Isu kalimat “Allah” : Kepentingan syura & kesepakatan

Video Hina NabiMelayu Sepakat Islam Berdaulat

Disebalik isu kalimat “Allah” ini, terserlah kepentingan syura dan kesepakatan di dalam Islam. Melalui mekanisma ini, banyak positif dicapai sejak zaman dahulu, kini dan selamanya. Firman Allah swt bermaksud, “Dan urusan mereka (diputuskan dengan ) syura (bermesyuarat, bermuzakarah dan seumpamanya) dikalangan mereka” (Al-Quran). Setelah bersyura dan mengambil keputusan Allah swt mengarahkan kita supaya bertawakkal kepadaNya terhadap apa sahaja bentuk keputusan yang telah disepakati. FirmanNya bermaksud, “Dan apabila kamu telah bertekad (terhadap sesuatu keutusan), maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal” (Al-Quran).

Isu orang-orang kafir di Malaysia menggunakan kalimat Allah pernah hangat suatu masa dahulu, kemudian telah reda dan kemudian dihangatkan kembali oleh Ketua Menteri Pulau Pinag dari Parti DAP, Lim Guang Eng apabila dia menyebutnya kembali dalam ucapannya sempena perayaan Hari Krismas 2012 yang lalu, bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan perkataan “Allah” di Malaysia dalam bahasa Melayu hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja. Ini adalah kerana tuhan-tuhan yang disembah oleh Kristian seperti Jesus Christ, Mary, Holy Ghost atau oleh Hindu seperti Lord Garnesh dan seumpamanya adalah bukan “Allah” yang memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang terkandung didalam Asma ul-Husna.

Lim kristian pijak

Lim Guang Eng

Seterusnya puak pendakwah Kristian melalui parti DAP dan parti PKR cuba meyakinkan sekutunya PAS, bukan sahaja bersekutu dalam memerangi korupsi Barisan Nasional, akan tetapi terus masuk menyentuh isu aqidah Umat Islam di Malaysia untuk mereka mula menggunakan perkataan “Allah” juga, yang telah digunakan secara eksklusif oleh Umat Islam di Malaysia sejak lebih 700 tahun lalu. Pada mulanya Presiden PAS, Us Hadi bersetuju, tetapi beberapa hari selepas itu Majlis Syura Ulamak PAS menyanggah kebenaran tersebut. Video penjelasan Us Haron Din, Mursyid Am II PAS tersebar luas.

Bible Melayu guna kalimat Allah buku2_dakyahAtas alasan bahasa Arab, mereka hendak menggunakan perkataan “Allah” yang hanya akan mengelirukan umat Islam. Sepatutnya mereka mahu dominasi Bahasa Arab sebagai bahasa di Malaysia yang akan menguatkan Islam di Malaysia, bukan selective perkataan-perkataan tertentu.

Edar Bible (SMK Jelutong, Penang)

Seorang pendakyah Kristian dibantu temannya sedang mengedarkan buku atau bible di hadapan Sekolah menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang. Islam menjamin kebebasan agama dan tidak menutup akal fikiran. Bahkan banyak ayat-ayat Al-Quran menunjukkan Islam menggalakkan penelitian alam dan manusia menggunakan kekuatan aqal. Oleh itu jika puak Kristian ingin bermuzakarah, maka mereka dialu-alukan ke dalam majlis para ulamak Islam bersama paderi mereka, bukan mereka menuju kepada pemuda pemudi Islam yang lemah, mengelirukan mereka dengan perkataan “Allah” dan menarik mereka. Islam bertegas dalam hal ini.

Saya amati dari ucapannya di youtube, Anwar Ibrahim banyak menggunakan hujjah perkataan “Allah” digunakan oleh orang-orang Arab Muslim, Kristian dan Yahudi, maka oleh itu perkataan tersebut boleh digunakan oleh oleh Kristian, Yahudi dan Muslim di Malaysia. Jawapan saya :

  1. Dalam kitab-kitab asal, tiada perkataan “Allah” didalam digunakan didalamnya. Bahasa yang digunakan pun adalah bahawa Hebrew dan Greek, bukan Bahasa Arab. Ini diketahui oleh pakar-pakar agama dan sejarah. Ia juga disebut didalam kertas Majlis Fatwa Kebangsaan.
  2. Mereka yang pernah hidup di Barat akan bersetuju dengan saya (yang pernah tinggal di Asutralia selama 5 tahun) bahawa orang-orang Kristian di sana tidak menggunakan perkataan “Allah” untuk tuhan mereka.
  3. Dizaman Jahiliyah, bahasa Arab digunakan dalam berbagai dialek oleh berbagai kabilah Arab diseluruh Semenanjung Arab. Disebabkan perhimpunan tahunan iaitu Haji diadakan di Mekah, tahun demi tahun dialek Quraisy yang terkenal lebih halus dan enak semakin kuat dan akhirnya mendominasi dialek-dialek lain lalu Bahasa Arab sebaik kelahiran Nabi saw menjadi bahasa yang satu. Ketika itu Allah mentaqdirkan Al-Quran diturunkan iaitu dalam dialek Arab Quraisy yang paling dominan.
  4. Arab Quraisy di Mekah pula adalah keturunan Nabi Ibrahim, Hajar dan Nabi Ismail yang membawa Aqidah Tauhid. Apa yang berlaku selepas itu adalah penyelewengan umat Jahiliyah dari Aqidah Tauhid, dengan penyembahan berhala dsb namun Allah pada mereka tetap Allah yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim as. Berhala-berhala Latta, Uzza dll yang disembah adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. “Dan tidaklah kami menyembah berhala-berhala melainkan untuk agar berhala-berhala itu mendekatkan kami kepada Allah” (Al-Quran). Adapun Kristian di Malaysia jelas menyembah Jesus Christ, Mary, Holy Ghost dll didalam Trinity yang bukan Allah. “Telah kufur orang yang mengatakan Allah itu tiga dalam satu …” (Al-Quran).
  5. Selepas zaman Nabi saw berlaku peluasan wilayah-wilayah Islam dan Bahasa Arab melalui dakwah dan jihad, termasuk negara-negara Kristian seperti Mesir, Syria dll. Disebabkan kekuatan Bahasa Arab, ia mendominasi dan merubah bahasa-bahasa ibnda asal mereka menjadi Bahasa Arab sehinggakan perkataan tuhan mereka seperti “Elom”, “Yywh” dll bertukar kepada “Allah” dalam banyak penggunaan. Oleh itu dalam bahasa Arab, “Allah” telah menjadi makna “Tuhan” pada orang-orang Kristian dan Yahudi, dan “Allah (99 Asmak wa Sifat)” pada orang Islam. Oleh itu ia harus diingat disini  dimana ia berlaku dalam bahasa Arab telah mendominasi dan telah menjadi bahasa am, bukan bahasa khas, atau telah  menjadi perkataan am dan bukan perkataan khas.
  6. Selepas zaman tersebut Islam tersebar ke seluruh dunia termasuk Malaya. Di sesetengah negara, bahasa Arab turut menjadi dominan, namun di kebanyakan negara selepas itu seperti Tanah Melayu, hanya aqidah yang diterima sedang bahasa tetap kekal Bahasa Melayu. Dalam hal Bahasa Arab bukan menjadi bahasa am, perkataan “Allah” bukan lagi sebuah perkataan am, akan tetapi ia adalah sebuah perkataan KHAS iaitu tunan umat Islam “Allah”. Ia bukan perkataan umum yang membawa makna tuhan Jesus Christ, tuhan Holy Ghost , tuhan Mary, tuhan Lord Ganesh dan seumpamanya. Mahasuci Allah.
  7. Kita menjemput semua pihak meng”am”kan Bahasa Arab di Malaysia sehingga dominan, kemudian kita boleh berbicara mengenai penukaran Lord Jesus kepada “Allah” seperti sesetengah negara Arab. Sebaliknya selagi perkataan “Allah” adalah perkataan khas, maka ia adalah eksklusif untuk umat Islam atau orang-orang kafir memang memaksudkannya sebagai ‘Allah Yang Maha Esa”. Adakah mereka terima sedemikian ?
  8. Pengalaman beberapa dekad sehingga sekarang telah membuktikan bahawa sebahagian orang-orang kafir di Malaysia kononnya mengajak kepada slogan Bangsa Malaysia tetapi mereka tidak mahu berganjak dari menggunakan Bahasa Malaysia hanya sebagai bahasa kedua atau ketiga. Tidak kemana. Oleh itu sebahagian akan mengajak kepada slogan “Allah” tetapi tidak berganjak dari anutan bahawa Lord Jesus dll., bukan Allah sebagai Tuhan. Maha Suci Allah.

KarpalSelepas Majlis Syura Ulamak PAS mengeluarkan ketetapan bahawa kalimat “Allah” di Malaysia adalah khusus untuk Umat Islam di Malaysia, Karpal Singh mendesak Us Hadi mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulamak PAS tersebut agar selaras dengan keputusan Pakatan Rakyat. [Foto : Isu Hudud suatu masa dulu]

 

PAS-UMNO

Dari senerio ringkas di atas dapat kita rumuskan beberapa noktah penting di sini :

  1. Usaha menggunakan perkataan “Allah” dalam buku-buku kafir di Malaysia adalah usaha terdesak dan halus untuk menembusi pasaran dakwah di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia yang terkenak pbepegang teguh kepada Agama Islam sejak 700 tahun lalu. 
  2. Melalui mekanisma Syura oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, plot Kristian untuk menggunakan perkataan “Allah” didalam buku-buku mereka yang disebarkan dikalangan masyarakat melayu telah berjaya disekat.
  3. Pendirian DAP dan PKR yang tidak melalui mekanisma Syura adalah tertolak.
  4. Sebaiknya apa juga cadangan yang berkait dengan agama Islam hendaklah melalui mekanismanya yang berwibawa seperti Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis Syura Ulamak dan seumpamanya, diambil keputusan, diumum kepada masyarakat Islam seluruhnya diasas dasar kesatuan, dan bukan sekadar diambil pendirian politik semata-mata. Ini  boleh memecahbelahkan masyarakat.
  5. Disebabkan is adalah isu berkait dengan Siyasah Syar’iyyah, sebaiknya ia diputuskan oleh majlis-majlsi ulamak tempatan yang bukan sahaja mengetahui kaedah dan hukum Syarak, malah yang sangat penting mereka mengetahui realiti setempat yang merupakan salah satu juzuk penting dalam membuat ijtihad.
  6. Mengambil pandangan satu dua tokoh agama luar negara mengenai penggunaan perkataan “Allah” di Malaysia belum boleh menjadi alasan kukuh dalam sesuatu ijtihad, selagi mana ia jauh dari realiti setempat.
  7. Sebagaimana sesebuah majlis ulamak tidak boleh berfatwa mengenai penemuan-penemuan baru dalam hal ehwal teknologi kesihatan atau produk ekonomi melainkan dengan mengmbil pandangan pakar bidang tersebut sebaiknya, begitu juga majlis ulamak apatah lagi individu alim dari luar negara tidak boleh berfatwa mengenai penggunaan orang-orang kafir di Malaysia perkataan “Allah” kecuali setelah mendengar pakar bahasa di Malaysia dan memahami realiti masyarakat di Malaysia itu sendiri.
  8. Disebabkan perkataan “Allah” adalah sebuah perkataan khas di Malaysia dan bukan perkataan am seperti di beberapa negara Arab, mencampuradukkan penggunaannya di Malaysia akan membawa kepada kecelaruan pemikiran dan pendoktrinan. Ini dicegah Syarak, lebih-lebih lagi ia berkait dengan Aqidah.
  9. Oleh itu di Malaysia, orang-orang bukan Islam tidak harus masukcampur dalam perkataan “Allah” yang merupakan hak umat Islam. Sepatutnya wakil-wakil rakyat muslim di Malaysia dari berbagai parti telah lama dahulu mengaktakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan ini didalam Undang-undang Sivil. Tetapi pada hemat saya, kesibukan mereka menjatuhkan pihak lawan, menyebabkan mereka terlepas pandang dalam hal ini, lalu ia berpada berada didalam Enekman Syariah yang mengawal Umat islam, tetapi tidak berada di Undang-undang Sivil yang mengawal seluruh rakyat Malaysia, lahawla wala quwwata billah.
  10. Jadikan isu kalimat Allah ini sebagai titik tolak bagi semua parti umat Islam – samada pemerintah atau embangkang – untuk duduk bersama bersyura mengenai agenda-agenda bersama selepas PRU13 ini insyaallah.
  11. Wujudkan satu forum (majlis) atau perkasakan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan dianggotai oleh wakil-wakil ulamak dari berbagai parti, badan ahli akademik dan tokoh kearah mengeluarkan fatwa yang disepakati bersama dan di aktakan oleh wakil-wakil rakyat Islam dengan didokong oleh wakil-wakil rakyat bukan-Islam yang zimmi (bersetuju tunduk dibawah dominasi Islam di Malaysia).
  12. Sikap tegas perlu diambil terhadap wakil-wakil rakyat, pemimpin, badan dan parti bukan-Islam yang menentang pencapaian-pencapaian (11) di atas. “Muhammad adalah rasul Allah. Orang-orang yang bersamanya bersikap tegas terhadap orang-orang kafir, dan berkasih sayang sesama mereka (orang-orang beriman)” (Al-Quran).

193690_191982814172802_138737752830642_437331_4866598_o

Realiti keadaan umat Islam dan ancaman kuffar di Malaysia semakin hari menampakkan kebenaran dan kepentingan slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” di kalangan masyarakat, termasuk segelintir yang pada awalnya membuat kritikan yang membina dan ikhlas, namun memerlukan penjelasan dan masa.

Untuk Allah jua kita bekerja dan mengharapkan kemenangan dariNya, lebih-lebih lagi di akhir zaman yang getir ini. Ameen.

Ustaz Halim  www.inijalanku.wp.com

Ust_Halim_small2

About these ads

5 Respons

  1. Kalau trade mark “Kodak” atau “Ford” mana ada syarkat lain berani mengguna nama yang sama, tahu pula takut mengguna trade mark orang punya. Itulah reality hidup seharian kita di dunia ini.

  2. saya mohon satu penjelasan utk meguraikan persoalan:
    Ketika zaman penggunaan ‘Allah’ sebagai tuhan oleh orang-orang Kristian dan Yahudi pada zaman penggunaan bahasa arab di mesir, adakan Kristian pada zaman itu masih berpegang kepada satu tuhan atau trinity seperti yang diamalkan sekarang?

    • Berpegang kepada Trinity.
      Allah menyebutnya dalam Al-Quran.

      Trinity bermula sebelum itu lagi iaitu selepas ketiadaan Nabi Isa as, para pengikutnya menyelewengkan ajaran Islam yang Nabi Isa bawa.

  3. Alhamdullilah, saya tercerahkan secara iman dengan semua artikel-artikel yang saya baca disini

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 278 other followers

%d bloggers like this: