Selamat Pengantin Baru

Al-Arees Fazrul dan Al-Aruusah Hamima

Saya, isteri sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Wan Mohd Fazrul Adlan dan Hamima Johar yang sedang mengadakan walimah mereka sekarang di Bukit Mahkota Club House (sedang berlangsung sekarang). Baarakallahu lakuma, wa baarik alaikuma, wa jama’a baina kuma fi khair (Moga Allah berkati untuk kamu berdua. Ya Allah, berkatilah kedua-dua mereka, dan menghimpunkan kedua-dua mereka dalam kebaikan).

Begitu juga saya, isteri dan keluarga mengucapkan dan mendoakan dengan ucapan dan doa yang sama diatas kepada pasangan-pasangan lain yang tak sempat kami hadiri kerana samada bermusafir, tidak berada dekat pada hari majlis, bertembung program atau tak tahu atau tak ingat tarikh walimah berlangsung. (Malam kelmarin buka satu sampul kad jemputan kahwin dan didapati ianya dah berlangsung 2 minggu lepas … ).

Saya (berdiri kiri) dan isteri (berdiri kanan) mengapit kedua mempelai.

Dikesempatan ini nasihat kami kepada pasangan-pasangan yang baru berumahtangga, antara lain ialah :

  1. Gembirakan kedua ibu bapa masing-masing pada hari yang bersejarah ini. Pada ayah ibu, walimah anak-anak mereka seperti ini seperti konvokesyen kehidupan bagi anak-anak mereka. Ia menandakan tamatnya satu fasa penting kehidupan mereka, fasa alam bujang, fasa belajar dan seumpamanya.
  2. Penuhi apa sahaja permintaan mereka pada hari itu, asalkan yang tidak bertentangan dengan hukum Syarak.
  3. Ambil foto banyak-banyak. nanti ia akan jadi kenangan akan keazaman Dakwah dimasa hadapan. Ini adalah kerana kebanyakan kita yang terlibat dalam kerja-kerja Islam ini bertemu jodoh adalah semasa didalam jalan dan program-program Dakwah ini. Ini termasuk saya sendiri.
  4. Semasa Walimah, cuba sedaya upaya bermesra dan berkenalan dengan saudara mara sebelah pasangan kita. Bukan mudah nak bertemu seramai dan semeriah itu dikesempatan yang lain. Kalau boleh catit nama, no tel, alamat mereka maka itu lebih baik. Elok juga mengambil foto Pengantin bersama setiap keluarga dari sanak saudara kita, satu keluarga demi satu keluarga.

“Ya Allah kurniakan kami dari kalangan isteri-isteri kami dan zuriat kami sebagai penyejuk mata kami. Jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan).

Posting-posting berkaitan :

Tips Berkahwin Awal

Tips Berkahwin Awal (02)

Khadijah lambang cinta sejati.

Selamat Pengantin Baru (Shuhaib & Uswah Abdul Halim)

Selamat Pengantin Baru (Qamarul & Khairah Abdul Halim)

Ustaz Halim http://www.inijalanku.wp.com

About these ads

4 Respons

  1. Terima kasih atas tips, Ust. Jemput datang nanti ye

  2. Assalamualaikum………..

    “Penuhi apa sahaja permintaan mereka pada hari itu, asalkan yang tidak bertentangan dengan hukum Syarak.”

    Saya pernah dengar yg bersanding itu haram dalam Islam, kecuali ada had tertentu…. Boleh ustaz jelaskan?

    • Waalaikumsalam wr wb

      Zaman dulu masa saya kecil dulu, yang dikatakan bersanding itu adalah kedua mempelai duduk dihadapan atau jadi tatapan umum (saya masih ingat semasakecil para hadirin macam tengok tayangan video atau perlawanan akhir bolasepak), yang wanita tak bertudung (membuka aurat), ditonton oleh lelaki ajnabi (bukan mahram), kemudian ada acara-acara yang tak sedap mat amemandang, juga ada acara-acara yang tiada sandaran seperti tepung tawar dan sebagainya menyerupai budaya Hindu dahulu kala, zaman Islam belum masuk ke Tanah Melayu dulu. Oleh itu “bersanding” dengan acara2 yang bertentangan dengan Islam, dan banyak tasyabbuh (meniru) upacara Hindu seperti ini ditegah oleh para ulamak dan pendakwah kita bermula sekitar tahun 1970an.

      Adapun yang dikatakan bersanding hari ini adalah sepasang kerusi yang dihias untuk kedua mempelai duduk bersebelahan, dan dijadikan tempat untuk berfoto kenang-kenangan dan ucap tahniah, tanpa ada upacara-upacara lapuk menyerupai upacara Hindu seperti yang disebutkan diatas, pada saya ianya adalah harus dan tidak ditegah oleh Syarak. Juga tidak diterima aqal (la yu’qal) Syarak menegah duduk berdekatan di atas pelamin semasa walimah, tanpa jadi bahan tontonan seperti zaman dulu, sedang diwaktu makan berhias atau berhidang untuk pengantin, Syarak tidak menegah kedua mempelai duduk bersebelahan. Juga selepas majlis Walimah, Syarak menegah suami isteri duduk bersebelahan ketika makan di restoran mamak.

      Wallahu a’alam.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 278 other followers

%d bloggers like this: