Islam Haraki

Saya mula mendekati mereka yang cenderung kepada Islam ketika saya di tingkatan dua. Ketika itu penghayatan Islam dikalangan pelajar-pelajar di MRSM Kuantan masih lemah. Dari beberapa ratus pelajar wanita, tidak sampai 20 orang yang memakai tudung. Di malam-malam hujung minggu yang tiada kelas persediaan (prep class), ianya dipenuhi dengan konsert 3-jam anjuran setiap kelas secara bergilir pada malam Sabtu dan tayangan wayang gambar pada malam Ahad. Di hari-hari kebesaran, pelajar lelaki dibenarkan membuat ziarah masuk ke asrama perempuan dan begitu juga sebaliknya. Berdua-duaan (coupling) dikalangan pelajar lelaki dan wanita merebak dan sukar dibendung. Saya mendengar keadaan sosial di sekolah-sekolah menengah berhampiran juga seperti itu bahkan ada yang lebih parah lagi.

Dalam suasana seperti itu, saya mendekati sekumpulan pelajar sufi memakai serban diketuai Abang Mustafa dan Abang Mahyon Nahrawi. Saya sering makan bersama-sama mereka di dewan makan Maktab, masanya hanya setelah tamat waktu makan biasa dan dewan lengang dari hiruk pikuk pelajar lelaki perempuan yang menjamu selera. Ketika itu surau Maktab hanya dihadiri oleh mereka beberapa orang dan pelajar wanita seramai itu juga. Kumpulan itu berakhir apabila Abang Mustafa dibuang dari Maktab kerana membantah secara lantang di hadapan penonton satu pertandingan Al-Quran yang dianjurkan oleh pihak Maktab yang dihadiri oleh peserta dan penonton dari sekolah-sekolah luar. Walaupun tempoh bersama mereka hanya sebentar, namun hidup berjemaah dalam suasana persekitaran yang kurang Islamik memberikan satu pengalaman penting akan erti Ukhuwwah dan Istiqamah, apatah lagi dalam usia semuda itu.

Ketika di tingkatan tiga saya sering mengunjungi kelas-kelas Fardhu Ain yang dianjurkan di markaz Yayasan Al-Arqam, Beserah, Kuantan. Kemanisan suasana Islam di majlis-majlis ilmu seperti itu disemarakkan dengan nasyid-nasyid Al-Arqam dan suasana pakaian serban, jubah dan purdah mereka yang hadir. Di Kuantan, saya menghadiri ceramah pengasas Al-Arqam, Ustaz Ashaari Muhammad di Kem Tentera Kuantan dan di Dewan Orang Ramai, Kuantan. Kaset ceramah 3-jam beliau bertajuk Hakikat Iman, Keindahan Islam dan sebagainya tidak jemu didengar walaupun diulangi beberapa kali. Di tahun-tahun 1970an dan awal 1980an, dengan slogan “Bergembiralah dengan Al-Quran dan As-Sunnah”, gerakan Al-Arqam berjaya memahamkan ramai masyarakat Islam di Malaysia erti keluasan Islam diaspek ibadah ekonomi, melalui ceramah dan model amali. Pada tahun 1993, Al-Arqam diharamkan oleh Kerajaan Malaysia atas tuduhan membawa beberapa ajaran sesat seperti “Yaqazah”, “Pemuda Bani Tamim” , “Imam Mahdi Syeikh Syuhaimi” dan lain-lain lagi.

Guru-guru agama di MRSM Kuantan seperti Ustaz Yusof Sidek, Ustaz Yusof Othman, Ustaz Wan Yusof Wan Ali dan Ustazah Latifah Nawawi banyak membimbing saya didalam pelajaran Agama Islam. Kesemua mereka adalah lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir. Ustaz Jantan Abdullah yang juga lepasan Al-Azhar adalah diantara penyuntik semangat saya untuk menimba ilmu dan pengalaman di Mesir. Mengunjungi bilik warden beliau yang dihias dengan khat dari Mesir diharumi dengan minyak atar ros dari Mesir sudah cukup membuatkan hati saya tidak sabar untuk menjejaki bumi Sungai Nil dan para Anbiyak yang bertuah itu.

Ketika saya dihujung tingkatan tiga, saya mendengar hampir kesemua para ustaz dan ustazah di atas akan berpindah tempat kerja. Ini bermakna saya akan naik ke tingkatan empat tanpa mereka sedang tiada bakal pelajar lelaki tingkatan lima yang melazimi Surau dan membimbing adik-adik. Ketika itu timbul kesedaran bahawa masa terus berjalan, manakala panji-panji Amal Islami ini mesti dipikul oleh sesiapa yang ingin mencari keredhaan Allah dan SyurgaNya. Sebaik tamat peperiksan Sijil Rendah Pelajaran, SRP (kini PMR), ketika cuti panjang akhir tahun, saya bersungguh-sungguh menghafaz Surah As-Sajadah dan Surah Al-Insan, dua surah yang sering di baca ketika Solat Subuh berjemaah. 

Ketika di tingkatan empat, saya sering menjadi imam dan menyampaikan Kuliah Maghrib di surau Maktab. Di tahun itu juga, Allah swt mengatur DakwahNya dimana tiga orang guru matematik wanita yang tamat dan pulang dari United Kingdom, Cikgu Noraini, Cikgu Khuzaimi dan Cikgu Masniyati, masuk mengajar di MRSM Kuantan. Cara pergaulan dan berpakaian mereka yang bertudung labuh dan berjubah, sedang mereka guru matematik dari Barat, memberi kesan teladan yang tidak sedikit kepada pelajar khususnya pelajar wanita. Suatu hari mereka mengajak saya dan beberapa kawan-kawan saya ke program “usrah” di luar Maktab pada hari Sabtu dimana pelajar bebas keluar ke bandar Kuantan. Sejak itu saya melibatkan diri dalam gerakan Islam haraki sehingga ke hari ini. Di rumah-rumah mereka saya dididik oleh suami-suami mereka Ir. Sonhaji, Ir. Norhaminuddin dan Ir. Ali, serta Ir. Fauzi Ali yang saya kenali selepas itu.

Bagi MRSM Kuantan khususnya, dan masyarakat Malaysia amnya, saya apa yang saya alami, Dakwah Islam ketika saya di tingkatan empat dan lima ditahun-tahun 1981-1982 adalah diantara kemuncak keaktifannya dalam sejarah Dakwah di Malaysia. Ketika itu :

  1. Kuliah oleh pelajar sendiri.
  2. Guru qudwah
  3. Us Hadi
  4. Us Ashari
  5. Anwar Ibrahim
  6. Pemakaian tudung
  7. generasi baru

Satu Respons

  1. Jazakallah ust. Pengalaman yg susah utk didapati pada generasi muda hari ini. Kerana dakwah itu adalah himpunan pengalamn-pengalaman.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 287 other followers

%d bloggers like this: