Surau & Bilik Muzik

Ditahun-tahun 1970an, MRSM Kuantan tidak mempunyai bangunan suraunya sendiri. Mungkin tidak termasuk di dalam pelan induknya terlebih awal. Melahirkan Melayu yang serba boleh adalah slogan penubuhan MRSM ketika itu. Oleh itu kemudahan-kemudahan akademik, sukan, muzik, rekreasi dan sebagainya melebihi apa yang terdapat disekolah-sekolah menengah lain. Peralatan ujikaji sainsnya canggih. Setiap kelas bergilir mempersembahkan konsert 3 jam pada setiap Jumaat malam Sabtu. Tayangan wayang pula pada setiap Sabtu malam Ahad. DIhari-hari kenamaan seperti Hari Kebangsaan, diadakan “Open Day” dimana pelajar lelaki boleh masuk dan disambut diasrama perempuan dan begitu sebaliknya.

Diantara MRSM dan SMS

Ketika di Tingkatan 2, saya mula cenderung kepada penghayatan Islam yang sejati, hasil usaha beberapa orang seniors pengunjung Surau. Bilangan pelajar MRSM Kuantan tahun 1979 adalah sekitar 600 orang. Bilangan seniors pengunjung Surau ketika itu sekitar 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Nama yang masih saya ingat ialah Mahyon Nahrawi, Mustafa dan Zaid. Surau Maktab adalah sebuah bilik kecil yang dhaif di atas Dewan Makan manakala Dewan Muzik Maktab pula tersergam besar di sebelah Surau, dihubungi dengan sebuah pintu. Saya sempat bersekolah menengah di Sekolah Menengah Sains Negeri Sembilan (SMSNS), Gentam, Kuala Pilah selama 2 minggu sebelum ditawarkan ke MRSM Kuantan pada 21 Januari 1978. Perbezaan antara keduanya amat ketara. Di SMSNS, semua pelajar wajib bersolat jemaah di surau dan telah menjadi satu budaya sekolah. Di MRSM Kuantan, pelajar lebih bebas diaspek keagamaan dan sosial.

Mikrofon Klip

Satu hari saya berfikir bagaimana nak membeli mikrofon kecil berklip untuk dipakai oleh imam solat. Sempena hari Maulid Nabi saw saya mengambil satu tin Milo besar yang kosong, menebuk lubang di tudungnya untuk dijadikan tabung derma dan bersama-sama dengan beberapa orang pelajar, berselawat beramai-ramai dan bergerak ke setiap pintu asrama lelaki untuk mengutip derma. Alhamdulillah, usaha ini diberkati Allah swt dan wang yang terkumpul ialah sebanyak RM140. Selepas itu saya pergi menemui Ustaz Wan Yusof Wan Ali dan meminta tolong Ustaz untuk membelikan mikrofon yang baru. Antara kesan besar dari mikrofon ini ialah kuliah-kuliah Maghrib dapat dijalankan dengan lebih berkesan, bacaan Al-Quran Haji Ismail Hashim dikemundangkan 10 minit sebelum tiap azan Maghrib, memberi ingatan terutama kepada pelajar-pelajar yang bersukan hingga larut petang agar kembali ke dorm masing-masing dan bersiap untuk solat dan prep, memberikan lebih suasana Islamik di Maktab dan memberi dorongan untuk ke Surau dengan lebih kuat.

Dewan Muzik Menjadi Surau

Bilangan mereka yang mengunjungi Surau semakin bertambah. Akhirnya pihak Maktab bersetuju agar Dewan Muzik ditukar menjadi Dewan Surau, manakala bilik Surau Lama ditukar menjadi Bilik Muzik ! Alhamdulillah. Pada sekitar tahun 1981 ketika di Tingkatan 4, Dewan Surau semakin dikunjungi ramai pelajar lelaki dan wanita. Sejak beberapa tahun sebelum itu, lahir idea mendirikan bangunan surau kekal khusus bagi MRSM Kuantan, dan kutipan derma dilancarkan. Generasi kami tidak sempat melihat Surau Kekal ditegakkan dizaman kami. Kali pertama saya bersolat di Surau Kekal ialah ketika kunjungan saya ke Maktab di tahun 1999, 18 tahun kemudiannya, setelah tamat belajar di Australia dan Mesir.

2 Respons

  1. Ustadz,
    Saya masih ingat ketika tingkatan satu di tahun 1978, saya telah pergi Beserah untuk mengutip derma bagi mendirikan bangunan masjid di MRSM. Penderma-penderma diberikan senaskah kalendar tahun 1979.

    Mungkin ketika di tingkatan satu, ustadz masih belum cenderung lagi ke arah aktiviti penghayatan Islam, tetapi idea mendirikan bangunan surau kekal telah dicetuskan ketika kita di tingkatan satu bukan di tingkatan empat.

  2. salam ustaz, mungkin ustaz boleh berkunjung lagi ke mrsm kuantan sekarang… di bawah pengetua yang baru, hj khalil, sembahyang subuh, maghrib dan isyak pelajar wajib berjemaah.. hj khalil sendiri, jika tidak outstation, pasti berjemaah setiap kali bersama pelajar. Bilik muzik sudah tidak ada, malah tiada legacy muzik yang tinggal utk mengingatkan pada zaman mrsm kuantan sebelum penghayatan islam.

    Kami akan menyambut 35 tahun penubuhan MRSM Kuantan tahun ini, dan saya dalam komiti buku peringatan mrsm kuantan. Mungkin kalau ustaz ada gambar2 lama, boleh disumbangkan untuk buku ini? dan mohon izin ustaz memetik beberapa catatan kenangan dari blog ini..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 286 other followers

%d bloggers like this: