Amal Islami : Antara jiwa dan sistem

mesir

Diantara kunci, prinsip atau asas yang terpenting dalam memahami Amal Islami adalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw mencakupi kedua-dua jiwa dan sistem. Perjuangan kita adalah ke arah menyempurnakan kedua-dua aspek ini, dengan penumpuan di peringkat awal atau asas adalah penyempurnaan aspek jiwa terlebih dahulu. Tanpa penyempurnaan jiwa, segala aspek Sistem tidak akan mencapai apa yang di cita-citakan. Oleh kerana itu Imam Hasan Al-Banna menekankan kata-kata Hukamak yang masyhur, “Mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Keadilan itu adalah sebenarnya pada jiwa seseorang hakim, dan bukannya pada lembaran undang-undang yang tertulis. Ini adalah kerana adakalanya undang-undang tertulis tidak sempurna, tetapi hukuman dijatuhkan oleh seorang hakim yang berkeperibadian adil, maka dia menjatuhkan hukuman dengan adil. Adakalanya undang-undang bertulis yang digubal itu sangat lengkap dan adil, tetapi seorang hakim yang rosak jiwanya menghukum dengan zalim dan aniaya”. Dari kata-kata Hukamak tersebut, jelas perjuangan Islam yang dikehendakki oleh Allah swt yang dibawa oleh Rasulullah swt dan jemaah Islam selepas Baginda saw adalah perjuangan yang menuju kearah kesempurnaan kedua-dua jiwa dan sistem, yang didahului dengan ketinggian jiwa terlebih dahulu.

SDC11622

Jalan Tarbiyah dan Dakwah … tiada jalan lain selainnya. Juga tiada jalan yang lebih pendek dari jalan rabbani ini.

Sepanjang kejatuhan Islam, umat Islam melalui zaman yang banyak terdapat pengasingan di antara sistem dan jiwa, maka secara tabie (natural) nya, mereka akan lebih terdedah dan mengambil perhatian terhadap yang nampak iaitu sistem dan peraturan semata-mata dan mengabaikan aspek jiwa yang sangat asasi. Ia bermula dalam ibadat-ibadat khusus dalam Islam, kemudian meresap ke dalam Amal Islami pada sesebuah organisasi Islam.

Dalam aspek ibadat-ibadat khusus, solat dikira sah sekiranya seseorang telah berwuduk, menutup aurat, bertakbiratul ihram, membaca al-Fatihah, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, salam dan tumakninah. Adapun aspek jiwa seperti kehadiran hati dan khusyuk, ia tidak termasuk didalam perkiraan sah atau tidak nya solat dengan makna si Ali yang telah melakukan perbuatan-perbuatan fizikal, lahiriah atau “sistem” seperti di atas (rukuk, sujud dll) walaupun sepanjang perbuatannya dia mengamati perlawanan bolasepak Mancester United melawan Real Madrid dalam hati nya, beliau tidak diminta untuk menqadak solatnya. Sedang Rasulullah saw berkata kepada seseorang yang tidak khusyuk dan tenang, “Solatlah (semula), kerana sesungguhnya engkau belum bersolat” (Hadis). Dari hadis tesebut, risalah dan perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah saw adalah kearah kesempurnaan kedua-dua jiwa dan sistem, yang didahului dengan ketinggian jiwa terlebih dahulu.

Si Aminah yang telah berpuasa Ramadan, tidak makan minum, tidak memasukkan sesuatu didalam rongga yang terbuka, tidak berjimak dsb telah dianggap sah dan tidak perlu mengqadak puasanya walaupun beliau telah berkata dusta, membuat persaksian palsu ketika dia berpuasa. Sedang Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang berpuasa sedang dia dia tidak meninggalkan kata-kata dusta dan bermaal dengannya, maka ALlah tidak berhajat dia meninggalkan makan dan minumnya” (Hadis). Sabdanya lagi, “Berapa ramai orang yang berpuasa, yang tidak mendapat apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga” (Hadis). Dari hadis-hadis tesebut, risalah dan perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah saw adalah kearah kesempurnaan kedua-dua jiwa dan sistem, yang didahului dengan ketinggian jiwa terlebih dahulu.

Si Kasim yang telah membayar Zakat ribuan Ringgit setelah cukup nasab dan haulnya tidak perlu membayarnya semula diaspek sistem, walaupun dia mengungkit-ungkit dan menyakitkan hati penerima Zakat tersebut sedang Allah swt berfirman, “Wahai orang-orang beriman, jangan kamu batalkan Sedeqah kamu dengan sebab Al-Mann (mengungkit-ungkit pemberian) dan Al-Aza (menyakitkan hati dll), seperti orang yang menginfakkan hartanya dengan riak …” (Al-Quran). Dari ayat tersebut, jelas perjuangan Islam yang dikehendakki oleh Allah swt yang dibawa oleh Rasulullah swt dan jemaah Islam selepas Baginda saw adalah perjuangan yang menuju kearah kesempurnaan kedua-dua jiwa dan sistem, yang didahului dengan ketinggian jiwa terlebih dahulu.

Lumrahnya manusia berbagai-bagai ragam dan peringkat. “Dari kalangan manusia ada yang  menzalimi diri mereka sendiri. Ada manusia yang pertengahan. Ada manusia yang berlumba-lumba untuk kebaikian … “ (Al-Quran). Ramai manusia yang disibukkan dengan dunia dan perhiasannya. Ramai yang mencari keredhaan Allah dan ganjaran kekal abadi di Syurga, bukan di dunia yang fana ini. Ramai para Ulamak yang memberikan penafsiran fenomena ibadah-ibadah khusus di atas dengan ungkapan bahawa ibadah-ibadah mereka sah, tidak perlu qadak tetapi hangus pahalanya atau kurang kesempurnaannya. Ungkapan ini memudahkan kefahaman masyarakat awam dan sesuai untuk Golongan Awwam dalam istilah Tasauf. Namun bagi para Duat Islam, sepatutnya ia adalah suatu ungkapan yang sangat besar kesannya didalam jiwa. Mengamalkan perbuatan-perbuatan yang tidak sempurna apatah lagi yang hangus pahalanya tanpa apa-apa balasan di Akhirat dalah suatu yang tidak layak bagi pencari-pencari keredhaan Allah, apatah lagi mereka yang hendak berjuang seperti perjuangan Rasulullah saw !! Perjuangan memimpin dan membimbing umat seluruh dunia tidak akan mampu ditanggung oleh Golongan Awwam dan cara pemikiran mereka. Ia hanya mampu dipikul oleh Golongan Khususul Khusus yang menuju kearah kesempurnaan kedua-dua aspek jiwa dan sistem. “Kamulah umat yang terbaik yang telah dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyeru kepada Makruf. kamu mencegah Munkar. kamu beriman kepada Allah” (Al-Quran).

JEMAAH ISLAM

Saya melihat Imam Hasan Al-Banna dan para Mursyid Am selepas beliau faham benar akan perjuangan Rasulullah saw yang dibawa oleh jemaah Ikhwan Muslimin di abad ini, iaitu perjuangan ke arah kesemurnaan jiwa dan sistem pada individu, jemaah, negara dan dunia.

Suatu hari beliau menelefon sahabatnya Abbas As-Sisy. Sebaik menjawab telefon, Abbas bertanya siapakah yang menelefonnya ? Boleh sahaja Hasan Al-Banna menjawab dalam teka teki bahawa beliau adalah ketua organisasi (sistem) yang dipilih oleh organisasi tersebut, namun Hasan Al-Banna menjawab, “Aku adalah ruh mu dan engkau adalah ruh ku”. Sebaik mendengar jawapan tersebut, Abbas As-Sisy terus tahu bahawa orang di sana adalah Hasan Al-Banna, bukan kerana mengenai suaranya, akan tetapi mengetahui bahawa tanpa bertemu, berbicara dan bersama Hasan Al-Banna adalah suatu yang tidak dapat ditanggung oleh jiwa ukhuwwahnya. Begitu juga perasaan Hasan Al-Banna terhadap Abbas.

AlBanna 01Imam Hasan Al-Banna. Perjuangannya mencontohi erjuangan Rasulullah saw dengan kembali membina jiwa ahli-ahli, masyarakat dan negara dan mengikat jiwa-jiwa tersebut dengan sistem yang kemas. Ia hakikat yang serng dilupai orang ramai manusia. Perjuangannya adalah menegakkan Negara Ruh dan Risalah, bukan semata-mata Negara Pengurusan dan Sistem. Begitu jugalah beliau membina jemaahnya.

Mursyid Am selepas Hasan Al-Banna, Imam Hasan Al-Hudhaiby apabila ditanya “Siapakah ahli-ahli Ikhwan Muslimin?”. Beliau tidak menjawab bahawa ahli-ahli Ikhwan Muslimin adalah orang yang telah mengisi borang keahlian, atau orang yang mengikuti program usrah, atau sebagainya dari bentuk-bentuk sistem organisasi semata-mata. Akan tetapi beliau menjawab “Ahli-ahli Ikhwan Muslimin adalah kaum yang berkasih sayang diantara sesama mereka”. Ini bermakna perjuangan yang dibawa Jemaah Islam adalah dan mestilah ke arah kesempurnaan kedua-dua aspek jiwa dan sistem.

NEGARA ISLAM

Begitu juga dalam menegakkan Islam didalam negara, rantau dan dunia, Dakwah kita bukan hendak menegakkan sebuah negara sekadar satu sistem Islam yang kosong dari Jiwa Islam didalamnya. Negara Islam bukan ditegakkan melalui perjuangan mengadakan peranggan-peranggan pada Perlembagaan maupun akta-akta. Seperti kata-kata para Hukamak diatas yang dibawa oleh Imam Hasan Al-Banna, tidak ada gunanya baris-baris undang-undang yang adil tetapi diadili oleh hakim-hakim yang rosak lagi merosakkan, dilaksanakan oleh orang-orang politik dan kakitangan-kakitangan keselamatan yang rosak. Demikian pembentukan jiwa di fasa Mekah dan penyempurnaan sistem di fasa Madinah diajar oleh Allah swt didalam Al-Quran dan ditunjukkan oleh Rasulullah saw didalam Seerah Perjuangannya.

DS Ismail Sabri Yaacob 2

Disebabkan Negara Islam yang hendak ditegakkan oleh Rasulullah saw adalah negara yang sempurna kedua-dua aspek jiwa dan ruhnya, maa Baginda saw memilih jalan Dakwah, dan menolak jalan sepak terajang politik kering semata-mata. Dakwah membina jiwa individu dan masyarakat, manakala sepak terajang politik hanya untuk berkempen untuk cuba membaiki sistem dengan slogan “anti-korupsi”, “keadilan” dan lain-lain yang boleh menarik undi manusia. Kerana itu Rasulullah saw menolak tawaran Quraisy untuk menjadi ketua Mekah bukan melalui jalan Dakwah yang membina jiwa ahli jemaahnya dan masyarakat bagi negara yang bakal ditegakkan. Ini hakikat yang mesti difahami dan dihaati oleh para Duat untuk berjaya mencapai matlamat yang dikehendakki oleh Islam yang hakiki.

Imam Hasan Al-Banna benar-benar memahami hakikat ini. Oleh kerana itu jemaah yang dibinanya yang hendak dibina oleh kita adalah jemaah yang ahli-ahlinya memahami risalah (Rukun Faham), Ikhlas, beterusan (Tsabat) bekerja, berjihad dan berkorban (Rukun Amal, Jihad, Tadhiyah) untuk mencapai cita-cita Islam, berkasih sayang sesama mereka (Ukhuwwah), melepas diri dari ideologi, individu dan badan yang berbeza (Tajarrud), barulah dapat disempurnakan sistem organisasi dalam jemaah berupa yakin (Theqah) dan Taat kepada pimpinan. Dengan jalan Dakwah ini lahirlah Negara Islam dengan jiwa dan sistem, kedua-duanya sekali. Bukan seperti puasa tanpa qadak yang hanya dapat lapar dan dahaga, atau yang qadak yang kosong atau zakat yang telah dicurahkan namun tanpa pahala apa-apa.

Imam Hasan Al-Banna menerangkan hakikat ini dengan jelas dengan katanya : فلا تقوم الدولة الإسلامية إلا على أساس الدعوة ، حتى تكون دولة رسالة لا تشكيل إدارة ، ولا حكومة مادة جامدة صماء لا روح فيها , كما لا تقوم الدعوة إلا في حماية تحفظها وتنشرها وتبلغها وتقويها .

Tidak tertegak Ad-Daulah Al-Islamiyah (Negara Islam) melainkan diatas asas Dakwah, sehingga ia menjadi negara (yang mempunyai dan menyebarkan) Risalah, bukan negara (diatas asas struktur) Pengurusan (semata-mata), bukan kerajaan material yang beku dan tuli tanpa memiliki Ruh. Sepertimana Dakwah juga tidak tertegak melainkan dalam perlindungan (oleh negara) yang menjaga, menyebar, menyampai dan menguatkannya (di seluruh pelusuk dunia). ~Imam Hasan Al-Banna.

Pilihanraya Mesir

P”Membentuk umat-umat, mentarbiyah masyarakat-masyarakat, berjuang mencapai cita-cita dan memenangkan prinsip-prinsip menuntut dari kalangan Umat yang berusaha untuk itu, atau menuntut dari satu kumpulan manusia berdakwah ke arahnya sekurang-kurangnya memiliki kekuatan jiwa yang besar  yang ditunjukkan dengan faktor-faktor berikut … kemahuan yang kuat … kesetiaan yang tidak berbelah bagi … pengorbanan yang besar … mengetahui prinsip. [Foto : Pilihanraya Parlimen Pertama selepas Revolusi 25 Januari]i.  

 Ahli dan pimpinan dalam jemaah yang memahami hakikat asas dan penting ini akan dapat menggerakkan Amal Islaminya dengan baik sehingga menuju ke matlamatnya. Mereka juga akan menyedari kepentingan tarbiyah dan pembinaanjiwasebagai dinamo yang menggerakkan Amal. Memahami jentera ini seperti seorang jurutera yang mahir, mereka juga akan cepat mengenalpasti jika berlaku sebarang permasalahan, kelembapan, kekeringan dan keciciran yang berlaku, bukan .semata-mata dari kacamata sistem yang tempang lalu membuat pengubahsuaian sana dan sini, malah mereka mampu meneliti dan mengenalpasti aspek jiwa yang tidak disuburi dan perilaku-perilaku yang bersangkutan dengannya

Kita berdoa kepada Allah swt agar Dia memahamkan kita tentang Agamanya, menanamkan keikhlasan dan kesungguhan didalam bekerja di JalanNya. Ameen.

Ustaz Halim  www.inijalanku.wp.com

Ust_Halim_small2

 

About these ads

Satu Respons

  1. coretan yg menarik..harap tulisan2 ustaz dapat dibukukan supaya dpt mjd bahan bacaan para penggiat dakwah

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 273 other followers

%d bloggers like this: