakan membentuk kerajaan campuran bersama Puan Professor Tansu Ciller, ketua Parti Jalan Yang Benar. Sebaik Erbakan menjadi Perdana Menteri, beliau membuat lawatan demi lawatan ke negara-negara umat Islam, membentuk G-8 (Iran, Pakistan, Indonesia, Mesir, Nigeria, Bangladesh dan Malaysia) seperti langkah Barat yang telah lama membentuk G-7. Beliau juga bertekad mendirikan masjid terbesar di Medan Taqsim di tengah-tengah bandaraya Istanbul yang menempatkan patung besar Kamal Ataturk. Langkah-langkah beliau menyebabkan Tentera Turki mengetatkan sekatan dan tekanan keatasnya dengan menggunakan segala jentera negara termasuk media massa sehingga Kerajaan Turki ketika itu terpaksa dibubarkan. Pada tahun 1998, Parti Rafah diharamkan oleh Mahkamah atas dakwaan “bekerja mengubah sistem sekular Turki” disamping mengharamkan Erbakan dan beberapa orang temannya aktif dalam politik selama 5 tahun.

Malaysia pada akhir tahun-tahun 1970an. Saya dibelakang sekali dan dikiri sekali, ketika di MRSM Kuantan, Pahang. Ketika ini nama Erbakan telah mula tiba di Malaysia sebagai salah seorang pejuang Islam di dunia, khususnya pada mereka yang menyertai usrah di sekolah dan membaca majallah bulanan “Risalah”.

Pada tahun 1998, dengan menggunakan temannya Ismail Alib, Erbakan menubuhkan Parti Fadhilah yang kemudiannya dipimpin oleh Rajani Quthan. Pada tahun 2000, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun keatas Erbakan dengan tuduhan “mencetuskan kebencian agama dan puak” serta mengharamkan beliau terlibat dalam politik sepanjang hayat. Pihak Mahkamah menggunakan ucapan Erbakan dalam Pilihanraya Umum 1994 sebagai bahan bukti lapuk bagi mendakwa beliau. Pada tahun 2001 Parti Fadhilah diharamkan oleh Mahkamah dengan tuduhan “menentang sekular”.

Tanpa berputus asa, Erbakan mendorong Rajani Quthan sehingga tertubuhnya Parti Saadah. Pada masa yang sama, anak didiknya Rajab Tayyib Erdogan yang pernah menjadi Datuk Bandar Istanbul, menubuhkan Parti Keadilan dan Pembangunan. Pada tahun 2003, Erbakan sekali lagi dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara oleh Mahkamah dengan tuduhan “menyalahgunakan harta Parti Rafah yang telah diharamkan”. Ketika itu umur Al-Marhum 77 tahun.

Hari ini : Presiden Turki, Abdullah Ghaul, dan Perdana Menteri Turki, Tayyib Erdogan, kedua-duanya anak murid Erbakan sedang meminpin Turki melalui Parti Keadilan dan Pembangunan. Sebaik dan setiap kali parti mereka menang Pilihanraya, Tayyib Erdogan mengumumkan “akan mempertahankan sistem sekular” di Turki, tetapi aktiviti-aktiviti dan penampilan anggota dan partinya di medan masyarakat Turki pula adalah Islamik, bertentangan dengan Turki. Isteri Abdullah adalah isteri Presiden yang pertama memakai hijab sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniah pada 1924. Parti Saadah yang mengikut cara Erbakan ditentang oleh tentera. Method Abdullah dan Erdogan menarik perhatian ramai kawan dan lawan di seluruh dunia termasuk Malaysia dimana ada kumpulan yang cuba dinamakan kumpulan “Erdogan” samada oleh mereka sendiri atau oleh pihak-pihak yang lain yang bermuslihat.

Dalam Pilihanraya Umum 2002, Parti Keadilan dan Pembangunan pimpinan Tayyib Erdogan, kini Perdana Menteri Turki, memenangi sebanyak 363 dari 550 kerusi Parlimen, manakala Parti Saadah tidak mendapat sebarang kerusi kerana tidak mendapat bilangan undi minima 10% dari jumlah undian pengundi seluruh Turki. Kini giliran anak-anak muridnya pula menyambung perjuangan politik beliau di fasa yang seterusnya.

Erbakan

Dari sedikit kisah Al-Marhum kita dapati sijil, karier, penjara, tekanan, umur dan penyakit tidak sedikitpun dapat menghalang beliau dari berkerja dan berjihad mengembalikan kegemilangan Islam di Turki dan Dunia Islam. Seorang wartawan pernah mengemukakan soalan sebab atau rahsia beliau meninggalkan dunia intelektual yang telah beliau kuasai khususnya dalam bidang kejuruteraan dan beralih ke bidang jihad masyarakat. Beliau menjawab, “Allah telah mengurniakan saya sehingga saya dapat memberi khidmat intelektual kepada negara saya dan dunia amnya. Selepas itu Allah telah memberi petunjuk kepada saya kearah jalan yang lebih baik melalui amal dan jihad demi kebaikan umat seluruhnya. Mungnkin sahaja seseorang itu mendapat gelaran Dr di universiti, bahkan mendapat hadiah Nobel, akan tetapi jika kehidupannya sempit, rendah dan kurang akhlak, apa menfaat yang dia perolehi dari gelaran dan hadiahnya itu ? Oleh itu bekerja dan berjihad demi umat dan negara adalah tugas yang sebaik-baiknya.

Moga Allah swt merahmati Al-Marhum, menempatkannya di Syurga Firdaus bersama para Nabi-nabi, Siddiqiin, Syuhadak dan Solihin. Mereka adalah sebaik-baik teman di Akhirat kelak. Moga Allah swt memberi taufik dan hidayahnya kepada kita agar mencontohi perjuangan dan kesabaran beliau, serta kelebihan beliau yang sedikitpun kejayaan pengajian uniersiti dan kariernya tidak dapat memesongnya walau seinci dari tugas yang lebih besar, lebih utama dan mendapat ganjaran yang lebih besar di Akhirat, itulah tugas para Rasul as, berada di Jalan Dakwah yang berkat ini. Ameen.

Ustaz Halim    http://www.inijalanku.wp.com

About these ads

8 Respons

  1. Semoga Allah menjadikan mereka sbg shbt kita kelak…

  2. al-fatihah… semoga al-marhum ditempatkan bersama para anbia’ & solihan…
    diharap kisah hidup al-marhum menjadi pendorong dan tauladan untuk semua kaum muslimin…

  3. Ulasan yg sgt menarik yg selama ni tak pernah tahu pun…terima kasih.

  4. al-fatihah buat al-marhum

  5. salam warahmatullah. saya mohon kebenaran utk letak dalam blog saya, boleh?

  6. جزاك الله خيرا كثيرا
    atas maklumat…saya mohon halal sebab saya ada ambil maklumat dari laman ustaz yang banyak maklumat bermanfaat ni…
    Terima Kasih

  7. Assalammualaikum wbt..

    Terimakasih di atas maklumat yang di paparkan…
    Mohon disharekan .. info ini ,,,,

    Terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 289 other followers

%d bloggers like this: