Perpecahan sentiasa mengundang musuh

“Kesatuan adalah adik Iman, manakala Perpecahan adalah adik Kufur” [Imam Hasan Al-Banna]

Apabila Ghadafi enggan berundur seperti berundurnya Mubarak (Mesir) dan Zainal Abidin (Tunis), rakyat dan negara berpecah kepada 2, iaitu penyokong dan penentang, ini mengundang Amerika dan Barat untuk campurtangan dan berusaha menjayakan agenda Kristian mereka, bukan agenda umat Islam dan Islam itu sendiri. Dari sini, pengajaran terbesar yang kita perolehi ialah Gerakan Islam mestilah sentiasa berusaha dan menjadikan Kesatuan Umat itu sebagai salah satu keutamaan dan thawabit (prinsip yang tetap dan tidak berbuah walau apa keadaan sekalipun) samada di fasa awal perjuangan maupun di fasa perjuangan yang terkedepan. Bahkan Allah swt sendiri menjadikan Kesatuan itu saudara kandung kepada Iman, sedang perpecahan itu saudara kandung kepada Kufur. FirmanNya bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang beriman itu adik beradik (bersaudara atau berukhuwwah)” (Surah Al-Hujuraat).

Barat hanya akan berani masuk campurtangan atau menjajah negara umat Islam hanya apabila umat didalam negara tersebut benar-benar terpecah kepada 2 atau lebih, dimana salah satu pihak akan melaung panggilan meminta tolong Negara-negara Barat, PBB atau Kuasa-kuasa Besar Dunia.

Ketika di Tanah Suci baru-baru ini seorang bertanya kepada saya mengenai slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat (MSIB)” dengan kegusarannya beliau yang ikhlas akan penggunaan yang baik atau eksploitasi slogan tersebut oleh pihak tertentu yang jahat dan berkepentingan dalam senerio politik di Malaysia. Jawapan saya ialah bahawa slogan MSIB ini adalah lebih tinggi hemahnya dan lebih atas dari sebarang senerio politik semasa sesebuah masyarakat atau negara. Pada asas dan prinsipnya ia bukan lahir dari perkembangan sepak terajang politik kepartaian, akan tetapi ia adalah manifestasi dari petunjuk Ilahi yang menyeru kearah Kesatuan dalam semua keadaan, bahkan seruan kepada semua makhlukNya yang diciptakan. Firman Allah swt bermaksud, “Dan berpegang tuguhlah kamu dengan tapi Allah dan janganlah kamu bercerai berai” (Al-Quran). FirmanNya lagi bermaksud, “Dan janganlah kamu berbantah-bantah (berselisih), nanti kamu akan rosak dan akan hilang kekuatan kamu. Bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar” (Surah Al-Anfaal). FrimanNya lagi bermaksud, “Dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang berpecah belah selepas datang kepada mereka keterangan-keterangan. Bagi mereka azab yang pedih ..” (Al-Quran).

Tentera Amerika di Afghanistan. Mereka hanya boleh masuk apabila Mujahideen berpecah kepada dua iaitu (i) Taliban, dan (ii) Kumpulan-kumpulan Mujahideen yang berjaya mengalahkan Tentera Soviet (Rusia) pada tahun 1991.

MSIB dan apa sahaja slogan atau seruan ke arah Kesatuan adalah manifestasi petunjuk Ilahi yang wajib diperjuangkan oleh Islam dan gerakan Islam. Berdasarkan ini juga selepas kemenangan Revolusi 25 Januari di Mesir, Ikhwan Muslimin tetap dengan pendiriannya bahawa kesatuan umat Mesir menduduki keutamaan yang paling atas. Oleh kerana itu :

  1. Menasihati Mubarak agar segera melepaskan jawatannya dan keluar dari Mesir. Jika tidak, akan berlaku seperti apa yang sedang berlaku di Libya sekarang ini.
  2. Membuat kenyataan berulang kali di sepanjang Kebangkitan Rakyat bahawa Ikhwan Muslimin adalah sebahagian dari Rakyat, yang sekali-kali tidak bercerai badan dari Rakyat itu sendiri.
  3. Menjauhkan diri dari menonjolkan dirinya sebagai pelopor kepada Kebangkitan Rakyat, walaupun Mubarak, masyarakat awam di Mesir bahkan Kuasa-kuasa Besar Dunia dan Barat memahami bahawa Ikhwan Muslimin lah yang memainkan peranan utama dalam menjayakan Revolusi 25 Januari. Pada Ikhwan, memimpin Revolusi tersebut hanya lah memimpin seramai beberapa juta orang sahaja yang berdemontrasi. Ia masih merupakan nisbah yang kecil berbanding rakyat Mesir yang berjumlah kira-kira 80 juta orang. Pada Ikhwan Muslimin pemimpin rakyat yang hakiki adalah pemimpin yang dipilih oleh Rakyat yang menghayati Islam dan memahami risalah dan arah tuju yang dikehendakki Allah swt, yang dipilih melalui sebuah Pilihanraya yang bebas, telus dan adil. Sebenarnya prinsip ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjamin Kesatuan Umat itu sendiri agar nanti berjuang seperti dalam satu barisan dan bangunan yang kukuh, dalam menyebarkan cahaya Islam kepada umat-umat yang lain.
  4. Menolak pelawaan Kerajaan Amerika untuk membuat pertemuan resmi dengannya. Mursyid Am (Presiden) Ikhwan Muslimin ketika itu, Ustaz Mahdi Akef membuat kenyataan bahawa hendaklah hasrat itu disampaikan kepada Ikhwan Muslimin melalui saluran Kementerian Luar Negeri Mesir sendiri. Ikhwan faham benar bahawa Amerika tidak mungkin dapat menjajah Iraq melainkan setelah berlakunya perpecahan dalam umat Iraq itu sendiri. Kini Ikhwan tidak memberi ruang dan peluang kepada Amerika untuk mencetuskan perpecahan didalam rakyat Mesir.
  5. Mengumumkan untuk tidak bertanding dalam Pilihanraya Presiden Mesir dan akan bertanding dalam Pilihanraya Dewan Rakyat dengan bilangan kerusi yang tidak mencecah bilangan majoriti. Keputusan ini diumumkan beserta slogan penglibatan dalam pilihanraya mereka, “Musyarakah la Mughalabah”  bermaksud “Melibatkan diri (dalam Pilihanraya) dan bukan Menguasai”. Slogan ini meneguhkan lagi prinsip bahawa Ikhwan adalah sebahagian dari umat, sama menanggung, sama membangun dan bukan terpisah darinya.
  6. Mengajak orang-orang Kristian Mesir untuk menjadi ahli dalam Parti Kebebasan dan Keadilan milik Ikhwan.

Kesatuan Umat yang ditunjukkan oleh Ikhwan Muslimin adalah jauh mengatasi segala perkiraan dan percaturan yang lain. Prinsip ini mengatasi perasaan untuk menang dan membolot kerusi dalam pilihanraya, keinginan untuk menjadi presiden atau ketua, azam untuk menjatuhkan lawan atau seteru politik dan sebagainya.

“Jika Amerika hendak membuat pertemuan dengan Ikhwan Muslimin, maka hendaklah melalui Kementerian Luar Negeri Mesir”, jawab Mursyid Am Ikhwan Muslimin ketika itu, Ustaz Mahdi Akef (kini bekas-Mursyid Am) ketika menjawab undangan Kerajaan Amerika untuk bertemu Ikhwan. Kesatuan umat adalah salah satu prinsip amal dan strategi dalam dakwah Ikhwan Muslimin seperti yang digariskan oleh pengasasnya, Imam Hasan Al-Banna. Parti-parti politik dan badan-badan di Malaysia mesti mempunyai prinsip yang sama yang dianjur oleh Allah swt ini.

Selepas Revolusi Pelajar yang menjatuhkan Presiden Suharto, Indonesia menyemak kembali sistem politiknya dan pada hari ini memilih Kerajaan Perpaduan berbanding Kerajaan Monopoli seperti yang diamalkan di Malaysia. Dengan sistem Kerajaan Perpaduan, rakyat kembali bertaut dan bersatu sebaik selepas setiap Pilihanraya dan pembentukan kerajaan di pusat dan negeri. Bilangan jawatan menteri di Pusat atau exco di Negeri ditentukan oleh peratus undi yang diperolehi oleh setiap parti dalam pilihanraya.

Di Malaysia, pemimpin tertinggi UMNO memilih sistem Kerajaan Monopoli dimana parti yang menang dalam pilihanraya walaupun dengan majoriti mudah (51%) akan membolot kesemua jawatan menteri di Pusat dan exco di Negeri. Umat Islam bukan sahaja berpecah hati semasa musim pilihanraya, malah berlarutan disepanjang musim luar-Pilihanraya sehingga ke musim Pilihanraya akan datang dan begitulah seterusnya.

Diantara akibat dari sistem Kerajaan Monopoli ialah umat Islam di Malaysia berpecah lalu mengundang pemimpin bukan-Islam dalam terlibat menentukan agenda perjuangan dan negara. Di peringkat surau, masjid dan sekolah di kampung, masyarakat Islam dari berbagai parti dan badan boleh duduk berbincang, bermesyuarat dan bersepakat tetapi mereka jarang mempersoalkan pemimpin mereka kenapa mereka tidak boleh duduk bersama berbincang, bermesyuarat dan bersepakat dalam beberapa isu dari ratusan isu umat.

‘Sesungguhnya wali (rakan, pelindung dan perujuk) kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang beriman. Sesiapa yang mewalikan Allah, RasulNya dan orang-orang beriman maka sesungguhnya parti Allah itulah yang akan menang” (Al-Quran).

Formula baru dalam perjuangan umat di Malaysia harus disemak dan dirumus dari masa kesemasa. Formula lama yang digunapakai oleh generasi terdahulu belum tentu relevan untuk generasi hari ini. Musuh-musuh Islam senentiasa mengemaskini formula dan stategi mereka dengan kepakaran dan dokongan dari Kuasa-kuasa Besar di Timur dan Barat. Jika umat Islam tidak membuat rumusan yang tepat bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah, mereka bakal menerima padah yang akan berkekalan berdekad malah berkurun dihadapan.

Hakikat Kesatuan Umat seperti ini amat penting difahami oleh gerakan-gerakan Islam dan rakyat di Malaysia, agar mereka tidak hanyut dalam perpecahan disebabkan fahaman politik kepartaian yang sempit atau yang berkepentingan peribadi. Masanya telah tiba untuk tiap parti dan badan umat Islam di Malaysia agar merujuk dan menilai kembali strategi, perlaksanaan dan kesilapan lampau agar tidak diulangi di zaman dan generasi masakini, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan Kesatuan Umat, khususnya Umat Islam itu sendiri.

“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”

Ustaz Halim   http://www.inijalanku.wp.com

About these ads

3 Respons

  1. saya amat bersetuju dengan artikel ini…teruskan perjuangan ustaz..

  2. Salam. Ustaz,

    tulisan ini memberi konotasi Mursyid Am ikhwan ketika Revolusi 25 Januari Mesir masih adalah Syeikh Mehdi Akef.

    Sy rasa ketika itu, sudah berlaku peralihan kuasa Mursyid Am kepada Dr Mohammad Badie, berdasarkan laporan:

    http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=22666&ref=search.php

    sekian

    • Ucapan Ustaz Mahdi Akef itu dibuat beberapa tahun lalu, ketika beliau sebagai Mursyid Am, sebagai pengajaran untuk umat Islam agar jangan memberi ruang kepada pihak Barat untuk memecah dan melaga-lagakan perpaduan umat Islam. Saya telah membuat penambahan sewajarnya iaitu ” … Mursyid Am ketika itu“. Jzkk atas perhatian dan pandangan. Ia berguna untuk para pembaca INIJALANKU yang lain.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 289 other followers

%d bloggers like this: