MP Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ ke rahmatullah

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, 54  menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi. Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser. Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga. Solat jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali akan diadakan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat jam 10.30 pagi ini menurut anak Almarhumah, Muhd Fawwaz. Katanya, jenazah diuruskan di masjid berkenaan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat. “Innalillahi wa innailaihi raji’uun” (Kita milik Allah, dan kepadaNya kita kembali) (Al-Quran).

Allahyarham yang merupakan doktor perubatan berusia 54 tahun, disahkan meninggal dunia pukul 10.15 malam. Anak saudara Allahyarham yang juga pembantu peribadinya, Ehsan Mohd. Surur berkata, Lo’ Lo’ menderita penyakit barah paru-paru sejak beberapa tahun lalu. ‘‘Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hospital itu selepas beberapa hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi,’’ katanya ketika dihubungi malam ini. Allahyarham Lo’ Lo’ meninggalkan suami, Prof. Madya Dr. Aminuddin Abd. Hamid Karim dan empat anak. Allahyarham merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan AJK Dewan Muslimat Pas Pusat.

Walau tidak mengenai beliau dari dekat, namun keaktifan dan ketabahan Almarhumah dalam menyeru kepada makruf dan mencegah kemunkaran dapat dirasakan oleh sesiapa yang mengikuti perkembangan amal Islami di negara kita. Walau pun beliau telah pergi mendapatkan Tuhannya, kisah dan perjuangannya harus menjadi teladan dan iktibar kepada mereka yang masih menghirup udara Allah swt, dikalangan pecinta dan pejuang Islam, khususnya para wanita akhawat muslimah.
Kepada ahli keluarga Almarhumah, saya sampaikan Hadis Takziah dari Rasulullah saw. “Inna lillahi ma akhaz walahu maa a’tho. Wa kullu syai’in bi ajalim musamma fasbir walatahtasib” (Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu punya ajal (tempoh) disisiNya. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah atas kesabaranMu itu).
Moga Allah swt mengampuni dan merahmati Almarhumah serta menampatkannya di Syurga Firdaus bersama para Nabi-nabi, Siddiqeen, Syuhadak dan Solihin. Merekalah sebaik-baik teman di Akhirat nanti. Ameen.
About these ads

2 Respons

  1. Assalamualaikum Ustaz,

    Mudah-mudahan Almarhumah diampuni dan dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama para anbia`,siddiqeen,syuhadak dan solihin… ameen…

  2. Kpd sahabat2…log website ini… InshaAllah bermanfaat..

    http://drmaza.com/home/?p=1478

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 293 other followers

%d bloggers like this: