AA RM1 bilion setahun utk sekolah Cina

HULU SELANGOR 8 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai Program Juara Rakyat yang dilaksanakan oleh UMNO di Bandar Bukit Sentosa di sini sehingga Ahad ini.

Dalam program hari ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO melakukan perasmian pecah tanah sekolah rendah aliran Cina dan juga menziarah empat keluarga daif di kawasan tersebut.

Program pertama Muhyiddin dalam lawatan ke kawasan itu ialah dengan melakukan upacara pecah tanah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) Bukit Tangga di sini yang bernilai RM5.5 juta.

Pada majlis itu, beliau berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1 bilion setahun bagi menampung pendidikan pelajar-pelajar di SJKC.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, 90 peratus daripada peruntukan itu digunakan untuk membayar gaji guru-guru SJKC dan urusan pentadbiran sekolah.

“Adalah tidak benar dakwaan kerajaan menganaktirikan SJKC memandangkan setiap tahun peruntukan yang besar diberikan bagi membolehkan sekolah-sekolah aliran Cina dapat beroperasi seperti biasa.

“Selain menyediakan peruntukan tetap sebanyak RM1 bilion setahun, kerajaan juga menyediakan pelbagai peruntukan lain seperti menyediakan tanah, geran pembangunan dan pembinaan sekolah-sekolah baru aliran Cina,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan telah mengiktiraf SJKC sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara dan kerana itu ia tidak akan dianaktirikan sebaliknya dilayan seperti sekolah-sekolah lain.

Muhyiddin kemudian menghadiri program ziarah keluarga daif di Bandar Bukit Sentosa membabitkan empat keluarga iaitu Norwati Bidin dan Sapri Mohamed Jahari; Norizan Hassan; M. Vijayakumar dan Fam Nyok Tau.

Timbalan Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau meluangkan masa selama 20 minit bertanya khabar kepada keempat-empat keluarga daif tersebut seperti Norwati yang terpaksa menanggung enam orang anak kerana suaminya Sapri menghidap batuk kering.

Norizan pula terpaksa menanggung tiga orang anak yang menghidap penyakit bengkak hati, sementara Vijayakumar menanggung dua anak lumpuh dengan Nyok Tau pula menanggung lapan orang anak serta ibu yang telah berusia 90 tahun.

Program Juara Rakyat selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad itu menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung dan Perdana Menteri dijadualkan merasmikannya esok.

Ini merupakan program yang dilaksanakan oleh UMNO untuk mendekati serta membantu rakyat di kawasan pinggir bandar.

Sebanyak 125 gerai melibatkan 100 pengusaha swasta, organisasi dan individu dibuka sepanjang program itu yang menyediakan pelbagai aktiviti.

4 Respons

  1. mcm mana gan ek agama rakyat?????

  2. macm mana dgn sek agama rakyat…????

  3. lebih adi jika sekolah agama rakyat ke… atau separul bantuan ke. ataupun yang di uruskan sepenuhnya oleh swasta di bantu juga kan….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 284 other followers

%d bloggers like this: