1983 Di Matrikulasi

Setelah beberapa ketika sejak sampai di Brisbane, kami pelajar-pelajar baru pergi mendaftar diri di Kelvin Grove State School (Evening Classes), Brisbane untuk program Matrikulasi. Pelajar lelaki Malaysia sekitar 40 orang dan pelajar wanita Malaysia seramai 8 orang. Kami dibahagikan kepada 2 kelas bercampur dengan pelajar-pelajar dari berbagai negara lain termasuk Australia sendiri. Subjek Matematik 1 dan Matematik 2 diajar oleh Mr. Craven manakala subjek Fizik dan Kimia diajar oleh Mr. Shott. Sebagai pelajar baru, pengajian di tahun ini dirasakan agak berat oleh kami kerana 2 perkara, pertama ia diajar dalam bahasa Inggeris dengan pelat Australia yang agak laju dan kedua sukatan pelajaran Matrikulasi merangkumi dua tahun pengajian di sekolah biasa iaitu Year 11 dan Year 12. Walaupun kami pelajar-pelajar yang terpilih ke Australia berdasarkan prestasi baik peperiksaan ketika di Menengah Atas dan sebelum keputusan SPM, namun di minggu-minggu pertama pengajian kami di Matrikulasi, saya perhatikan ramai pelajar Malaysia yang mengeluh keranan bebanan pelajaran yang berat. Setiap hari guru akan beralih kepada tajuk-tajuk baru sedang tajuk yang telah dipelajari hanya disentuh secara ringkas dan cepat tanpa membincangkan soalan-soalan latihan yang tentunya penting untuk menghadapi peperiksaan nanti.

Oleh yang demikian, saya merancang masa dan pembelajaran saya dengan sebaiknya. Pada setiap hujung minggu, Jumaat malam Sabtu, saya memastikan kesemua bahan subjek Matematik, Fizik dan Kimia yang akan diajar pada minggu hadapan telahpun saya pelajari sendiri dan membuat kebanyakan soalan latihan yang terdapat didalam tajuk yang berkaitan. Di dalam kelas nanti, apabila satu tajuk baru diajar, saya telahpun memahamnya melalui pembacaan sendiri dan kebanyakan soalan latihan yang telah diselesaikan. Apa yang tinggal ialah untuk meyakinkan diri dengan mendengar syarahan guru, menyelesaikan soalan latihan yang belum dibuat dan bertanya guru di kelas akan baki satu dua soalan yang sukar diselesaikan sendiri. Strategi ini dilaksanakan dengan jayanya dari awal hingga ke akhir tahun. Alhamdulillah, saya dan teman rapat, Hariffin Boosroh, diantara pelajar yang mendapat tempat tertinggi dalam peperiksaan Matrikulasi (Queensland Senior Certificate) dengan mendapat Tertiary Entrance, TE Score = 990 / 990.

Berkhutbah di Solat Jumaat

Hidup pelajar Malaysia di negara Barat berbeza dengan hidup di tengah-tengah masyarakat Islam seperti di tanahair. Oleh kerana masjid terletak jauh dari sekolah dan rumah, kami bersolat Jumaat bersama-sama kami di rumah Azhar Maludin dan rakan-rakannya di Confederate Street, Kelvin Grove. Khatibnya digilir-gilirkan diantara saya dan beberapa orang seniors seperti Zulemly Shaari, Mazeni Alwi, Shahar Abdullah dan lain-lain. Walaupun sudah biasa berceramah di depan ramai semasa di MRSM, namun ini adalah pengalaman pertama saya memberikan khutbah Jumaat. Isikandung Khutbah saya ambil dari buku-buku agama yang dibawa dari Malaysia diselangseli dengan fikrah islam yang saya perolehi dalam usrah sejak di MRSM dahulu.

Usrah

Disebabkan tiada usrah dikalangan pelajar Matrikulasi di kawasan Kelvin Grove ketika itu, saya mengikuti usrah bersama seniors di rumah-rumah mereka berdekatan University of Queensland, kawasan St. Lucia. Walaupun jarak program dari rumah kami jauhnya berbelas kilometer dan diadakan seawal selepas solat Subuh hari Sabtu, ia tidak melemahkan semangat saya untuk menyertainya setiap minggu sepanjang tahun. Untuk memastikan saya tidak lewat hadir usrah di subuh Sabtu, saya tidak tidur disetiap Jumaat malam Sabtu malah menggunakan sepenuhnya masa tersebut untuk menghabiskan bacaan dan latihan Matematik, Fizik dan Kimia sebagai persediaan untuk pelajaran minggu hadapannya.

 

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 287 other followers

%d bloggers like this: