Ramadan bulan penting perjuangan Islam

“Bulan Ramadan yang diturunkan Al-Quran didalamnya, (sebagai) petunjuk bagi manusia …” (Al-Baqarah)

Ramadan 01 : Al-Quran diturunkan Allah swt sekaligus ke langit dunia bernama Baitul Izzah. Ini berlaku pada malam Lailatul Qadar. Dengan ini Allah swt memuliakan bulan Ramadan kerana memilihnya sebagai bulan diturunkan Al-Quran, kitab yang menjadi petunjuk bagi umat manusia di akhir zaman, demi kesejahteraan mereka di dunia, lebih-lebih lagi di Akhirat.


Kubur Halimah As-Saidiyah yang menyusukan dan mengasuh Nabi saw dari bayi sehingga berumur lebih kurang 5 tahun. Di sebelah kubur A-Marhumah ialah kubur perawi hadis yang hebat, Abu Said Al-Khudry ra.

Ramadan 02 : Rasulullah saw dilahirkan ke dunia oleh ibunya, Aminah binti Wahab. Bagin da saw dibesarkan dalam suasana persekitaran kampung Bani Saad yang baik, tempat tinggal Halimah As-Saidiyah, dan selepas itu dalam keluarga Abu Talib yang baik dengan penuh kasih sayang. Apabila Baginda berumur 40 tahun, Allah swt memilih bulan Ramadan untuk melantik Baginda saw sebagai Nabi lagi Rasul, dengan turunnya Surah Al-Alaq (Iqrak) di Gua Hirak. Dengan ini bermulalah semula hubungan wahyu diantara langit dan bumi setelah ia gersang selama lebih 600 tahun sejak zaman Nabi Isa as. Dengan ini juga, di bulan yang mulia ini, Allah swt telah menunjukkan kepada Rasulullah saw manhaj (corak) perjuangan yang sepatutnya Baginda saw ambil, juga cara yang sepatutnya kita umat dan pejuang di akhir Zaman mengambilnya dalam merubah menyarakat dan negara menjadi Islamik yang diredhai Allah swt. Kisah ini bukan sahaja sabit dari sejarah akan tetapi ia juga sabit dari firman Allah swt sendiri bermaksud, “Bulan Ramadan yang Kami turunkan Al-Quran didalamnya (sebagai) petunjuk bagi manusia, dan (sebagai) penjelas tentang Petunjuk dan Pembeda (antara Hak dan batil)…” (Al-Baqarah).


Gua Hirak tempat turunnya wahyu pertama, merupakan titik tolak yang paling penting dalam sejarah kemanusiaan akhir zaman. Dari gua ini, hidayah Allah swt tesebar ke serata dunia, menyuluh jiwa dan negara, membentaras kezaliman dan penindasan manusia sesama manusia sehingga Hari Kiamat.

Selepas itu, dengan berbekalkan petunjuk Al-Quran, Rasulullah saw mengumpul dan mendidik para Sahabatnya dengan sebaik-baik didikan sehingga mereka yang hidup di padang pasir yang tandus lagi gersang, tidak bertamaddun, penggembala kambing dan peniaga kecilan menjadi sebaik-baik umat yang pernah dikeluarkan oleh Allah swt sejak dari zaman Nabi Adam as. Mereka lulus ujian penindasan dan penyiksaan Quraisy. Mereka lulus ujian beriman kepada peristiwa Israk dan Mikraj yang diluar jangkauan aqal manusia biasa. Mereka lulus dugaan meninggalkan harta dan kampung halaman, demi menyahut arahan Rasulullah saw berhijrah ke tempat yang asing bagi mereka iaitu Madinah.


Selawat dan salam ke atas mu ya Rasulullah saw, penyampai penuh amanah setiap ayat Al-Quran dari Allah swt kepada kita, dengan nas, bacaan, amali dan perjuangan yang terkandung didalamnya. (Foto: kubur Nabi saw, Abu Bakar ra dan Umar Al-Khattab ra di bawah Kubah Hijau atau Qubbah Khadrak).

Ramadan 03 : Selepas 2 tahun di Madinah, tiba masanya Allah swt hendak memasukkan mereka ke fasa perjuangan yang lebih tinggi dan mencabar lalu digerakkan mereka ke Perang Badar. Ia adalah perang yang siapa memenanginya, mereka akan mendapat kedudukan dan kehebatan di mata kabilah-kabilah Arab di sekeliling. 313 orang sahabat keluar dengan ceria untuk mengalahkan 40 orang rombongan peniaga Mekah dan membawa pulang harta rampasan ke Madinah. Namun sangkaan mereka meleset, kerana Allah hendak mereka berdepan dengan 1000 tentera lengkap Quraisy, yang menggantikan tempat 40 orang peniaga. “Kamu suka berdepan dengan kumpulan yang tidak mempunyai kekuatan, akan tetapi Allah hendak membenarkan Kebenaran dengan Kalimat-kalimatNya, dan mencantas kekuatan Orang-orang Kafir …” (Al-Quran). Maka pada 17 Ramadan, berlakulah perang diantara golongan sedikit dan serba kekurangan melawan golongan ramai dengan persenjataan lengkap. Akan tetapi Allah swt adalah Pemenangkan segala pertandingan dan perjuangan. Tentera Islam mengalahkan tentera Quraisy dan Abu jahal sendiri terbunuh dan dihumban ke dalam perigi buta di pekan Badar.


Foto di tapak medan Perang Badar, 160 km dari Madinah, perang yang juga dinamakan Allah swt “Hari Al-Furqan (Penentu antara Hak dan batil)” dan “Hari Bertempur Dua Kumpulan”. Di sini Malaikat turun membantu memenangkan tentera Islam. “Ketika Tuhanmu mewahyukan kepada Malaikat, katakan kepada tentera Islam, ‘Kami bersama kamu’, maka teguhkanlah orang-orang beriman” (Al-Quran).  Di sini Allah mencampakkana ketakutan ke dalam hati-hati tentera Musyrikin. Di sini para Malaikat memenggal tengkuk-tengkuk dan ubun-ubun musuh-musuh Allah.

Ramadan 04 : Selepas Perang Badar, dakwah Islam dibawah petunjuk Al-Quran, dibawah pimpinan Rasulullah saw semakin maju dan berkembang. Tentera Baginda bertambah dari 313 di Badar kepada 700 di Uhud dan 3000 di Khandak, 18 tahun sejak wahyu diturunkan di Gua Hirak. Selepas Perjanjian Hudaibiah, tentera Islam melonjak kepada 10,000 orang, penambahan 7,000 orang dalam masa hanya 2 tahun. Sebab itu Allah swt menyifatkan Perjanjian Hudaibiah sebagai satu “Kemenangan”. Pada tahun 8 Hijrah, Allah swt mentakdirkan Quraisy membatak Perjanjian Hudaibiah, lalu Rasulullah saw menggerakkan 10,000 orang tentera untuk menawan Mekah. Peristiwa besar ini berlaku dalam bulan Ramadan. Apabila Mekah, selaku ibu negara Semenanjung Arab, jatuh ke tangan Islam, maka seluruh kabilah Arab tidak mempunyai pilihan lain selain menerima Islam sebagai agama. Hanya sekitar 10 tahun selepas itu, dizaman Umar Al-Khattab, kabilah Arab mengalahkan Empayar Rom dan Empayar Parsi, kuasa-kuasa besar dunia, menjadikan mereka pemimpin dan pembimbing dunia ini dengan hidayah Allah swt.


Di sini tempat berlakunya Perang Khandak (Parit). Masjid kecil putih di atas bukit itu ialah Masjid Fath. Sebelum didirikan masjid tersebut, di atas batu itu Rasulullah saw berdoa kepada Allah swt agar memenangkan tentera Islam di dalam Perang Khandak. Masjid kecil usang di kaki bukit itu ialah Masjid Salman Al-Farisy, sahabat yang mencadangkan digali parit untuk menghalang tentera Ahzab yang sangat ramai berjumlah 10,000 orang. Cadangan beliau diterima oleh Rasulullah saw, walaupun menggali parit dalam peperangan adalah suatu yang biasa dalam mana-mana peperangan di Parsi, tetapi suatu yang pelik bagi orang-orang Arab.

Demikian disamping Ramadan adalah bulan ibadah khusus, Ramadan juga merupakan bulan yang dimuliakan Allah swt dan dipilihNya untuk menjadi titik tolak dan peralihan bagi fasa-fasa perjuangan Rasulullah saw sendiri. Sejarah selepas itu juga menunjukkan Ramadan adalah salah satu penentu sejarah bagi umat Islam sepanjang zaman. Semoga Ramadan pada tahun ini dan tahun-tahun selepasnya kan terus memberi kekuatan dan kemajuan kepada agama Islam dan umatnya, insyaallah. Ameen.

“RAMADAN : MENGGANDA IBADAH MENCIPTA SEJARAH”

Ustaz Halim http://www.inijalanku.wp.com

One blogger likes this.
About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 289 other followers

%d bloggers like this: