Dalam akhbar The Star semalam 2/8/2009, mukasurat N12, Parti DAP menuduh sebuah NGO iaitu JIM sebagai sebuah pertubuhan “pelampau agama” kerana misi pertubuhan itu ialah untuk membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara yang melaksanakan Undang-Undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020″. katanya, adalah bahaya membenarkan pelampau agama menyelinap masuk ke dalam sesebuah kerajaan negeri. Rakyat Penang tidak boleh menerima sebuah badan yang mengutamakan Syariah melebihi Pakatan Rakyat dan orang ramai, katanya.
Syor dakwa Siew Fook, Ooi
uma.ramayah@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 12 Ogos – Polis akan memanggil Ketua Pemuda Sosialis DAP, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, dalam masa terdekat berhubung kenyataan mereka yang menghina Islam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya sedang dalam proses mengumpul keterangan mengenai pembabitan kedua-duanya sebelum disyorkan kepada pendakwaan untuk dibawa ke mahkamah.
“Tindakan kedua-dua ahli politik itu boleh disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menghina agama bagi menimbulkan ketidakpuasan hati,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan kutipan derma bagi Tabung Kemanusiaan Untuk Kanak-Kanak Gaza di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pihak berkuasa menyiasat segera kenyataan berbentuk penghinaan terhadap agama Islam yang disiarkan di blog berkenaan.
Jika didapati berasas, kata Najib, pihak yang terlibat boleh didakwa kerana melakukan kesalahan hasutan memandangkan kenyataan sedemikian nyata membangkitkan ketegangan antara kaum.
Baru-baru ini, kenyataan Siew Fook yang disiarkan dalam blog lebih menjurus kepada serangan peribadi, namun isu tersebut menjadi semakin hangat apabila wujudnya reaksi melampau sehingga ke tahap menghina agama Islam.
Ooi pula menimbulkan kemarahan umat Islam apabila mengeluarkan kenyataan merujuk kepada Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang, Mohd. Razali Abdullah sebagai ekstremis kerana memperjuangkan syariah Islam.
Menurut Musa lagi, kes mereka akan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman tetapi enggan mendedahkan bila mereka akan dipanggil.
“Kita akan panggil mereka sebaik sahaja siasatan kita selesai,” ujarnya.



Nampak puak kufar ni sedang bermain api, sengaja mencari pasal. tak patut mereka kata kita begitu. Pelampau atau melampau ni adalah satu perbuatan yang telah melebihi had yang sepatutnya. Tetapi apa yang kita buat sekarang adalah belum mencukupi dari yang sepatutnya, mana mungkin sudah sampai ketahap pelampau.