Ulamak adalah anugerah Allah dan umpama cahaya di tengah-tengah masyarakat. Begitulah juga kehadiran Ustaz Mokhtar dan kemudiannya Ustaz Farid (Jantan bin Abdullah) di MRSM Kuantan sebagai guru agama yang bukan sahaja mengajar kami di kelas tetapi sebagai warden di asrama dan imam di surau Maktab. Saya sering mendekati kedua-dua mereka dan merasakan mereka sebagai ayah sendiri.
Ustaz Mokhtar telah berumah tangga dan mempunyai bacaan Al-Quran yang khusyuk didengar. Beliau berkelulusan Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dan bergiat aktif dalam ABIM. Salah satu peristiwa yang masih saya kenang hari ini ialah bila beliau membawa kami ke Beserah untuk sama-sama membina sebuah markaz ABIM di sebidang tanah pinggir hutan. Menolong membina sebuah markaz Islam bukan sahaja membantu membina sebuah bangunan tetapi juga dalam masa yang sama, keikhlasan dan semangat ketika bekerja itu turut membina syakhsiyah seorang pejuang Islam di dalam diri seorang pemuda yang memerlukan bimbingan seperti saya ketika itu. Keperibadian Ustaz Mokhtar turut mengajar saya erti keberanian dalam menghadapi tekanan pihak atasan. Beliau sering ditegur oleh pihak pentadbiran Maktab lantaran kegiatan Dakwah Islamnya yang melampaui tugas seorang guru agama biasa seperti membawa kami keluar Maktab dan sebagainya. Malah beliau diancam untuk dikeluarkan dari rumah warden supaya tidak berada dekat dengan kehidupan pelajar. Jawapan beliau ringkas, “(Jangankan keluar dari rumah warden) Dikeluar dari Maktab ini pun saya tak kisah !”.
Sejak saya ke Australia, saya telah terputus hubungan dengan beliau. Apa yang saya dengar, beliau telah pun kembali ke Rahmatullah sejak tahun 1980an lagi. Semoga Allah merahmati dan mengganjari beliau atas segala sumbangannya kepada perjuangan menegakkan Islam di tanahair yang tercinta ini.
Ustaz Farid Abdullah <bersambung>



salam
ustaz jantan bin abdullah berada di mrsm kuching pada 2001-2002, mrsm serting pada tahun 203-2004, dan terakhir yang ana tahu di mrsm gerik pada tahun 2005.
beliau kini punyai sebuah rumah di kampung lipat kajang, jasin melaka.
ana dulu pernah bersama dengan beliau, memang seronok bersama dengannya. tapi kini dah terputus hubungan, walaupun tahu beliau jadi orang kampun ayah ana.
rupa-rupanya ustaz ni super duper senior saya. besarnya jaringan ukhuwwah ni.