1978 – 1982 Sek Men

Di Sekolah Menengah Sains Negeri Sembilan (Jan 1978) 

Pada awal tahun 1978, saya mendapat tawaran masuk ke Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Sains Negeri Sembilan (SMSNS), Kuala Pilah. Ke Kuala Pilah brmakna saya kembali ke daerah asal ayah dan emak saya sendiri. Minggu Oreintasinya agak mencabar, namun suasana sekolah tersebut adalah baik di segi agama. Solat 5 waktu dikerjakan secara berjemaah di surau di tingkat bawah asrama. Makan di dewan makan dimulai dengan bacaan doa. Saya hanya berada di SMSNS (sekarang di panggil Sekolah Menengah Tuanku Jaafar atau STJ) selama 2 minggu. Pada suatu petang, ayah datang ke SMSNS dan memaklumkan bahawa permohonan saya untuk masuk ke Maktab Rendah Sains MARA telah berjaya. Tanpa berlengah lagi, saya ke bilik asrama, menyiapkan beg pakaian dan pulang ke rumah untuk bersiap ke MRSM Kuantan di Hari Pendaftaran pada 16/1/1978.

Di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan

Setelah mendaftar di MRSM Kuantan dan mula hari-hari belajar di sana, saya dapati suasananya jauh berbeza dari suasana di SMS NS terutama diaspek kebebasan pelajar. Berbeza dengan di SMS NS, di MRSM Kuantan ketika itu tidak ada pakaian seragam sekolah, kedatangan ke sekolah tidak diwajibkan, tidak ada bilik tetap untuk setiap kelas dan sebagainya. Kami dimaklumkan sistem yang dibuat adalah cuba menghampiri sistem di universiti. Kebebasan seperti ini adalah lebih hampir kepada diri saya yang telah dibesarkan dengan penuh kebebasan. Walaupun terdapat sedikit sebanyak masalah ponteng, namun MRSM Kuantan mencatat keputusan terbaik SPM/MCE bagi tahun 1978. Namun begitu disatu aspek yang lain, kebebasan di MRSM Kuantan memberi kesan negatif yang besar kepada pelajar seperti pergaulan bebas dan kejahilan tentang agama. Ketika di tingkatan satu, hakikat ini belum dapat saya sedari kerana usia masih terlalu muda akan tetapi apabila mula mengenali Dakwah bermula ketika di tingkatan 3, Allah sahaja yang mengetahui betapa besarnya tugas yang harus kami pikul untuk mengubah minda dan penghayatan kawan-kawan dari jahiliyah dan Islam dakwaan kepada Islam yang sejati. Pengalaman bersekolah menengah di sini menyebabkan saya mengambil keputusan supaya anak-anak saya mesti bersekolah di sekolah Islam demi memastikan masadepan tarbiyah Islam mereka terjamin dan tidak dipertaruhkan, sedang hidup di dunia hanya sekali.

Dizaman itu, ditahun-tahun 1970an dengarnya MRSM ditubuhkan untuk melahirkan Melayu yang serba boleh. Ini sering diucapkan oleh pengetua semasa perhimpunan mingguan guru dan pelajar di pagi Isnin. Di aspek akademik saya nampak penekanan yang ketara. Di aspek sosial, penekanan ala Barat lebih kuat ditekankan berbanding dengan penekanan agama. Setiap Jumaat malam Sabtu, konsert diadakan di dewan utama. Setiap minggu, satu kelas akan membuat persembahan 3-jam di atas pentas berupa kugiran (kumpulan gitar rancak), nyanyian, tarian dan sebagainya. Sebelum hari persembahan, latihan di bilik muzik oleh setiap kelas sahaja mengambil masa berbulan-bulan. Setiap Sabtu malam Ahad diadakan persembahan wayang gambar kebanyakannya filem Barat. Guru-guru ramai atau kebanyakannya berkelulusan dari United Kingdom, Amerika dan Australia. Saya boleh rasakan pengaruh Barat begitu menular. Kesannya pelajar-pelajar ramai yang berjiwa Barat melebihi Timur. Coupling berleluasa secara sembunyi dan terbuka terutama di malam-malam minggu dengan bilangan yang sangat ramai. Pakaian pelajar wanita berbagai fesyen. Ideal pakaian pelajar lelaki ialah seluar jeans, tshirt Fruit of the Loom dan kasul casual Adidas atau Puma. Bangunan resmi surau tidak ada melainkan sebuah bilik kecil dijadikan musalla bersebelahan dengan dewan muzik yang besar dilengkapi dengan bilik guru muzik yang berdinding istimewa kalis bunyi. Tidak cukup dengan pergulan bebas di kelas dan bangunan akademik dan makan, pelajar lelaki dan wanita dibenarkan saling menziarahi di kawasan asrama dan bilik tidur pada hari “Open Day” sempena hari-hari tertentu seperti Hari Kebangsaan dan lain-lain. Allah sahaja yang mengetahui betapa sukar dan sabarnya ketika saya di Tingkatan 4 berusaha membenteras dengan cara baik dating yang berleluasa di laluan-laluan utama maktab. Saya pergi dari satu couple ke satu couple menasihati mereka tentang keburukan maksiat yang sedang mereka lakukan. Untuk membenteras maksiat sepenuhnya 100% adalah tidak mungkin selagi syaitan dan hawa nafsu itu wujud sebagai ujian dari Allah , tetapi alhamdulillah gejala dating atau coupling yang begitu offensive suasananya akhirnya berkurangan dan menjadi defensive dan dilakukan jauh dari tempat pelajar lalu lalang. Di sini terserlah kepentingan melaksanakan hadis Rasulullah saw “Sesiapa yang melihat kemunkaran, ubahlah dengan tangan (kuasa)nya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidah (nasihat)nya. Jika dia tidak mampu, ubahlah dengan hati (membenci)nya. Itu adalah selemah-lemah Iman”. Mengubah dengan kuasa sepatutnya dilakukan oleh pihak Maktab, tetapi tidak dilakukan. Maka yang tinggal ialah peranan Pendakwah menasihati dengan sabar tanpa jemu, sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Adapun jika berpada dengan hati, sedang maksiat terus berleluasa, maka khuatir nanti Allah akan menggantikan kita dengan kaum yang lain yang boleh berperanan lebih dari sekadar membenci dengan hati. Mereka tidak takut celaan orang yang mencela, seperti yang disebut beberapa kali dalam Al-Quran. Nauzubillah.

Ketika di Tingkatan 2, saya mula tertarik dengan semangat dakwah yang ditunjukkan oleh seorang abang di tingkatan 4 bernama Mahyon Nahrawi. Beliau berasal dari Johor. Mendapat pendidikan agama di sekolah petang Jabatan Agama Johor ketika bersekolah rendah. Beliau sering masuk dari bilik ke bilik menyuruh pelajar mengerjakan solat dan tidak meninggalkannya. Ceramah-ceramah beliau di surau saya ikuti dengan penuh minat

Dakwah Al-Arqam

Satu Respons

  1. Salaam, nak cari mahyon n norazam shuib, got any info or contact num?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 278 other followers

%d bloggers like this: