
Setelah 62 tahun, RTM izinkan penyampai berita bertudung
| Azamin Amin Mon | May 12, 08 | 10:08:57 am MYT |
|
| KUALA LUMPUR, 12 Mei – Tahniah! Itulah kalimah yang wajar ditujukan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana ‘terpaksa’ mengambil masa 62 tahun untuk memberi kebenaran kepada penyampai berita untuk tampil bertudung.Ramai yang berpendapat, RTM selama ini telah menafikan secara tidak langsung kebebasan dan hak seseorang mengamalkan ajaran agamanya khususnya bagi penyampai berita wanita yang beragama Islam. Dalam satu artikel di akhbar tempatan Hamidah Hamzah yang sering kali tampil sebagai pembaca berita Dunia Hari ini jam 11 malam dan Warta 1.30 pagi menyatakan kegembiraannya setelah sekian lama ‘berjuang’ untuk melaksanakan tuntutan agama dan impiannya selama tiga tahun lalu akhirnya tercapai.
“Sebaik mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Penerangan memberi kelulusan penyampai berita di RTM kini boleh bertudung, sayalah individu paling gembira. “Selepas sekian lama perkara ini disuarakan, baru sekarang ianya dibenarkan dilaksanakan,” katanya yang merupakan penyampai wanita bertudung pertama dalam RTM. Namun katanya dalam wawancara itu, beliau mestilah tampil gaya tudung yang sesuai seperti yang digayakan dan ira-kira 20 gambar gaya ikat tudung pelbagai cara telah dihantar untuk dinilai dalam mesyuarat tersebut. “Ini kerana mengikut antara syarat yang ditetapkan, cirinya mestilah beridentitikan tudung RTM,” katanya. Sementara itu bekas penyampai beriuta RTM, Wan Chik Hashim atau lebih dikenali sebagai Wan Chik Daud berkata tindakan RTM harus dilakukan sejak dulu lagi. Beliau mencerita permintaannya untuk tampil bertudung telah disuarakan semenjak tahun 1984 selepas pulang menunaikan haji, namun tidak dibenarkan sama sekali. Katanya disebabkan keengganannya menyampaikan berita tanpa bertudung, beliau diarah bertukar ke bahagian radio. Ramai pembaca artikel berkenaan merasa kesal kerana RTM sebagai media rasmi Kerajaan yang sering melaungkan dan menyiarkan isu-isu berkaitan Islam,kebebasan dan hak individu serta senantiasa mempromosikan Islam Hadhari tidak mengizinkan penyampai berita melaksanakan syariat Islam malah dikenakan pula syarat yang ketat untuk dipenuhi. Bagi hash117 yang menghantar pandangan terhadap artikel tersebut di Tranungkite amat terkejut dengan sikap RTM selama ini. “Saya amat terkejut bila membaca satu artikel di akhbar di Malaysia hari ini. Mengucap panjang entah nak percaya atau tidak artikel ni.. “Sekian lama Malaysia dikenali dengan Negara Islam dan perkhidmatan RTM selama 62 tahun tetapi… Saya berkata begitu atas kenyataan dua orang pembaca berita Wanita yang RTM tidak membenarkan mereka memakai tudung. “Malah kelulusan sekarang ini pun menpunyai syarat syarat yang ketat. Tudung mesti berciri RTM, ‘colour’ tudung mesti …..Hancur hancur …” RTM juga pernah mengutuk kerajaan Turki dangan Britain dalam isu kerajaan tersebut yang enggan membenarkan wanita Islam memakai Tudung atau Purdah namun RTM jugalah yang membuat larangan seumpama itu, katanya. |
Hamidah akhiri zaman bujang
SELEPAS memecah tradisi menjadi pembaca berita wanita pertama mengenakan tudung bagi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam tempoh 62 tahun, Hamidah Hamzah memberi kejutan manis kedua apabila mengakui sedang membilang hari untuk menamatkan zaman bujangnya.
Dalam pengakuan secara eksklusif bersama Mega, pembaca berita Dunia Hari Ini di RTM1 itu, memberitahu telah memilih 27 Julai ini sebagai tarikh bersejarah untuk memasuki fasa baru sebagai seorang wanita bergelar isteri.
Niat suci itu secara tidak langsung merungkai penantian keluarga dan ramai peminat yang mahu melihat wanita kesayangan mereka ini melangkah ke jenjang pelamin.
Justeru, tidak hairanlah sepanjang sesi fotografi dijalankan, wajahnya yang ditata rias jurusolek Zana, tampak berseri-seri di sebalik tudung koleksi Anggerik Avenue yang digayakan.
“Kehidupan setiap insan berbeza-beza. Seperti orang lain, saya juga mempunyai impian dan harapan untuk menjadi seseorang yang lebih baik daripada hari semalam,” ujarnya penuh makna.
Sebagai individu yang pernah mengecapi hidup mewah dan percikan glamor, tiada lagi apa yang diharapkan dalam kehidupan selain kebahagiaan berkeluarga yang berkekalan.
Dalam usianya yang mencecah 43 tahun, Hamidah tidak pernah menyesal kerana bertemu jodoh agak lewat. Beliau teguh dengan pegangan bahawa jodoh pertemuan, ajal maut itu ditentukan Allah Taala.
Enggan mendedahkan siapa jejaka bertuah berjaya menambat hatinya, Hamidah bagaimanapun mengakui sikap memahami, penyayang dan mengambil berat yang dimiliki membuatkan hatinya terbuka untuk melangkah ke alam baru.
Pemegang ijazah pengurusan perniagaan dari Universiti of Toledo, Ohio, Amerika Syarikat ini, mula dikenali selepas terpilih menjadi antara peserta akhir Pengacara Jemputan Nona anjuran salah sebuah stesen televisyen swasta pada tahun 1992.
Beliau yang ketika itu bertugas sebagai remiser dilamar RTM sebagai pengacara sambilan. Kemuncak karier bermula apabila mengambil keputusan menumpukan sepenuh perhatian di stesen tersebut sekitar tahun 90-an.
Selepas sepuluh tahun mengacarakan Selamat Pagi Malaysia (SPM), beliau meraih peluang membaca berita sampai ke tahap berita dunia _ yang beliau sifatkan sebagai kemuncak kariernya.
Memiliki segala-galanya kerjaya, wang ringgit dan harta, namun wanita ini masih mengakui berasa ada kekurangan dalam diri.
Namun, sejak tampil dengan imej baru dengan mengenakan tudung ketika menyampaikan berita sejak hampir tiga bulan lalu, anak kelahiran Pontian, Johor, ini mengakui kehidupan yang dilalui kini lebih tentang dan itulah kepuasan sebenar yang dicari selama ini.
Kemunculannya dengan bertudung ketika membaca berita Dunia Hari ini, bukan sahaja menjadikan beliau satu-satu pembaca berita wanita pertama yang dibenarkan berbuat demikian sekali gus memecah tradisi selama 62 tahun dalam sejarah penyiaran RTM.
Malah, reaksi penonton terutama para peminat yang menyambut positif terhadap perubahan itu lebih menyuntik semangatnya untuk terus mengekalkan imej tersebut.
‘‘Saya benar-benar bersyukur dengan keizinan yang Allah Taala berikan untuk saya.
“Apa tidaknya, selepas tiga tahun saya memendam hasrat murni itu, akhirnya termakbul juga,’’ ujarnya.
Bukan untuk suka-suka
Akui Hamidah, perubahan yang dilakukan bukan sekadar suka-suka atau mahu mengikut trend, sebaliknya secara jujur mengakui bertudung dengan niat mahu menutup aurat kerana Allah Taala.
Beliau yang telah bertudung sejak tiga tahun lalu, mengakui kini berasa lega kerana tidak lagi perlu berpura-pura.
‘‘Saya amat berterima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi RTM, khususnya Menteri Penerangan Datuk Shabery Chek kerana memberi laluan untuk wanita bertudung tampil menyampai berita di RTM.
‘‘Sebagai individu yang sudah sekian lama menanti berita ini, sayalah orang yang paling gembira ketika itu,’’ ceritanya.
Namun, bukan mudah mendapatkan gaya sesuai, selain perlu ada identiti sendiri iaitu menggunakan dua nada warna, pemakaiannya juga mestilah kemas, bersih, ringkas dan anggun.
Biarpun memang mengenakan tudung ketika di luar, mengayakan tudung untuk siaran televisyen agak berbeza.
“Saya seorang yang serba-serbi sederhana, termasuklah jenis pakaian dan tudung yang digayakan,” katanya mengakhiri pertemuan.



huh?ye ke? biar betul?saya pun baru tau..terkejutnya…
tahniah pada RTM! !!
ana baru tau…..
wah satu berita yg menarik!!!moga2 ia merupakan titi tolak kpd sebarnya syiar ialam di m’sia!!!
janji allah itu pasti ISLAM pasti akan BANGKIT lambat laun!!!takbir!!!
Alhamdulillah.. terbuka juga akhirnya hati pegawai atasan RTM @ Menteri Penerangan. Mereka rasa soal tudung ni macam nak pakai topi agaknya ikut fesyen orang2 Barat masa musim panas.
Mereka tahu itu adalah wajib tetapi berdegil & tidak takut pada yang Maha Esa tapi akan berasa gentar @ takut pada Sultan @ Raja apabila disuruh agaknya. Inilah akibatnya apabila kita memilih pemimpin yang “degil” terhadap hukum2 Islam yg nyata. Kalau tidak pakai topi keledar takut pula kena saman.., tapi kalau tidak pakai tudung tidak mengapa sebab nanti dilabel sebagai tidak ikut peredaran zaman – tak moden, fanatik, kolot, dll.
Diharapkan pemimpin2 lain yg berfikiran sedemikian segera insaf sebab akhirnya mereka juga yg kena jawab akhirnya di akhirat.
isk2 tak patut betul kerajaan skrg. patutlah banyak sangat maksiat. rupanya orang ‘atas’ sendiri tolak kebenaran islam
Memang RTM begitu, dulu ada dibuka audition untuk mencari penyiar bahagian cuaca di berita RTM, syarat yang dikenakan ialah tidak boleh memakai tudung. Terpaksalah saya melupakan niat saya nak apply tu….Alhamdulillah, sekarang nampaknya dah berubah.
alhamdlillah syukur
huh.. ye ker.. first time saya dengar..
sekarang baru tahu..
hehe..satu lagi fitnah halus pihak pembangkang untuk melaga lagakan orang melayu dan islam serta memberi laluan DAP untuk menguasai politik selepas ekonomi..bodohnye melayu…
alhamdulillah…
rupa2nya..sy br tau…sy br berusia 20 thn..
merdeka dh hmpr 52 thn…ulang thn RTM dh 62 thn…p, penyampai2 muslimah br blh merdeka…
alhamdulillah…
slmt…perjuangan menuntut hak…
pemimpin harus beri komitmen… negara Islam… jgn biarkan org “jatuhkan” kita..
na’uzubillah..
Alhamdulillah…dan terkejut lepas baca artikel tadI
DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
Surat ini ditujukan kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Rodziah Ismail, Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23, Hj. Zainuddin & Pengerusi Surau Seksyen 23, Azrul Hakim, Penduduk ISLAM Seksyen 23, Para pemimpin ISLAM dan umat Islam keseluruhannya.
Saya merupakan seorang penduduk di Seksyen 23 dan telah hidup secara aman bersama jiran tetangga yang berbilang bangsa dan berlainan agama. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk untuk kebaikan penghuni tanpa mengira bangsa dan agama. Jiran-jiran saya terdiri dari kaum India. Ada yang beragama Kristian dan Hindu. Manakala kaum Cina pula ada yang beragama Kristian dan Buddha.. Saya terpanggil untuk memberikan sedikit cebisan pandangan saya berikutan kekecohan yang berlaku di kawasan perumahan kami sejak akhir-akhir ini. Semoga usaha saya ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T. INSYAALLAH.
Saya ucapkan tahniah kepada Khalid Ibrahim kerana masih ingin meneruskan hasrat untuk memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Perlu diingat sejarah Khir Toyo dan UMNO/BN, SALAH SATU FAKTOR KEKALAHAN pada 2008 adalah berpunca dari ‘anugerah penyapu’ yang diberikan. TIDAK MUSTAHIL KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR AKAN BERPUNCA DARI PROJEK KANDANG KHINZIR, ISU ARAK DAN PEMBINAAN ATAU PEMINDAHAN KUIL. INSYAALLAH.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Khalid Samad kerana menerangkan sejarah kuil di Seksyen 19 dengan begitu panjang lebar. Cuma tuan TERLUPA menjawab isu yang dibangkitkan oleh penduduk Seksyen 23 – MENGAPA PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 DIPINDAHKAN KE SEKSYEN 23 YANG MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH YANG BERAGAMA ISLAM? Sedangkan pada bulan Mei 2009, pertanyaan penduduk mengenai isu kuil tersebut ditolak mentah-mentah dan penduduk dikatatakan mempercayai ‘khabar angin’. ADAKAH INI JAWAPAN DAN TINDAK TANDUK SEORANG PEMIMPIN ISLAM YANG DILANTIK? KINI, SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!!!
Sekiranya UMNO/BN GAGAL menangani isu kuil di seksyen 19 yang mana majoriti penduduk adalah beragama ISLAM, tuan sebagai salah seorang pemimpin yang dilantik hendaklah cuba menyelesaikannya permasalahan penduduk tersebut. Sekiranya SATU-SATUNYA JALAN PENYELESAIAN YANG DAPAT DICAPAI ADALAH SEKADAR MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 YANG JUGA MEMPUNYAI MAJORITI PENDUDUK YANG BERAGAMA ISLAM, itu bukanlah satu penyelesaian yang bijak kerana anda cuma ‘MENCAMPAKKAN’ MASALAH KUIL DI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23!!!
ADAKAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULA INGIN MENCIPTA REKOD UNTUK MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DAN MENGULANGI IGAUAN DAN TRAUMA YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 19 KEPADA PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 23 DALAM TEMPOH TIDAK SAMPAI 2 TAHUN SEJAK MEMERINTAH SELANGOR???
ADAKAH INI PERUBAHAN YANG DIINGINKAN OLEH PENDUDUK SHAH ALAM SEWAKTU MENGUNDI PADA 2008???
SURAH AL-MAIDAH : 90
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (BERKORBAN UNTUK) BERHALA, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”
Di Malaysia, terdapat kepelbagaian agama, bangsa dan kaum, maka lahirlah pelbagai parti politik seperti UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain-lain. Mereka semua ada yang hidup berjiran. Begitu juga di Seksyen 23. TETAPI KAMI TIDAK PERNAH MENJADIKAN PARTI POLITIK SEBAGAI ALASAN UNTUK BERMUSUH DAN KAMI DAPAT HIDUP BERJIRAN DENGAN AMAN. KEPADA AHLI-AHLI POLITIK, CUBA CELIKKAN MATA DAN BUKA MINDA MENGENAI ISU YANG SEBENARNYA! KAMI MEMBANTAH PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DI MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH BERAGAMA ISLAM!!!
Kepada Rodziah Ismail pula saya ucapkan jutaan terima kasih kerana ketidakprihatinan puan ke atas permasalahan yang melanda penduduk ISLAM di Seksyen 23. PERTANYAAN PENDUDUK DARI BULAN MEI 2009 MENGENAI ISU KUIL TERSEBUT HANYA DIJAWAB PADA BULAN OGOS 2009. ITUPUN JAWAPAN DIBERIKAN MELALUI MEDIA CETAK. MENGAPA WAKIL RAKYAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23 PERLU ADA PEJABAT DI SEKSYEN 23 SEKIRANYA TIDAK PERNAH BERJUMPA ATAUPUN INGIN BERKHIDMAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23???
Kepada Pengerusi Penduduk, Haji Zainudin, saya berharap tuan agar dapat memimpin penduduk ISLAM Seksyen 23 bagi membela nasib kami dan anak-anak kami demi menegakkan agama ISLAM. INSYAALLAH.
SURAH AT-TAUBAH : 123
“Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, BAHAWASANYA ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.”
Kepada Pengerusi Surau, Azrul Hakim, saya utarakan pertanyaan-pertanyaan tersebut. Adakah wajar seseorang mengherdik dan memaki seseorang yang lebih tua dari dirinya yang sebaya dengan ayahnya sendiri? Dalam ceramah agama pula adakah wajar diceritakan perihal seorang pendakwah bebas yang ‘berkawan rapat’ dengan seorang artis wanita sebelum isteri pendakwah bebas tersebut tampil ke media massa untuk menerangkan keadaan sebenar rumahtangga mereka? Adakah wajar juga sewaktu ceramah agama, dijadikan medan untuk menjelaskan mengenai lokasi kuil sedangkan orang yang menjelaskan perkara tersebut bukanlah ahli yang layak ataupun wakil rakyat yang dilantik untuk menerangkannya kepada penduduk? Adakah wajar juga sesi ceramah agama dijadikan medan untuk memburuk-burukkan orang-orang lain yang seagama ISLAM hanya kerana berlainan pendapat atau berlainan parti politik? WALLAHU’ALAM.
AKHIR SEKALI, saya memohon maaf di atas kata-kata yang menyinggung perasaan tuan puan tetapi saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ISLAM untuk mengingatkan di antara satu sama lain. SEGALA YANG BAIK DATANGLAH DARI ALLAH S.W.T DAN YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA SENDIRI.
SURAH AL-FURQAN : 17
”Dan (ingatlah) suatu hari (ketika) ALLAH menghimpunkan mereka beserta apa yang mereka sembah selain ALLAH , lalu ALLAH berkata (kepada yang disembah); ‘ Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hambaKU itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang benar)?”
AL-FATIHAH : 5-7
“Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan”. TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS, (iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan (pula jalan ) mereka yang sesat (Nasrani)”.
SURAH AL-AN’AM : 162
“SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADATKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM.” AMIN YA RABBAL ALAMIN
Ya Allah..inikah contoh yg dikatakan kiamat nak dekat?..pemimpin2 yg bc bnde ni xtrase ke diorg..ke da beku hati tu…kat sni da buat kesimpulan bhwa Islam kt malaysia ni xlame da..Wallahualam