Cara ke Mesir utk Belajar

Ramai yang bertanya saya tentang pengalaman saya belajar Pengajian Islam di Mesir, terutama setelah saya tamat pengajian di bidang kejuruteraan. Tidak kurang mereka yang tertarik untuk mengikut jejak langkah saya belajar di sana. Di sini saya berikan panduan kepada sesiapa yang berminat untuk menyambung atau memulakan pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir.

  1. Sebaik tempat belajar pengajian Islam di Mesir ialah di Universiti Al-Azhar dan dimana-mana sahaja cawangannya samada di Kaherah, Iskandariah, Damanhur, Mansurah, Dimyat, Shibin Kom dll. Adapun belajar di pusat-pusat bahasa, Dirasat Khassah dan lain-lain adalah untuk menguatkan Bahasa Arab seseorang tetapi akhirnya hendaklah beliau berusaha untuk masuk Universiti Al-Azhar juga.
  2. Seseorang tidak boleh masuk Universiti Al-Azhar melainkan setelah memiliki salah satu dari 2 sijil iaitu (i) Sijil STAM (masuk ke Tahun 1 Al-Azhar), atau (ii) Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar masuk ke Tahun 3 Al-Azhar).
  3. Hampir di setiap negeri di Malaysia ada sekolah menengah agama yang menawarkan peperiksaan STAM bagi yang berminat. Sila hubungi pejabat agama di negeri masing-masing. Saya mencadangkan anda mendaftar di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Ipoh. Sila hubungi Ustaz Shahruzzaman 019 - 571 5334. Asrama disediakan.
  4. Hanya ada beberapa kolej di Malaysia yang menawarkan peperiksaan Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar. Diantaranya Kolej Insaniah (Alor Setar), MADEWA (Bagan Serai), UNITI (Port Dickson), KUDQI (Kuala Terengganu) dll.
  5. Universiti Al-Azhar tidak menerima kemasukan ke Post Graduate (Masters dan Ph.D) tuan puan dengan menggunakan ijazah Sarjana Muda dari sebarangan universiti apatah lagi bidang selain bidang Pengajian Islam berbahasa Arab.
  6. Sebaik anda memiliki sijil STAM atau Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar, sila hubungi Ustaz Fauzi 012 - 634 9066 untuk urusan keberangkatan ke Mesir pada bulan Julai setiap tahun.

Selamat belajar, mendapat sijil dan berlepas ke Mesir untuk memasuki Universiti Al-Azhar. Terima kasih.

10 Responses to “Cara ke Mesir utk Belajar”

  1. salam ustaz….saya khairul….berumur 23 tahun….sy berminat untuk mendalami bidang agama dari kecil tetapi tidak mempunyai peluang….sedari dulu saya teringin untuk mendalami agama di sekolah2 pondok ataupon sekurang kurangnya di sekolah2 agama…..namun saya tidak berani untuk menyatakan hajat saya kepada kedua ibu bapa dan menerima sahaja apabila dihantara ke sekolah biasa…….sahingga kini saya masih lagi berminat untuk mendalami agama apatah lagi ke Azhar…..

    tetapi masalhnya latar belakang saya yang tiada bersijilkan apa2 pendidikan agama melainkan subjek pendidikan islam semasa SPM dahulu……kemudia saya menyambung pengajian dalam bidang pemasaran di POLITEKNIK……bagaimanakah caranya untuk saya mendalami ilmu di Azhar seperti ustaz???saya juga tidak tahu berbahasa arab walaupun sekadar asas……apakah saya layak menduduki STAM????atau adakah layak mengambil kursus diploma di kolej2 yang ustaz nyatakan diatas????

    selain itu….sy telah membuka laman kolej insaniah dan mendapati jurusan diplomanya adalah seperti akaun dan bidang2 perdagangan yg lain….adakah bidang ini boleh melayakan saya ke Azhar kelak?????

    saya amat berharap uztaz dapat membimbing saya…….saya terlalu berminat untuk mendalami ilmu di Azhar….mintak tolong yer ustaz……seperkara lagi mintak maaf seandainya saya tersalah bahasa……salam

  2. [...] http://inijalanku.wordpress.com/about/diary-1989-1997/cara-ke-mesir-utk-belajar/ [...]

  3. salam. saya sekarang belajar di akademi pengajian islam universiti malaya, nilampuri kelantan dalam taqassus usuluddin.
    tapi, sekarang, saya juga mengambil STAM calon persendirian
    kerana saya berkeinginan untuk menyambung pelajaran ke alazhar.
    jadi, seandainya saya ingin menyambung pengajian di sana dalam bidang usuluddin,
    adakah saya perlu mendapatkan tahap mumtaz atau sekadar j.jiddan???

  4. Assalamualaikum.

    Maafkan ana Ustaz Halim beri pendapat dalam ruangan ustaz, cuma sebagai respon kepada saudara khairul untuk peluang beliau belajar ke azhar.

    Buat saudara Khairul,anda blh memasuki Kolej Uniti dengan mengambil Pra Diploma Pengajian Islam, kemudian melayakkan anda untuk mengambil Diploma Pengajian Islam, seterusnya selepas selesai anda blh ke Al-Azhar.

  5. assalamualaikum.

    saya teringin sangat untuk sambung pelajaran di universiti al-azhar. tapi saya hanya mempunyai diploma perguruan saja. adakah dengan diploma perguruan ini saya berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti al-azhar ?

  6. assalamu’alaikum~
    saya lepasan SPM 2007 di hira’..dan telah menghabiskan tahun 2004 dan 2005 saya di ma’ahad tahfiz hira’..
    saya nak tanya:
    1.peluang belajar ke al-azhar mesir seperti yang ustaz terangkan di atas hanyalah khusus untuk mereka yang nak ambil bidang agama,ya??
    2.saya dengar,boleh juga ambil medic di al-azhar,kan??kalau betul,boleh terangkan antara ikhtiar yang boleh saya buat?
    3.betul tak~pihak al-azhar utamakan pelajar yang telah menghafal al-qur’an??
    4.kalau saya tak berjaya dapatkan mana2 sponsorship, saya dengar kos belajar di al-azhar memang mahal..betul ke?

    aasifah jika ada yang tersalah..shukran jazilan..

  7. Salam ya ustaz, minta izin untuk saya berikan pandangan.

    Saya sebenarnya sendiri sangat meminati bidang agama ini, bukan sekadar meminati bahkan lebih dari itu. Dan saya sendiri sangat kesal kerana tidak berusaha untuk ke Mesir, Jordan, Moroko dan lain-lain untuk pengajian bidang agama. Hal ini kerana, saya amat yakin ramai lagi yang turut mencintai addin ini akhirnya ke arah meneruskan pengajian dalam bidang agama. Sedangkan Islam amat memerlukan ketika ini, professional-professional dalam erti kata lain, orang-orang yang berusaha untuk mendalami ilmu fardu kifayah, tetapi tetap mukmin, mencintai ilmu agama.

    Saya dapat melihat situasi ini kerana saya lebih cenderung pada multimedia dan saya nampak mengapa perkara ini perlu dititikberatkan. Bukan kita tidak perlu ustaz-ustazah yang ramai, tetapi, bagi mereka yang sedia mahir dalam sains dan teknologi, ekonomi, multimedia dan lain-lain, mengapa tidak perlu teruskan usaha ini? Sedangkan kelahiran mukmin seperti ini secara tidak langsung menggalakkan orang lain untuk mencontohi keadaan ini lantas, dapat menyumbangkan sesuatu untuk kepentingan umat, sekurang-kurangnya kita dapat pulihkan ekonomi umat islam..

    Jika saya tidak tersilap, Menteri Besar Kedah sendiri, Azizan yang juga mempunyai kelulusan agama, sendiri telah mendapat pangkat IR dalam bidang kejuruteraan. Oh, saya lupa, penulis blog ini, ustaz kan, turut belajar dalam bidang kejuruteraan sebelum meneruskan bidang agama!

    Sebagai kata terakhir saya, insya-Allah, andai ada waktu saya dapat mengikut jejak langkah ustaz, saya akan cuba.. =)

    Soalan saya pula, boleh saya tahu, apakah pengajian bidang agama yang ada di Al-Azhar kalau saya mengambil diploma di UNITI kelak?

  8. sya ada mslh nk pergi ke mesir .lgpun sya dari kluarga susah tpi niat sya memang nk pergi ke bumi anbia.sya nk masuk U x ada muet [english] tp STAM - [mumtaz].sedih la.STAM sya ambik masa 2007.

  9. Salam ya ustaz, sy pn Suri dr KL.sy bercadang hantar anak belajar tahfiz ataupun bersekolah di mesir.anak saya baru berumur 13 thn.Skrg ni belajar di sek tahfiz..sy ada mendengar ttg perk ini dr kwn2,tpi tak tahu nak rujuk dimana.Katanya suasana pembelajaran di sana lebih baik terutamanya dr segi penguasaan bahasa arab dan akhlak itu sendiri.Saya inginkan pendapat dr yang ahli dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.Apa pandangan Ustaz ttg perkara ini?

  10. assalamualaikum,
    buat mereka yang bminat untuk ke al azhar utk study medic jgn risau ttg kos krn bljr medic mmg mhl x kira d mana pn kta study kos study medic d mesir adalah yg tmurah d dunia..sy adalah slh seorg pljr d sana dan sy jg mengambl spm pada thn 2007 dan syarat kemasukan medic ke al azhar adalah b4 minimum dlm semua subjek sains include add maths sekali..tempoh pengajian adalah 6 thn sekali dgn mbbs kos sara hdp jg murah dgn blnja minimum 300 sebulan dt malaysia..utk maklumat lanjut e mail sy http://www.vebsterjaffrey@live.com

Leave a Reply