AA Peguam syarie bukan-Islam

Semakan kehakiman Victoria Jayaseele pada 25 November depan

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membatalkan tuntutan seorang peguam wanita bukan Islam yang mahu menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 25 November depan.

Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh juga menetapkan tarikh sama untuk mendengar semakan kehakiman Victoria Jayaseele Martin, 48, yang mencabar keputusan bahawa hanya peguam beragama Islam dibenarkan berkhidmat di Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan.

Peguam Ranjit Singh ketika ditemui pemberita sejurus prosiding di kamar hakim selesai memberitahu, MAIWP sebagai responden mahu membatalkan permohonan Victoria atas alasan Mahkamah Sivil tiada bidang kuasa mendengar permohonan itu.

Menurut beliau yang mewakili Victoria selaku pemohon, mahkamah juga akan mendengar merit kes bersama isu undang-undang pada tarikh tersebut.

Peguam Sulaiman Abdullah dan Zulkifli Che Yong hadir mewakili responden.

Pada 14 Mei lalu, Hakim Mohd. Zawawi membenarkan Victoria membuat semakan kehakiman supaya satu perintah mandamus (bagi memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) dikeluarkan untuk mendesak MAIWP menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan beragama Islam.

Ini kes pertama di ibu negara seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran mencabar keputusan bahawa hanya peguam beragama Islam boleh bertugas sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan bahawa keperluan utama bagi peguam syarie berkhidmat ialah seseorang itu harus beragama Islam.

Dalam permohonan yang difailkan pada 19 Mei lalu, Victoria antara lain menuntut perintah membatalkan keputusan MAIWP yang menolak permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Victoria juga mahukan satu perisytiharan bahawa Kaedah 10 daripada Rukun Peguam Syarie 1993 yang memberi mandat bahawa orang Islam sahaja boleh diterima sebagai peguam syarie adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) kepada Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Beliau juga menuntut pengisytiharan bahawa Kaedah 10 itu adalah bertentangan dengan Artikel 8(1), 8(2), 5 dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

Victoria yang memperoleh Diploma Undang-Undang dan Amalan Syariah pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonannya sebagai peguam syarie ditolak MAIWP melalui jawatankuasa peguam syarie.

Pemohon mendakwa, beliau menghantar surat permohonan kepada MAIWP pada Februari 2006 dan majlis agama tersebut memaklumkan ia sedang diproses.

Satu Respons

  1. Baguslah ditolak,tetapi ingtan kpd peguam2 Islam supaya mngkatkan ilmu n kemahiran dlm perudngan ktahap kualiti yg semksmum mungkin utk kita bersedia kpd apa2 kemungkinan, dgn pegolakan menuntut hak pd masa ini berlandasan kebijaksanaan masing2,maka tak mustahil satu hari nanti tuntutan mereka akan berjaya.Saya bimbang masa tu mereka kelihatan lebih profesional dalam pembahasan undang2 dgn hujah2 Quran dan hadis yg lebih mantap dan kemenangan kes berpihak kpd mereka…saya bimbang sangat tentang maruah dn kesucian Islam tergugat smata2 kerana klemahan umatnya Islam sendiri….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 278 other followers

%d bloggers like this: