Di antara jemaah Islam dan parti Islam

Jemaah adalah alat untuk mengislamkan penghayatan masyarakat, melaksana dan menjayakan projek dan gagasan Islam yang besar.Oleh itu sesebuah Jemaah Islam mestilah merupakan sebuah jemaah yang syumul (menyeluruh) dan bukan semata-mata sebuah parti politik. Rasulullah saw menggunakan jemaahnya untuk membina dan menegakkan Islam di seluruh pelusuk dunia, bermula dengan membina individu (fard) muslim, keluarga Islam, masyarakat Islam sehingga memerintah dunia.

Di sana juga terdapat perbezaan diantara Jemaah Islam dengan parti Islam. Parti politik bukan lahir dari penghasilan-penghasilan Islam akan tetapi ia lahir dari tamaddun Barat. Ia juga adalah salah satu kenderaan untuk mencapai seseorang kepada kerusi pemerintahan. Adapun jemaah, ia adalah alat menyeluruh untuk mengislamkan penghayatan umat. Oleh itu jemaah mempunyai projek yang besar bagi setiap aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, tarbiyah, pembangunan dan tamaddun. Dari jemaah lahirnya parti politik, pertubuhan-pertubuhan, sekolah-sekolah  dan pelbagai institusi yang menjadi alat yang dibina asas-asas agama dia atasnya ialah jemaah, bukan parti politik. Yang mengikat ahli didalam parti ialah etika kepartian, akan tetapi yang mengikat ahli didalam jemaah ialah Ukhuwwah (kasih sayang didasari Iman) dan Theqah (keyakinan ahli terhadap pimpinan yang melahirkan cinta, hormat dan iltizam/committment). Ahli sesebuah jemaah mempunyai sifat iltizam yang tinggi serta mentaati keputusan Syura jemaah berkenaan.

Ir. Khairat Syatir

Sebagai contoh, Ikhwan Muslimin di Mesir sendiri kini berada di fasa membina Masyarakat dan Kerajaan Islam. Mereka tidak mahukan kerusi pemerintahan akan tetapi mereka mahukan sebuah kerajaan yang memastikan tertegaknya kehidupan masyarakat di atas asas dan panduan Islam seperti yang dijelaskan oleh Naib Mursyidnya, Ir. Khairat Syatir.

Jemaah Islam bukanlah wakil-wakil dari sesebuah umat yang akan menegakkan tamaddun umat, akan tetapi mereka adalah sebahagian dari umat itu sendiri dalam menegakkan Tamaddun Islam bersama-sama.

(Sedutan sebahagian dari ucapan Ir Khairat Syatir di Iskandariah, Mesir minggu lalu dalam menjawab langkah-langkah Ikhwan Muslimin selepas Revolusi 25 Januari yang berjaya menamatkan era diktator Mubarak).

Tajuk-tajuk berkaitan :

Fard Muslim asas binaan Tamaddun Islam (Nahdhah Islamiyah)

Dakwah kita adalah Dakwah Cinta

Kesatuan itu adalah ikatan Aqidah umat

Tarbiyah menjaga saff perjuangan Perjuangan

Dakwah Umum & Dakwah Khusus

Ikhwan Muslimin Mesir tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan

Ustaz Halim  www.inijalanku.wp.com

About these ads

6 Respons

  1. Allahuakbar!

  2. Salam ustaz. kalau di Malaysia, yang mana jemaah Islam dan yang mana parti Islam? adakah dalam konteks Malaysia, parti Islam (PAS) dikategorikan sebagai jemaah Islam?

    Kemudian, nak minta ustaz komen video ini.

    Jazakallaah khayr ustaz.

    • Salam, Alhamdulillah bumi Malaysia subur dgn jamaah jamaah Islam. Semuanya berusaha untuk melihat Islam di daulatkan. Pendekatan yg berbeza tidak seharusnya merenggangkan ukhuwwah Islamiyyah di klgn a’milin dakwah. Masing msng ada peranan, tampung menampung. Pendekatan yg tepat perlu mengambil kira waqi’. Realiti sistem demokrasi Malaysia hari ini tidak mengizinkan Islam didaulatkan melainkan melalui saluran politik. Dengan kuasa yg diperolehi telah terbukti ruang dakwah semakin luas, Islam mampu bersinar.Jadi, saya berpendapat Pas adalah jamaah Islam yg bersesuaian dalam konteks malaysia.Pada masa yg sama, jamaah lain seperti Tabligh ,Jim, Abim,Isma,Haluan, juga besar peranannya dan mereka wajib bersama menyokong usaha yg dilakukan oleh Pas dan bukan melebarkan jurang kekeliruan di kalangan amilin dakwah.

    • parti PAS adalah sebetul-betul jamaah sebagai penyambung rantai perjuangan Rasulullah melalui Ikhwanul Muslimin, mesir…..

  3. jelas terang dan faham. jzk ustaz atas pencerahan.

  4. اخي الحبيب سلام الله عليكم

    مع كل تقدير واحترام لما كنبت عن خطاب الأخ المهندس خيرت الشاطر في الأسكندرية….بكل تواضع اري يجب ان نفهم كلامه بمناسبة الظروف الراهنة في مصر بعد ثورة 25 يناير خاصة بعد مشروع تاسيس حزب الحرية والعدالة…وجدير بالذكر ان هناك وجهات نظر عند الأخوان انفسهم بالدليل ان الأخ د ابراهيم الزعفراني في الاسكندرية الذي استقال من الجماعة وايضا د عبد المنعم ابو الفتوح الذي أصر على رأيه بترشيح نفسه (ليس باسم الأخوان المسلمين)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 289 other followers

%d bloggers like this: