1989 – 1997 Mesir

DIARY 1989 – 1997 DI MESIR

Belajar Agama di Mesir <Written on 4/3/2008>

Ramai yang bertanya saya tentang belajar agama di negara Arab, khususnya Mesir. Soalan ini boleh ditujukan kepada ribuan graduan pengajian Islam yang tamat di sana, namun mungkin ramai yang bertanya saya khususnya kerana latarbelakang pengajian saya yang unik, graduan sains dan kejuruteraan yang pernah tamat di negara Barat seperti Australia. Oleh kerana soalan ini berterusan sejak 10 tahun yang lalu hingga ke hari ini, dan tidak kurang yang bercita-cita yang sama dan ada yang telah mula melangkah mengikut jejak yang sama, saya cuba menulis pandangan saya dalam hal ini, tidak lain semoga Allah swt mengurniakan yang terbaik dalam usaha kita mencari keredhaanNya di dunia demi nasib kita yang abadi di Akhirat.

Seperti yang tertulis dalam diary 1978 – 1982 Sekolah Menengah, minat saya untuk mendalami ilmu agama melalui Bahasa Arab bermula sejak di sekolah menengah ketika belajar di MRSM Kuantan. Sejak dari ketika itu saya sentiasa mencari jalan bagaimana hendak ke Mesir, samada sebaik selepas peperiksaan SPM atau pada bila-bila masa. Akhirnya, saya berangkat juga ke Mesir menuju cita-cita setelah saya tamat pengajian ijazah kejuruteraan di Australia pada tahun 1987 dan matrikulasi (Senawi 4/STAM hari ini) di Kedah pada tahun 1989.

Belajar dan memahami Islam ketika di Mesir adalah didokong oleh beberapa faktor iaitu bahasa Arab, pengajian Islam, gerakan Dakwah, suasana Mesir dan suasana pelajar Malaysia di Mesir. Saya cuba menerangkan seberapa ringkas setiap faktor di atas dan tiap satunya adalah pelangkap kepada yang lain-lainnya.

(1) Bahasa Arab

Memahami Islam melalui Bahasa Arab bukan sahaja dirasakan kemanisan dan kepentingannya oleh mereka yang telah melaluinya seperti saya, tetapi ia juga disebut oleh para ulamak sepanjang zaman dan merupakan satu hakikat yang disebut oleh Allah swt berulang kali didalam Al-Quran. FirmanNya bermaksud, “Sesungguhnya Kami turunkan ia Quran dalam bahasa Arab supaya mereka berfikir” (Yusof:2), “Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran berupa hukum dalam bahasa Arab dan sekiranya kamu mengikut hawa nafsu mereka setelah datang ilmu kepada kamu, maka tidak ada bagimu lagi dari Allah seorang penjaga atau pelindung” (Ar-Ra’d:37), “Dan demikianlah Kami turunkan Al-Quran dalam bahasa Arab …” (Taha:113), “Al-Quran dalam Bahasa Arab yang tidak menyimpang supaya mereka bertaqwa” (Az-Zumar:28), “Kitan yang Kami perincikan ayat-ayatnya (dalam) Al-Quran berbahasa Arab untuk kaum yang mengetahui” (Fussilat:3), “Dan demikianlah Kami telah wahyukan kepada kamu AL-Quran dalam bahasa Arab” (Asy-Syura:7), “Sesungguhnya Kami jadikan ia Al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu berfikir” (Az-Zukhruf:3), “Dan ini adalah kitab yang membenarkan (kitab-kitab terdahulu) melalui lidah bahasa Arab supaya ia memberi peringatan kepada orang-orang yang zalim” (Al-Ahqaf:12).

Pada saya “boleh berbahasa Arab” terbahagi kepada beberapa tingkatan iaitu :

(i) Boleh berbual dengan orang Arab untuk membeli barang di kedai, bertanya arah jalan dan berbual pendik tentang perkenalan diri dan suasana sekeliling. Ini boleh dicapai oleh seseorang selepas beberapa bulan tinggal di sebuah negara Arab atau mula masuk ke sekolah di sana.

(ii) Boleh membaca dan menjawab soalan peperiksaan samada di peringkat sekolah menengah atau di universiti seperti Universiti Al-Azhar tanpa boleh berkhutbah atau berucap dihadapan ramai dengan bahasa Arab yang resmi (Fusha). Ini adalah tahap kebanyakan ramai penuntut dan graduan universiti-universiti pengajian Islam dan ramai penuntut perubatan di Timur Tengah.

(iii) Boleh mengarang sendiri dalam bahasa Arab dan berkhutbah spontan di hadapan hadirin dengan bahasa Arab yang resmi (Fusha). Ini dicapai oleh sebilangan sahaja penuntut pengajian Islam di Timur Tengah yang terbaik.

(iv) Boleh menghayati dan merasai (tazawwuq) kemanisan Syair Arab apabila dibacakan dihadapannya dan boleh menggunakan Syair Arab itu pula untuk menarik perhatian orang lain.

Berangkat ke Mesir <Written on 1/3/2008> 

Akhirnya tiba hari yang dinanti untuk memenuhi cita-cita sekian lama, pergi ke bumi Anbiyak, Mesir. Saya menaiki pesawat Royal Jordanian Airlines dan singgah transit di Amman, Jordan lebih separuh hari dan ditempatkan di Hotel Alia, tidak jauh dari Lapanganterbang Amman. Di luar hotel, inilah kali pertama saya melihat bumi Arab yang berpadang pasir. Secara bersendirian saya cuba menahan bas menuju ke tengah-tengah bandar Amman untuk melihat lebih dekat masyarakat dan suasana Arab di situ. Sungguh unik dan berbeza dengan dunia Barat maupun tanahair !

Setelah itu pesawat berlepas ke Kaherah dan saya tiba pada waktu malamnya. Tahun pertama di Kaherah saya tinggal di Hayyu Thamin atau Seksyen 8, Madinat Nasr bersama Hazaruddin (Pahang), Abu Bakar (Pahang), Nawawi (Kedah), Rosli (Terengganu) dan Taufek (Pahang).  Hampir kesemua mereka pada hari ini bekerja sebagai ustaz mengajar di sekolah. Dari rumah ini terserlah keperibadian pendokong-pendokong Dakwah yang saya impikan selama ini. Mereka solat berjemaah di masjid berhampiran rumah setiap waktu, baik dalam pergaulan dan akhlak, bersama pergi ke Masjid Fatah, Umar Affandi setiap Rabu malam Khamis menghadiri kuliah syeikh-syeikh dalam ilmu dan dakwah, solat Tarawih di Masjid Amru Al-As, 15 km dari rumah, menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan dan sebagainya. Saya mula mengutus surat kepada isteri, tak puas-puas menceritakan pengalaman-pengalaman baru yang tidak kedapatan dalam Dakwah ini di Australia maupun di tanahair sebelum itu. Purata surat yang saling dikirim oleh kami ialah sebanyak 3 pucuk dalam seminggu. Kami berjauhan suami isteri selama 7 bulan sehingga isteri dan anak-anak datang ke Mesir pada tahun berikutnya.

Allah sahaja yng mengetahui betapa syukur dan nikmatnya apabila kali pertama pandangan saya jatuh ke bangunan-bangunan Universiti Al-Azhar yang diidam-idamkan selama ini. Berbeza pandangan seorang pelancung yang datang melawat dengan pandangan seorang yang akan belajar di dalamnya dan beroleh ilmu demi kesejahteraan dirinya di dunia dan Akhirat.

Bersambung ….

3 Respons

  1. salam..ana tertarik dgn cerita ustaz, ana jge b’cita2 mahu ke bumi anbiya’ itu tp ana xtau apa tindkn susulan yang ana perlu buat. ana lepasan SPM dan kputusn ana dalm subjk2 agma agk m’brgsngkan nmun b.arab ana tidk sebaik subjk agma yg lain. nmun cita/ ana utk ke sna tidk prnah pdm. boleh bntu atau britahu ana bgaimana utk m’dpt tmpt ke sne? prlu buat diploma di sni dhulu atau bgaimana. jika sudi m’bntu e-mail pada ana hwanys_46@yahoo.com. t.ksh.salam

  2. Sila lawat laman “Cara ke Mesir utk Belajar” yang saya baru tulis untuk menfaat semua. Semoga lebih ramai para Duat ke sana menimba ilmu dan Dakwah. Amin.

  3. salam. ust. mungkin tak banyak pengalaman yang dapat dikongsi. tapi kalau ust masih ingat, dalam tahun 1996, saya sempat bermukim di kediaman/rumah ust di mesir. saya datang bersama family dan rombongan beberapa orang yang singgah dalam perjalan membuat umrah. hujung 1996. pengalamna yang cukup manis. sekiranya berpeluang, in sya allah saya cuba sekali lagi menjejakkan kaki ke sana ..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 287 other followers

%d bloggers like this: