MERSING 21 MacĀ – UtusanOnline – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan pembuangan sampah di Pantai Air Papan, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rashid berkata, bayi malang itu ditemui seorang pengunjung yang baru tiba di pantai itu untuk berkelah pada pukul 10.30 pagi.
”Polis yakin bayi itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih mempunyai tali pusat dan tubuhnya masih berdarah,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, bayi yang kelihatan sihat itu dipercayai berketurunan Melayu. Dia kini dibawa ke Hospital Daerah Mersing untuk rawatan lanjut.
Katanya, polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
subhanallah, YA ALLAH JAUHKAN KAMI DARIPADA PERKARA2 YANG ENGKAU LARANGI DAN BERILAH TAUFIK DAN HIDAYAHMU PADA KAMI.apakah punca perkara seperti ini boleh berlaku dan kaitannya dengan tahap keteguhan atau pegangan agama dalam diri individu berkenaan????
inilah sifat kita orang melayu suka ambil jln mudah…jgn malu la dgn kslhan yg kita lakukan..kembali kejalanNya
Sungguh menyedihkan dan kasihan kepada orang Melayu. Kalau dibandingkan dengan kaum India dan Cina, jarang sekali terdengar kes buang anak, anak haram, zina dan dadah. Kaum Melayu adalah yang paling ramai dan top sekali dalam masalah sosial di Malaysia ini. yang kita tahu Negara Malaysia ini sememangnya ditadbir oleh orang Melayu sendiri sebagai pucuk pimpinan Parti BN. UMNO satu parti Melayu yang berkuasa tetapi mereka buta melihat nasib bangsa Melayu yang semakin hancur moral dan maruah mereka. Dimanakan peranan Pemimpin2 Melayu ini yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu. Sudah 50 tahun merdeka dan Malaysia berada dalam pimpinan UMNO, tetapi nasib Melayu bertambah hancur dan kian musnah moralnya. Kenapa boleh jadi begini wahai pemimpin Melayu, bagaimana amanah yang telah diberi bangsa melayu yang banyak di kampung dan daif untuk kamu melindungi dan menolong meningkat kan maruah dan kehidupan mereka. Adakah anda tidak menjalankan amanah dengan baik?..INGAT HIDUP DIDUNIA HANYA SEMENTARA, DIAKHIRAT KAMU AKAN DIADILI. TAKUTLAH KAMU KEPADA ALLAH. AZABNYA SANGATLAH PEDIH. KESALAHAN KAMU KEPADA RAKYAT BUKAN MUDAH DIMINTA AMPUN. BERAPA JUTA KAUM MELAYU YANG MENJADI MANGSA MU. FIKIR-FIKIRLAH. AKU HANYA MENEGUR DAN MENGINGATKAN SEMOGA NASIB MELAYU BERUBAH BERTAMBAH BAIK DAN BERMARUAH. JIKA KAMU TIDAK ENDAH DENGAN KU TERPULANGLAH.,WAHAI PEMIMPIN2 MELAYU.