Palestin mendapat status sebuah negara di PBB

UN General Assembly grants upgraded status for Palestine, New York, America - 29 Nov 2012Palestin mendapat status Negara Pemerhati dalam PBB

Perhimpunan Agung PBB pada 29 November lalu mengambil ketetapan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, apabila memberikannya status sebagai “Negara Pemerhati” dalam persidangan-persidangannya. Ini merupakan satu lonjakan ke depan dalam perjuangan umat Palestin dan Umat Islam sendiri sejak masa yang panjang bermula dengan penjajahan British tahun 1917 dan sejak pengisytiharan negara haram “I.s.r.a.e.l” tahun 1948. Sejak detik-detik tersebut negara Palestin hanya dipanggil umat Palestin. Kerajaan Palestin juga cuba dimasyhurkan sebagai Pihak Berkuasa Umat Palestin (The Palestinian Authorithy) dengan dielak dari menyebut perkataan ‘Kerajaan” yang menggambarkan ia memerintah dan mentadbir sebuah “negara”.

UN_Resolution_of_Palestine_as_Observer_State.svgHijau – Negara menyokong. Merah – negara menentang. Kuning – negara berkecuali. Israel semakin terpencil.

Dari keputusan Perhimpunan Agung PBB kelmarin beberapa noktah dapat kita amati bersama :

  1. Sokongan negara-negara semakin meningkat terhadap nasib dan perjuangan umat Palestin. Ini ditunjukkan melalui undi yang diperolehi iaitu 138 (73%) negara menyokong , 9 (5%) negara menentang dan 41 (22%) negara berkecuali. Walaupun PBB tidak menggunakan sistem demokrasi seperti banyak negara-negara di dunia, namun kebanyakan dunia yang mengamalkan demokrasi faham benar bahawa peratus 73% adalah melebihi peratus keramat demokrasi iaitu 67% (2/3) yang menunjukkan satu sokongan dan dokongan yang kuat dan jitu.
  2. Lobi Yahudi dipersada antarabngsa yang sering digembar gemburkan sebagai hebat dan berpengaruh pada hakikatnya tidak sehebat yang disangkakan. Adalah jelas dari keputusan undian tersebut bahawa prestasi lobi Yahudi semakin melemah di banyak negara dan ia semakin dipinggirkan (isolated) dari masyarakat antarabangsa. Jika fenomena atau trend ini berterusan, hayat sebuah negara yang dinamakan Israel tidak akan bertahan lama.
  3. Sokongan banyak-banyak negara di dunia terhadap isu Palestin juga berjalan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin canggih tertama nya internet. Jika dulu, kebanyaka negara mendokong negara Israel kerana (i) dominasi dan ketundukan mereka kepada Kuasa-kuasa Besar Dunia seperti Amerika yang mendokong Israel, dan (ii) pengaruh media massa antarabangsa yang rata-rata di kuasai oleh Zionis dan negara, namun pada hari ini melalui laman sosial, webtv, email dan sebagainya, masyarakat antarabangsa boleh berkongsi berita, kejadian, pandangan dan pendirian secara langsung sesama mereka lalu mempengaruhi pemimpin negara mereka melalui pemilihan dan tekanan. Dizaman teknologi maklumat ini banyak polisi telah berubah dan ditentukan dari bawah ke atas, bukan lagi dari atas ke bawah.
  4. Pencapaian status Palestin diatas juga selari dengan perkembangan negara-negara Arab masakini yang menyaksikan perubahan rakyat dan kerajaan Arab dari pro-Barat dan Israel yang mengkhianati umat Palestin kepada kerajaan yang pro-Islam yang mendokong isu Palestin. Kebanyakan negara di dunia juga menyedari hakikat ini lalu menyeragamkan polisi mereka sendiri kepada peka dan bersimpati terhadap apa yang melanda rakyat Palestin. Dengan kedudukan negara-negara Arab yang berada di tengah-tengah peta dunia, laluan antarabangsa dan sumber tenaga dunia yang terpenting, berterusan mengambil pendirian yang bertentangan dengan negara-negara Arab tidak akan menguntungkan negara dan rakyat mereka sendiri.

PBB PalestineKerusi “Negara Pemerhati” bagi Palestin dimasukkan ke dewan Perhimpunan Agung PBB. Namun perjuangan hakiki masih panjang ke depan.

Berdasarkan pengamatan yang berlaku di sepanjang konflik antara kumpulan-kumpulan di Palestin, satu peringatan yang penting disuarakan disini adalah :

  1. Pihak yang mewakili Palestin didalam Perhimpunan Agung PBB kali ini adalah delegasi yang diketuai oleh Mahmud Abbas yang digelar Presiden Palestin. Barang diingat bahawa jawatan presiden yang beliau sandang telah lama luput. Orang yang lebih layak mengetuai delegasi Palestin adalah pemimpin yang dipilih melalui Pilihanraya yang sah, iaitu Perdana Menteri Ismail Haniyeh.
  2. Dengan “lahirnya” negara Palestin walaupun dengan status Negara Pemerhati di PBB, populariti Mahmud Abbas dan Parti Fatah akan melonjak sedikit sebanyak. Dari apa yang berlaku sebelum ini selepas Perjanjian Oslo, Perjanjian London dan sebagainya, sebaik populariti Fatah nampak naik atau dinaikkan, ia menjadi pemangkin untuk mereka meningkatkan kezaliman dan tekanan ke atas musuh-musuh politik mereka terutamanya gerakan HAMAS, kerjasama sedia ada diantara Fatah-Mossad-CIA di setiap bandar dan pekan di Tebing Barat akan dipertingkatkan, dengan tanggapan ramai rakyat Palestin akan turut menyokong langkah-langkah tersebut.
  3. Walaupun populariti HAMAS dalam PRU lalu menjangkau 63% dan terus meningkat sehingga ke hari ini, namun kesan dari perisytiharan negara Palestin oleh Mahmud Abbas boleh memberi sedikit sebanyak kesan terhadap perjuangan Islam hakiki yang dibawa oleh HAMAS. Segelintir rakyat atau pengundi dapat dimomokkan dengan pendirian bahawa jalan damai yang diperjuangkan oleh Mahmud Abbad dan Parti Fatah telah berjaya mencapai hasil yang tidak dapat dicapai oleh jalan penentangan dan jihad yang dipilih oleh Parti HAMAS. Segelintir ini tidak mengerti bahawa perjuangan isu Palestin masih panjang dan berliku dan tidak boleh ditamatkan hanya dengan perisytiharan PBB tersebut.

Kita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada umat, kerajaan dan mujahideen Palestin yang kita sayangi sempena detik yang bersejarah ini. Sesungguhnya sokongan antarabangsa tersebut dengan peratus yang sangat tinggi pula jelas menegaskan sokongan negara-negara yang merdeka dan bebas terhadap isu Palestin. Perkembangan ini juga merupakan langkah-langkah awal yang penting kearah berjuang terus untuk mengembalikan hak-hak Palestin yang dirampas penjajah.  Kita jug aberdoa kepada Allah swt agar detik yang bersejarah ini juga merupakan salah satu langkah ke arah menyempurnakan perdamaian sesama kumpulan-kumpulan Islam di sana demi mentaut dan menguatkan barisan ke arah membebaskan Palestin keseluruhannya dan mengembalikan hak-hak umat kesemuanya. Ameen.

Ustaz Halim   http://www.inijalanku.wp.com

Ust_Halim_small2

About these ads

Satu Respons

  1. As Salam, i am currently conducting a survey about mosque in Malaysia for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.

    https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 284 other followers

%d bloggers like this: