Purdah mula diharam di Perancis

Hijab Muslimah salah satu dari Syiar-syiar (tanda mercu) Islam di tengah-tengah masyarakat. Ia di tengah-tengah masyarakat Barat lebih menonjol lagi.

Kelmarin 11 April 2011, Perancis dengan resminya mengharamkan purdah, salah satu pakaian wanita Islam. Sebaik penguatkuasaan tersebut, polis telah menangkap dua orang muslimah yang berpakaian sedemikian di Paris. Dengan ini Perancis menjadi negara pertama di Barat yang mengharamkan purdah sebagai salah satu undang-undag atau sistem dalam negara. Ini berlaku di tengah-tengah benua Eropah yang melaungkan kebebasan hak asasi manusia dan kebebasan beragama.

“Undang-undang itu sangat jelas. Menyembunyikan muka anda di tempat awam menjadi sebab untuk dikenakan tindakan,” kata Menteri Dalam Negeri, Claude Gueant pada mesyuarat Kesatuan Eropah (EU) di Luxembourg, semalam. Beliau berkata, pengharaman tersebut melindungi dua prinsip asas iaitu sekularisme dan prinsip kesamarataan antara lelaki dan wanita.

Nayet (tengah) dan Kenza Drider (kiri), keluar dari balai polis selepas ditahan kerana memakai purdah di Paris kelmarin.

Dalam masa yang sama seperti banyak Negara-negara Barat yang lain, Perancis membenarkan wanita mendedahkan bahagian atas tubuhnya di tempat awam. Itu tidak menjadi kesalahan dan tidak boleh ditangkap oleh polis. Tanpa membincangkan hukum pemakaian purdah disegi fiqh, saya hanya menulis berdasarkan pemakaian purdah oleh seseorang berdasarkan kepercayaannya terhadap agama Islam dan tindakbalas sebuah negara kafir terhadap mereka. Dari perkembangan ini apa yang dapat saya lihat ialah :

  1. Perancis dan Negara-negara Barat mula kembali ke zaman penindasan, fasa awal keruntuhan sesebuah tamaddun, seperti mana berlaku di Negara-negara Umat Islam yang menindas rakyatnya. Apabila penindasan dan kezaliman melata, umat dan negara tersebut mula memasuki ke fasa keruntuhan. Apabila kita menyebut keruntuhan, ia bukan bermakna keruntuhan material, akan tetapi keruntuhan sistem dan kekuatan.
  2. Muslimah dalam masyarakat Islam lebih-lebih lagi yang memilih untuk berpakaian yang lebih hampir kepada Islam apatah lagi di tengah-tengah masyarakat Barat yang kafir dan mendedahkan aurat, mempunyai Iman yang tinggi dan semangat yang tidak mudah dikalahkan. Apatah lagi kebanyakan umat Islam di Perancis adalah dari keturunan Arab yang terkenal dengan memiliki semangat pengorbanan yang tidak mudah dipatahkan. Penangkapan demi penangkapan akan membuka mata masyarakat di Perancis khsuusnya dan di Barat amnya akan penindasan terhadap segolongan manusia, hanya disebabkan pegangan akidah dan prinsip dirinya yang sepatutnya diberi kebebasan oleh undang-undang yang bertamaddun. Bayangkan apabila nanti yang ditangkap ialah wanita-wanita muslimah yang mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat Perancis seperti ahli akademik, koporat pemimpin masyarakat dan kaum keluarga mereka. Ia akan mencetuskan perdebatan atau sekurang-kurangnya perbualan dikalangan orang ramai.
  3. Jelas dari kenyataan Menteri Dalam Negeri Perancis bahawa undang-undang tersebut adalah untuk melindungi asas Sekular yang diamalkan dinegara berkenaan. Ia buka disebabkan isu pengurusan seperti sukar mengenali seseorang “penjenayah” jika memakai purdah contohnya. Ia jelas merupakan isu agama. Sekular bererti memisahkan agama dari pentadbiran negara. Ia bermakna pihak Gereja jangan masuk campur dalam Politik. Dengan kata lain Undang-undang Agama tidak boleh digunapakai atau dipaksakan keatas Negara untuk dilaksanakan. Sepatutnya di negara sekularlah lebih mudah memakai apa sahaja jenis pakaian berdasarkan agama kerana negara sekular berkenaan tidak mengganggu kepercayaan seseorang. Ini yang berlaku terhadap perjalanan agama di Negara-negara Sekular di Barat dan di Timur pada hari ini. Akan tetapi bila ia berkait dengan Islam, pengecualian dikenakan dengan zalim. Ia bukan perkara yang baru terhadap agama Allah ini. Ia juga berlaku terhadap rombongan umrah Rasulullah saw dan kaum muslimin yang tidak dibenarkan masuk ke Mekah hanya kerana pegangan kepercayaan mereka, sedangkan sejak turun temurun adat Arab Jahiliyah tidak membenarkan mana-mana kabilah dihalang dari menuju ke Kaabah untuk tujuan beribadah. Begitu juga halnya di Kashmir yang penduduknya 99% beragama Islam yang sedang dijajah oleh Kerajaan India yang beragama Hindu. Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memutuskan rakyat Kashmir diberi hak membuat Pungutan Suara untuk menentukan samada hendak merdeka atau terus dibawah India. Sehingga hari ini Pungutan Suara itu tidak dilaksanakan. Sebaliknya diwilayah-wilayah penduduk majoritinya Kristian, resolusi pungutan suara segera dilaksanakan pungutan-pungutan suara di Timur Timor, Indonesia dan di Selatan Sudan baru-baru ini yang berkeputusan mereka dapat berpisah dari negara induknya yang berkerajaan Islam dan membentuk negara sendiri yang merdeka.
  4. Walaupun bilangan muslimah yang berpurdah di Perancis tidak ramai, iaitu kira-kira 2000 orang akan tetapi yang ditakuti oleh Barat ialah syiar (penonjolan) nya yang boleh mencetus dan mempengaruhi orang lain. Ia juga menggusarkan pihak-pihak perosak masyarakat seperti pertubuhan Zionis, Freemason dan seumpamanya yang saban hari bekerja keras melalui media, pendidikan, ekonomi dan sebagainya untuk merosakkan akhlak masyarakat dan sebarang akidah yang boleh menghalang perancangan jahat mereka untuk menguasai pemikiran masyarakat dan politik dunia.
  5. Pada saya pemimpin dan umat Islam harus bangkit dan menyatakan bangkangannya terhadap pengharaman sedemikian, jik abukan atas asas agama, maka atas asas hak kebebasan individu dalam mengamalkan kepercayaannya seperti yang diperjuangkan oleh sistem Demokrasi di Barat. Hakikatnya purdah, walaupun disegi hukum fiqhnya mempunyai berbagai pandangan, tetapi disegi sosial dan politiknya, ia adalah salah satu benteng dari benteng-benteng Islam. Jika hari ini pemimpin dan umat Islam membisu seribu bahasa terhadap isu ini, maka tidak mustahil pihak Perancis akan mengharamkan pemakaian tudung atau hijab pula atas dasar yang sama. Ini yang berlaku di Singapura dalam isu pemakaian tudung di sekolah-sekolah kerajaan. Ini juga berlaku di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) ketika di era pemerintahan Mahathir.

Jika tekanan ke atas pemakaian purdah/niqab atas asas sekular dan kepercayaan individu tidak dipersoalkan oleh umat Islam, tidak mustahil ia akan menular kepada tekanan ke atas pemakaian tudung/hijab. Walaupun kamai menulis “tidak mustahil” tetapi hakikatnya ia telah berlaku dan pemerhatian yang mendalam menunjukkan ia juga sedang berlaku dalam bentuk-bentuknya yang berbagai. Kisah Hamidah Hamzah, pembaca berita RTM masih segar dalam ingatan dan pengajaran.

Umat Islam akan terus melihat pengecualian demi pengecualian, serta penindasan demi penindasan ke atas kepercayaan individu dan akidah Islam samada di Negara-negara Barat dan Timur atau di negara-negara umat Islam sendiri yang tunduk kepada pengaruh dan agenda Barat dan Timur.

Artikel-artikel yang berkaitan :

Kerajaan berkhidmat kepada Rakyat atau kepada Barat

Akhirnya RTM izin tudung

Isu Kartika dan Syariat Islam

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wp.com

About these ads

4 Respons

  1. Salam ustaz…ana mohon share artikel ustaz…

  2. Syabas kerana memberi perhatian dalam hal ini. Tidak ramai ulama akhir zaman kini mahu mempertahankan salah satu syiar Islam ini.

  3. Assalamualaikum.ustaz, mohon keizinan copy ke blog hamba dgn menyatakan sumbernya.Syukran jazilan

  4. ustaz, boleh cerita ape beza blaja kat mesir,jordan, atau madinah…. ana sedang ‘mencari’

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 286 other followers

%d bloggers like this: