Selamat Ibadah Ramadan

“Bulan Ramadan yang diturunkan Al-Quran di dalamnya, (sebagai) petunjuk bagi manusia dari Petunjuk dan Furqan (pembeza Hak dan Batil)…” (Al-Baqarah).

Alhamdulillah, sebentar tadi sekelian kaum muslimin muslimat di seluruh Malaysia baru sahaja menunaikan Solat Tarawih malam pertama, menandakan masuk sudah bulan Ramadan yang mulia, hebat dan diberkati Allah swt. Bermula malam ini semua amalan fardhu digandakan pahalanya sebanyak 70 kali ganda dan semua pahala amalan sunat adalah menyamai pahala amalan fardhu. Mulai pada malam ini, pintu-pintu neraka ditutup sementara, para Syaitan diikat dan dibuka pintu-pintu Syurga menandakan ia adalah bulan Ketaatan. Allah swt memuliakan bulan Ramadan dengan memilihnya sebagai bulan yang diturunkan Al-Kitab, petunjuk bagi manusia yang menjelaskan dan membezakan dihadapan mereka Kebenaran dari Kebatilan.

“Dan disempurnakan bilangan hari-hari (puasa bulan Ramadan) dan dibesarkan (takbir) Allah diatas apa yang memberi Petunjuk kepada kamu dan supaya kamu bersyukur” (Al-Baqarah).

Sempena masuknya bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita memeriah dan mengaktifkan amalan Dakwah kita dengan perkara-perkara berikut :

  1. Para alim ulamak dan tokoh-tokoh masyarakat menyampaikan tazkirah-tazkirah Ramadan di mana-mana masjid dan surau yang mereka mempunyai ruang berbuat demikian. Diantara isi tazkirah yang terpenting ialah memastikan kualiti puasa yang tinggi disegi ruh perlaksanaannya, bukan sekadar lapar dan dahaga, mengingatkan peristiwa-peristiwa dan sejarah Islam yang gemilang yang berlaku didalam bulan Ramadan dan menginatkan matlamat Ramadan yang utama iaitu menyampaikan seseorang kepada Ketaqwaan.
  2. Para ibu bapa menamamkan keseronokan dan semangat kepada anak-anak dalam menyambut bulan yang mulia ini dan mendorong mereka berlumba-lumba untuk mengisinya dengan puasa, tilawah Al-Quran, solat Tarawih, solat Tahajjud dan bersahur.
  3. Para majikan dan ketua-ketua jabatan menunjukkan contoh teladan yang baik di depan kakitangan dalam menunaikan ibadat puasa, tilawah Al-Quran dan meringankan kakitangan dibawahnya terutama disegi tempoh masa bekerja dan tanggungjawab, lebih-lebih lagi sepanjang 10 Hari Terakhir Ramadan untuk memberi mereka ruang yang lebih kepada AL-Quran dan ibadat-ibadat yang khusus.
  4. Mengajak masyarakat memenfaatkan Ramadan ini dengan memperbanyakkan atau meninggikan kualiti ibadah-ibadah khusus seperti puasa, solat fardhu berjemaah, solat sunat tarawih dan tahajjud, bersedekah, memberi orang berbuka puasa dan lain-lain.
  5. Menghubung dan mengeratkan ikatan sesama umat Islam dan saling menasihat dan memberi kesedaran keadaan umat Islam hari ini dan peranan yang boleh mereka mainkan.
  6. Membenteras melalui menanam kesedaran dan teladan sebarang bentuk pembaziran seperti membeli belah makanan, pakaian dan perhiasan yang berlebihan.
  7. Menghias masjid, surau, rumah kediaman dan tempat bekerja yang memberi suasana kemeriahan kepada bulan Ramadan yang mulia ini.
  8. Memberi ucapan menanam kesedaran dan semangat kepada jemaah yang hadir Solat Tarawih agar terus istiqamah bersolat jemaah di masjid dan surau sehingga ke akhir Ramadan dan selepas bulan Ramadan. Ini dicapai melalui membaca ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Ramsulullah saw berkaitan Solat Berjemaah di Masjid.
  9. Menghidupkan aktiviti-aktiviti kebajikan seperti bersedekah kepada orang-orang miskin dan yang memerlukan. Sebaiknya dianjurkan program-program yang lebih resmi dan dengan publisiti yang meluas dan pengurusan yang professional seperti mewujudkan projek berjenama seperti “Projek Bantuan Semai Kasih”, “Kempen 1-orang 1-kampit beras” dan seumpamanya.
  10. Membuat promosi atau kempen menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan dengan ibadat dan giat berusaha mendapatkan Malam Lailatul Qadar dengan tekun beribadah.
  11. Memberi penerangan kepada masyarakat tentang cara menyambut Aidil Fitri yang sebenar yang mengikut Sunnah Rasulullah saw, serta menjauhi dari menyambutnya dengan cara atau adat yang menyalahi Syarak.
  12. Mengajak masyarakat memenfaatkan Ramadan dan bulan Hari Raya (Syawal) untuk mengeratkan ikatan sesama umat Islam, melalui ziarah menziarahi yang memang telah menjadi tradisi, maaf bermaafan dan seterusnya menghampirkan mereka kepada tabiat menyukai kesepakatan dari perpecahan dan menyemai walak sesama orang-orang beriman.
  13. Mendorong umat Islam agar berpuasa 6 hari dibulan Syawal sehingga ia menjadi adat tradisi yang baik dikalangan semua golongan termasuk para belia dan remaja.

Saya mengambil peluang di sini untuk mengucapkan “Selamat Ibadah Ramadan” kepada sekelian pelawat blog INIJALANKU, dengan harapan dan doa semoga Allah swt menjadikan bulan Ramadan untuk kita pada tahun ini lebih baik dan membawa ke taqwa yang lebih tinggi, menyatu dan menguatkan umat Islam serta mengambali dan mengukuhkan kedaulatannya. Ameen.

“RAMADAN : MENGGANDA IBADAH MENCIPTA SEJARAH”

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wp.com

 

About these ads

Satu Respons

  1. Datang dari seberang, saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa seraya memperknealkan diri dan silaturrahmi. semoga amal kita dibulan suci ini terhitung sebagai ibadah disisi Allah. amin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 289 other followers

%d bloggers like this: